Showing posts with label Kazakhstan. Show all posts
Showing posts with label Kazakhstan. Show all posts

Monday, 27 October 2025

Kazakhstan Part 12 : Central Asia Final Day - Jalan-Jalan Di Sekitar Bandar Almaty (Final)

Assalamaualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Seawal pagi kami bangun, mandi dan bersiap-siap nak keluar berjalan untuk explore Bandar Almaty buat kali terakhir. Malam tadi terus tidur selepas check in hampir pukul 3.00 pagi. Memang dah tak larat nak mandi and the kids semua dah macam pokok tak disiram air. Ditambah pula dengan kesejukan yang teramat dengan suhu 5 degree malam tadi.

Makan burger di Salam Bro memang padu rasa daging dia. Kalah Buger King.
Disebabkan kami dah tahu banyak benda pasal Bandar Almaty ini masa mula-mula sampai di Central Asia dua minggu lepas maka kami dah tahu mana nak dituju dan mana nak makan atau apa yang kami nak makan. Wife kata nak repeat makan di Cafe Akchau Hah sebab masa berpuasa di bulan Ramadhan tempoh hari, hanya boleh terjah di malam hari sahaja.

Cafe ini terletak di simpang empat besar, tak jauh dari Ascension Cathedral.
Layan Coffee dan Hot Chocolate dengan pastry di Cafe Akchau Hah.
Nama cafe tu aku assume jer sebab tertulis di beberapa bahagian dalam cafe.
Selepas semua dah siap kami berjalan ke airport semula dan menukar duit. Kemudian order Yandex untuk ke bandar dan terus ke G Arbat Shopping Street. Satu sebab nak makan Burger di Restaurant Salam Bro dan nak terjah Pasar Pagi Ahad atau Traditional Market (Boleh Baca di SINI). Sempatlah beli tambahan koleksi Fridge Magnet sedia ada.

Selesai makan di Salam Bro dan Cafe Akchau Hah yang dihajati, kami menaiki Yandex ke Green Bazaar sebab nak beli Salami atau daging kering dan mencari makanan traditional Kazakhstan. Sebenarnya boleh jer jalan kaki macam tempoh hari tapi disebabkan hari ini kejar masa so kita naik Yandex jer. Ye la kami kena check out pukul 3.00 petang nanti.

Morning Sunday Market - From souvenir to traditional cloth ada dijual di sini.
Antara banyak item yang the kids cukai dari kami husband and wife hahaha :D
Cantik patch untuk diletakkan pada pakaian the kids. Nak jadikan FM pun boleh.
Memang hari ni kerja kami nak makan jer hahahaa. Sebab tahu makanan di sini kebanyakan sedap-sedap. Dah la ada berpuluh-puluh cafe yang boleh diterjah dan mostly cafe ada pastry mereka sendiri. Menarik untuk dicuba, cuma cafe yang serve alcohol tu kalau boleh elakkanlah. Sebab ada juga 10-15% orang di Almaty ini bukan beragama islam.

Masa nak ke Green Bazaar kami tersalah pin location, memang buat hal betul, dah la kami mengejar masa. Lepas berbahasa dengan suara dan isyarat pakai tangan, akhirnya driver Yandex setuju bawa kami ke Green Bazaar yang betul. 

Driver Yandex yang baik dan handsome bantu kami ke Green Bazaar yang betul.
Sampai juga kami di Green Bazaar setelah tersalah pin location dalam Yandex apps.
Matlamat kami hanya mencari salami, membeli buah dan nak makan makanan traditional sahaja. Dapat la beli lebih 5 kilo salami pelbagai jenis flavour antaranya Black Pepper, Cheese, Bbq and Garlic, ada juga amik yang plain sahaja. Yang murah aku beli yang mahal pun dibeli, bak kata orang nak buat raso raso. Dan syukur semua yang dibeli ada tanda Halal.

Aku beli salami ayam sikit dan salami daging yang paling banyak dibeli. Itu pun wife dah cubit peha kata cukuplah kenapa nak beli banyak-banyak dan bukan tahu lepas ke tidak kastam sebab daging. Sambil aku hanya membalas dengan senyuman "Tak cuba tak tahu kan.. Kalau lepas alhamdulillah kalau tidak, istiqfar jer la" hahaha.

