Monday, 25 May 2026

Romania Part 6 : Keunikan Hanu' Lui Manuc Restaurant & Hotel Yang Bersejarah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 5 : Briswalk Early Morning - Visit Bucharest Old Town

Dari Saint Demetrius Orthodox Church aku berjalan mengikuti Franceza Street sejauh 400 meter untuk ke salah satu attraction utama di sini iaitu Hanu' Lui Manuc Restaurant & Hotel. Mengikut penjelasan dari AI - Ia adalah The Oldest Operating Hotel Building in the Bucharest City yang mula dibina oleh Emanuel MΓ’rzaian pada 1806 dan siap pada 1808.

Sampai jua aku di Hanu' Lui Manuc Restaurant ini.
Bila lihat pemandangan dari luar pun dan menerujakan.
Seorang bangsawan yang kaya raya dari Armenia dan juga seorang diplomat yang pernah bekerja dibawah Empire Ottomaniyah. Hotel ini mempunyai 107 bilik dan 2 large assembly halls, a hidden underground tunnel designed to shelter up to 500 people during emergencies. The main hall sahaja boleh memuatkan seramai 220 orang pengunjung restoran.

Dibina lebih 200 tahun yang lepas oleh seorang bangsawan dari Armenia.
Pintu asal yang berusia ratusan tahun masih digunakan sehingga hari ini.
Tiada makanan halal disediakan di sini namun untuk melihat seni bina bangunan ini kita boleh masuk dan merayau-rayau di dalamnya. Memang unik dan kagum melihat bangunan lama yang masih dipelihara ini. It has been subject to repeated restorations in 1848, 1863, 1966,1992 and the latest one in 2007, walau bagaimana struktur asal tetap dipelihara.

Berketinggian 3 tingkat dan memiliki lebih 100 bilik.
Ruangan tengah dijadikan tempat makan kepada pengunjung.
Layan secawan coffee panas waktu pagi di sini memang menenangkan.
Dan bagi aku kenapa nak sangat jejakan kaki di sini adalah kerana di sinilah terjadinya perjanjian yang mengakhiri perang di antara Empire Russia dan Empire Ottomaniyah selama 6 tahun iaitu bermula dari 1806 dan berakhir pada 1812.

Oh ya sedikit info lain yang harus kita ketahui adalah Empire Ottomaniyah memerintah dan mengusai tanah Bucharest ini selama lebih 400 tahun yang bermula 1417. Ketika itu ia dikenali sebagai Wallachia dan Bucharest menjadi ibu kota pemerintahannya. Namun uniknya Ottomaniyah tidak menjadikan ia sebagai wilyah islam seperti wilayah lain.

Another view - tangga yang masih mengekalkan seni bina asal.
Ada ruang makan indoor yang di sediakan di tingkat 2.
Bilik-bilik hotel yang tidak lagi digunakan setelah di convert menjadi restoran.
Kaki melangkah keluar selesai tour sendiri di Hanu Lui Manuc ini.
Sebaliknya Empire Ottomaniyah memberikan status khas yang membenarkan pemerintah tempatan iaitu Voivode mentadbir sendiri hal ehwal dalam negara. Dan tidak menempatkan penduduk Muslim secara besar-besaran dan juga tidak membina masjid yang banyak seperti di Sofia (Bulgaria), Prestige (Kosovo), Skopje (Macedonia) dan Tirana (Albania).

Penguasaan Ottamaniyah mula merosot dan melemah menjelang abad ke-19 dan penguasaan mutlak mereka ke atas Bucharest berakhir sepenuhnya selepas Romania Independent War tamat dan diiktiraf melalui Perjanjian Berlin pada 1878.

St Anthony Orthodox Church yang terletak di hadapan Hanu Lu Manuc.
Mula dibina seawal kurun ke-15 oleh Pemerintah Voivode.
The Curtea Veche Church atau dikenali sebagai St. Anthony Romania Orthodox Church terletak berhadapan Hanu Lui Manuc Rastuarant. Struktur asal telah dibina pada kurun ke-15 oleh pemerintah Wallachia. Namun banguanan church yang berdiri sekarang telah dibina baru pada tahun 1857. Oleh itu ia tidaklah kelihatan begitu old school seperti yang lain.

