Friday, 3 April 2026

Xiamen Air - My First Experience Fly With And Muslim Food (MOML)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Lebaran Hari Ke-14 Syawal 1447 Hijrah.

Kami sekeluarga safely arrived in Malaysia at KLIA1 on Monday 30th March 2026 pukul 2:45 pagi. Delay 1jam 15minit di Xiamen Gaoqi International Airport yang sepatutnya pesawat berlepas pada pukul 9:00 malam. Namun alhamdulillah first time experience with Xiamen Air sangatlah seronok, smooth dan syukur tiada gangguan sehingga selamat tiba di KLIA.

Untuk penerbangan ke Kunming Changshui International Airport dari KLIA1. Kami telah mencuba Xiamen Air dengan tiket promo iaitu RM785.00 return per person. Harga untuk adult dan child adalah sama dan setiap seorang dapat 23kg luggage.

Kenapa pilih Xiamen Air? Sebab itu yang paling murah kami dapat dan tiket untuk trip raya ini telah dibeli sebulan setengah sebelum penerbangan. Macam biasa tiket flight yang murah sentiasa menjadi pilihan kami. Cuma disadvantage ialah kami kena transit di Xiamen Airport but for us that is not a issue at all. Direct flight semuanya mahal berganda.

Suasana ketika transit di Xiamen Gonqi International Airport.
Cantik monument i love Xiamen ni. Tapi ada di tingkat bawah.
Maka terbanglah kami sekeluarga pada 17 March pukul 8.00 pagi dari KLIA1 ke Xiamen dan transit selama 3 jam dan kemudian sambung flight ke Kunming dan selamat tiba pada pukul 6.55 petang. Ketika berjalan keluar dari pesawat kami berbuka puasa dengan air kosong. Makanan dalam flight semua kami simpan sebab dah request halal food.

Vegetarian Meal yang kami dapat dalam flight Kunming ke Xiamen.
Xiamen Air ni masa nak request halal food atau MOML tu agak susah sebab aku tak jumpa cara-cara nak apply dalam official website. Dan masa aku send email tidak dijawap dalam beberapa hari tu dan call office pun tak angkat. Maka 3 hari sebelum nak flight aku jejakkan kaki ke office mereka di Menara OSK di Jalan Ampang.

Bertandang ke Xiamen Office di Menara OSK untuk request halal food.
Masuk office Xiamen Air di tingkat 15, tak sampai setengah jam dari tunggu que bagai, duduk depan kaunter dan staff tolong buatkan request depan komputer dia dan siap..!! Semudah itu sahaja. So kalau korang rasa susah nak request halal food in flight with Xiamen Air. Pergi jer office diaorang and plus mereka boleh explain few other things about our flight.

Even Xiamen Air ada certificate halal but bukan semua flight mereka boleh serve MOML. Ia bergantung dengan Catering Department yang menyediakan makanan untuk setiap flight tersebut. Basically if fly from KLIA maka catering department itu boleh menyediakan MOML sebab ada halal certificate dan mereka mampu mendapatkan bahan-bahan yang halal.

Pack Nasi yang kami dapat dari Xiamen ke Kunming.
But from Xiamen mereka tak dapat nak sediakan MOML maka kami request ke vegetarian food atau VOML. Dan masa di kaunter aku tanya VOML kami (muslim) boleh makan ke? The staff replied "Boleh" sebab VOML memang tak akan campur dengan any meat, fat, lard and alcohol. And yes kami dapat nasi putih dengan sayur goreng sahaja dalam flight.

Jadi la kan walau nasi putih dengan sayur goreng sahaja (Mushroom, Carrot, String Bean & Lotus Root). Aku, wife dan si kakak sahaja yang berjaya berpuasa sehingga berbuka di Kunming. KL ke Xiamen kami dapat 6 pack nasi (dua dimakan oleh Affan dan Afnan) dan dari Xiamen ke Kunming dapat lagi 6 pack nasi (dua dimakan oleh affan, afnan dan athirah).

Berbuka puasa sejurus keluar dari arrival gate di Changshui Airport.
Berbaki 8 pack nasi cukup buat yang berpuasa untuk berbuka nanti dan untuk bersahur pagi esok. Kami duduk makan sejurus selepas keluar sahaja dari arrival gate. Parking tepi dinding terus makan nasi sambil aku buka pack sambal ikan bilis dan pack daging kurma (RTE- Ready To Eat). Ada pulak mesin air panas boleh la aku panaskan makanan.