Strawberry di sini tak main-main yer. Wajib dibawa balik ke Malaysia.
Cili ni pun beli bawa balik ke Malaysia sebab tak pedas dan rasa dia sedap :D
Selesai beli Salami dan beberapa jenis buah, kami terus mencari restoran yang menjual makanan traditonal Kazakhstan. Lepas tanya dengan beberapa orang tempatan akhirnya kami diberitahu ada satu restoran yang sedap dan murah. Yang kebiasaannya hanya pekerja-pekerja di Green Bazaar sahaja yang datang makan di situ.

Agak tersorok sedikit restoran ini di bahagian bawah dan tak jauh dari section tempat orang menjual ikan dan sayuran. Nama restoran tak tahu sebab ditulis dalam bahasa Kazakhs, kalau korang nak cari kena bergantung pada gambar dalam entry ini sahaja la. Jangan disangka ia adalah warung simple dan tak bersih ya. Sangat selesa dan bersih tau..!!

Inilah restaurant yang menjual makanan traditional yang kami makan di Green Bazaar.
And yes harga memang tak mahal dan sangat tersangat murah bagi aku walau kami dah makan bermacam-macam makanan macam Mee Tarik with Mushroom and Beef, Daging Kebab with Bread, Sup Dimsum, Nasi Palov dan Traditional Tea in Pot. Tapi bill kami tak sampai RM50.00 untuk seisi keluarga yang makan dengan kenyang. Syukur Alhamdulillah.

Antara  yang kami pilih dimsum. Sup dia memang penuh rasa rempah dan tak pedas.
Sebab kalau di Kedai Chiness Muslim di Malaysia rasa sup dia macam plain sangat.
Kami order main tunjuk gambar jer dan yang ini mee tarik with mushroom and beef.
Teh yang nampak simple dan rasa sangat ringan tapi sedap macam ada banyak ramuan dia.
Sambil makan kami berborak dengan owner restaurant yang juga 3 beradik wanita dari kefahaman aku la sebab dia boleh berbahasa english sedikit. Diorang macam berminat la sebab ada tourist datang makan di restoran mereka dan kami pulak muslim macam mereka dan suka tengok kami dengan 4 orang anak yang mana jarang orang di sini ada anak ramai.

Oh ya di sini tak jual alcohol ya memang selesa sangat. Selesai makan dan bayar di kaunter kami berjalan keluar ke jalan utama di hadapan Green Bazaar dan terus order Yandex untuk pulang ke airport. Teramat kenyang sebab memang makan jer hari ini. Dan sampai di hotel terus kami mandi, bersiap dan repacking beg sebab nak check in luggage nanti.

At last setelah selesai final explore di Bandar Almaty kami menuju pulang ke airport.
Boleh lihat keadaan di sekeliling Bandar Almaty adalah gunung ganang dan bersalji.
Kami check out hampir lewat 30 minit, namun tiada sebarang bayaran dikenakan. Dan kami rehat di lobi hotel membuang masa sebab ada lagi 5 jam nak flight dan Almaty International Airport ni kecil jer tak perlu nak rushing dan insyallah tak ada la kes kena marathon ke apa ke hihii. Pukul 5.00 petang baru kami bergerak santai berjalan ke airport.

Senyum kelegaan setelah berjaya menamatkan trip DIY Backpackers bersama the kids.
Check in berjalan lancar dan 3 beg kami hantar dalam perut kapal terbang.
Alhamdulillah urusan check in tiada masalah sebab kami dapat tiket promo Airasia with 20kg per person dan in total boleh bawa 100kg. Tu yang tadi beli macam-macam untuk bawa balik Malaysia dan juga sebab nak habiskan semua cash yang ada. Salami dengan beberapa jenis buah check in dalam luggage (kecuali strawberry) harap lepas la kat Malaysia nanti.

Kembali ke pangkuan Airasia setelah hampir dua minggu berkelana di central asia.
Kami selamat tiba di Kuala Lumpur selepas mengharungi pengalaman yang cukup mendebarkan dan menyeramkan apabila berlaku turbulence lebih 7 kali dan setiap kali ia terjadi dengan agak lama. Selawat, fatihah dan ayat kursi memang tak lekang di mulut. Penerbangan paling menakut dalam sepanjang pengalaman travel aku adalah Airasia KUL-Almaty-KUL.

