Thursday, 13 March 2014

Kembara England Part 2 : The Cutty Sark - Maritime Museum - Royal Observatory Greenwich

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kembara England Kali Kedua : Part 1 - Setiba di Heathrow Airport

Hari ni abang aku kata nak study di rumah sebab ada exam minggu depan, just sebelum kami ke Ireland. Abang aku bagi kad pelajar dan kad public transport dia (sebab muka kami lebih kurang sama) dan suruh pergi keluar berjalan, jangan duduk rumah jer. Rugi datang jauh ke London kalau tak pergi berjalan banyak tempat huhuu.. πŸ˜…

Berpandukan sekeping kertas yang abang aku lukis dan tulis memberi arah tuju dan cara ke Royal Observatory Greenwich. Aku pun melangkah keluar dari rumah seawal jam 8.45 pagi menaiki bas ke Underground Station terdekat iaitu Golders Green. Train di sini amat mudah dan senang digunakan berbanding di Paris atau Tokyo yang susah bagi aku. 

Inilah Cutty Sark. Ia Boleh dilihat sejurus keluar dari Underground Station.
Yang dalam cermin hitam bawah tu adalah souvenir shop dan restaurant.
Dan yang atas tu adalah kapal Cutty Sark yang digunakan oleh Royal Navy.
Keluar sahaja dari Underground Station Cutty Sark. Kita akan nampak beberapa buah kedai dan sebuah kapal yang besar. Dan kapal besar itulah The Cutty Sark. Maka perjalanan pun dimulakan dengan melawat Kapal Cutty Sark ini. Terdapat sebuah restoran di bawah kap. dan jika nak naik ke atas kapal maka that part kena bayar £12.00 for adult.

Teringin nak beli souvenir comel ni di Cutty Sark Souvenir Shop  😍.
Recommended routes from main London terminals
StationRoute
PaddingtonBakerloo Line to Charing Cross then Southeastern trains to Greenwich
MaryleboneBakerloo Line to Charing Cross then Southeastern trains to Greenwich
EustonNorthern Line (City branch) to Bank then DLR to Cutty Sark
St. PancrasNorthern Line to Bank then DLR to Cutty Sark
Kings CrossNorthern Line to Bank then DLR to Cutty Sark
MoorgateNorthern Line to Bank then DLR to Cutty Sark
Liverpool StCentral Line to Bank then DLR to Cutty Sark; on services via Stratford, change to DLR at Stratford
Fenchurch StAlight at Limehouse then DLR to Cutty Sark
London BridgeSoutheastern trains trains to Greenwich
WaterlooSoutheastern trains from Waterloo East; change at London Bridge for Greenwich
Charing CrossChange at London Bridge for Greenwich
VictoriaDistrict/Circle Line to Monument/Bank then DLR to Cutty Sark or Southeastern trains to Lewisham then DLR to Cutty Sark
Kenapa abang aku suruh aku ke sini..?? Kerana di sini terdapat banyak attraction yang menarik especially yang berkaitan dengan sejarah dan juga pra-sejarah. Dan yang lebih menarik ialah hampir kesemuanya masuk adalah percuma. 

Dan yang lagi penting dan menarik ialah di sinilah anda boleh berdiri pada 0.0 GMT. Dengan kata lain anda boleh meletakan sebelah kaki di 0.1 GMT arah Barat dan sebelah kaki di 1.0 GMT arah Timur (lebih kurang la).. πŸ˜‰

One of structure di dalam kapal kayu.
Wajib selfie bila dah travel solo.
Antara beberapa bentuk kepala kapal yang disimpan di sini.
Antara beberapa lukisan yang telah berumur ratusan tahun.

Replika Bandar London dalam suatu ketika dahulu.
Antara sudut untuk bacaan beberapa maklumat mengenai sejarah.
Bagi yang berminat seperti aku memang seronok nak membaca semua info di sini.

1. National Maritime Museum - The world's largest maritime museum, filled with inspirational stories of discovery and adventure at sea. Explore our vast collection in the comfort of the Compass Lounge. Steer a ship into port and fire a cannon at dastardly pirates. Lord Sterling of Plaistow was Chairman of the National Maritime Museum from 2005–13.