Pack Meal VOML yang kami dapat dari flight Kunming ke Xiamen.
Roti ni lembut dan sedap sangat. Inti dalam dia kekacang yang pelbagai.
Untuk seat dalam pesawat aku boleh katakan selesa. Aku yang tinggi 172cm ni boleh jer luruskan kaki sedikit dan lutut tak berlanggar dengan seat depan (siapa yang pernah naik Airasia faham la lutut langgar seat depan tu). Satu tv disediakan untuk setiap 4 baris kerusi. Dan ada 10 tv sebelah kiri dan 10 tv sebelah kanan. Total ada 20 tv semuanya. Not bad 👍.

Hotel Jiajiale - Walking distance to Zhongshan Road Pedestrian Street.
Our Family Room is RM78.96 for one night. Booking with Trip.com.
Untuk kids ada free gift for their entertainment. Okla dapat buku dengan sticker so boleh la the kids duduk diam main tampal-tampal sticker. Selain pack meal kami juga diberi snack (kekacang & bun red bean) dan air mineral 1 botol 550ml.

Agak meriah, berbaloi dan seronok jugalah fly with Xiamen Air ini. So kalau nak murah dan tak kesah kena transit boleh la try Xiamen Air. Untuk trip kali ini dari 4 kali penerbangan hanya sekali delay dan 3 lagi flight sampai awal dari waktunya. 

Dan ketika pulang dari Kunming, kami pilih transit 2 hari 1 malam di Xiamen. Dapatlah menaiki feri ke Gulangyu Island, Shopping di Zhongshan Road Pedestrian Street, bersiar-siar di Zhongshan Park dan bersolat di Xiamen Mosque dan makan di Northwest Stretched Noodles Muslim Restaurant (terletak bersebelahan dengan pintu masuk Xiamen Mosque).

40 comments:

  1. Menara OSK tu tempat nak apply visa sekali kan?

    Beruntung anak2 dapat experience berbuka cam tu... Akan jadi kenangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat apply visa tu saya tak berapa nak sure.. sebab now nak ke China tak perlu visa untuk Malaysian Passport Holder.. Moga2 bila besar ingtlah mereka kenangan travel bersama.. ☺️👌🏻

      Delete
  2. berbaloi2 betul rege tiketnya! best nya keje u agak flexi dan boleh selalu grab tix promo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kata kalau promo betul boleh dpt lebih murah huhu.. Flexi tu hurmm kdg2 kena memandai juga nak dptkan cuti tu 😅😁

      Delete
  3. i suka baca entry ni sbb detail semua psl mknn dlm flight dan cara2 nak request MOML tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sakit kepala juga kalau tak boleh dpt halal food in flight.. Semoga perkongsian ini memudahkan mereka nak apply halal food.. insyallah ☺️

      Delete
  4. Menarik la experience ni. Esp for the kids kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes pengalaman menarik fly with Xiamen Air.. ☺️👍🏻

      Delete
  5. Travel waktu puasa mencabar la juga. Nak mencari makanan halal lagi. Lagi2 dengan anak2 kecil. 1 pengalaman yang berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak mencabar but syukur kami manage utk puasa penuh 4 hari terakhir ramadhan di sana.. Makanan halal agak mudah dijumpai sbb komuniti islam agak ramai.. 👍🏻☺️

      Delete
  6. Wah next time bole try juga la XIAMEN ni...mmg tiket dia antara yg termurah kan. Takut jgk nak try airline china ni tp myb one day bole cuba jgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm so far tgk mmg tiket dia murah antara yg termurah la.. sebab tgk airasia dgn batik utk direct flight seribu ke atas for return. Tak perlu takut sbb airlines china still guna boeing dgn airbus juga ☺️👍🏻

      Delete
  7. Susah juga kena pergi pejabat juga untuk mohon makanan halal.
    Jadi makanan dalam penerbangan sedap eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan dalam pesawat tu.. Hurmmm boleh la... Nak kata tak sedap tu idok la tapi tak la kata sedap hahahaha.. the kids lapar hadap jer la . 😅

      Delete
  8. Tak pernah naik Xiamen ni tapi pernah naik Eva Air. Request MOML jugak jadi kami dapat dulu food kami. Naik Eva Air ni sebab nak naik flight Hello Kitty. Semua barangan dalam flight Hello Kitty termasuk flight dia pun dicat Hello Kitty. Tapi tu lah majoriti orang Taiwan la dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami actually first time juga dgr nama airlines ni hihi.. Tapi sebab murah kita naik jer la.. Wow ada flight hello kita ker dengan Eva Air.. menarik ni hihii.. Untuk flight 4-5 jam kita boleh la tahan pejam mata kalau airlines yang tak biasa kan :D

      Delete
    2. Lama flight akak....berbelas jam sebab masa tu travel ke Los Angeles. Nak naik Hello Kitty punya pasal. Hehe...tapi kebanyakkan masa zzzz je.

