Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Romania Part 5 : Briswalk Early Morning - Visit Bucharest Old Town
Dari Saint Demetrius Orthodox Church aku berjalan mengikuti Franceza Street sejauh 400 meter untuk ke salah satu attraction utama di sini iaitu Hanu' Lui Manuc Restaurant & Hotel. Mengikut penjelasan dari AI - Ia adalah The Oldest Operating Hotel Building in the Bucharest City yang mula dibina oleh Emanuel Mârzaian pada 1806 dan siap pada 1808.
 |
| Sampai jua aku di Hanu' Lui Manuc Restaurant ini. |
 |
| Bila lihat pemandangan dari luar pun dan menerujakan. |
Seorang bangsawan yang kaya raya dari Armenia dan juga seorang diplomat yang pernah bekerja dibawah Empire Ottomaniyah. Hotel ini mempunyai 107 bilik dan 2 large assembly halls, a hidden underground tunnel designed to shelter up to 500 people during emergencies. The main hall sahaja boleh memuatkan seramai 220 orang pengunjung restoran.
 |
| Dibina lebih 200 tahun yang lepas oleh seorang bangsawan dari Armenia. |
 |
| Pintu asal yang berusia ratusan tahun masih digunakan sehingga hari ini. |
Tiada makanan halal disediakan di sini namun untuk melihat seni bina bangunan ini kita boleh masuk dan merayau-rayau di dalamnya. Memang unik dan kagum melihat bangunan lama yang masih dipelihara ini. It has been subject to repeated restorations in 1848, 1863, 1966,1992 and the latest one in 2007, walau bagaimana struktur asal tetap dipelihara.
 |
| Berketinggian 3 tingkat dan memiliki lebih 100 bilik. |
 |
| Ruangan tengah dijadikan tempat makan kepada pengunjung. |
 |
| Layan secawan coffee panas waktu pagi di sini memang menenangkan. |
Dan bagi aku kenapa nak sangat jejakan kaki di sini adalah kerana di sinilah terjadinya perjanjian yang mengakhiri perang di antara Empire Russia dan Empire Ottomaniyah selama 6 tahun iaitu bermula dari 1806 dan berakhir pada 1812.
Oh ya sedikit info lain yang harus kita ketahui adalah Empire Ottomaniyah memerintah dan mengusai tanah Bucharest ini selama lebih 400 tahun yang bermula 1417. Ketika itu ia dikenali sebagai Wallachia dan Bucharest menjadi ibu kota pemerintahannya. Namun uniknya Ottomaniyah tidak menjadikan ia sebagai wilyah islam seperti wilayah lain.
 |
| Another view - tangga yang masih mengekalkan seni bina asal. |
 |
| Ada ruang makan indoor yang di sediakan di tingkat 2. |
 |
| Bilik-bilik hotel yang tidak lagi digunakan setelah di convert menjadi restoran. |
 |
| Kaki melangkah keluar selesai tour sendiri di Hanu Lui Manuc ini. |
Sebaliknya Empire Ottomaniyah memberikan status khas yang membenarkan pemerintah tempatan iaitu Voivode mentadbir sendiri hal ehwal dalam negara. Dan tidak menempatkan penduduk Muslim secara besar-besaran dan juga tidak membina masjid yang banyak seperti di Sofia (Bulgaria), Prestige (Kosovo), Skopje (Macedonia) dan Tirana (Albania).
Penguasaan Ottamaniyah mula merosot dan melemah menjelang abad ke-19 dan penguasaan mutlak mereka ke atas Bucharest berakhir sepenuhnya selepas Romania Independent War tamat dan diiktiraf melalui Perjanjian Berlin pada 1878.
 |
| St Anthony Orthodox Church yang terletak di hadapan Hanu Lu Manuc. |
 |
| Mula dibina seawal kurun ke-15 oleh Pemerintah Voivode. |
The Curtea Veche Church atau dikenali sebagai St. Anthony Romania Orthodox Church terletak berhadapan Hanu Lui Manuc Rastuarant. Struktur asal telah dibina pada kurun ke-15 oleh pemerintah Wallachia. Namun banguanan church yang berdiri sekarang telah dibina baru pada tahun 1857. Oleh itu ia tidaklah kelihatan begitu old school seperti yang lain.
 |
| Waktu pagi keadaan masih lagi sunyi dan nak berjalan pun seronok. |
 |
Masa tengah merayau ni tiba-tiba dua akak ni panggil nak tanya pasal Restaurant Okami di sebelah mereka tu sebab menyangka aku staff situ 😅.