Waktu pagi keadaan masih lagi sunyi dan nak berjalan pun seronok.
Masa tengah merayau ni tiba-tiba dua akak ni panggil nak tanya pasal
Restaurant Okami disebelah mereka tu sebab menyangka aku staff situ πŸ˜….
Dan aku meneruskan lagi berjalan menerokai hampir setiap lorong di old town ini. Masa tengah merayau-rayau seorang diri ini aku telah dipanggil oleh dua orang wanita di hadapan Okami Restaurant sebab aku kelihatan seperti orang jepun yang bekerja di situ. Terus la kitorang berborak dan mereka kata nak makan sushi bagai.

Kedai makan halal yang pertama aku jumpa di Bucharest Old Town ini.
Antara beberapa kedai halal yang aku jumpa Efendi Doner, King Doner dan Nazareth.
Restaurant Fattoush Lebanese Cuisine ada logo Halal.
Terdapat beberapa restoran halal di sini dan yang pertama aku jumpa Efendi Doner Master of Kebab. Namun masih awal pagi dan aku tidaklah begitu lapar dan sekadar mengambil gambar. Dan agak mudah untuk menemui beberapa restoran halal di sini walau ia tidaklah begitu banyak. Sebahagian mereka ada serve arak walau berlogokan halal.

Dari Efendi Doner aku masuk ke Lipscani Starada/Street dan di sini terletaknya antara jalan utama untuk para pengunjung. Di kiri dan kanan dipenuhi dengan pelbagai jenis restoran, cafe, souvenir shop, muzium dan other attraction.

Bangunan kalau dibina di persimpangan jalan mesti berbentuk curve.
Di hujung street aku menemui Bangunan yang unik iaitu Banca Nationala A Romaniei atau Nattional Bank of Romania yang dibina pada tahun April 1880. Di hadapan bangunan bank ini terdapat peninggalan sejarah yang ditemui beberapa meter di bawah tanah. Ia dijaga elok dan hanya ditutup dengan cermin untuk memudahkan para pengunjung melihat dari atas.

Banca Nationala A Romaniei atau Nattional Bank of Romania
Kesan tinggalan sejarah masih dalam keadaan elok dan dapat dilihat dengan jelas sebahagian sturktur bangunan yang masih berdiri teguh seperti dinding, jalan, tiang dan lain-lain yang diperbuat dari batu bata. Ia telah dibina oleh Prince Șerban Cantacuzino antara tahun 1678 - 1688. This structure was a major trading hub for international merchants - AI.

The Eugeniu Carada Monument
The Eugeniu Carada Monument yang dibina pada tahun 1836 terletak di hujung bangunan National Bank of Romania ini. Dan ketika ini aku terjumpa satu pasangan senior dari UK yang sedang membaca map dan tiba-tiba bertanya "Did you know how to go to Hanu Lui Manuc Restaurant?" Terus aku explain dengan baik sebab memang aku dari tempat tu tadi.

Pasangan dari UK yang bertanyakan arah tuju ke Manu Lui Manuc Restaurant.
Dan waktu ini jam dah menunjukan hampir 11.00 pagi. Maka aku mula mengatur langkah menuju pulang ke hotel dengan menggunakan laluan yang berbeza dari arah aku datang pagi tadi. Sebab nak balik ni mau dekat sejam jalan kaki sebab aku memang dah terlalu jauh dengan hotel. Dan masa jalan balik aku terjumpa satu lagi tempat yang unik dan menarik.

Bersambung Romania Part 7 : (Under Construction)

2 comments:

  1. Nampak macam tak banyak kereta ye dekat dalam bandar tu. Pelancong boleh jalan2 dengan selamat tanpa perlu risau dengan kenderaan lalu-lalang. Masa kat Eropah pernah je jumpa kedai halal tapi menghidangkan arak sbb kebanyakan orang Eropah dah jadi kebiasaan dieorg minum arak setiap kali pergi makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam old town ini memang tiada kereta dibenarkan masuk kecuali beberapa jalan sahaja yang dibuka kepada kenderaan.. itu pun kepada yg tertentu seperti polis, kebersihan dan logistic.. Betul tu seperti terpaksa menjual arak untuk dptkan customer non muslim.

      Delete