Friday, 28 September 2012

Part 1 : The Netherlands - Sampai di Schiphol Airport

20 Julai 2011 - Rabu.. Sarjan Yusuf dari pihak Pertahanan Kedutaan Malaysia di South Africa hantar aku kat O.R Tambo Johannesburg International Airport (sebab aku lepak rumah dia sebelum ke aiport).. mereka pun macam tak percaya betul ke aku nak tour Europe sorang2.. risau kata mereka.. actually aku pun takut.. tapi buat muka kering je..

Okay start cerita.. aku amik flight KLM Airlines ke Schiphol International Airport - Holland.. flight selama 10 jam 30 minit.. alhamdulillah selamat sampai.. yang best nyer seat sebelah aku tak ada orang so selesa la sket.. makan, tido, tengak movie nak habiskan 10 jam nye pasal.. Dan untuk panduan korang sebelum beli flight ticket make sure korang minta makanan halal.. insyallah makanlah dengan tenang..

Sarjan Yusuf bersama isteri nya kak Hafsah dan
En.Zulkarnain Pengurus Airport MAS
Sebelum naik flight aku isi airtime R 189.00.. dan buat roaming sms jer.. orang tak boleh call in dan aku tak boleh buat call out.. 1 sms R 2.70.. aku boleh send 70 sms.. Flight pukul 11.20 pm dan aku sampai Schiphol Airport pukul 9.58 am - keesokan hari 21 Julai 2012.. nasib baik waktu sama dengan South Africa.. tak la susah aku nak tahu waktu.. especially waktu solat..

Sampai di Schiphol Airport.. cuaca sejuk semacam.. check hari tu sekarang ni musim spring tak kan sejuk macam ni.. nasib baik dah ready satu baju sejuk.. rupa2 kat sini memang sejuk even dah masuk spring..

By the way.. aku dapat info dari member Amerika.. diorang kata Schiphol Airport agak ketat dan susah.. sebab diorang even just transit tapi sebab diorang nama islam.. kene tahan.. cuak jugak aku nak lepas immigration ni.. so bila keluar je dari kapal terbang dah ada dekat 10 pegawai berdiri untuk check setiap penumpang yang keluar..

Bergambar di hadapan Schiphol Airport setelah lepas dari immigration :D
Bila time aku kene soal.. first dia tanya aku nak pi mana.. transit ke atau ini destinasi.. second berapa banyak duit ada..  aku jawap transit 3 minggu.. nak stay kat Amsterdam seminggu lebih dan nak pi rumah kawan dekat Hamburg, German.. okla tak ada pape pun.. lepas je dengan pegawai ni.. time nak stamp passport kene soal benda sama lagi.. tapi alhamdulillah la.. tak susah macam mane yang member aku cerita.. mungkin sebab time tu aku tak pakai jubah mcam diorang..

Layan pemandangan dari dalam tren.. 
sambil berfikir boleh ke aku nak jalan seorang ni :P
Fyra tren from Schiphol to Central Amsterdam

Bila dah stamp paasport aku pun cari la exit.. jumpa jer pintu exit kene tahan lagi dengan pegawai lain.. dia tanya ada barang nak declare tak.. aku kata tak ada.. sambil memberi senyuman dia kata ikut jalan sana.. aku pun jalan sampai lepas pintu dan terus keluar di arrival.. Waahh lega.. tak ada la susah mana.. mungkin nasib aku je yang baik.. :P

First aku kene buat sebelum start perjalanan.. cari tandas.. then solat.. cari jer corner yang agak tersembunyi jauh dari orang.. bentang kain dan solat.. Alhamdulillah time aku tak ada orang kacau.. :D

Sampai Di Station Central Amsterdam  
Bergambar dengan train ni sat
sebelum keluar dari bangunan ni
Habis solat.. aku pi cari kaunter nak beli tiket tren nak pi Amsterdam.. tapi semua signboard dalam bahasa Dutch.. sakit gak nak nak fikir ni.. nasib baik nampak  orang beratur kat mesin ada tulis tren.. aku pun beratur la dengan confident nyer.. sampai je kat mesin tu.. satu haprak pun tak faham.. tempat nak masukan duit pun tak ada.. terus pening tak tahu nak buat apa..

Nasib baik nampak ada makcik tua pakai tudung dengan husband dia.. bila aku tanya.. dia geleng kepala sambil menunding jari ke seorang pemuda sedang bercakap telephone.. bila pemuda tu abis cakap telephone makcik tu beritahu apa ntah.. rupa2 nya pemuda ni anak pakcik makcik tu.. diorang tak tahu English.. so suruh aku cakap dengan anak dia..