Untuk trip kali ini kami dapat kumpul 12 stamp dalam setiap passport. ☺️🤲🏻
Semua beg kami lepas di kastam tanpa masalah dan segala yang dibeli selamat berlabuh di rumah. The kids keesokan hari terus tanya bila nak pergi Kazakhstan lagi hahaha.. Trip yang memenatkan tapi pada yang sama menyeronokan with the kids. Total all in kami habis RM11,500.00 - flight ticket, hotel, transport, makan dan belanja for almost 14 hari berkelana.

Thank you pada semua yang dah baca all the journey written in this blog and especially those yang bagi comment sekali. Sorry final entry ni panjang sikit sebab nak habiskan cerita Central Asia yang telah ditulis dari Januari 2025 lagi. Lama betul nak siapkan semua entry ini. Apa pun syukur dah boleh tutup and again thank you semua. THE END.

Friday, 24 October 2025

Kazakhstan Part 11 : Air Astana - Check In 12 Hours At Aksunkar Hotel (Almaty Airport)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Penerbangan dari Tashkent ke Almaty mengambil masa hampir dua jam dan flight kami KC130 adalah flight yang terakhir pada hari ini. Tepat jam 11.40 malam kami berlepas meninggalkan Tashkent. Afnan dan Athira tertidur hanya beberapa minit di dalam kapal terbang. Dan tak sampai 45 minit kami di serve makanan sandwich ayam, chocolate dan air mineral.

Finally kita boarding juga. Memang dah exhausted time ni fikir nak tidur jer.
Atiyya dengan Affan tak tidur sebab setiap seat ada skrin tv. Affan tanya "Ayah, kenapa masa datang Kazakhstan ada tv tapi tak boleh buka?" aku pun jawap "Itu flight Airasia, lain company lain cara dia. Mesti la ada beza flight mahal dengan yang murah". Dan sandwich yang kami dapat semua disimpan dalam beg sebab dah malam dan tak lapar.

Kapal terbang tak besar sebab dua jam flight sahaja. 3 Seat kiri dan 3 seat kanan.
Alhamdulillah amat selesa. Air Astana adalah Kazakhstan national carrier bukan low cost airline.
Aku terlena hampir 30 minit dan terjaga apabila kapal terbang nak landing sebab pramugari kejut suruh betulkan seat. Semasa di immigration ada askar tu tanya kami "This is your first time in Almaty?" Wife aku jawap yes. Tiba-tiba dia tunjuk passport kami yang ada stamp 2 kali masuk dan 2 kali keluar Kazakhstan.

Dapat chicken sandwich, chocolate, biscuit dan mineral water.
Semua chicken sandwich kita bawa balik sebab dah lewat malam dan tak lapar.
Nasib la boleh berbahasa english askar tu. Terus aku explain this is our first trip to Central Asia and we want to visit all 3 countries in the same time. And the bus we took from Bishkek, Kyrgyzstan to Tashkent, Uzbekistan have to cross a little part of Kazakhstan. That the reason we have the second stamp entering Kazakhstan.

Boleh nampak Hotel Aksunkar dari arrival atau departure Almaty Airport.
Sebenarnya boleh jer dia figure sendiri perjalanan kami keluar masuk semua 3 negara ini dari semua stamp di passport tu tapi mungkin dia malas maka disuruh la aku explain. Waktu pun dah pukul 12.30 tengah malam, faham-faham jer la. 

Lepas tu dia tanya "When is your flight going back to Malaysia?". Aku jawap "Today!". Terus dia pandang aku semula. Sambil aku sambung "At 8.30 pm with Airasia" sambil aku tunjuk flight ticket dari phone. Dan dia pun tenung skrin phone aku.

Hotel cuma di tingkat 3 sahaja. Di lobi hotel ada tempat permainan kanak-kanak, tempat duduk atau sofa yang agak banyak, restoran dan vending machine air dengan keropok. 
Semua bilik memanjang dalam satu lorong ini sahaja. Wifi disediakan di semua kawasan hotel.
Nasib la kami berenam pergi ke satu kaunter immigration, mudah la jadinya. Selesai urusan semua dan mengambil beg jam pun dah menunjukan pukul 1.45 pagi. Plan asal nak tidur jer di airport tapi wife kata nak tidur hotel juga sebab the kids dah keletihan dan suhu yang semakin sejuk. Aku pun kata tunggulah sekejap nak pergi tanya hotel depan airport tu.

