Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Kalau cerita bab penat ni memang sampai kesudah tak akan habis.
Setiap orang pasti penat walau berbeza jalan cerita di saat mahu pun setiap hari.
Penat minda dan penatnya hati pun berbeza. Itu belum lagi penat tubuh badan. Betulah kata Blogger Kak Sue Ann.. Masuk 40 series ni lain macam rasa badan. Rasa macam buldozer lalu atas badan hahahaa.. 🤣
Rasa nak rehat lama sikit termasuk nak rehat dari blog juga huhuu..
![]() |
| Antara makanan RTE yang wajib aku bawa kalau travel ke luar negara. |
Produk Mama Vege ini adalah Plant Base Food senang cerita artificial meat yang diperbuat dari kacang soya. Setakat ini aku hanya jumpa di store 7Eleven sahaja dan berharga sepekat RM1.70.
Biasa makan dengan mee segera atau roti. Dia punya rasa bagi aku not bad dan tak ada la rasa atau bau pelik.
Disebabkan harga yang murah dan jarang ada di rak. Kalau aku nampak mesti borong semua macam dalam gambar di atas 😅. Mula-mula ingat ada satu flavour sahaja iaitu Spicy Mala. This year baru jumpa flavour BBQ.
![]() |
| Mee Kari di Hentian Sebelah Serdang Arah Utara. |
Balik dari HPUPM baru ini singgah sebentar di Hentian Serdang sebab nak solat. Tapi bila dah berhenti tu terasa pulak nak minum segelas kopi panas dan kemudian ternampak orang depan makan mee kari. Kita pun hurmm macam sedap maka ter-order lah semangkuk 😅. By the way memang sedap dan berbaloi termakan hihii..
![]() |
Malam kelmarin makan mamak sebab si ayah penat dan tak sempat nak masak. Si ibu outstation 3-4 hari maka ke mamak Fatimah Gaus la.. Jangan tanya apa the kids nak makan, lambat jadinya. Kita orderkan terus Roti Nan Cheese, Tandoori dan Tosei Garing untuk dimakan kami berempat.



Fatimah Gaus tu dah macam korang punya dapur kan? Heheheh.
ReplyDelete(Sori lom sempat ke sana lagi... Sebab lately ni pagi selalu je ada benda urgent...)
Betul la tu memang dah jadi dapur kitorang.. asal lapar dan nak cepat situ jer lah dituju nya hahaha.. Nanti dah free roger.. boleh jumpa di taman midah juga :D
DeleteGombak hujan ni, sedap juga kalau layan tosei :)
ReplyDeletePekena teh tarik kurang manis dengan tosei sekali skala time hujan mmg layan :D
Deletebab penat tu mmg kdg2 kita rasa nk rehat lama...xpe amik masa...sedap tgk mee kari tu.. entry smlm kt blog kita ada tosei juga :)
ReplyDeletethere is a things playing around us... some is important and some is not..
DeleteOh ye ke ada tosei juga nanti kita terjah.. sidebar ni lambat update pulak update dari rakan rakan blog..
dashboard reading blog tgh problem...tkde keluar latest entry lately so mmg kena klik link blog utk tgk latest update entry
DeleteThis week macam ada problem sikit kan dengan blogspot.com ni.. tak apa la nama pun platform free hehehe.. nanti okla tu :D
Deletebkn this week...mmg byk bulan terjadi dh
DeleteOh ye ke... Tak perasan pula sbb sebelum ni mcm pun agak bz tak dpt nak focus pada blog sgt huhuu..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedapnya Roti Nan Cheese. susah nak jumpa yang cheese melimpah ruah.
ReplyDeleteMeh dtg mamak sini.. Cheese dia mmg tak kedekut mmg kalah mamak lain.. sini tarik cheese dah sama mcm pizza hut huhuu
DeleteTengok gambar pun dah boleh agak, mesti sedap tu mee kari.
ReplyDeleteSedap la lagi pun tepi rnr jer kan.. unexpected rasa dia sedap dan kuah dia pekat and rich.. mmg thumb up la :D
DeleteOK..Nnt bleh try gi cari ni =D
ReplyDeleteSila cari dan try makan lepas tu bagi review macam mana hihii :D
Deletewah...boleh diharap ayah ni... tahniah
ReplyDeleteNak anak ramai kene lah multitasking dan boleh diharap huhuu.. :D
DeleteRTE 7E tu nanti boleh dicuba kalau pergi travel nanti..
ReplyDeleteMee Kari adalah salah satu makanan fevret saya tp susah nak cari yang menepati citarasa saya...
Jarang nak jumpa pack RTE tu.. Kalau bawa pergi travel itulah yang paling laku dalam family kitorng huhu.. Boleh try mee kari di rnr ni.. alhamdulillah sedap dan kuah pekat huhu..
