Wednesday, 23 September 2026

Breakfast Bertiga Di Coffee Bean & Tea Leaf

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ketiadaan mood nak update blog dengan masalah blogspot semenjak dua ini. Tapi bila tak update rindu pula nak menulis dan nak dengar celoteh dari rakan-rakan blogger yang datang memberikan comment.

Next cerita Hong Kong & Macau Part 8 masih lagi dalam draft. Harap dapat la publish by this Friday itu pun kena tengok level kerajinan. By the way masa tengah tulis entry ini nampak reading list macam dah update ikut keadaan semasa.

Big Breakfast memang menjadi keutamaan the kid kalau ke CBTL.
Hazelnut Latte, Hot Americano, Ice Chocolate & English Tea.
Kaya Toast Bread with Butter & Half Boil Egg.
This week anak-anak tak sekolah agama sebab dicutikan untuk memberi laluan kepada Peperiksaan Sijil Sekolah Agama (PSRA). Tu yang terpaksa bawa si nombor 2 pergi breakfast sekali. Nanti petang si kakak pula ikut mak ayah pi bekerja, kalau kena kerja di luar la. If work from home lepak rumah jer la.

Oh ya No 2 sekolah agama sesi pagi sebab darjah 3 dan kakak sekolah agama petang sesi petang (darjah 5). Semalam dapat whatsapp dari guru sekolah kebangsaan memberitahu si kakak terpilih dapat Anugerah Puteri Bongsu dalam Persatuan Puteri Islam Malaysia. Itulah sedikit sebanyak benda yang aku nak coletahkan pepagi ini dalam CBTL ni 😅.

Walau selalu datang CBTL ini tapi tak pernah beli Bagel di sini.
Take Away Spicy Chicken Puff & Chicken Mushroom Ciabatta Twist.
Kita bungkus siap-siap lunch for the kids - Olio Aglio, chicken mushroom ciabatta twist dengan spicy chicken puff untuk si kakak dan si abang yang balik sekolah pukul 12.00 dengan pukul 1.00 nanti. Hari ini ayahnya tak ada mood nak masak, walau tadi sebelum keluar rumah dah rendam ayam huhu. Rasa macam nak pergi mancing la pulak.. 😏

By the way kepada yang dah baca dan comment di latest 2 entry Macau.. Ribuan terima kasih aku ucapkan 👐.

13 comments:

  1. Assalamualaikum. Apa khabar? saya hadir BW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Alhamdulillah khbar baik Tuan Shaizhar... Terima kasih dtg berkunjung :D

      Delete
  2. Aduii geram sungguh tengok ini, sebab dah berapa kali plan dengan kawan nak sarapan di sini, asyik tak jadi.. nak pergi sorang macam tak menarikkk pulak.. nak kena plan semula laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang sorang2 nanti terlayan perasaan pulak hahaha.. klau order byk makanan boleh la nak cuit sana sini.. Okla makanan not bad.. sekali sekala blh la layan coffee kat sini.. 👌🏻

      Delete
  3. menarik betul pastries di sini..yummy2...makan big breakfast tu mesti kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak sangat pilihan pastry waktu pagi ini.. tpi byk yg sedap juga.. Yeap mmg kenyang big brkfast tu..

      Delete
  4. Boleh tahan harga dia, ya. Banyaknya pastries dan menarik tengok hidangan big breakfast tu.
    Tahniah kepada kakak ya, sebab dapat anugerah. Acik dulu sekolah rendah pun, masa darjah 5, masuk Puteri Islam. Masukkan aje ayam tu balik dalam freezer. Selamat memancing, Encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan boleh tahan tapi memang mahal pun harga nya.. CBTL ni sekali sekala boleh la layan huhuu.. Itulah tak tau apa dia buat sampai dpt anugerah tu.. kita parent pun terkejut 😅.. mancing baru terasa blm plan lagi..

      Delete
  5. Dah lama tak lepak2 di CBTL. Kali terakhir masa bertemu dgn bloggers MZ, PH dan Linda hehe. Tahniah buat kakak sebab dapat Anugerah Puteri Bongsu 👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dah lama tak masuk CBTL ni huhuu.. ni first time bulan ni.. environment di CBTL mmg seronok kalau nak small gather.. 👌🏻

      Delete
  6. Tahniah buat Kakak 👏🏽

    Bagel tu pernah try makan sekali je (di kafe lain), tak kena selera 😄

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi masuk sini.. tolong bg cadangan apa yg sedap.. hehe

    ReplyDelete
  8. menarik betul big breakfast CBTL tu ye...=D

    ReplyDelete