Setiap bilik ada balkoni dan ini view dari balkoni bilik kami keesokan pagi.
Agak besar ruang di balkoni ni dan kalau ada meja dengan kerusi satu.
Mesti best layan tea atau coffee panas di waktu sejuk winter ni.
Dari dalam airport lagi boleh nampak perkataan hotel di sebelah kiri depan airport. Aku berjalan tak sampai 120 meter dan lobi hotel terletak di tingkat 3. Yang uniknya hotel ini kita boleh check in 12 jam atau 24 jam. Dan ia bermula dengan waktu kita check in. Contoh check in 5.00 pagi maka check out 5.00 petang. Dan harga sangatlah berpatutan untuk B40.

Kami pilih Triple Room - satu katil dua orang cukup la untuk kami berenam.
Gambar diambil masa nak check out petang esoknya - Harap maklum.
Malam tadi dah penat dan mengantuk sangat, memang tak sempat la nak snap gambar.
Kalau gagah juga nak amik gambar mau maknya marah hahahaa.. :D
Terus aku pulang ke airport dan bawa semua kembali ke hotel. Kami ambil bilik Triple Room dengan harga KZT12,000 bersamaan RM94.30. Check in pukul 3.00 pagi dan dan akan check out 3.00 petang esok. Dalam bilik ada meja, almari, tv, heater, satu meja dan satu kerusi serta ada balkoni. Tiada toilet dalam bilik yang ada cuma sinki sahaja.

Terdapat 6 jenis bilik bermula dengan Standart Room KZT9,000 untuk 12 jam atau KZT14,000 untuk 24 jam. Semi Luxury KZT18,000 untuk 12jam atau KZT26,000 untuk 24jam. Luxury Room KZT23,000 untuk 12jam atau KZT32,000 untuk 24jam. Dan bilik kami Triple Room kalau untuk 24jam berharga KZT18,000 bersamaan RM141.00.

Chocolate yang dapat dari flight Air Astana malam tadi. Sedappp.. :D
Pagi ini kita breakfast Chicken Sandwich dari flight Air Astana malam tadi.
Bilik air dan bilik mandi berkonsep sharing yang teramat bersih berada di luar bilik dan diasingkan untuk lelaki dan wanita. Masa yang wife dengan the girls mandi aku tunggu di luar, risau jugak la nak bagi diorang pergi sendiri. 

Ada restoran 24 jam di sebelah kaunter tapi kami tak makan la di situ sebab diragui sumbernya. Lagi pun dah lewat malam kan. Alhamdulillah syukur kami dapat tidur dengan nyenyak malam tu. Breakfast pagi esok tu kami makan sandwich yang kami dapat dari dalam flight Air Astana malam tadi dan whatever left from our storage.

Saturday, 29 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 10 : Astana Square - Yubileynyy Supermarket - Final Moment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selama beberapa hari di Almaty, kami banyak menghabiskan masa dengan bersantai sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah Taala sepanjang berada di Almaty. Apartment yang selesa, owner yang baik dan kemudahan yang ada di sekeliling juga sangatlah convenience especially for a family with kids. 

Pemandangan di Astana Square pada musim bunga - Sumber Google.
Namun Almaty hanyalah sebahagian dari itinerary kami di Central Asia. Second last day puasa iaitu pada 29 Ramadhan kalau tak silap aku. Kami check out dan meneruskan perjalanan ke Bishkek, Kyrgyzstan menaiki bas selama 5 jam lamanya dengan jarak 240km. Sebab dah dekat kan maka kita pergi jer lah.

Suasana ketika winter di Astana Square.
Memorial of Aliya Moldagulova and Manshuk Mametova.
Perjalanan ke Bishkek nanti aku akan share next entry. Untuk entry ni aku nak share beberapa perkara yang aku tak sempat nak bercerita di entry yang lepas sebab kisah di Almaty ini aku tulis bukan ikut pergerakan dari hari pertama dan seterusnya seperti kisah-kisah travel di tempat lain.