2. Royal Observatory Greenwich - The Royal Observatory is the home of Greenwich Mean Time, the Prime Meridian of the World, London's only planetarium, the Harrison timekeepers and the UK's largest refracting telescope.

3. The Queen's House - The 17th-century Queen's House is a beautiful royal villa and England's first truly classical building. Originally the home of Charles I's queen, it now showcases a world-class collection of paintings and also provides a unique and beautiful venue for weddings, corporate and private events.

4. The Cutty Sark - Cutty Sark is the last surviving tea clipper and the fastest and greatest of her time, newly re-opened in all her glory. Venture aboard and beneath one of the world’s most famous ships, and marvel as you balance a 963-tonne national treasure on just one hand.

Pemandangan di Old Royal Naval Collage.
Jom kita jalan-jalan di dalam kawasan Old Royal Naval Collage πŸ˜‰.
Selesai berjalan-jalan di dalam kawasan Old Royal Naval Collage ini. Aku meneruskan berjalan ke National Maritime Museum (free entrance). Queen's House dan Astronomy Centre yang berada dalam kawasan yang sama juga adalah masuk percuma. Kebanyakan dibuka dari 10.00 pagi dan last admission pada 4.30 petang ada yang sehingga jam 7.30 malam.

OPENING HOURS
LocationOpening timesLast admission
National Maritime Museum: Sammy Ofer Wing and ground floor galleries
(see floor plans)
Monday–Sunday
(see Thursday below)
10.00–17.0016.30
Thursday late closing*10.00–20.0019.30
National Maritime Museum: first and second floor galleries Monday–Sunday10.00–17.0016.30
Queen's HouseMonday–Sunday10.00–17.0016.30
Royal Observatory: Flamsteed House & Meridian CourtyardMonday–Sunday10.00–17.0016.30
Royal Observatory: Astronomy CentreMonday–Sunday10.00–17.0016.30
Cutty SarkMonday–Sunday10.00–17.0016.00
ADMISSION FEES
LocationMembersAdults (16+)Children (age 5–15)Concessions
(see below)
Family
(2 adults, up to 2 children)
Family
(1 adult,
up to 2 children)
Big Ticket:*
Cutty Sark + Royal Observatory admission + Turner and the Sea
FREE£22
(£20 without Voluntary donation)
£11
(£10 without Voluntary donation)
Under-5s free
£17
(£15.45 without Voluntary donation)
£58
(£52.70 without Voluntary donation)
£36 (£32.70 without Voluntary donation)
Cutty Sark
(see also Big Ticket above)
Buy your ticket
FREE£13.50
(£12.15 without Voluntary donation)
£7
(£6.30 without Voluntary donation)
Under-5s free
£11.50
(£10.35 without Voluntary donation)
£35
(£31.50 without Voluntary donation)
£24
(£21.60 without Voluntary donation)
Turner and the Sea exhibition
(see also Big Ticket above)
FREE£10*
(£9.10 without Voluntary donation)
£5*
(£4.50 without Voluntary donation)
£8*
(£7.30 without Voluntary donation)
£25*
(£22.50 without Voluntary donation)
£16.50*
(£14.85 without Voluntary donation)
National Maritime Museum**FREEFreeFreeFreeFreeFree
Queen's House**FREEFreeFreeFreeFreeFree
Royal Observatory - Astronomy Centre**FREEFreeFreeFreeFreeFree
Royal Observatory - Flamsteed House and Meridian Courtyard
- Buy your ticket
See also Big Ticket above and Astro Ticket below
FREE
£7 (£6.35 without Voluntary donation)
£2.50 (£2.25 without Voluntary donation)
Under-5s free
£5.50 (£4.50 without voluntary donation)
Trade voucher scheme applies***
£16 (£14.50 without voluntary donation)£9.50 (£8.60 without Voluntary donation)
Peter Harrison Planetarium
(planetarium shows)
See also Astro ticket below
FREE
£6.50
£4.50
Under-3s free
£5.50£20£14.50
Astro Ticket: Royal Observatory admission + planetarium show. You can buy Astro tickets via the pages for each planetarium show (listed here)FREE£11.50£6£9.50£29.50£19.50
Sebelum aku keluar rumah tadi, abang aku kata "Nanti di Royal Observatory Greenwich boleh dapat sijil berharga 1 pound.. Make sure nanti balik tunjuk aku sijil tu sebagai bukti dah sampai sana.." Errkk!! biar betul abang aku ni huhuu..

