Tuesday, 28 October 2025

A Journey To The Countryside of Japan - Aomori City (Tohoku)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kesejukan di Aomori, Jepun... 

Perjalanan yang agak jauh KUL - Narita - Haneda - Aomori (Tohoku)...

Katakanlah diberi peluang untuk bercuti ketika musim panas di Malaysia sekarang ini. Maka kemanakah destinasi itu? Aku mungkin memilih perjalanan ke Bandar Aomori, Jepun. Yang terletak di hujung utara negara Jepun.

Kuala Lumpur - Narita - Haneda - Aomori (Tohoku) by Japan Airlines.
Seperti kebiasaannya view landskap countryside di Jepun memang tidak pernah mengecewakan. Walau musim berubah 4 kali setahun, namun setiap musim memberikan keindahan pemandangan yang memukaukan.

Itu belum lagi bicara soal kebersihan dan adat budaya Jepun yang begitu terkenal dengan kesopanan yang tinggi. 

Tapi kenapa destinasi Aomori menjadi pilihan? Bila nak escape dari pencemaran bunyi telinga dan mata serta kesibukan di bandar. Maka countryside lah jawapannya. Tempat yang memberikan seribu ketenangan.

Welcome To Mount Iwaki - The Highest Mountain in Aomori.
Orang tempatan kata kalau winter Gunung Iwaki akan bertukar warna jadi putih.
Gunung Iwaki ( 岩木山 , Iwaki-san ) ialah gunung berapi berstatus tidak aktif yang terletak di barat Aomori, Jepun. Ia juga dirujuk sebagai Tsugaru Fuji (津軽富士) yang bermaksud less frequently. Juga dikenali sebagai Okufuji (奥富士) kerana bentuknya yang serupa dengan Gunung Fuji. 

Dengan ketinggian puncak iaitu 1,625 meter atau 5,331 kaki dari paras laut. Dan ketinggian dari tapak gunung hingga ke puncak ialah 1,362 meter atau 4,469 kaki. Menjadikan ia sebagai gunung tertinggi di Wilayah Aomori.

Gunung Iwaki disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 gunung terkenal di Jepun dalam buku yang ditulis oleh pendaki terkenal iaitu Kyūya Fukada pada tahun 1964. Gunung dan sekitarnya terletak di dalam Taman Negara Separa Tsugaru.

Pure Strawberry Milk Ice Cream - Apple Fuji hanya perlu dipetik percuma.
Ginzan Onsen atau Ginzan Hot Spring terletak 367km dari Bandar Aomori.
Suasana di sini sama macam di Darband Village yang terletak di Tehran, Iran.
Masih tak boleh move on lagi dengan view di sini walau berdiri out of no way.
Tapi tadi kata kalau diberi pilihan maka akan memilih untuk ke Tohoku ini tapi kenapa gambar macam current the situation sedang memijak tanah Tohoku? Hahaha.. Nantilah kita cerita.. La ni baru habis cerita di Central Asia. Maka kita tenag-tenang sahaja layan pemandangan di Aomori ini dulu yer :D

By the way kalau perasan lately ini banyak airlines yang buat promo ke Jepun termasuklah Malaysia Airlines. Latest promo by MAS adalah RM1,800.00 for return, ada tak antara u all yang baca entry ini dapat grab that promo? Dari Malaysia ada hampir 20 airlines yang terbang ke Jepun so insyallah promo sentiasa ada untuk di grab. Just kena rajin mencari :D

12 comments:

  1. InshaAllah semoga di judahkan urusan melancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas doanya.. Insyallah moga semua nya baik baik saja :D

      Delete
  2. Tahun berganti tahun. Sayangnya hasrat travel Jepun masih belum kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga Puan Amieakan menjejakan kaki ke tanah jepun dalam masa terdekat amin :D

      Delete
  3. Replies
    1. Suasana memang cantik.. Bila ambil gambar memang nampak macam dalam poster hihhi :D

      Delete
  4. Masyaa Allah, nikmatnya kak ana tengok buah epal di pokok tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah apple yang dipetik dari pokok dan terus dimakan mmg ada kelainan nya.. :D

      Delete
  5. Seronoknya petik buah epal..terus makan...fresh betul rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak explain mcm mana kesedapan dari fresh buah apple tu bila petik trus makan :D

      Delete
  6. Fuuhhh travel lagi ke? Menariknya gambar epal dekat pokok epal tu, geram pulak nak petik 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel lagi ke? hahahah.. tak nak komen pape.. tunggu lah bila sampai giliran Tohoku untuk dicerita di sini :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...