Ke Temerloh kita weekend ini sebab ada sedikit urusan. Sesambil tu mencari tempat untuk makan tengah hari. Wife kata ada tempat viral. Sekali bila dah sampai dalam ceruk kampung. Penuh..!! Sampai parking kereta pun tak ada.
Bila dah dapat parking. Masuk dalam kena que pulak sebab pengunjung yang terlalu ramai. Se-Atak Cafe ini speciality dia adalah pizza. Hurmm terkejut juga even menu pizza dan western tapi still ramai orang datang. Sebab biasa kalau ke Temerloh ini mesti orang cari makanan kampung terutamanya Patin Tempoyak kan. 😅
![]() |
| Ketika sampai di Se-Atak Cafe security dah tak bagi masuk sebab parking penuh. |
![]() |
| Se-Atak speciality is Pizza and Western Food. Kalau lapar tengah hari nak cari nasi maka bukan sini tempatnya. |
Disebabkan kena menunggu estimate 20 minit untuk mendapatkan tempat duduk maka aku decide untuk makan di tempat lain sahaja. Dan ketika itu aku orang ke 10 menunggu tempat duduk. Belum lagi nak order dan tunggu makanan dihidang atas meja. Dan untuk hidangan selain western cuma ada nasi lemak dan mee kari sahaja.
Tempat duduk indoor ada disediakan tapi tak sebanyak tempat duduk di luar. Dan sekarang waktu tengah hari yang teramat panas. Maka insyallah next time ajer lah kita datang ke sini merasa hidangan yang selalu diviralkan. ☺️
![]() |
![]() |
| Mereka yang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. |
![]() |
| Agak jauh ke dalam di kawasan perkampungan. |
Maka bergeraklah kami keluar dari kawasan kampung ini dan secara tak sengaja sampai di simpang trafik light Hospital Temerloh. Dan membelok ke arah kanan meneruskan mencari kedai makan yang ada. Mungkin sebab hari ini Ahad dan di waktu tengah hari, tidak kelihatan kedai makan yang dibuka di sepanjang sisi jalan.
![]() |
| Pizza Mantak Temerloh - Very recommended untuk dicuba. |
![]() |
| Keadaan di dalam kedai yang simple. Insyallah nanti dah maju boleh upgrade lagi. |
Terjumpa kedai Pizza Mantak tak jauh dari Hospital Temerloh. Disebabkan kami semua dah kelaparan yang teramat aku pun masuk dan order satu large Pizza Chicken Bbq & Cheezy yang hanya berharga RM25.00. Staf bagitahu insyallah siap dalam hanya 10 minit. Okla boleh try dan support business anak muda orang melayu Temerloh.
![]() |
![]() |
| Pizza Chicken BBQ & Cheezy - Taburan isi ayam yang tak kedekut. |
Untuk Pizza Mantak ini aku bagi rate 8.9/10. My first word is "Sedap", dari roti pizza itu sehinggalah topping dia. Ye lah, ia bukan lah brand terkenal yang perlu disamakan tapi jenama buatan sendiri dari seorang anak muda tempatan. Roti pizza lembut tak terlalu berat dan tak terlalu padat dan ia adalah homemade doh.
Dan yang best lagi taburan isi ayam dia memang tak kedekut. Penuh dari tengah sehingga ke hujung sisi pizza. Cumanya kalau dia guna cheese yang proper pasti lebih sedap dan aku pasti akan bagi rate lebih tinggi. Alhamdulillah dapatlah kami sekeluarga alas perut sebelum jumpa kedai makan yang proper. ☺️









Tak pernah sampai lagi ke sini. Orang Temerloh bosan makan patin tu cari western pulak.
ReplyDeleteMungkin lah org Temerloh dah boring and now dah bertukar makan western. Lokasi jauh dalm Kg tapi full house.. takde rezeki hari ini insyallah next time ☺️👍🏻
Deleteorang temerloh dah boring makan tempoyak patin agaknya. tukar selera makan western pulak.
ReplyDeletepizza tu pun harga standard price je. semoga ada rezeki boleh merasa next time
Kita ni dtg sebab nak makan tempoyak ikan patin.. ingat nak cari dlm bandar jer tpi takde plk hihi.. Insyallah pizza dia sedap blh la nak repeat lgi ☺️👍🏻
DeleteSiap ada security jaga lagi.. lain kali boleh pergi lagi...
ReplyDeleteItulah ada brother tu jaga bgtau tak leh masuk kereta dah full.. kena parking luar.. insyallah try next time.. 👍🏻☺️
DeletePizza yang kat Melaka pun sama jugak. Kena beratur nak masuk situ. Nama dia Grass Stream Kitchen. Nak potong pizza guna parang / pedang samurai tu....
ReplyDeleteOh pizza di Melaka tu ada dgr juga dipotong pakai pedang samurai. Blm ada rezeki lagi nak terjah ke sana.. insyallah one day👌🏻
DeleteKalau kat Sarawak, mantak tu mentah. Org Sarawak mungkin hairan kenapa kedai ni jual pizza tak masak lagi hehe
ReplyDeleteAlamakk.. Agak2 owner tu tahu tak makna dia mentah utk org Sarawak hihii.. Kena suh owner buk cawangan di Sarawak 😅
Deletesaya memang tak suka tmpt crowded so biasanya tak gi ler tmpt2 viral unless dh reda effect viral tu. pizza tu nampak sedap! kebetulan hari sabtu lps, kami mkn pizza jugak (order via grab ajer)..memang sedap mkn pizza esp kalau dh lama tak mkn
ReplyDeleteBukan pilihan Akk la kalau kena tunggu begini. Baik ceq pi cari kedai lain. Nak² time lunch, perut mmg tak kan bagi kerjasama, kena cari nasi juga hihi
ReplyDelete