Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
11 November 2011 Jumaat - Perjalanan diteruskan dari Bandar Bulawayo, Zimbabwe ke Francis Town, Botswana. Mengikut kata orang tempatan tidak la jauh mana lebih kurang 190 kilometer sahaja. Maka plan nanti di Botswana akan ziarah rumah classmate yang tinggal di sana. Selain dari tu memang tak ada plan lain. Kebiasaan bila last destination ni memang ideal dah tak ada sangat sebab bajet pun dah nak habis hahaa..
Tenaga nuclear banyak digunakan di Afrika untuk kegunaan elektrik. Aku rasa inilah dia sebab tengok dalam movie banyak hahaha :D |
Kami singgah Solat Jumaat di salah satu masjid besar di Bulawayo sebelum mencari bas untuk ke Francis Town. Selepas habis solat jumaat ada beberapa ahli qariyah menegur kami. "Pakcik rasa kamu bukan orang sini.. Buat apa di tengah-tengah afrika ini..?" Aku jawap "Kami student di Darul Uloom Zakariya, saja singgah sini jalan-jalan sebab baru sampai dari Victoria Fall dan akan berkunjung rumah kawan di Francistown".
Terjumpa masjid cantik dan comey ini. setelah di bantu orang tempatan.. Alhamdulillah at last dapat solat jumaat juga. |
Suddenly pakcik tu tanya bila nak pi Francis Town? Aku pun kata la lepas solat jumaat ni. Dia tanya dah makan. Dalam hati aku "Yes, Nak belanja makan la ni" hahaa.. Memang betul pun. Inilah namanya rezeki tak pernah salah alamat hihii. Dapat seorang satu Buger Chicken Tikka and fires. Alhamdulillah kenyang tak terkata :P
Alhamdulillah rezeki sangat bila ditemukan dengan pakcik baik hati ni. Selepas membeli makanan kemudian dia bawa kami makan di rumah. Pakcik tu kata boleh la kamu makan dengan selesa sedikit dan boleh la nak fresh up mandi apa semua di rumah. Dia ada 3 orang anak lelaki dan ada di antara mereka pelajar tahfiz.
Dapat makan buger chicken tikka, chips dengan steak free Alhamdulillah :D |
Lepas makan dan fresh up kami di bawa ke highway yang menuju terus ke Botswana. Dia kata tak payah pergi station bus sebab sini satu-satunya jalan yang menghubungkan antara Bulawayo dengan Francistown.
Pakcik ni bagi option pada kami. Nak naik naik bas boleh atau naik Combi (mini bas) atau nak naik kereta persendirian. Sebab kebanyakan orang yang nak ke Botswana ni drive seorang diri sahaja. Kalau kamu tumpang private car just bayar tips sikit yang mana lebih murah dari tiket bas dan lebih cepat di border nanti.
Perjalanan sejauh 193 km untuk sampai di Francis Town dari Bulawayo. |
Kalau pemandu tu tumpangkan orang nak cross border dari Zimbabwe ke Botswana. Tak la boring dan at least dapat cover sedikit sebanyak duit petrol dia. And paling utama diorang charge lagi murah dari transport yang lain. Other benefit bila naik private vehicle ialah nanti di border tak perlu nak tunggu lama sangat dengan kastam nak check barang dan nak kena tunggu line panjang untuk stamp passport dengan immigration and so on.
Berhenti sebelum memasuki border Zimbabwe. |
Kami spend tak sampai 20 minit untuk stamp passport dengan immigration Zimbabwe dan Botswana. Yang bestnya pegawai immigration Botswana agak terkejut dengan kehadiran orang Malaysia yang memegang passport merah datang ke negara mereka. Tanpa banyak bertanya pegawai tersebut memberi kami tempoh selama 90 hari untuk stay di Botswana.
Tak macam pegawai Zimbabwe minta pelbagai document. Sehingga nak check card bank kami betul atau tidak. But maybe the worse border immigration bagi aku adalah pihak border Zimbabwe. aku bagi rate 0/10 hahaa. Memang teruk macam
On the way to Francis Town. |
Galo Mall adalah satu-satunya mall di Francistown. |
Kami naik sebuah pick up dia charge seorang 50 Pula (Currency Botswana) yang bersamaan dengan RM19.46. Sebelum waktu asar kami sampai di Francistown, Botswana. Abang kepada kawan aku iaitu Maulana Uwais ambil kami di Galo Mall. Dan Maulana Uwais ini adalah senior aku di Zakariya dahulu.
Keadaan Galo Mall yang kian bertambah besar dan semakin cantik. (Latest update dari google April 2024) |
By the way memang ada satu mall jer di sini. Dan Francistown adalah second largest city di Botswana dengan keseluruhan population Botswana adalah hanya 2.098 juta sahaja. Di bandar ni tak sampai 120.000 orang pun pada kiraan pada tahun 2011. Ibu negara Botswana ialah Gaborone population 250.000 orang. Jarak antara Gaborone dengan Francis Town adalah sejauh 400 kilometer ke arah selatan.
Negara Botswana ini jauh lebih seronok dari Zimbabwe. Kalau cerita keadaan jalan raya pun boleh nampak cantiknya jalan di Botswana macam baru sebab well maintain dan lurus jer compare dengan Zimbabwe yang teruk berlubang dan berkerak huhu. Memang terasa lain selepas melepasi border Botswana. Apa yang aku boleh kata keadaan di Botswana lebih teratur dan selasa.
No comments:
Post a Comment