Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sikit-sikit aku tulis dari tahun tapi tak tahulah kenapa susah sangat nak habiskan menulis short trip ziarah rumah Pak Long wife aku di Kampung Jimah Lama, Sendayan. Padahal rumah dia best sebab ada sungai dan bela banyak binatang. Ayam Kampung, Ayam Api-Api atau Ayam Mutiara dan macam-macam lagi.
 |
Rumah Pondok Kecil yang comel untuk Pak Long dan Mak Long tinggal. |
Kambing, Itik dengan Angsa pun ada. Memang seronok kalau bertandang ke rumah pak long wife aku ni. Rumah dia pulak unik sebab dia tak buat satu rumah besar dengan banyak bilik sebab ada anak-anak yang ramai tapi dia buat satu rumah utama di tengah-tengah kawasan dengan dua bilik tidur, dapur, bilik air dan beranda yang luas.
 |
Rumah utama di tengah-tengah ada dua bilik, dapur, bilik air dan beranda yang luas. |
 |
Di hadapan rumah utama ada rumah pondok berbentuk L. Dua bilik tidur, dapur dan bilik air. |
Dan dia buat satu lagi rumah kecil/pondok di sebelah kiri 5 meter dari rumah utama tadi untuk dia dan wife. Rumah tu ada bilik air dan beranda. Dan ada satu lagi pondok panjang berbentuk L di hadapan rumah utama dengan jarak 5 meter yang mempunyai dua bilik tidur, satu bilik air, dapur serta beranda.
Di sebelah kanan rumah utama ada dua pondok dengan masing-masing mempunyai dua bilik tidur dan tandas untuk anak-anak pak long yang telah berkahwin. Kesemua rumah kecil/pondok ini diperbuat dari kayu dan papan. Dan ruang di antara rumah-rumah kecil ini Pak Long tanam dengan banyak pokok bunga dan pokok buah.
 |
Rumah terakhir di sebelah kanan rumah utama tadi. |
 |
Sungai Lukut Besar yang melalui Kampung Jimah Lama di Sendayan. Mancing di sini pernah la dapat Udang Galah, Lampam, Keli, Talapia dan Belida. |
Setiap kali datang ke rumah pak long mesti ada jer buah tangan yang dia bagi. Paling selalu dapat Betik, Mangga dengan Ubi. Durian, Mata Kucing dengan Rambutan tu kalau musim la. Paling best Pak Long bagi Udang Galah sebab kadang-kadang tu dia menjala di sungai depan rumah dia.
 |
Ayam Api-Api atau juga dinamakan Ayam Mutiara (Guineafowls). |
Rumah Pak Long ni dah jadi macam satu perkampungan kecil. Memang kalau bawa anak-anak mesti diorang main keliling pondok lepas tu naik turun dari satu pondok ke satu pondok yang lain. Main kejar-kerjar dengan Angsa atau Ayam Api Api la. Kalau malam sejuk sangat dengan angin bertiup masuk kedalam pondok.
 |
Anjung atau beranda di yang selalu kami lepak. |
 |
Ni masa waktu datang beraya 2 tahun lepas. Lepak di anjung rumah pondok di depan. |
Tak jauh belakang rumah pak long ada kebun sayur. Selalu pekerja kebun tanya nak sayur ke tidak. Kalau tanya Pak Long dia kata sini dah bertahun tak pernah beli sayur boleh kata seminggu 2 3 kali dapat sayur. Tak Kangkung dapat bayam atau kacang panjang. Peria, labu air, limau, terung tu tak pernah putus ada stock dalam rumah.
 |
Ada kebun sayur-sayuran di belakang rumah Pak Long. Jom tour sekejap :D |
 |
Kangkung, Bayam, Bayam Merah, Sawi, Peria, Terung, Petola dan pelbagai lagi. |
 |
Limau Nipis segar dari pokok. Ada ke yang guna daun ni untuk masak Tomyam? |
 |
Antara hasil dari rumah Pak Long ketika berkunjung baru-baru ini. |
Dan kalau berkunjung ke Rumah Pak Long ni memang tak sah kalau tak makan nasi. Mak Long kalau memasak memang power (cepat dan sedap). Tetamu datang jer dia sambut sekejap pastu hilang sebab di akan memasak di dapur. Tup tup dah siap.