Tak apa cabaran disahut, dah macam amazing race pulak. Kepada yang nak datang ke sini, aku nasihatkan untuk datang seawal pagi sebab kawasan ini terlalu luas. Dan memakan masa sehari untuk melawat kesemua attraction. 

Inilah pintu masuk National Maritime Museum.. Jom masuk πŸ˜‰.
Sebuah replika kapal di Raja England suatu ketika dahulu.
Cuba teka benda yang famous ni apakah dia... Cepat cepat πŸ˜‰
Simbol kesabaran, keterampilan tinggi, kerja keras dan usaha pengendalian yang rumit
Di Cutty Sark aku hanya masuk ke kedai souvenir dan amik gambar dari luar sahaja. Cukup sekali sahaja tawaf keliling Kapal Cutty Sark ni sebab memang tak ada plan nak naik ke atas kapal tu dan perjalanan masih jauh. Kalau boleh nak la jejakkan kaki ke semua attraction yang ada di sini.

Maritime National Museum lebih kepada sejarah lama berkenaan "Inspirational stories of discovery and adventure at sea". Memang menarik especially bagi aku yang sukakan sejarah. Rugi rasanya jika tidak berkunjung ke sini. Tapi yang tak best adalah kedai souvenir telah kehabisan fridge magnet. Teramat tension di situ huhuu..

Antara Jenis kepala kapal layar..
Visitor of The Universe :D
Bot berkuasa roket ( mungkin  la )
Banyak attraction ni.. Datang awal k
Terlalu banyak benda yang menarik untuk dibaca menyebabkan aku mengambil masa yang agak lama di sini. Boleh dikatakan hampir setiap section aku masuk. Hampir satu jam aku berada di dalam National Maritime Museum ini.

Setelah puas berlegar-legar dalam National Maritime Museum ini. Aku terus ke Royal Observatory Greenwich yang terletak di atas bukit. Oh ya sedikit info - Di setiap attraction di sini, terdapat kedai souvenir masing-masing termasuklah di Old Royal Naval Collage. Dan mereka hanya menjual souvenir yang berkenaan dengan mereka sahaja.

Antara Souvenir yang dijual .. Namun aku tetap dengan fridge magnet :P
Untuk ke Royal Observatory Greenwich ni anda akan melalui satu taman di mana ramai orang bersantai dan kena naiki tangga sebab ia terletak di atas bukit. Tak tinggi tapi ramai juga yang berhenti berehat dipertengahan jalan. 

Untuk masuk ke dalam bangunan Royal Observatory Greenwich anda perlu membayar £24.00. Tapi jika sekadar berada di luar pagar yang juga mempunyai banyak structure yang menarik maka tidak perlu membayar apa-apa. Dan yang tak bestnya tempat nak print sijil tu berada di dalam bangunan utama yang kena bayar entrance.

Jalan menuju ke arah The Queen's House..
Melintasi kawasan park ni untuk ke Royal Observatory Greenwich.
Maka selepas berfikir seketika, aku minta tolong dengan seorang kakak security untuk dapatkan sijil tu dengan alasan "I came yesterday and didnt know about the certificate.. that is why i come again today just to get the certificate.. So can u help me please.."

Alhamdulillah dia masuk ke dalam dan printkan sijil tu untuk aku. Actually sijil ni kita buat sendiri di mesin khas. Cuma masukan coin 1 pound dan taip nama kita dan kemudian mesin tu akan print sijil berserta nama untuk kita 😎.

Inilah jam rasmi 0.0 GMT
Inilah pendita hebat itu 
Inilah line yang aku kata tu..
Sebelah kaki timur..
Keadaan di waktu malam..
Sebelah kaki barat..
Royal Observatory Greenwich..  I was here wiiiii..!!!!  :))
Once dapat sijil tu, terus aku membuka langkah pulang dengan keriangan. Dan disebabkan hanya itu sahaja direction yang abang aku berikan maka aku terus pulang sebab tak tahu nak pergi tempat yang lain huhuu.. 

