Monday, 27 January 2025

Kazakhstan Almaty Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 1 : Bebuka Selepas 17 Jam Berpuasa Di Dalam 10 Jam Flight AirAisa Dari KUL

Selepas menukar duit di money changer dan membeli simcard kami terus book our transport by e-hailing App Yandex Go. Sama jer penggunaannya seperti GRAB atau UBER. Tapi disebabkan Kazakhstan ini negara pro Russia maka mereka banyak menggunakan perkhidmatan dan barangan dari Rusia berbanding western country yang lain.

Baju pink tu owner apartment kami yang sangat baik hati. Bergambar pada hari terakhir selepas check out dan owner membantu kami order Yandex ke bus station.
Inilah bangunan apartment yang kami sewa. Very convenient :D

Jarak dari airport ke apartment yang telah aku tempat adalah sejauh 14 km. Dan bayaran Yandex adalah sebanyak KZT1,720.00 bersamaan RM14.58. Agak murah mungkin harga yang aku dapat ini adalah selepas waktu pick hour sebab dah lebih pukul 8.00 malam.

Oh ya di Almaty International Airport ini ada free wifi. Masa sampai aku terus WhatsApp owner apartment. Dan dia membantu aku dari awal sehinggalah sampai ke apartment. Beliau juga memberi lokasi yang tepat pada aku untuk pin dalam Yandex. Dan turut bercakap dengan pemandu sehingga kami sekeluarga selamat sampai di hadapan beliau.

Almaty International Airport berada di dalam bandar. Hanya 14km ke apartment.
Kenderaan app e-hailing Yandex yang kami naik dari airport.
Pemandangan dari balkoni apartment kami. Masa ni suhu +1/-0.
Owner seorang wanita tempatan dan bila tengok wife aku pakai tudung dia tanya "Are you Muslim?'' Aku pun jawap "Yes". Dan dia pun bagitahu dia pun muslim dan ada dua orang anak perempuan tapi jarang pakai scarf sambil menunjuk ke kepada wife aku. Dan memang jarang sangat nampak orang tempatan pakai tudung.

Sepanjang masa berwhatsapp dengan owner ini dia menggunakan bahasa english namun bila berjumpa dia sangatlah kurang fasih bercakap ada la few word yang mudah beliau bercakap. Selebihnya kami menaip whatsapp walau berdepan hiihii.. Dia kata boleh menulis tapi cakap english tu very week sangat.



Aircond juga disediakan untuk pengunjung yang datang pada musim summer.
One Bedroom Apartment ini telah dibooking seawal sebulan setengah menggunakan www.agoda.com dan harga yang aku dapat adalah RM160.00 untuk satu malam. Sebuah apartment kecil dengan satu bilik tidur yang mempunyai satu katil queen dan satu katil single. Satu bilik air/mandi beserta sebuah bathtub dan mempunyai water heater yang cukup baik.

Alhamdulillah satu Single Bed dan satu Queen Bed. Cukup buat kami anak beranak.
Sebelah bilik ada balkoni yg panjang sampai ke tingkap dapur.
Nasib la buka cartoon the kids tak kesah walau tak faham anything.
Dan satu ruangan dapur beserta meja makan. Dilengkapi dengan washing machine, fridge, kettle, iron, hair dryer dan 2 buah heater di dapur dan juga di bilik tidur. Peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau, senduk, pinggan, mangkuk dan cawan juga disediakan dengan cukup. Coffee, Tea & Sugar disediakan cukup untuk sepanjang kami berada di sini.

Dapat beli beras putih dengan sosej daging untuk masak juadah berbuka pertama.
Menu berbuka hari pertama di bumi Kazakhstan.
Sosej Daging, Garlic Bread, Kari Sardin Instant, Nasi Putih dan Kicap.
Dan yang penting apartment ini cukup bersih, lengkap dan mempunyai balkoni yang luas berserta penyidai pakaian. Cuma pakaian yang kami basuh lambat kering disebebkan sejuk winter dengan ketiadaan sinaran matahari sangat walau di siang hari. Maka aku decide untuk letak pakaian di atas heater. Alhamdulillah tak sampai setengah jam dah kering.

Stocking 🧦 dan gloves 🧤 memang kena sentiasa basuh dan jemur atas heater bagi cepat kering.
Luaran bangunan apartment ni tidaklah nampak seperti friendly tourist. Macam area kawasan gengster mafia rusia dalam movie but tidak sebenarnya. Mungkin sebab bangunan nampak old school but alhamdulillah kejiranan agak baik dan ramai yang menegur kami walau tidak boleh berbahasa english, sekadar angkat tangan dengan senyum dan ungkapan "Hi".

