Tak tahu nak update apa sebab terlalu sibuk dari pagi sampai ke malam sepanjang minggu ini.
Minggu ni pula setiap malam ada mesyuarat. Mesyuarat Masjid.. Mesyuarat NGO.. Mesyuarat PIBG sekolah anak..
Masjid pula ada acara larian sabtu ini - Mustaqim Unity Run 2026 (5KM). Punyalah bincang itu ini selepas ditunda dari bulan lepas tapi last minute terpaksa dibatalkan juga sebab jerebu yang makin teruk sekarang ini.
Sabtu esok ada pula mesyuarat khas Anggatan Perbelanjaan Tahunan (APT) untuk tahun 2027 sekolah agama anak.
![]() |
![]() |
Okay dah.. Habis intro..
Nak cerita pasal pokok jagung yang aku tanam pada bulan 7 selepas balik dari cameroon highlands. Dari berbelas biji benih yang aku semai dapat 10 anak pokok. Dan dari 10 tu hanya dua yang berjaya tumbuh besar sehingga ke hari ini.
Dan keduanya dah pun mengeluarkan hasil. Pokok Jagung Purple keluarkan satu jagung dan Pokok Jagung Manis (Kuning) keluarkan dua jagung. At this moment mungkin tunggu lagi 2-3 minggu sebelum hasil boleh dipetik.
Adakan saya excited? Ofcoz la ☺️😅😎..
Dah la cabut biji jagung dari batang yang dibeli dari CH dan tanam dalam pasu jer.


Bab tanam jagung ni Dania ada la pengalaman.
ReplyDeleteWah..Hebatlah bleh tanam pokok jagung dkt balkoni je.Ini yg buat sy nk try tanam pokok serai & pokok daun kari dkt balkoni jgk ni =D
ReplyDeleteOK nanti update macamana tuaian pokok jagung tu ye Afif. Dalam sibuk2 tu sempat lagi bertanam jagung 🤭
ReplyDelete