Dia tanya apa aku nak pi nak? aku kata cane nak beli tiket tren ke Amsterdam.. sambil tersenyum dia bawa aku pi kaunter tiket kat hujung airport.. ( la ada rupanya kaunter :p ).. dia minta duit untuk bayar tiket tren tak sampai 2 euro.. then bawa aku pi terminal.. memang banyak tren dia..

alhamdulillah dia bawa aku betul2 sampai depan tren untuk ke Amsterdam.. tren dua tingkat.. seat besar boleh tahan siap ada plug untuk charge.. tren aku naik ni tak stop langsung kat mana2 station.. strait jer sampai Amsterdam.. in the end baru aku tahu.. ada masa tertentu.. ada tren memang strait to Amsterdam dari airport.. Continue to Part 2..


Monday, 24 September 2012

Malawi Part 1: Kaki Melangkah Menyeberangi Sempadan Zambia - Malawi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas tour di Lusaka dan Chipta, Zambia. Aku memulakan langkah cross border ke negara sebelah iaitu Republic of Malawi. Negara ni agak terkenal kerana terdapat satu tarikan yang berstatus World Heritage (UNESCO) iaitu The Malawi Lake. 

Memang terkenal di dunia pengembaraan dan sebagai satu destinasi pelancongan utama di Afrika dan Malawi sendiri. Tasik Malawi ini berukuran panjang melebih 700km dari utara negara sehingalah ke selatan. Dengar pun dah menarik kan dan itulah salah satu reason kenapa aku nak jejakan kaki ke sini.

Kedudukan Tasik Malawi di Southern Africa Continent yang menjadi destinasi utama kami.
Dari Border Mchinji Malawi, kena naik teksi atau bas mini (van) untuk ke Lilongwe iaitu ibu negara bagi Malawi. Masa tengah sibuk cari transport selepas selesai immigration, tiba-tiba datang seseorang dan dia offer naik van dengan dia untuk ke Lilongwe. Van biasa yang bukan public transport seperti yang lain.

Dia charge seorang RM30.00 untuk perjalanan sejauh 120km dari border. Maka kami pun bersetuju untuk ikut naik van dia sebab persendirian dengan harapan tidaklah susah semasa perjalanan. Sebab kalau naik van public transport tu akan banyak berhenti turun dan naik penumpang yang silih berganti di sepanjang perjalanan dan ia lebih mahal.

Perkhidmatan bas dari Border Mchinji ke Lilongwe.
Tapi malangnya bila dah naik rupa-rupanya dia berhenti banyak kali dan ambil penumpang lain sehingga penuh van. Namun aku bernasib baik sebab duduk di bahagian depan berbanding Anas, Musab dan Umar yang duduk di belakang dan terpaksa behimpit-himpit dengan penumpang lain.

Pekan Mchinji hanya 12km dari border.
Nak dijadikan cerita semasa kami menghampiri post kawalan tentera sebelum memasuki Bandar Lilongwe dan menunggu giliran untuk di check oleh para askar yang sedang bertugas. Elok selesai jer dan pemandu van nak jalan. Tiba-tiba seorang pegawai tinggi askar menahan van kami dan berjalan rapat ke arah van.

Dan tiba-tiba memarahi seseorang dibahagian belakang van dan bila aku toleh tengok rupa-rupanya Musab yang sedang dimarahi. Askar tu marah sebab Mus'ab ambil gambar post kawalan tentera yang merupakan kesalahan.Sama seperti di border Zambia tempoh hari. Nasib la dia tak rampas tapi suh deleted semua gambar depan dia.

Kami sampai agak lewat di Lilongwe ketika waktu sudah pun magrib. Sampai sahaja kami terus cari masjid sebab kedengaran suaran azan tadi yang rasanya tidaklah jauh mana. Niat kami cuma nak solat dan bersihkan diri ala kadar sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Malawi.

Dan kami jumpa Masjid Al Falaah dan ia juga adalah sebuah masjid terbesar di sini. Bila kami masuk sahaja kelihatan jemaah di dalam masjid kesemunya melihat kami yang pada ketika baru sahaja selesai solat magrib berjemaah. Ada yang bertanya Jemaah Tabligh ke? Ada apa-apa kursus ke di sini?

Kami diizinkan untuk bermalam sebagai tetamu di Masjid A-Falaah, Lilongwe - Malawi.
Bila jumpa masjid ketika travel di afrika ini memang satu keseronokan.
Terus aku jawap tak adalah kami ni student dari Johannesburg dan datang sini jalan-jalan sahaja. Ahli qariah sambut kami dengan baik dan lepas selesai kami bersolat. AJK masjid panggil kami duduk bersama mereka. Tanya kami pelbagai soalan. Dan bila tahu kami pelajar agama dan 3 dari kami hafal al quran lagi la mereka happy semacam. 

