Sunday, 11 October 2026

Makan Malam Di Azmi Ikan Stim Tempoyak Kuala Lipis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selamat tiba di Kuala Lipis semalam untuk urusan kerja sabtu dan ahad di sini. Selesai kerja semalam singgah ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak untuk makan malam bersama beberapa staff dari Kuala Lipis.

Dulu restoran ni berada di kedai lot tepi jalan sahaja namun sekarang dan berpindah ke sebuah bangunan di tapak sendiri. Alhamdulillah perniagaan orang melayu ini semakin maju. 

Selamat Datang ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak.
Bagi aku jika tak pernah atau jarang sangat datang ke Bandar Kuala Lipis maka wajib la try at least makan sekali di sini. 

Untuk rate makanan di sini aku bagi 7.9/10. Ada kala bila datang makanannya sangatlah sedap dan ada kala rasanya so so sahaja. But if nak cari tempat makan yang selesa di sinilah jawapannya. Especially jika datang dengan seisi keluarga.

Jus Tembikai Jug berharga RM20.00.
Ikan Siakap habis maka Ikan Talapia Merah Masak Masam Manis menjadi pilihan.
Sotong Goreng Tepung 150gram RM19.50
Ikan Patin Sangkar Sungai Pahang Masak Gulai Tempoyak RM19.00.
Kenapa mesti kena try at least sekali makan di sini? Sebab di sini terdapat masakan dari hasil tangkapan dari Sungai Pahang. Antaranya Ikan Kelah dan Ikan Sebarau yang menjadi tarikan utama di sini walau harganya agak menakutkan. 

Selain itu, terdapat juga ikan Tenggalan, Kerai, Baung, Patin Buah dan juga Udang Galah yang berharga dalam lingkungan RM100.00 untuk setiap masakan. Boleh la kalau nak merasa sekali seumur hidup dan bercerita pada orang lain 😅.

20 comments:

  1. Masuk dalam senarai kalau berpeluang ke sana nanti. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah sekali at least utk makan masakan ikan sg pahang di sini huhuu.. 👍🏻

      Delete
  2. Orang Lipis ni pun pernah sekali je makan lunch di situ 😁. Lama sangat dah rasanya 10-11 tahun lepas. Tempat baru ni tak pernah jejak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah dulu makan kat kedai tepi kedai depan bulatan tu.. now dah ada tempat sendiri yg lebih besar dan selesa.. Okla utk org yg jarang dtg Kuala Lipis nak makan sini.. 😅

      Delete
  3. Tq bg info. Harap ada rezeki ke Temerloh lagi. Suka lauk ikan patin masak tempoyak tu, esp yg authentic gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Kuala Lipis bukan Temerloh hihii.. K. Lipis lagi rare dari Temerloh tau.. kawasan pun atas bukit.. Tempoyak Ikan Patin wajib makan kalau ke Pahang.. 🤤

      Delete
  4. Aishhh Sis ni bukan boleh nampak ke baca gulai tempoyak ni.. boleh tertelan ayaq liuq yaaa... sedap nampak.. kalau tersesat sana, boleh laa singgah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau kena tekak mmg teringat lah sebulan dua kesedapan nya huhu.. Moga boleh tersesat sana mencuba Ikan Tempoyak di Azmi Ikan Stim.. 😎👍🏻

      Delete
  5. Nampak berselera betul hidangan malam tu, lagi-lagi ditemankan dengan jus tembikai satu jug besar! Kalau jejakkan kaki ke Kuala Lipis memang wajib singgah Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak ni sekurang-kurangnya sekali. Masuk dalam senarai must-visit kalau tersesat ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sini agak mewah dgn harganya pun mewah mewah.. sekali sekala dtg ke Kuala Lipis boleh la singgah sini.. Kalau selalu mmg idok ler.. Kalau tak makan ikan yg mahal2 tu should be okay jer harganya..

      Delete
  6. menarik ni!bolehlah i masukkan dlm my jjcm wishlist!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually Kuala Lipis mmg seronok kalau nak short escape dari pencemaran bandar hihi.. skrg dah banyak yg boleh dibuat di Kuala Lipis..

      Delete
  7. JJCM episod Kuala Lipis. Nampak menarik dan sedap2 lauk pauknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJCM di Kuala Lipis kena masuk dalam wishlist at least sekali seumur hidup hihii.. 😅

      Delete
  8. Waah Kuala lipis ini tempat kak Cie tinggal kan.. tadinya saya nak singgah ke daerah sini Desember esok saat road trip Malaysia. Tapi tak bisa.. akhirnya hanya JB, KT dan KL .

    Nest ada waktu lagi, nak singgah dan coba kulinernya. Kalau menu begini sayapun sukaaa sangat 🤩🤩. Puaaas itu minum jus semangka 🍉 yaaaa 😄❤️❤️. Apalagi kalau cuaca panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kuala Lipis adalah tempat Blogger Kak Cie tinggal.. masih belum berkesempatan untuk berjumpa beliau walau sudah berpuluh kali ke sana kerana kerja huhuu.. Kalau mau suasana dari kejauhan bandar boleh la dtg ke K.Lipis ini..

      Kulineri di sini pun sangat berbeza dari tempat lain.. Kerana ada tradisi tersendiri dalam masaka orang-orang di sini.. Dan kena cuba sambal hitam yang hanya ada di Pahang.. :D

      Delete
  9. geram betul tengok patin masak tempoyak tu! okayla rate restoran ni 7.9/10, tinggit jugak tu. kalau ada rezeki boleh singgah sini next time :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau blm pernah atau jarang2 dtg ke Kuala Lipis boleh la singgah ke sini makan.. merasa hasil tangkapan dari sg pahang huhuu.. seronok kalau dtg makan beramai-ramai.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Restoren ni nampak proper ya.. patutlah TT suggest atleast makan sekali kalau datang Kuala Lipis. Boleh masuk list ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul antara only few yg proper restoran ada di Kuala Lipis.. Mmg saya suggest la utk makan sekali kat sini.. jgn lupa masukan dalam list ya.. 👍🏻☺️

      Delete