Friday, 14 August 2026

Trip Memancing Di Rumah Rakit Wak Mie Telok Nipah - Pulau Indah Klang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sesudah selesai menulis kisah kembara solo di trip 3 negara Turkiye, Bulgaria dan Romania. Maka  jom lah kita menulis entry yang santai-santai mengenai aktiviti tuan blog bila ada kelapangan. Yang tak lain adalah aktiviti memancing 🎣.

Sampai jeti waktu ini sangatlah sunyi dan gelap. Kereta parking nun dalam gelap sana tu.
Trip ke rumah rakit ini berlaku pada bulan Januari 2026 dan baru sekarang ada peluang nak menulis. Dari 5 orang yang merancang hanya 2 orang sahaja yang show up untuk trip kali ini. Tapi tak apa lah asalkan jangan seorang diri naik rumah rakit waktu malam unless kalau betul-betul berani silakan. Siapa yang tahu dan faham maka tahulah ia hahaha 😅.

Sampai di jeti terus angkut semua barang-barang ke atas bot dan kami terus bergerak.
Okay kita bukan nak cerita seram tapi nak cerita pasal memancing semalaman di atas rumah rakit. Sebelum ke Klang, aku pickup seorang sahabat yang aku kenal dari bangku sekolah rendah lagi iaitu Fathullah di Ampang. Dan kemudian kami berhenti di Speed 99 untuk membeli segala ration untuk bertahan hidup sehingga pagi esok di atas rumah rakit.

Antara bekalan yang dibawa untuk bermalam di atas rumah rakit.
Stove kena bawa kalau nak memasak especially nak buat kopi dan mee segera.
Sampai di Jeti lebih kurang jam 9.00 malam. Wak Mie dah pun menunggu kami disebabkan kami adalah trip terakhir yang beliau akan hantar menaiki bot ke rumah rakit yang terletak di tengah-tengah muara yang luas dan dikelilingi hutan paya bakau dengan keadaan yang gelap dan sunyi. So fahamkan kenapa jangan pergi seorang diri huhuu.

Umpan untuk trip kali ini aku gunakan isi udang, isi ikan sardin dan sotong. Sempat membeli umpan cacing pumpun dari orang asli di area Laguna Park sebelum tiba di jeti. Sebelum 9.30 malam kami dah pun berada di di atas rumah rakit. 

Sepatutnya boleh check in seawal jam 6.00 petang tapi disebabkan kami lambat dek kerana beberapa orang yang cancel last minute. Apa pun syukur dapat juga naik rumah rakit. Wak Mie kata esok pagi dia akan datang ambil jam 8.00 pagi.

Suasana yang indah dengan pemandangan matahari terbit. 
Kena tidur sejam dua sebelum subuh dan kemudian menikmati view sunrise.
Tapi dekat pukul 10.00 pagi juga baru Wak Mie datang ambil kami sebab katanya nak tunggu kumpulan pemancing yang nak masuk pagi. Dan kami pun memang suka la sebab ada lebih masa nak mancing. Waktu pagi selepas subuh memang waktu ikan tengah galak makan umpan. Syukur dapat la jugak ikan tetanda dengan senangin di sebelah pagi.

Tiada hasil yang kasar sebab sepanjang malam arus air agak mati.
Hasil di pagi hari. Kira okay la boleh masak lauk kat rumah :D
Disebabkan malam tadi tak nampak apa maka kita tunggulah esok pagi waktu matahari terbit ketika pemandangan dari rumah rakit ini sangatlah indah. Kalau nak bergambar dengan view pemandangan silalah ke rumah rakit ya. 

Oh ya tandas dan air bersih untuk kegunaan luaran serta lampu dari tenaga solar juga disediakan di sini. 

Sebuah pondok kecil sahaja. Ada disediakan toto untuk tidur di dalam.
Pernah sekali bawa wife and the kids 4 orang datang memancing di rumah rakit ini tapi kami ambil dari pukul 3.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja. Hurmm kalau nak stay over night di sini mungkin tunggu mereka besar sedikit. Risau juga kalau nak bermalam di sini dengan the kids. But if ramai adult tak la risau sangat. Kalaua korang macam mana? 😉

Alhamdulillah keadaan yang sangat bersih.  Dah datang jangan tinggalkan sampah ya.
Tandas terletak di hujung dan air bersih (air hujan) satu tong biru tu disediakan.
Overall kalau datang nak memancing semata-mata, bagi aku rumah rakit ini dah cukup selesa.

But if datang dengan keluarga mungkin agak kurang sesuai sebab tiada apa-apa yang disediakan di sini. If rumah rakit yang lebih mahal sedikit seperti di entry-entry trip mancing lain di blog ini. Ia lebih sesuai sebab dapur dan peralatan memasak, elektrik untuk charge handphone, kipas dan tv disediakan. Katil, bantal dan toto juga disediakan

Dah naik rumah rakit wajib kutip kupang. Alhamdulillah dapat lebih 5 kg.
Rumah Rakit Wak Mie Teluk Nipah ni sangatlah murah dan memang tak boleh lawan rumah rakit yang lain yang berharga lebih RM200-300 untuk satu malam atau untuk 12 jam. Dan harga untuk 24 jam dan harga pada waktu weekend dan public holiday akan jadi lebih mahal. 