      Delete
    3. Ooo ingat fly ke taiwwan rupanya ke USA.. memang ler lama flight nya :D
      Kira puas la tgk hello kitty lama lama dalam flight tu :D

      Delete
  9. Harus datang yaa ke office mereka. Tp menarik juga maskapainya. Saya pun tak kisah kalau harus transit di banyak tempat, malah sukaaa 😄. Bisa menambah pengalaman. Apalagi kalau sempat untuk keluar imigrasi.

    Nanti saya nak cek maskapai ini, kalau semisal ada rute menuju ulanbataar bagus juga. Saya masih hunting tiket ke Mongolia utk December soalnya. Tadinya kalau memang tak ada rute lebih murah, mau tak mau harus ambil transit di Beijing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sudah call tidak diangkat.. email tidak dijawap.. apa lagi terus ke office sahaja.. lebih mudah utk request muslim mood.. kalau tidak kesah transit maka bnyk yang murah harga tiket nya.. ☺️

      Delete
    2. Katanya kalau terbang ke Mongolia dari China lebih murah.. maka harus cari flight murah ke China dan terbang ke Mongolia.. kalau mau pergi mau ikut juga 😅

      Delete
  10. Dari bacaan di sini boleh tahu tak mudah urusan booking dan membeli ticket flight. Apatah lagi nak request halal food ni. Btw thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah jika ada kemahuan pasti ada jalan yang akan muncul diperjalanan.. apa pun usaha jgn putus.. travelling ni perkara yg menarik ☺️👍🏻

      Delete
  11. Alhamdulillah..selamat sampai dan stay di hotel mewah..semoga menjana kenagahiaan dalam rahmatNya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh 😅... Kami hanya tinggal di hotel biasa yg rata rata bawah RM100 untuk satu malam.. namun hotel memang lumayan jauh dari harga nya.. ☺️

      Delete
  12. Replies
    1. Sama sama juga sudi dtg membaca 👍🏻☺️

      Delete
  13. lps baca tetiba rasa nak search kalau2 ada flight ni yg terbang ke Vladivostok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh mana pulak tu Vladivostok hahaha.. flight china banyak jer yg terbang ke rusia dan korea utara huhuu..

      Delete
  14. last2 dgn cara f2f / walk in terus ke kaunter baru masalah selesai.... ya kita pun faham. mereka mungkin dpt beribu emel / mesej setiap hari... tp bgs jg direct trs ke opis mereka... kita pun puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. dtg f2f lagi senang.. selesai tang tu jugak dan hati pun tenang sbb risau the kids kalau makanan halal tak ada.. and somehow mereka explain few other thing bab transit bagai.. so worth it juga la dtg ☺️👍🏻

      Delete
  15. Alhamdulillah dapat halal meal. Nak ke office baru senang request ya, thanks for sharing Afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah tru banyak kali mcm tak jumpa and tak dpt nak request... Last last terjah ofis jer senang.. terus confirm halal meal.. 😎👍🏻

      Delete
  16. kire murah juga harga tiket kalau termasuk makanan dan luggage...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul murah sebab dah include luggage 23kg dan meal in flight. ☺️

      Delete
  17. last year saya naik china southern airlines, email je dan terus dapat balasan kurang dari 12 jam. tu pun saya email 3 hari sebelum haha. nasib baik office xiamen ni ada kat malaysia, senang juga berurusan depan2 muka kan.

    agaknya chinese airlines ni memang suka buat promo murah sekitar bulan 2-3 lah. murah kalau flight dapat bawah rm1k tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa beli nak beli tiket mmg Southern Chinese Airlines is one of the candidate.. tapi lepas study tempat dan masa transit and some other thing kita pilih Xiamen Airlines for this trip.. Next time nak juga try other airlines lain huhuhuu.. sebab boleh transit lain lain trmpat ☺️👍🏻

      Delete
    2. Kita lepas balik dari Yunnan tgk email ada reply dari xiamen airlines hahahaha... Lambat respond juga 😅.. tapi offfice ada kita terjah je la.. Mostly airlines China mmg byk offer yg murah .. Murah lagi dari Malaysia Low Cost Airlines..

      Delete