Ketika balik dari Kok Tobe Hill kami turun bas di area Astana Square. Di sini terletaknya Memorial of Aliya Moldagulova and Manshuk Mametova dan pada musim bunga akan penuh Bunga Tulip yang berwarna warni di tanam di sini. Bersebelahan Astana Park ada bangunan Kazakh-British Technical University.

Insyallah selamat untuk berjalan di setiap pelusuk di Almaty ini base on our experience. 
Kena banyakan berjalan kaki untuk melihat keindahan di Bandar Alamty ini.
Astana Square dulu dikenali sebagai Old Square (1980), Red Square (1921) dan juga Lenin Square (1957). Memang seronok untuk have a walk di Astana Square Park ini. Dan kami berjalanan melepasi park ini untuk balik ke aparment yang terletak lebih kurang 1 km. Oh ya kalau bernasib baik terdapat banyak event yang diadakan di sini sepanjang tahun.

Seronok jalan-jalan di sekitar kawasan Almaty.

Dan yang penting untuk kita berjalan kaki explore setiap pelusuk di Bandar Alamty ini adalah selamat. Base on my own experience yang berjalan kaki hampir ke semua tempat bersama the kids. Even kami ikut google earth sampai masuk ke lorong-lorong kecik di celahan banguanan.

Insyallah selamat dan sepanjang berada di sini tiada sesiapa yang ingin bertanya kami dari mana and so on. Means mereka lebih tak kesah pun kita yang datang dari luar ini. Or else mungkin sebab mereka tak pandai nak berkomunikasi dalam bahasa English. Dari jadi itik dengan ayam lebih baik diam gitu hahaa.

Selepas Astana Square Park kami balik mengikut jalan Abylai Khan Avenue dan menuju ke Yubileynyy Supermarket untuk kali yang ke berapa pun tak tahu. Aku try google translate Yubileynyy ini bermaksud Anniversary. Maka Supermarket Anniversary lah namanya dalam English. Membeli barang di sini agak murah berbanding di tempat lain.

Lama betul cari beras sampai Afnan tertidur keletihan dalam stroller.
Section for Chocolate, Cheese and Original Butter.
Susu di sini memang sedap. Sehari memang wajib beli sepeket dua.
Ikan kebanyakan yang telah dikeringkan. Dan roti adalah makanan yang termurah.
Nak beli beras pun kena baca betul-betul. Sebab di sini beras dalam kategori bijiran.
Biasa di oversea aku akan cari White Rice. If beras lain takut tak kena tekak macam Tastic Rice.
Kenapa kami selalu beli barang di sini sebab bila nama supermarket maka harganya lebih murah dari kedai runcit di luar. Dan pada waktu ini kami nak beli beras untuk masak berbuka nanti. And the kids memang amik seorang satu air kotak jus. Dah penat berjalan kita pun reward la sikit the kids.

Di antara Yubileynyy Supermarket dan apartment kami terletaknya Zhibek Zholy Metro Station. Dan area sini juga banyak kedai makan dan cafe kalau nak duduk santai. Antara yang kami pernah duduk mengopi adalah Pinsa & Coffee, Double Coffee dan paling best Coffee Boom Premium.

Semua dah penat berjalanan. Apa pun syukur anak-anak semua tak meragam.
Terlihat seorang makcik sedap berdoa dalam kesedihan di hadapan statue itu.
Di sebelah Yubileynyy Supermarket terdapat sebuah ATM yang berwarna merah jambu dan kami mencuba draw duit dengan menggunakan kredit kad. Alhamdulillah berjayakan keluarkan duit dan terus senyum tak terkata sambil jalan menuju pulang ke apartment. 

Sebuah ATM mesin yang berada bersebelahan dengan Yubileynyy Supermarket.
Masing-masing kepenatan tak sabar nak balik apartment nak baring tidur.
Alhamdulillah selesai sudah semua kisah pengembaraan kami sekeluarga di Bandar Almaty. Masa mula-mula start tulis Part 1 ada azam nak habiskan semua kisah di Almaty sebelum masuk puasa. Ni esok dah nak raya baru dapat siapakan. Bertabahlah kepada yang menanti. 

Insyallah next story will be at Bishkek, Kyrgyzstan. Dan syukur Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah buat kami sekeluarga sepanjang berada di Almaty dan juga Bishkek, Kyrgyzstan. Tak sabar nak share our experience di sana.