Macam aku kalau datang nak mancing memang selalu ke ke sini but if bawa the kids and wife memang kena pilih yang lebih selesa. Sambil memancing sambil bawa family beriadah dan bercuti serta ajar the kids survival skill memancing 😉.

Boleh baca trip memancing di rumah rakit yang lain jika berminat:-

36 comments:

  1. Kagum dengan pemancing yang suka mancing malam-malam ni. Kalau kita serammm...
    Banyak jugalah hasilnya tu. Tak sia-sia lah kan. Dapat ikan, dapat kupang yang segar. Mujur jugalah ada geng, kalau sorang diri terpaksalah cancel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ikan pun tak suka dekat dekat dengan manusia kan hihii.. tu yang ken pi jauh tempat yang sunyi dan jauh dari manusia kalau nak mancing hihii.. Bab seram tu nanti kita buat entry lain la hahaha.. Kalau sorang siang ok jer.. malam tak kot :P

      Delete
  2. Ai suka memancing, tapi kalau gelap-gelap macam ni memang tak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang 2-3 orang okay la.. Kalau sorang2 kita pun tak nak hahaha :P

      Delete
  3. Seronok tgk.Tp rasanya cukup la sekali pegi houseboat yg x brgerak tahun lepas..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Houseboat yg tak bergerak...? Macam mana kah itu 😅.. ok nanti kita cari entry tu kalau ada di blog.. Pengalaman pertama kalau tak best mmg selamanya tak best huhuu

      Delete
  4. Seronok pengalaman ni. Tapi takut juga kalau tak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. kalau tak ramai mmg sunyi.. at least berdua ada lah member nak berborak hahaha..

      Delete
  5. Ada kisah seram² ke Afif? Hehe...
    Alhamdulillah banyak juga hasilnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaaaaaaa.......!!!! Hahahahaa.. 😅
      Nanti lah kita cerita lain... Alhamdulillah ada juga la hasil untuk dibawa balik.. 🤲🏻☺️

      Delete
  6. Wah, salute berani bertiga pun jadi pergi! Rumah rakit memang ada 'aura' tersendiri kalau malam-malam kan. Pengalaman bercuti santai macam ni tetap padu. Ada rezeki nak try lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bertiga.. tapi berdua jer huhuu.. jadilah kan boleh berborak.. kalau sorang sunyi sepi pulak huhuu.. yes bab aura tu mesti ada... Tapi hati kental nak mancing.. kena lawan la.. inshallah akan selalu terjah rumah rakit.. ☺️

      Delete
  7. Moment yang indah..hanya yang berjiwa kental mampu melalui begini..Tahniah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki yg hrbat antaranya yg boleh bersabar pergi mancing hahahaa..
      Boleh hilangkan stress... Lagi2 mancing tempat tak ada line phone hahahaa..

      Delete
  8. Dapat ikan fresh memang best tapi kurang kesabaran nak ikut memancing haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha di situlah terujinya tahap kesabaran seseorang itu 😅.. Seronok dapat ikan fresh tau.. 👍🏻

      Delete
  9. Kupang tu kutip kat mana?
    Menjala ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kutip berdekatan dgn rumah rakit.. menjala tak boleh .. nanti koyak jala tu..

      Delete
  10. banyak juga hasil tangkapan. lepas lauk sehari dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la restock buat pekasam.. ikan masin kering dan basah.. ☺️🤲🏻

      Delete
  11. teringin nak ikut orang memancing. akak tak pernah rasa pengalaman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari geng women yg memancing la kalau nak rasa pengalaman.. cari la sedara mara yg suka mancing tu.. ikut jer skali ajak husband hahahaa

      Delete
  12. teringin nak try cuti2 kat atas rumah rakit...tp MZ ada fobia dgn air yg dlm..sb terpikir ada monster laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je nak join dgn kitrg satu family kalau ke rumah rakit.. dpt ikan terus masak atas rumah rakit.. makan ramai ramai.. ☺️👍🏻

      Delete
  13. kalau tidur situ boleh lena ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya alhamdulillah memang lena jer.. setiap kali pergi mesti tidur lena hahaha..

      Delete
  14. banyak betul tu kupang
    puas mkn tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kadang2 banyak ..kadang2 tak banyak.. tgk la pada rezeki..

      Delete
  15. Salute dgn orang yg hebat memancing ni. Kalau saya confirm susah nk masuk umpan :p
    Kat sini mesti ada cerita seram kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak la hebat mana menacing tu tapi lebih kepada minatkan.. Layan jer la..
      tempat sunyi tu lah yang best nak mancing.. tapi bab seram tu pasti ada hihiii..

      Delete
  16. Walaupun perancangan asal 5 orang tinggal berdua je yang show up, tetap teruskan mission. Berbaloi betul dapat merasa tarik ikan tetanda, senangin & siap tapau kupang fresh lebih 5kg tu! Bab kutip kupang kat tiang rakit tu memang bonus point betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab mancing ni still on kalau tinggal berdua jer hahaha.. sbb kdg2 peluang tu susah nak utk kali kedua hahaha.. suka2 mancing ada rezeki dptlah ikan sedap2..kupang tu yes bonus 😅👍🏻

      Delete
  17. Ada contact number tak? Tolong share bto

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti dpt contact number saya share sini.. selalu kawan yg tlg booking kan..

      Delete