Alhamdulillah selamat sampai rumah waktu magrib.. Abang Adi tanya "Mana sijil..??" Aku pun tunjuk dengan bangga nya tapi lepas tu "Asal sijil ni tak ada nama kau..??" Alamak..!! Mula-mula aku kata la mesin rosak bagai tapi lepas tu aku kata.. Minta security tolong dapatkan sebab tu tak ada nama (kene tulis sendiri)  hahaa.. πŸ˜…

Wednesday, 5 March 2014

Kembara England Part 1 : Setiba di Heathrow Airport - Chelsea & Fulham Stadium

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pertama kali aku menjejak kaki ke London, England ialah pada trip backpacker secara solo yang pertama aku ke Benua Eropah pada Julai - September 2011.. Pada ketika itu selama 9 hari aku menetap di rumah Pelajar Malaysia Shukri dan Asyraf di East London.. Kebaikan dan keikhlasan dalam membenarkan aku menginap di rumah mereka - ku ucapkan ribuan terima kasih.. Klik sini untuk entry England 2011.. 


Thank pada mereka yang sudi hantar aku ke airpot :D - Abg Raphy, Sarjen Fadhil, aku, Pakcik Syahreem, Abg Nik, Abg Rhyzal dan Puan Liza

Dan pada kali ini Mei 2013 - Disebabkan permintaan abang aku yang ketika itu menyambung pelajaran di London.. Actually plan asal aku adalah “on the way back to Malaysia from South Africa” aku nak singgah beberapa negara arab di Middle East.. Tapi abang aku kata datang la London boleh lepak rumah dia.. Lagi pun memang dah lama tak jumpa abang aku yang baru berkahwin pada ketika itu klik sini untuk lihat wedding abg aku.. 


Saat terakhir berada di O.R Tambo International Airport South Africa..
Kakitangan Kedutaan Malaysia di South Africa
Memang di kenali dengan sifat baik dan peramah mereka.. :D

Fikir-fikir balik jauh jugak tu nak buat turn.. tapi abang aku kata tengah ada promotion dari EasyJet Low Cost Airlines.. Tiket RM500.00 one way London to Amman, Jordan.. dan yang best dia kata tiket tu dia akan belanja.. just beli sendiri tiket nak datang London dari South Africa.. Sekali aku check ada pulak promotion dari Emirate Airlines Johannesburg to London one way RM 980.00.. Apa lagi terus proceed la.. Alhamdulillah rezeki.. dan kami plan benda ni 4 bulan sebelum aku keluar dari South Africa for good..

3-4 minggu lepas tu.. Abang Adi email bagitau dia dan wife plan nak pi Ireland sebab ada promotion dari Eurolines Bus.. Ticket bus Birmingham to Dublin return for 22.00 pound untuk seorang.. Dan memang promotion on date aku ada di London.. dan sekali lagi aku kata pada abang aku.. "What 22 pound..!! Please say it again.. huhuuu.. Okay proceed..!!!!"


Macam comel jer kan hihii.. :P
Chelsea.. Chelsea..
Jom tengok jersi Chelsea :D
Fridge Magnet - Di mana ko.. 
Jumpa pun Fridge Magnet :D
Berdiri Megah.. The Blue
Tshirt untuk gegurl pun ada.. jangan risau :P
Tak tour pun im not supporter :P

Kalau dulu aku masuk UK dari France naik Bas tapi kali ini masuk ikut Heathrow Airport.. Alhamdulillah lepas immigration dengan senang tanpa sebarang soalan.. even tak tanya return tiket macam dulu aku masuk ikut border.. Keluar dari pintu arrival dah nampak abang aku duduk tersadai kepenatan.. mungkin sebab tunggu aku kot.. Klik sini untuk Artikel From Paris to London..