Deletekalau ada plan nak pi travel mane2 bole la survey kat 7e utk RTE tu. selalu bawa yang brahim tu, tapi mcm tak kene dengan tekak pula
DeleteExpired date lambat dalam setahun lebih so kalau nampak mmg beli boleh simpan dan kat rumah ni pun kdg2 kids curi curi makan juga huhuu..
Deletekalau nasi atau lauk saya selalu pilih Chef Zam dan Jasmanie. Sedap dan nampak berkualiti compare yang lain nasi lembik, tak sedap dan sebagainya.
Kalau penat, berehatlah. Pekat tengok kuah mee kari tu. Sedap tengok tosei garing. Kalau malas masak, memang mamak la solusi paling senang. 😊
ReplyDeleteKalau malas masak dan kalau waktu bajet tenga sakit huhuu.. Memang restoran mamak menjadi santapan utama .. Yes mee kari tu mmg sedap sebab kuah dia pekat..
DeleteTosei garing itu mirip roti tisu ya ? Saya sukaaaa sangat roti tisu tiap ke mamak , 😄. Walaupun hrs datang minimal ber3 kalau nak pesan. Takut tak habis.
ReplyDeleteSaya tak pernah bawa makanan RTE begini saat traveling. Tp menarik, mungkin nanti saat ke Harbin saya nak bawa juga.
Kalau di sini vegan meat kebanyakan terbuat dari Mushroom. Betul2 mirip daging asli. Saya pernah tertipu juga, saya pikir itu daging asli saat makan di restoran vegan di jakarta 🤣. Tapi sayangnya tak ada yg dibuat RTE.
Kalau roti tisu ada gula di dalam nya.. dan akan di makan sama susu manis gitu... Tosei ini di makan sama kari atau catni atau kuah dhal.. kalau ke Malaysia lagi harus cuba.. mungkin suka mungkin juga tidak hihii.. kalau tosei ini cukup makan seorang.. ☺️😅
DeleteKalau bawa RTE Vegan pergi travel lebih mudah sebab bukan berunsur daging.. dan ada beberapa negara yg tidak membenarkan ia masuk.. tapi kalau vegan lulus cemerlang di immigration.. 😅☺️👌🏻
DeleteProduk Mama Vege ni nak try lah nanti
ReplyDeleteSila try if kena dgn tekak boleh la bawa pergi jenjalan.. sbb ada org tak leh terima vegan food ni hihii..
DeleteNampak sedap mee kari tu!
ReplyDeleteYes sedap.. nanti boleh try kalau singgah rnr serdang tu.. ☺️👌🏻
DeleteTerliur tengok mee kari pekat dekat Hentian Serdang tu, memang rezeki betul ter-order benda sedap! Bab makan dekat Mamak Fatimah Gaus tu pun memang pilihan paling bijak dan pantas bila masing-masing dah penat, order Nan Cheese dengan Tosei Garing confirm setel masalah anak-anak.
ReplyDeleteMee kari tu untung makan sebab kuah pekat dan sedap... boleh la nak buat makan makan petang kan masa berhenti rnr hihii... kdg tanya juga the kids nk mkn apa bila ke mamak.. tapi kdg2 dah lewat tu kita order kan jer.. pepandai lah mereka makan :D
Deletemakanan RTE tu saya tak pernah nampak lagi kat 7E. murahnya harga dia. boleh cari ni nanti :D
ReplyDeleteDia kalau ada pun kita tak perasan sangat huhuu.. Cubalah cari kat rak 7E tu.. Try dulu sedap atau tidak dan barulah bawa pergi jalan.. kalau tidak membazir jer hihi
DeleteOkay eh produk mama vege tu.. Sha ada nampak juga.. Bolehlah nanti beli dan cuba..
ReplyDeleteMemang nampak sedap mi kari tu..
Boleh la try beli dan makan dengan mee segera.. especially mee segera dalam cup tu... tgh2 jem makan dalam kereta waktu hujan ... layaannnnn :D hahaaa
DeleteSekarang mudah je kan nak travel. Dah banyak makanan ready to eat macam ni. Sambal pun, hehe.
ReplyDeleteBetul sekarang dah banyak produk RTE untuk dibawa travel... Mmg tiada isu nak makan makanan halal ketika travel huhuu..
DeleteDapat tosei garing camtu baru semangat nak makan. Kadang minta garing samada terlalu garing atau yang ambik order tak paham... dapat yang lembut.. memang soh buat lagi lah jawabnya.
ReplyDeleteKalau minta garing dapat yg lembut tu mmg berkicap hati hahaha.. makan di mamak kena ada selera dan keinginan nak makan apa.. kalau silap dan spoil habis la huhuu..
Delete