Friday, 20 March 2026

Last Day Ramadhan - Briswalk Catching Sunrise At Erhai Lake

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 1Malaysia

Hari ini hari terakhir Ramadhan 1447 Hijrah. Didoakan moga semua yang hadir ke blog ini diberi kesihatan yang baik dengan kecerian yang penuh di wajah tatkala menanti 1 Syawal yang bakal menjelma.

Pada yang pulang ke kampung menyambut raya, aku doakan semoga selamat perjalanan pergi dan balik. Plan kami sekeluarga beraya tahun ini mencuba pengalaman baru dalam suasana sejuk.

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-4 berpuasa di perantauan. Ku sangkakan di sini raya pada jumaat 20/03/2026. Rupanya 1 Syawal jatuh pada Sabtu 21/03/2026 sama seperti di Malaysia 😅.

Dua entry sebelum memang lari tajuk dengan isi kandungan hihii. Biasalah bila hidup ini ada mata tak puas hati yang memerhati maka kita buatlah tajuk seperti itu. And yes betul, sebab management dengan HR marah bila dapat tahu keberadaan diri ini bukan di Malaysia tapi di perantauan. 

Dah apply cuti kan? and its approved. Its up on us la kan nak kena mana.. nak menyelam dalam laut ke.. nak terbang atas awan ke? Nak balik kampung tang mana pun. Masa approve senyap sunyi sepi tapi bila dapat tahu tiada di Malaysia habis bising hahaha.. kelakar juga manusia jenis macam ni 😅.

Ada seorang akak senior tu lagi la "Asal tak bagitau nak raya oversea?" Aku pun macam perlu ke aku nak bagitau kau. Nak kena update my life all the time ke?. Pastu mulut bising "pergi oversea bukan nak belikan souvenir". 

Saya travel backpack jer kak oii. Semua budget budget jer.. Makanan pun banyak bawa dari Malaysia. Jenuh mengumpul sampai ikat perut demi pengalaman dan kenangan bersama anak-anak. Nama pun souvenir, macam hadiah. If diberi maka bersyukur kalau tak dapat diam jer la. 

6 comments:

  1. cantik view....ye btul tu..sepatutnya cuti dh approve tk perlu sibuk nk tnya..raya kt overseas ke raya kt mana tu non your bisnes...kt opis pn ada juga kdg bila kita dh apply cuti pjg sibuk nk tahu ke mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. cuti dah approve sudah la.. boleh pulak lepas tu tanya mcm2.. sibuk dgn urusan cuti org lain dah kenapa kan.. 😅

      Delete
  2. cantikk Tasik Erhai..haritu x sempat gi....mcm2 hal manusia ni kan...kepoh dgn kehidupan orang lain..apa2 pun..enjoy your holiday!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg cantik Tasik Erhai ni.. view sunset dgn surise mmgm memukau sangat.. Yes ada org yg kepoh dgn urusan hidup org lain yg tak ada kene mengena dalam hidup dia..☺️

      Delete
  3. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Fitri .. Mohon Maaf Zahir dan Batin juga.. ☺️🤲🏻

      Delete