Kami solat di airport dan terus naik train.. First place sebelum aku nampak rumah dia ialah Stadium Chelsea.. abang aku kata tak boleh buang masa.. ada 3 minggu lebih jer kat London so kene pergi banyak tempat huhuhuu.. Selepas Stadium Chelsea kami pergi pula ke Stadium Fulham dengan menaiki bas.. Apa pun yang penting kami nak beli fridge magnet.. adik abang dua2 fridge magnet collector huhuu..

The Home of Fulham Football Club

Pintu Masuk... Jom :D
Huh jumpa pun FM hehee..

Banyak baju.. cari yag longgok xde pulak
Not bad kedai Fulham ni.. :D
Tulisan tu dari dulu kala lagi kot 

Cute gilerr.. Harga pun cute jugak :P
Stadium di celah2 kawasan rumah

Dari Stadium Fulham abang aku bawa naik bas pergi ke suatu sebuah kedai makan yang aku pun tak berapa ingat berdekatan High Park.. Untuk kami makan petang campur dinner sekali.. Pukul 9.30 malam baru la aku sampai rumah abang aku di Golders Green.. Nasib baik la cuaca sejuk sebab aku angkat bag backpack 15 kg tak rasa sangat.. tapi bila sampai rumah terus tumbang huhuhuu..


Naik bas dengan perjalanan yang jauh..
Memang aku tertido sebelum sampai rumah Abg Adi.. :D

Dulu masa first time masuk negara ni tak banyak sangat berjalan sebab time tu sekadar nak cukupkan destinasi jer apatah lagi pada ketika itu London adalah destinasi ke 5 dalam trip solo.. Masa tu memang bajet sangatlah minimum.. Sempat jalan area sekitar Central London sahaja.. Alhamdulillah kali ini dapat jalan banyak juga tempat.. Thanks to my Brother Abg Adi and his wife Kak Sophia..  :D

Monday, 3 March 2014

I'm The Winner - Best Travel Blog MSMW 2014 :D

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. :D

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Ilahi.. Suatu kejayaan yang tanpa ku duga dan tanpa ku sangka.. Terima Kasih kepada semua yang telah mengundi.. Serta mohon maaf ku lafazkan kepada semua kerana email, inbox, sms etc yang mengganggu kalian semua.. Demi meraih undi untuk Blog Travel My Way ini di ketegori "Best Travel Blog" - Malaysia Social Media Week 2014..  ayat skema habis ni hahahaa.. 


Bersama Dato Zahid Hamidi..
Dan Mr Shahrul Hameed - President of Media Social Chamber
I'm The Winner - Best Malaysian  Travel Blog
@ Malaysia Social Media Week 2014 .. Thank everyone  :D

Akan teruskan memajukan diri dalam dunia blogger ini  :D

Dengan tidak menaruh harapan yang tinggi kerana sedar blog yang baru berusia tidak sampai 1 setengah tahun ini tidak mampu untuk mendapat perhatian ramai.. Seperti blogger2 yang lebih hebat dalam ketegori yang sama.. Termasuklah dari mereka yang aku sendiri sanjungi.. Namun usaha dan doa tetap ku teruskan.. 

Bertarikh pada 26 Febuari 2014.. di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan.. Masih ku ingat saat itu.."For the category Best Travel Blog - The winner goes tooo.... Timetravelafif.blogspot.. Congratulationn..!!!" Syukur sangat.. Dan Alhamdulillah majlis pun berjalan dengan lancar.. Dan paling best hadiah disampaikan oleh Dato' Zahid Hamidi.. Bangga aku dapat salam menteri..  Genggam erat tangan tu hehehee...


Wazari Wazir -  Winner of  Best Photography Blog .. Antara insan yang ku sanjungi  :D

With Shane Dallas - The Travel Camel Blogger from Australia :D



Blogger Mohd Ilham
Wakil dari ZALORA - Nisha ..

Pada masa yang sama dapat berkenalan dengan pemenang2 blogger dari ketegori berlainan.. teruja jugak sebab selama ni baca blog mereka sahaja  walau bukan semua la huhuu.. Tapi malam itu dapat bersua muka dan bersalaman.. Dan malam anugerah itu aku hadir bersama seorang kenalan Abg Wan Batu dengan menaiki motor beliau.. nak di jadikan cerita petang tu hujan pulak.. maka hampir basah kuyup seluar kami.. 