Di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke apartment.
Di hadapan pintu masuk apartment ada taman permainan kanak-kanak. Unit apartment ini terletak di tingkat 3, boleh naik lift atau menggunakan tangga. Kami diberi kunci untuk masuk ke pintu utama bangunan dan pintu rumah. Agak privasi dengan hanya 3 buah rumah sahaja di setiap floor. Dan sampah perlu dibuang di rumah sampah di luar bangunan.

Zhibek Zoly Metro Station hanya 250 meter sahaja dari apartment.
Terdapat sebuah supermarket yang besar berdekatan apartment
Ascention Cathedral 200 meter dari apartment.

Dan another reason kenapa aku memilih apartment ini sebab ia berada di tengah-tengah kepada most attraction di Almaty. Arbat G Almaty tempat shopping open air berada di belakang bangunan sahaja. Ascension Cathedral 200 meter, Zhibek Zoly Metro Station 200 meter, Astana Square, Green Bazaar dan Almaty Central Mosque 1km meter.

Monument of Glory 300 meter dari Apartment.
Almaty G Arbat Street Shopping Mall. Hanya di sebalik bangunan apartment sahaja.

Dan 650 meter ada sebuah Supermarket besar "Cynepmapkemi" ntah aku pun tak tahu apa namanya tapi itulah yang tertulis dihadapannya. Cafe, kedai serbaneka dan bakery ada banyak di sekeliling area apartment ini. Dan restoran halal juga ada berpuluh di sepanjang Kunaev Street di sebelah kiri apartment dan Gogol Street di bahagian depan.

Khulasahnya memang seronok stay di sini, terasa seperti rakyat tempatan. Insyallah kalau diberi peluang lagi pasti aku akan repeat untuk stay di sini lagi. Dan aku sangat recommended kalau korang nak cari tempat yang harga marhain dan selesa serta walking distance to the most of attraction places. Boleh seacrh Almaty Arbat Apartment di Agoda.

Bersambung Kazakhstan Almaty Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial of Glory)

38 comments:

  1. Ascention Cathedral tu waktu malam mesti cantik...ok la apartment ni nampak luas dan bersih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasana pula bila waktu malam macam mana.. sebab dua kali pada waktu siang sahaja.. Apartment just nice utk keluarga kecil kami ini.. yg penting serba serbi lengkap.. :D

      Delete
  2. Mesti syahdu je dapat makan nasi utk berbuka ye Ustaz hehe...
    Nampak selesa apartment tu and owner pun very responsible nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected juga dpt makan nasi sebab sblm pergi ada baca beras bukan menu utama org di sini.. mereka banyak makan roti jer.. but syukur perancangan Allah lebih dari apa yg kita sangka.. Yes owner mmg baik bagus dan terlalu mengambil berat mungkin sbb kami ini foreigner.. :D

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah the kids memang enjoy sangat2 walau backpack jer :D

      Delete
  4. Seronok anak-anak dapat backpack dengan parent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sampai sekarang mereka ingat lagi.. Syukur mereka boleh tahan backpack bersama parent :D

      Delete
  5. Strategik betul kedudukan apartment tu ya, berdekatan dengan tempat attraction. Juga berdekatan dengan kedai serbaneka, cafe dll. Rasanya harga apartment semalam tu agak murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang strategic sangat location apartment ni.. most of the places in walking distance sahaja.. Harga tu mmg best mcm harga di Malaysia jer kan.. tak la mahal berganda..

      Delete
  6. Comel nya tiga beradik bergambar tu. Best nya trip ke Almaty ni. Thanks for sharing. Masuk list, moga sampai nanti Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga sampai di Almaty, Kazakhstan dalam masa terdekat ini saya doakan.. budak 3 org tu mmg kalau bergambar no 1 hahaha.. :D

      Delete
  7. Tabah betul Afif ni.. bulan puasa berjalan dengan anakanak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu jer senang nak cuti dan tiada gangguan hihihi... Alhamdulillah semua dlm trip ini berjalan dgn lancar dan anak2 mrmberi kerjasama yg baik :D

      Delete
  8. Encik biasa kalau travel, anak2 time tu cuti sekolah ke? atau mereka home school?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel time cuti .. sebab anak semua sekolah kebangsaan.. nk tunggu timing cuti sekolah jer boleh travel bersama.. Setakat ini tak pernah ponteng sebab nak pi travel lagi :D

      Delete
  9. Murahnya bilik tu! Tpi kan sesetengah tmpt mcm strict bab2 check in guest ni. Diorg tk kisah ye encik sekeluarga 6 orang, tpi katil situ patutnya utk 3 orang je?