Kami di layan seperti tetamu VIP pula. Dan orang masjid bagi cadangan untuk kami bermalam sahaja di masjid ini sebab tak berapa sesuai nak travel waktu malam ke Malawi Lake. Dan ada yang mengatakan jalan juga tidak berapa elok sehingga boleh merbahayakan. Dan katanya esok sahaja sambung perjalanan. Kami pun memang ok sangat lah hihi.

Bersama Maulana Abdur Rahman Imam Masjid Street 7,
Sahabat lama di University Zakariya, Johannesburg, Afrika selatan
Lepas solat isya'.. ramai datang jumpa kami.. siap ada yang bawakan pizza untuk makan malam kami.. ada yang bawakan kami roti nan dan kari ayam.. time nak amik malu2.. masuk bilik terus makan maklumlah lapar.. alhamdulillah itulah rezeki.. ada juga yang bertanya.. nak selimut, bantal etc.. yang ajak datang tido rumah diorang pun ada..

Lepas solat subuh ada ustaz ni tanya " Ada nak pi mana-mana ke kat Lilongwe ni.." Aku kata ada kawan senior di sini dan kalau diizinkan aku memang nak jumpa. Ustaz tu tanya details dia. Aku kata dia imam kat masjid street 7 bernama Maulana Abdur Rahman. Terus ada seorang pakcik ni offer untuk bawa kami katanya dekat sahaja dalam 10 minit.

Satu-satunya bas dari Lilongwe untuk ke Mangochi.
Keadaan di tempat bas yang akan bertolak ke Mangochi City dari Bandar Lilongwe.
Alhamdulillah dpaat berjumpa selepas 4 tahun. Kami dijamu dengan sejenis nasi yag dimasak dengan susu dan dicampur dengan gula. Namun atas sebab tetamu maka aku buat kering makan sampai habis. Masa ni Musab surrender langsung tak boleh makan sebab tekak dah lain macam.

Lebih kurang dalam setengah jam sahaja kami di rumah Maulana abdur Rahman ni. Sebab nak ke bus station untuk dapatkan bas ke Mangochi. Terasa itu adalah pertemuan terakhir dalam hidup ini sebab tak mungkin aku akan dapat peluang untuk ke sini apatah lagi bertemu beliau.

Makan jagung bakar untuk lunch kami dalam bas.
Balik semula ke Majid Al-Falaah.. kemas barang.. kami di bawa ke rumah Rashid Bhai.. untuk bersarapan.. Orang nya biasa tapi makanan dia luar biasa.. Ada sandwich, daging hancur black pepper, jus oren, roti bakar, butter, scramble eggs , tea, coffee macam2 la :P.. Walau malu2 nak makan.. tapi habis semua kami makan hahaa...

Bila dah naik bas lebih 7 jam untuk perjalanan 250 km..
Macam ni la jadi nyer.. Main snap2 gambar :P
Mus'ab dah tak boleh tahan dengan bau yang tak menyenangkan ditambah lapar lagi
Ayam hidup pun mereka bawa naik bas kalau ayam goreng boleh tahan lagi.
Kesian pada umar kena duduk sebelah ayam ni hihii. :D

Ticket bas pukul 9.00 pagi tapi hanya pukul 11 lebih baru bertolak. Perjalanan sejauh 250km kena hadap keadaan dalam bas yang macam sardin. Dengan orang bawa ayam hidup pun ada. Ketika waktu hampir maghrib  lebih pukul 6.30 petang akhirnya kami sampai Mangochi. Harga tiket bas dari Linglowe ke Mangochi berharga 1700 kwacas bersamaan RM 25.00. 

Sampai di Mangochi Station Bus, kami menaiki satu bas lain untuk ke Pekan Monkey Bay yang memakan masa hampir setengah jam berharga 400 kwacas. Bila sampai terus cari Mufasa Lodge sebab hari dah lewat malam. Nasib baik ada pemuda ni tolong kami untuk cari hostel. Bila sampai di lodge barulah kami tahu pemuda ini bekerja di sini.

Bersambung Malawi Part 2 : Ariving At Monkey Bay - Malawi Lake Boat Tour

Tuesday, 18 September 2012

Zambia Part 2 : Special Guest At Lusaka National Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Selepas Sulaiman Lee inform yang dia masih stuck di Johannesburg sebab ada masalah dengan flight ticket beliau. Aku dah mula stuck macam tak tahu nak buat apa. Maka kami pun buat perbincangan berempat nak buat macam mana. Nak cari accommodation untuk malam ni atau teruskan sahaja perjalanan ke Daerah Chipata.