Makanan dinner yang sedap serta menjulingkan mata sedikit sebanyak menghilangkan ingatan pada seluar kami yang basah.. Meja dinner untuk 10 orang yang hanya di isi dengan 5 orang.. Termasuk 3 saudara Munsyeed.com yang memenangi  Best Music & Entertainment Blog.. Bagus jugak boleh makan puas2 hehehe.. Dan pada malam itu hidangan aku rasa ala international food kot.. Menu Tomato Rice, Naan, Tauhu Thai Style, Kheema Aloo, Tuscan Chicken, Sprouting beans & Pak Choi and Prawn Jankalaya..


Bersama Blogger Munsyeed.com.. Alhamdulillah peramah sungguh mereka  :D
Sponsor-sponsor untuk Malaysia Social Media Week 2014 ..


Seimbas kembali - July 2012 @ Johannesburg, South Africa.. Memulakan blog ini dengan satu soalan kepada kanak2 berumur 11 tahun.. iaitu Danish Isharuddin.. "Danish.. macam mana nak buat blog.. kalau danish tahu ajar la abg afif.".. Danish jawap dengan mudah "Senang jer.. mula2 kene ada account gmail.. pastu baru la boleh create blog.. dia macam facebook.. lama2 main nanti pandai la.. tapi abang afif nak tulis pasal apa..?" aku dengan bangga nyer.. "Abg afif nak tulis pasal travel..!!!"  sambil tersenyum kepoyoan hehehee..


And Keep Smiling.. :D
Abang Wan Batu with me and the trophy :D
Dato Zahid Hamidi :D
Antara mereka yang memberi senyuman wiiiii :D

Maka bermula satu perkongsian dari hasil pengembaraan sendiri.. Yang pada ketika itu 12 negara telah ku jelajahi.. 5 Eropah 2 Asia dan 6 Afrika.. Dari sini seorang kawan ku Cikgu Syahidah a.k.a Blogger Kasut Biru.. telah membuat layout untuk blog ini yang mana kemudian telah ku ubah sedikit sahaja..

Dengan tidak memiliki computer atau laptop sendiri aku meulis blog dengan meminjam laptop dan juga smart phone dari kenalan untuk menulis entry.. Termasuk la blackberry Abang Wan Batu aku pinjam ketika berada di rumah Abang Eddy di Sandton City, South Africa..


Founder & President Media Social Chamber Mr Shahul Hameed Shaik Dawood

Satu ungkapan kata-kata dari Founder & President Media Social Chamber Mr Shahul Hameed Shaik Dawood ketika aku bersalam dengan beliau " Will see u again next year.." memberi seribu satu makna pada aku untuk lebih maju dalam dunia blogger ini.. Insyallah akan ku sambut kata-kata itu untuk MSMW 2015..!!!

11 Pemenang Mengikut Ketegori  :  1. Best Auto Blog - Mohamed Rigval Reza  2. Best Business Blog - Meor Zaidee  3. Best Educational Blog - Norhailmi Abdul Mutalib  4. Best Gadget Blog - Winnie Chen  5. Best LifeStyle Blog - Mohd Izahar  6. Best Micro Blog - Amir Hassan  7. Best Music & Entertainment Blog - Munsyeed.com  8. Best Photography Blog - Wazari Wazir  9. Best Sport Blog - Muhd Azwan  10. Best Travel blog - Muhamad Afif  11. Best Foodie Blog  - Squall Chin Ze Kheng.. Untuk maklumat lebih lanjut untuk finalist pada setiap ketegori sila clik sini.. 


Suka event MSMW ni sebab makanan yang sedap hahahahaa..  :D

Sekali lagi aku ingin ucapkan kepada semua family members, kawan-kawan dan juga kenalan dari alam maya hinggalah kepada kehidupan yang reality.. Terima Kasih dengan setinggi-tingginya.. Serta seribu kesyukuran di atas kemenangan ini.. insyallah akan teruskan usaha dalam berkongsi pengalaman ku dalam dunia pengembaraan seterusnya.. Sekian :D    ish ish terharu sungguh... :P