Macam baru-baru ni tau-tau dah siap Asam Pedas Ikan Pari, Sawi Jepun Goreng, Ayam Kampung Goreng dengan Kerang Rebus Berempah. Dan paling best setiap kami datang mesti makan duduk di lantai anjung dan makanan akan dihidang dalam talam besar. Masih mengekalkan adat budaya lama.
 |
Lepas penat bermain, amik hasil tanaman, berlari dan bermain keliling rumah. Meh la makan. |
 |
Asam Pedas, Ayam Kampung Goreng, Sawi Jepun Goreng dan Kerang Rebus. |
Rumah Pak Long ni seronok andai kata kalau semua anak menantu cucu balik memang riuh rendah tapi macam mana pun semua akan ada tempat nak tidur sebab ada banyak bilik dan rumah. Bagus idea Pak Long buat rumah macam ni. Saja aku nak kongsi sebab rumah ni keunikan dia lain dari yang lain
Rasa seronok sangat kalau duduk kampung kan? Moga aku boleh capai target untuk bersara awal dan pindah duduk di kampung sebelum umur 50 tahun nanti. Salah satu dari banyak perkara yang aku nak achieve dalam hidup ini Insyallah kalau diizinkan :D
sejuk je nampak kawasan rumah paklong...nampak tenang
ReplyDeletesaya pun berangan nak duduk rumah kebun dah pencen nanti,tapi kebunnya tak ada lagi
Sejuk angin dan sejuk mata memandang jer kan. Yang penting ketenangan :D
DeleteFirst step kena ada tanah dulu lepas barulah kita boleh berangan nak buat apa hihii..
Menarik kawasan rumah dia...x jauh dari Seremban ni..SA pun ada mak sedara di Kg Jimah tu...selalu pi masa perayaan la...orang NS memang begitu, kalau ada tetamu sambut kejap lepas tu berlalu ke dapur buat hidangan...selalu SA dan PZ akan paksa tetamu stay sampai makan tengahari...pas tu bekalkan apa yang ada, kalau buah peria...peria la jadikan buah tangan...dah jadi kebiasaan dah
ReplyDeleteYer sgt menarik.. menanti balik semua tak ada masalah nak lepak mana.. bilik tidur, bilik air, dapur semua banyak.. Kena paksa stay sbb suh makan tu mmg best.. cuba bagi alamat kami dtg makan pula hahaha.. :D
Deleterumah SA rumah taman..kampung nun di Kuala Pilah sana, di Bandar Di Raja Seri Menanti...masuk jauh ke dalam lagi...tapi tu la..suka suasana kampung sebenarnya
DeleteSebenarnya lagi jauh ke dalam mesti lagi best dan lagi bagus suasana kampung nya... ok kuala pilah.. mmg setiap kali raya kana ke kuala pilah ada la dua tiga rumah wajib beraya..
Deleteammi mmg dah balik duduk kampung sekarang ni, tapi tulah kampung ammi kat Seremban je ha. rumah pun rumah teres
ReplyDeleteTeringin nak ada rumah kampung.. kalau tak pun boleh balik hujung minggu ke rumah kg.. moga dpt capai hajat di hati suatu hari nanti :D
Deleteuniknya nama kg ni..1st time dgr..tenang sgt tgk suasana kampung gini...i miss my kampung laaa
ReplyDeleteSuasana kampung mmg terbaik lagi2 kalau yg jauh dari Bandar. Dulu kecik2 ada la kampung la ni tak ada dah..
Deletewaaahhh suburnya kebun sayur Pak Long! menjadi elok betul!