|
Dan aku meneruskan lagi berjalan menerokai hampir setiap lorong di old town ini. Masa tengah merayau-rayau seorang diri ini aku telah dipanggil oleh dua orang wanita di hadapan Okami Restaurant sebab aku kelihatan seperti orang jepun yang bekerja di situ. Terus la kitorang berborak dan mereka kata nak makan sushi bagai.
 |
| Kedai makan halal yang pertama aku jumpa di Bucharest Old Town ini. |
 |
| Antara beberapa kedai halal yang aku jumpa Efendi Doner, King Doner dan Nazareth. |
 |
| Restaurant Fattoush Lebanese Cuisine ada logo Halal. |
Terdapat beberapa restoran halal di sini dan yang pertama aku jumpa Efendi Doner Master of Kebab. Namun masih awal pagi dan aku tidaklah begitu lapar dan sekadar mengambil gambar. Dan agak mudah untuk menemui beberapa restoran halal di sini walau ia tidaklah begitu banyak. Sebahagian mereka ada serve arak walau berlogokan halal.
Dari Efendi Doner aku masuk ke Lipscani Starada/Street dan di sini terletaknya antara jalan utama untuk para pengunjung. Di kiri dan kanan dipenuhi dengan pelbagai jenis restoran, cafe, souvenir shop, muzium dan other attraction.
 |
| Terdapat banyak cafe, souvenir shop dan museum. |
 |
| Bangunan kalau dibina di persimpangan jalan mesti berbentuk curve. |
Di hujung street aku menemui Bangunan yang unik iaitu Banca Nationala A Romaniei atau Nattional Bank of Romania yang dibina pada tahun April 1880. Di hadapan bangunan bank ini terdapat peninggalan sejarah yang ditemui beberapa meter di bawah tanah. Ia dijaga elok dan hanya ditutup dengan cermin untuk memudahkan para pengunjung melihat dari atas.
 |
| Banca Nationala A Romaniei atau Nattional Bank of Romania |
 |
| Peninggalan sejarah yang ditemui ketika pembinaan National Bank of Romania |
Kesan tinggalan sejarah masih dalam keadaan elok dan dapat dilihat dengan jelas sebahagian sturktur bangunan yang masih berdiri teguh seperti dinding, jalan, tiang dan lain-lain yang diperbuat dari batu bata. Ia telah dibina oleh Prince Șerban Cantacuzino antara tahun 1678 - 1688. This structure was a major trading hub for international merchants - AI.
 |
| The Eugeniu Carada Monument |
The Eugeniu Carada Monument yang dibina pada tahun 1836 terletak di hujung bangunan National Bank of Romania ini. Dan ketika ini aku terjumpa satu pasangan senior dari UK yang sedang membaca map dan tiba-tiba bertanya "Did you know how to go to Hanu Lui Manuc Restaurant?" Terus aku explain dengan baik sebab memang aku dari tempat tu tadi.
 |
| Pasangan dari UK yang bertanyakan arah tuju ke Manu Lui Manuc Restaurant. |
Dan waktu ini jam dah menunjukan hampir 11.00 pagi. Maka aku mula mengatur langkah menuju pulang ke hotel dengan menggunakan laluan yang berbeza dari arah aku datang pagi tadi. Sebab nak balik ni mau dekat sejam jalan kaki sebab aku memang dah terlalu jauh dengan hotel. Dan masa jalan balik aku terjumpa satu lagi tempat yang unik dan menarik.
Bersambung Romania Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town) & Ion Constantin Brătianu Monument
Nampak macam tak banyak kereta ye dekat dalam bandar tu. Pelancong boleh jalan2 dengan selamat tanpa perlu risau dengan kenderaan lalu-lalang. Masa kat Eropah pernah je jumpa kedai halal tapi menghidangkan arak sbb kebanyakan orang Eropah dah jadi kebiasaan dieorg minum arak setiap kali pergi makan.
ReplyDeleteDalam old town ini memang tiada kereta dibenarkan masuk kecuali beberapa jalan sahaja yang dibuka kepada kenderaan.. itu pun kepada yg tertentu seperti polis, kebersihan dan logistic.. Betul tu seperti terpaksa menjual arak untuk dptkan customer non muslim.
Deletebestnyaaa nampak tenang jerk....
ReplyDeleteJalan waktu pagi yang sejuk memang menenangkan.. Kalau petang katanya ramai orang di sini..
