Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kami sampai awal 20 minit sebelum public ferry berlepas. Okay untuk naik public ferry ini tak perlu beli tiket awal sebab ia tak penuh pun dan masa aku naik pun 60% sahaja occuppied. Sebab memang dalam review ramai tourist tak suggest naik public ferry ini sebab mengambil masa yang terlalu lama sehingga 2-3 jam untuk sampai ke Maafushi.
 |
| Inilah rupa dan keadaan public ferry provide by the government of Maldives. |
And yes memang slow sangat macam tak bergerak langsung atas air tu. Bot lain steady jer potong dia. Masa ni wife dah mula mabuk laut. Jenuh la makan itu ini, sapu minyak bagai. Syukur tak muntah dan at last tertidur tak sedarkan diri.
Kami tiba di perhentian pertama iaitu Pulau Gulhi dan ada beberapa penumpang dan tourist dari China turun. Dan kemudian sambung perjalanan ke Maafushi yang boleh dilihat jelas dari Pulau Gulhi. Dan ketika kami sampai langit pun dah menunjukan waktu lewat petang. Sebab dah solat jama' maka tak la risau dan rushing sangat.
 |
Menaiki Uber ke jeti untuk ke Maafushi Island. Baju hijau pemandu Uber kami. Masa sampai jeti terus beli tiket di kaunter masa ini lagi 20 minit feri nak bertolak. |
 |
Sila baca dari kanan ke kiri ya. Feri akan mula bergerak seawal pagi dari Guraidhoo Island. Memang teringin sangat nak ke Guraidhoo Island tapi timing tak kena. |
 |
| Keadaan di dalam feri awam yang kami naik. Yang tak mabuk laut kita geng. |
Tapi sebab risau juga takut sampai gelap tak jumpa hotel. Maka cepat-cepat kami berjalan mencari White Shell Hotel yang telah ditempah melalui Agoda.com. Syukur tak susah mencari sebab ada study sikit location dan memang pilih hotel yang tak jauh dari jeti dan attraction place. Kecilnya Pulau Maafushi ini jalan kaki kiri ke kanan pun 10 minit jer.
 |
| Alhadulillah safely arrived Maafushi selepas hampir 3 jam perjalanan dengan feri. |
 |
| Belanja sikit gambar berdua untuk dikenang suatu hari nanti insyallah. |
Ketika berjalan sempatlah kami singgah kedai runcit membeli apa yang diperlukan dan terlihat beberapa restoran yang ada di sekitar pantai yang agak lenggang dengan pengunjung. Tanpa memikir panjang kami meneruskan perjalanan dan sampai di hotel selepas kurang 15 minit mencari.
 |
| Keadaan bangunan hotel kami seperti baru siap dibina. Corner atas tu bilik aku. |
 |
| Sampai di lobi hotel dan menunggu semua documentation dan payment selesai. |
Urusan check in sangat mudah namun satu perkara yang anda perlu tahu adalah Maldives ada mengenakan tourism charge for any tourist yang check in di mana-mana penginapan di Maldives. Dan harga yang kami perlu bayar adalah sebanyak USD6.00 per person per check in bukan untuk per night. Maka total 4 orang USD24.00 kami bayar cash di kaunter.
 |
| Coffee & Tea, Sugar and kettle disediakan di dalam bilik. |
 |
| Bilik air yang luas dan dapat satu katil double dan satu katil single. |
Alhamdulillah bilik yang kami dapat agak diluar jangkaan walau murah tapi sangatlah berbaloi. Terdapat satu katil single dan satu katil double, fridge, kettle, balkoni, tv, tea coffee and sugar dan bilik air yang sangat luas. Towel disediakan termasuk extra towel untuk dibawa mandi ke pantai. Dan kurang 2 minit berjalan kaki ke arah pantai.
 |
| Jarak di antara hotel dan pantai tak sampai 2 minit berjalan kaki. |
 |
| Layan sunset di pantai. Air yang jernih boleh lihat ikan bermain. |
Di hadapan lobi hotel ada sebuah restaurant, disebelah kanan lobi terdapat beberapa buah kedai souvenir, kedai runcit, kedai ice cream dan scuba diving center. Dan ada dua buah masjid dalam 5 minit berjalan kaki. Selepas check in kami terus mandi dan terus bersiap untuk ke pantai. Oh ya hotel menyediakan wifi yang sangat kuat dan laju.