ReplyDeleteKebun sayur tu nampak macam main campak2 jer tapi menjadi sungguh hasilnya..
DeleteAyam mutiara ni jarang nampak orang bila. Ternampak kat zoo je.
ReplyDeleteMemang jarang tapi katanya mudah dijaga dan tahan lasak tak mudah mati..
Delete***bela
ReplyDeleteEsok ada tanah sendiri nak bela juga huhuu.. :D
DeleteRasa teruk pulak sebab saya first time dengar pasal ayam api-api ni. Rasa dia macam ayam biasa ke?
ReplyDeleteBestnya suasana rumah paklong tu! Kalau balik kampung nk memang terasa sungguh vibes hari raya. Seronoknya duduk rimah kampung!
First time ke dengar? Boleh google... Dulu nampak banyak di afrika.. skrg dah ramai bela di Malaysia.. okla sedap jer rasa mcm ayam huhuu..
DeleteRumah Pak Long ni vibe kg dia masih kuat lagi.. seronok.. kalau time raya tu lgi meriah.. :D
Sungai, kebun, binatang peliharaan... memang complete suasana kampung.
ReplyDeleteItulah kalau balik kampung lama sikit mmg pasang jaring kat sungai tu. Cari Burung Wak-Wak.. Suasana kampung memamg terapi utk org yg duduk di bandar :D
DeleteKehidupan yang kaya dengan alam semulajadi jadi...sangat berbeza dengan keadaan di kota
ReplyDeleteSeronok... Tenang dan aman tenteram jer bila org bandar tgk suasana di kg.. Memamg jauh beza:D
Deleteunik betul rumahnya tu. best ada tanah boleh tanam macam.
ReplyDeleteDari buat satu rumah lebih baik buat byk rumah pondok dalam satu tmpt.. Unik..
DeleteSuka nya kawasan rumah camni
ReplyDeleteSebab tu kami selalu ke rumah pak long kalau balik ke sendayan :D
Deletebestnya vibe rumah pak long... mmg vibe kampung sebenar.. mkn pun dok bersila
ReplyDeleteMemang duduk makan bersila di anjung rumah. Sedap jer berangin.. :D
DeleteSejuk lihat suasananya, terlihat nyaman rumahnya, ada kebun, wah kalo saya di sana pasti betah rasanya...hehe
ReplyDeleteBetul kalau dtg rumah pak long ini pastu boleh healing huhu.. Saya kalu dtg pun mesti pusing kawasan dulu baru duduk hahaha . :D
Deleteada hammock bawah rumah tu
ReplyDeletemaknanya mmg tinggi betul beranda rumah ni
Tinggi jugak lah.. sebab kadang2 banjir sebab air sungai tu melimpah.. bila tinggi dia berangin la.. :D
Deleteooo selalu juga ke air naik ni?
DeleteDalam 2-3 tahun mesti ada cerita banjir area sini.. Kira selalu juga lah..
Deletedah mcm kat cameron pula
ReplyDeleteada mcm2 sayur...
org suka berbudi dgn tanah ni mmg x pernah rugi
Bebudi pada tanah memang seronok.. dgn hasil kita kembali berbakti.. Sayur yg dijual juga boleh dimakan.. yg penting semuanya segar :D
Deletebetul
Deletebebas racun pun ya selain dapat berjimat...
Bila tanam sendiri ni mmg jarang la nak guna racun bagai.. Rasa fresh jer :D
Deleterajin bertani rezeki melimpah n boleh berjongsi dgn saudra mara dll alhamdulillah damai ja duk kampung kan
ReplyDeleteBetul tu.. saudara mara pun jadi seronok nak dtg sbb byk hasil tanaman yg ada.. Alhamdulillah suasana yg mmg mendamaikan :D
DeleteTak rugi berbudi pada tanah. Nampak segar betul tanaman kat situ.