DeleteTak dapat makanan halal, dapat cuci mata pun kira OK sudah. Cantik betul tempatnya.
ReplyDeleteNak makan boleh dan tak nak makan pun boleh.. Tapi kalau makan mesti harga puluhan ringgit duit kita hihii.. nasib la tak lapar sangat waktu ni :D
DeleteEhhh..Tibe jadi tourist guide plk =D
ReplyDeleteYang tanya arah tempat tu okla lagi dan nasib baik tahu.. Yg tanya pasal kedai jepun tu mmg out of no where.. dah la muka tak mcm prg jepun hahaha.. 😅
DeleteI recently came across a historic hotel while reading about travel experiences in Romania, the Hanu' Lui Manuc Restaurant & Hotel. To increase engagement on my social media posts about my travels, I plan to download an Instagram followers apk, such as the Top Follow APK, to grow my audience.
ReplyDeleteHi Nisha.. thanks for coming here.. and read my journal in Romania.. 🫰🏻☺️
DeleteRamai yang menegur, kalau lama lagi duduk Bucharest bole terus jadi orang sana... hehehe
ReplyDeleteCantik juga bandar Bucharest, selama ni dengar nama jer, sekarang baru bole tahu keadaan sebenarrnya..
Itulah first kena tanya pasal kedai makan second tanga arah tuju.. nasib la ok boleh jawap dengan baik.. Kalau duduk lama sikit mmg dah jadi local la hihii.. Yes Bandar Bucharest memang cantik.. berbaloi nak spend 3-4 hari.. ☺️👌🏻
DeleteCantik juga bangunan kat sana nampak macam bangunan lama yang penuh dengan sejarah.
ReplyDeleteSebuah bandar yang dipenuhi dgn sejarah sejak ratusan tahun.. ada yg kekal ada yg tidak.. tapi the way mereka preserve mmg kagum sgt.. 👍🏻
DeleteLuar biasa indahnya bangunan di sana,bersejarah dan terawat, pintu itu pastinya kokoh dan tinggi sih, sudah beberapa orang yang bertanya, abang cock nih spertinya menjadi pemandu wisata di sana 😄
ReplyDeleteSangat berbeza keadaan dan suasana di negara kita dia asia tenggara. Tempat sejarah lama dijadikan sebagai produk tourism yg terbaik. Yg kita tahu saja boleh tolong hihii.. :D
Deletecantik la semua bangunan kat situ, even restaurant pun sangat cantik rekabentuknya. Memang masih dijaga lagi bangunan tu semua punya rekabentuknya. Terpelihara dan terpulihara semua bangunan tu rasa macam masih di zaman dulu-dulu lagi.
ReplyDeleteBangunan lama sangatlah berseni dan cantik reka bentuknya compare dengan bangunan sekarang huhuu.. Kalau di sesetengah negara dirobohkan dgn alasan tak selamat dan maintenance yang tinggi kalau dibiarkan.
DeleteKalau macam inilah keadaannya, memang puas berjalan kaki sambil melihat bangunan.. Seni bina bangunan dia pun cantik-cantik.. Bagus betul bila dipelihara begini.. Antara tarikan yang menarik.. Terima kasih berkongsi disini..
ReplyDeleteCuaca elok dan suhu pun sejuk seronok berjalan menerakoi old town ini.. banyak bangunan yg mmg cantik seni bina nya.. Dijaga elok dan dpt menarik ramai pelancong..
DeleteSenibina bangunannya lama² dan masih dipelihara, ya. Elok berdiri kukuh. Hotel yang lama, usia ratusan tahun ni walaupun cantik tapi mesti berhantu. Eh, hehe..
ReplyDeleteRasanya lah org dulu bina bangunan lebih kukuh dari org zaman skearnag bina.. sbeba bangunan mereka boleh kekal bertahan beratus tahun lamanya.. bab ada hantu tu.... aaaa ano komen hahahaa.. ;p
DeleteSungguh luar biasa
ReplyDeleteKeaslian bangunan dipertahankan
Saya suka sekali dengan sejarah ottonom, sehingga wawasan saya jadi tambah luas.
Hebat tamadun yg mereka jaga .. bangunan lama juga dipelihara dgn baik sehingga menjadi tempat wisata bertaraf dunia.. sejarah ottoman itu sangat besar dan luas..
DeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman dan tempat yang menarik..
ReplyDeleteTerima kasih juga sudi dtg ke sini membaca.. insyallah akan terus berkongsi ☺️👍🏻
DeleteUwaaah cantiknya aaa bangunan iniiiii 😍😍😍. Usia dah lama tp masih bagus terawat yaaa.