 |
| Ustaz Anas kata "Nanti nak main jetski.." |
 |
| Bila matahari mula tenggelam dengan perlahan-lahan aktiviti air pun berakhir. |
Aku kata pada yang lain kalau nak rehat tunggu malam la walau badan dalam keletihan. Sebab rugi kalau rehat sekarang sebab nanti dah malam lagi la tak tahu nak buat apa. Maka kami turun selepas 20 minit bersiap dan terus ke pantai. Bawa towel tapi tak mandi pun hihi.. Lebih kepada layan view sambil melihat para pelancong yang sedang bersuka ria di pantai.
 |
| Terlihat seekor ketam oren kemerahan yang comel sedang bermain di celahan batu. |
 |
| Kelihatan orang ramai mula beransur pulang ke hotel masing-masing bila sunset. |
Dan ketika kami terlihat banyak booth yang menjual package snorkeling, diving, island hopping and so on. Terus aku tanya dengan yang lain what if kalau kita ambil mana-mana package yang sesuai untuk aktiviti pagi esok. Semua setuju.
Kami tak survey kesemua booth sebab macam dah lewat. Maka selepas buat comparison dalam 2-3 booth, kami memilih package Nurse Shark berharga USD40.00 per person. Ia termasuk Lunch, Snorkeling with Shark, Lucky Dolphin Watching, Island Hopping - Gulhi Island, Snorkeling at Coral Garden dan Visiting Sand Bank. Tour memakan masa selama 6 jam.
 |
| Walau terdapat signboard tapi ramai geng bawang putih still tak ikut arahan. |
Selesai membeli package tour kami duduk di pantai sambil layan matahari terbenam dan kemudian berjalan pulang ke hotel untuk bersolat jama maghrib dan isya. Oh ya di sini azan berkumandang setiap kali masuk waktu solat ya. Dan plan malam tu kami nak makan bekalan yang dibawa dari Malaysia sahaja sebab semua dah keletihan yang amat.
 |
| Asalnya niat nak duduk layan smoothies, cappuccino ice dan juice. |
 |
| Dan ter-order Set Grill Red Snapper, Set Grill Lobster and Set Grill Tiger Prawn. |
Selesai solat aku whatsapp ustaz anas "Kitorang nak turun jap nak tengok-tengok kedai souvenir". Dia reply "kitorang pun nak ikut". Okla jom turun dan berjumpa semula di lobi pukul 8.15 malam. Dari nak tengok-tengok souvenir sehinggalah kami terduduk di sebuah restaurant dengan alasan pertama just nak lepak sambil hirup air sejuk sahaja.
At last kami dinner ringan-ringan terus di sini. Menu kami malam ni Set Grill Lobster, Set Grill Red Snapper, Set Grill Tiger Prawn dan masing-masing layan Juice Pineapple, Watermelon, Orange, Tea & Coffee. Tak pasal-pasal melayang USD50.00 (termasuk charge 10% tax) atau USD12.50 seorang makan malam tu hahahaa. 😅
Bersambung Maldives Part 5 : (Under Construction)
Masya-Allah, jeronehnya ayor, orang Perak kata. Memang best la ni, snorkeling.
ReplyDeleteFeri kalau slow sangat memang boleh mabuk laut, kan.. rasa macam terapung² gitu. Agaknya makan ubat mabuk ke tu sampai tak sedarkan diri? Hahhaa.. bangun² dah sampai, okey tu biliknya, hotel baru, mesti sangat selesa. Baru sy tahu di Maldives ada hotel macam ni jugak, selalu tengok di sosmed hotel² penginapan atas laut. Walaupun begitu pantainya cantik dan airnya jernih, lawa betullah.
ReplyDeleteBesarnya ketam tu. Tak pernah jumpa lagi lag tepi pantai ketam besar. Selalu anak ketam je terkedek2 kat tepi pantai.
ReplyDeletecutenya ketam tu!! mesti best dpt go shark tour tuuu..tak sbr nak baca next entry
ReplyDelete