ReplyDeleteBetul tu tak rugi berbudi pada tanah.. alhamdulillah sedar dan sihat tanamannya.. :D
Deleteya Allah, seronoknye kalau boleh pergi jugak.. ldy suka rumah kg mcm ni, ayam api ni pun ada.. ya Allah... best...
ReplyDeleteKan... Rumah kampung macam ni mmg best.. time raya tu habis riuh rendah rumah pak long ni. Aym api api tu unik sikit :D
DeleteKalau balik kampung mana2 pun memang seronok sangat apa lagi ada pokok buah, sayur yang subur, ada ayam itik dll. Wahh ada ayam mutiara tu. Rindu nya rumah arwah tok tokki. Sekarang ni balik kampung suami la di Perak.
ReplyDeleteKampung yg ada macam-macam mmg best.. ada pokok buah tanaman sayur.. ada bela ayam itik bagai.. mmg complete.. rumah kampung kayu pulak kan.. Itu lah skrg mngharap kg sebelah wife jer.. kg kita dh takde huhu
DeleteSuka dgn konsep rumah2 kecil tu mmg unik. Lebih byk ruang utk semua ank2 bila balik raya.
ReplyDeleteKan.. bersyukur bila ada lagi saudara mara yg tinggal di kg yg kita boleh ziarah.. :D
Deleteehh.. uniknya rumah Pak Long. Kalau baca dan tengok gambar, dibina beberapa buah rumah. Setiap satunya lengkap dengan bilik tidur, bilik air dan dapur. Beranda dijadikan ruang tamu ya. Pak Long dan wife tinggal di rumah lebih kecil, senang nak urus kalau camni.
ReplyDeleteKena buat gambaran dlm fikiran keadaan rumah pak long ni.. ada 6 pondok semuanya.. mmg best dgn pokok-pokok bunga buah sayur bagai.. mmg seronok setiap kali balik ke sana.. mmg ada privasi utk setiap org :D
DeleteMembaca entri begini rasa rindu pula saya nak balik kampung laman. Anak-anak kecil mesti seronok dapat melihat ayam itik dan tanah lapang untuk berlari-larian. Semoga Mak Long dan Pak Long sentiasa sihat dan gembira setiap hari.
ReplyDeleteDulu masa kecil mak dan ayah ada kg masing2.. tapi sekarang tidak lagi.. menumpang suasana di kg org dan sedara mara lain jer.. amin.. semoga pak long dan mak long sentiasa diberi kesihatan yg baik amin..
DeleteAlhamdulillah...bagus paklong berfikiran jauh...walaupun bukan untuk anak-anak menetap, masing2 ada pondok masing2...takde lah berebut bilik air dah...hihihi
ReplyDeleteKan.. bila fikir semula, lagi bagus buat macam tu. Pak Long dengan mak long pun ada privasi sendiri.. Tak perlu la nak habis duit buat rumah tetamu bagai. Kalau dulu nenek ada lagi meriah rumah pak long ni :D
DeleteKalo lihat begini, saya pun LGS teringin bisa pensiun laku pindah ke kampung. Walaupun abis tuh, terpikir juga akan susah traveling, Krn jauh dari bandara 🤣.
ReplyDeleteTp memang suasana kampung paling best utk refreshing. Apalagi kalo rumah dan sekitaran seperti rumah pak long dj atas. Baguus sangat, lengkap dengan kebun sayur, sungai, hewan ternak pun ada. Ibarat kata, bisa menghidupi hanya dari kebunnya sendiri 👏👏👍
Ada juga plan nanti selepas pensiun mau cari rumah kampung yg jauh dari bandar. Kalau umur udah tua mesi mau cari ketenangan. Loh travelling itu bukan setiap minggu.. kenapa harus dirisaukan perkara yg jarang dibuat hihii..
DeleteDi kg enak bila ada tanaman dan haiwan peliharaan.. bila mau makan pun fikir apa yg ada sahaja.. lagi dicari di kebun aja :D