Bergambar bersama Pengarah Lusaka Muzium di pintu masuk.
Dan kemudian azan asar pun berkumandang di masjid ni. Ramai lah jemaah yang mula masuk ke masjid dan boleh kata kesemuanya memandang ke arah kami. Macam kami ni Jemaah Tabligh pula mana tak nya dengan beg backpack lagi hahahaa.

Selepas solat berjemaah ade seorang Pakcik India ni tanya dengan aku datang dari mana..? Nak buat apa..? Nak ke mana..? Lepas aku explain pada beliau situasi kami. Dia kata buat apa nak susah-susah cari hotel, datang jer rumah dia jer. Kebetulan rumah sewa dia yang tak jauh dari masjid ni tengah kosong.

Simbol kebebasan bersuara di Zambia.
Bergambar bersama rombongan sekolah yang melawat Lusaka National Museum 
Maka kami pun ape lagi tersenyum lebar dibuatnya. Lepas habis bacaan hadis selepas asar di dalam masjid. Kami pun ikut pakcik tu naik kereta Toyota Land Cruiser beliau. Terus pergi rumah sewa dia sebuah rumah yang attach dengan rumah pakcik ni juga.

Waktu malam selepas isya balik dari masjid tiba-tiba dia datang bawa makanan ke rumah sewa. Scrumbe Eggs, Sosej, Daging hancur yang dimasak dengan capsicum dan bawang, dan sayur bendi goreng berempah kering. Makan dengan satu loaf roti. Siap tambah lagi. Ini first time dapat makan proper dalam dua hari ni huhuu.. :D

Cara menghidupkan api pada zaman dahulu.
Antara kereta yang digunakan ketika era zaman perintahan penjajah.
Antara senjata yang digunakan oleh para pejuang 
Di Lusaka ni sebenarnya tak banyak perkara yang kita boleh lakukan. Mostly kalau tempat cantik nature tu kebnayakan berada di luar bandar. Maka keesokan pagi kami dicadangkan oleh pakcik tu untuk ke National Museum of Zambia. Sebab dia pun berkerja tak dapat nak bawa kami jalan-jalan. 

Pada keesokan pagi tu kami ikut pakcik tu pergi kerja dan dia drop kan kami di depan Lusaka National Museum. Entrance USD 5.00 per person. Kira mahal jugak la sebab dalam agak kosong tak banyak benda yang di pamerkan. Mungkin kalau minat sejarah ok la kot.

Replika gambaran perkampungan luar bandar di Negara Zambia.
Time nak masuk muzium tiba-tiba terserempak dengan pengarah muzium lusaka ni. Terus dia tegur tanya dari mana. Bila dapat tahu dari Malaysia lagi dia teruja nak berborak. Kami bagitahu kami belajar di university di South Africa. Lepas berborak terus dia panggil seorang pegawai untuk escort kami ke dalam muzium dan jadi tour guide kami :D

Benda pelik benda yang ini. Di tanya tapi tak dijawap pula hahaa..
Kraf tangan yang diperbuat dari tanduk dan tulang binatang.
Asal plan classmate aku Sulaiman Lee tu yang akan bawa jalan-jalan tapi bila dia dah tak ada. Mati akal dibuatnya. Nak study tempat-tempat yang menarik pun macam dah no point sebab masa dah habis banyak. So hari kedua kami hanya ke Lusaka National Museum dan jalan-jalan disekitar bandar.

Waktu asar kami ke masjid yang sama sebab dah janji dengan pakcik tu jumpa di masjid lepas solat ikut dia balik rumah. Alhamdulillah bersyukur sangat bila ditemukan dengan orang yang baik hati ikhlas membantu. Gambar dengan pakcik tu tak ada  sebab dia tak bagi ambil gambar dia. 

Freedom Statue of Zambia. Berada di uar banguanan muzium.
Hari ketiga kami angkat beg ikut pakcik tu solat subuh di masjid dan kami berpisah sebab kami akan menaiki bas ke Chipata sejauh 570km dari Lusaka. Nanti aku kongsikan naik bas sempit. Bas yang sama saiz di malaysia tapi insted kerusi dua kiri dua kanan. dia buat 3 kiri 3 kanan. itu belum yang masuk bawa ayam hidup dengan kambing lagi. bas yang panas tak ada aircond hanya ada tingkap. Itu pun org afrika tak suka buka tingkap . serius panas tak tahan. diorang siap kata buka tingkap kene angin nanti akan sakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...