    Oh negara pro russia ya, bahasa diorg pun mcm russia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm murah jugak sbb apartment dalam kawasan org tempatan kot.. sbb kalau tgk hotel pun ada yg 200-300 semalam.. Sebab anak kecik2 dia tak kesah sgt.. kalau besar mmg dia kesha la. Bahasa Kazakhstan dgn Russia jer kat sini.. no english :D

      Delete
  10. mcm menarik la plak tempat ni lps baca entry u ni :) anyway, kagum la u travel time blm puasa..sbb i tak pernah lagi travel abroad time puasa, sbb risau takut hassle nak bukak puasa, sahur dan tarawih etc heheh (mindset nya gitew!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah hujung bulan ramadhan.. kalau baru nak mula Ramadhan mungkin tak kuat juga kot hahaha.. ntah la tak tau la hihii.. btw seronok amik pengalaman berpuasa di tmpt org.. serius ckp tak sepenat seperti berpuasa di Malaysia hihi..

      Delete
  11. Tengok luar memang nampak seram.. Tapi, dalam puas hati.. Bangunan lama gitulah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nampak jer mcm tak yakin persekitaran apartment tapi sebenarnya okay sgt2... Mmg kalau ada rezeki nak repeat stay sini lagi :D

      Delete
  12. Harga tu kira murah la. Cukup serba serbi peralatan dan dekat dgn byk attraction tu mmg bonus sgt. luaran tu biarlah, jnji slesa di dlm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena buat pilihan yg betul2 berkenaan accommodation ketika travel. Walking distance tu mmg penting sangat untuk pelancong.

      Delete
  13. Terima kasih bagi suggestion nama penginapan. Kalau boleh berjalan kaki lagi bagus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penginapan ini sesuai kalau nak cari yg mcm rumah apartment.. tapi ramai yg prefer 'hotel' atas faktor keselamatan.. but insyallah ok je apartment ni :D

      Delete
  14. Seronok pulak rasa bila tahu owner tu pun Muslim, terasa ada ikatan persaudaraan walau berbeza bangsa.

    Bagus orangnya ya, siap bercakap dengan driver untuk pastikan perjalanan lancar. Alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kazakhstan ni mmg ramai org islam tapi itulah islam byk pd nama sahaja.. sbb lama sgt bwh Communist Soviet.. skrg mereka dlm sesi beljar semula.. owner sgt2 membantu

      Delete
  15. Sosis mereka pasti sedap 😍😍😍. Rata2 sosis di negara2 begini memang enak2.👍

    Penting memang mencari penginapan yg strategis. Saya juga selalunya hrs di city centre sebisa mungkin. Kalo pun tak dekat city centre, minimal dekat stasiun supaya transport juga mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.. sosej mereka mmg berbeda sekali dgn sedap. Penginapan seharusnya kalau boleh yg berada di kawasan strategis.. sbb mudah utk ke mana2.. kalau ada station transport lebih baik..

      Delete
  16. murah tak beras tu? mana laa tahu kan tetiba saya sampai sana nanti nak jual nasi goreng
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beras kat sana tak murah ok... Sbb diorng bukan pemakan beras hari-hari.. Ada jer jual white rice sama macam yg kita makan di Malaysia. Tapi somehow beli masak still lebih murah dari makan luar selalu huhuu.. try la buka kedai makan Malaysia kat sana huhuu..

      Delete
  17. hahahaha jemur atas heater... biasa dah buat dulu...
    kalau tak kering juga baru guna hair dryer atau iron...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jemur atas heater kena setting betul2.. kang tak pasal2 terbakar berlubang baju hahaha.. guna iron tu dah biasa.. hair dryer tu lenguh la hai hahaha..

      Delete
  18. Wah bagus nih.. Apartmennya cukup lengkap dan dekat juga dengan pusat belanja, yg penting bisa lebih hemat, karena bisa masak di tempat, dari pada belanja makan di luar... Mahal pastinya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan di luar walau di mana pun pasti mahal dari masak sendiri.. Mau jimat ketika travel pasti harus masak sendiri walau bukan selalu.. lagi2 kalau bawa anak2.. ngak boleh makan luar selalu :D

      Delete
  19. Alhamdulillah, walaupun pro-Rusia, whatsapp depa x sekat....best tempat ni, semua dekat...boleh masuk list ni..InshaaAllah, semoga dapat sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kazakhstan lebih terbuka berbanding Turkmenistan yg lebih tertutup.. Whatsapp GoogleMaps semua boleh guna mcm biasa.. Insyallah blh try apartment ni.. mmg best :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...