ReplyDeleteTapikan lihat bentuk ya, apalagi tangga dan ukiran kayunya, saya macam tak sangka itu di eropa. Macam rumah2 lama di asia lah. Yg memakai kayu berukir.
Pantas lah turis itu menyangka Abang staff resto jepang, kalau dilihat2 muka Abang pun mirip juga dengan orang jepang 😄 👍
Bagusnya ada banyak kuliner halal di sana. Tak susah nanti nak makan . Tp beberapa msh serve alkohol yaa.
Bila bangunan lama beratus tahun dirawat elok mmg menjadi satu tarikan .. seronok jalan jalan di old town ni.. design kayu sebab owner asal nya Armenia.. sebuah negara asia.. mungkin dia mencampur reka bentuk.. ada keunikan tersendiri..
DeleteMuka melayu ini rasanya jauh beza dgn jepun hahaha.. tapi ntah la tang mana nampak jepun tu.. so far ada beberapa kedai makan halal yg dijumpai senang la
best sgt entry ni sbb gmbr2 semua amazing laaa!! mcm baca dokumentari pun ada..travelog lah kan ni kiranya..u dh boleh tulis buku travelog ni!!
ReplyDeleteBanyak gambar yg terpaksa dijauhkan sbb takut entry ni kadi panjang sangat huhuu...mmg akan selitkan sikit info history.. sbb minat sejarah kan hihii.. insyallah nanti ada la buku travel tu .. doakan..
DeleteKalau tulis buku travelog boleh jadi cam sepupu akak. Menarik untuk dibaca.
ReplyDeleteMacam sepupu? Meh bagi nama buku travelog.. nak baca huhuu.. ☺️👍🏻
DeleteSuka sangat kalau ada kawasan menarik yang ada sekatan atau had bagi kenderaan keluar masuk di situ sebab senang sedikit hendak merayap sakan tanpa risau tentang lalu lintas. Ha bila Afif tulis buku travelog ni?
ReplyDeleteKawasan di dalam old town tak semua jalan sesuai utk dilalui oleh kenderaan.. kita nak berjalan merayau pun seronok.. tenang pun iyer juga dalam old town ini.. insyallah soon nanti kita hebahkan travelog tu.. ☺️👍🏻
Deleteasalnya bangunan bersejarah, pastu dijadikan tempat makan. kalau camni memang antara tempat yg wajib dikunjungi lah.
ReplyDeletehahaha tak pasal2 jadi pelayan restoran warganegara jepun pulak yee
Ia dibuka sebagai sebuah hotel namun sekarang telah dijadikan sebuah restoran yang begitu klasik sangat.. asal nak amik gambar kedai tu dari dekat sbb menarik ada kedai makan jepun sekali kena tanya huhu..
DeleteWoahh, menariknyaaaa. Tak puas baca.. Ada buat video kat mana2 platform ke ?
ReplyDeleteBtw, Afif buat itinerary ada rujukan apa2 buku sejarah atau ada tour guide ?
At this moment memang tiada buat apa apa video di mana mana lagi.. Hanya sharing stories di blog ini sahaja.. insyallah mungkin soon kot.. ☺️👍🏻
DeleteGelak besar SA..Hahaha...kelakar betul tang kena panggil dengan akak dua orang tu sebab ingat Afif staff restoran jepun! Jauh betul beza muka Melayu dengan Jepun tu, tapi tang mana lah dorang nampak sama ye? 😅 Tapi best lah, sekurang-kurangnya dapat juga borak-borak santai dengan orang sana masa tengah merayau sorang-sorang waktu pagi..next entry kalau boleh la..Afif share tips simpan duit untuk selalu pi travel oversea ni...dan tips jangkamasa beli tiket
ReplyDeleteSaya pun nak amik gambar restaurant jepun tu sbb tetiba nampak ada di tengah bandar ni.. tau2 kena panggil sbb ingtkan kita org restaurant.. ye lah org europe tgk org asia semua sama jer huhu.. padahal jauh beza :P..
DeleteUntung cara simpan duit mmg ada dah share kat blog ini.. https://timetravelafif.blogspot.com/2024/04/tips-menyimpan-duit-untuk-travel-cara.html
Tangga dan penghadang kayu kat restoren tu bentuk dia macam kat tempat kita juga.
ReplyDeleteAah memang ada nampak macam ala ala klasik di negara kita..
Delete