Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Syukur Alhamdulillah - Lebaran Hari Raya Aidilfitri menjelma jua pada 21 Mac 2026. Setelah teka teki bila raya Jumaat atau Sabtu. Namun bagi aku sekeluarga, raya kali ini dalam mencari pengalaman baru. Allah mengizinkan kami sekeluarga berada di satu kawasan yang terdapat komuniti muslim yang telah wujud seribu tahun yang lalu.
![]() |
| Bergambar sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri di Da Li Ancient Mosque. |
Hari ini Isnin 23 Mac 2026 adalah hari ketujuh mengembara di bumi Yunnan, China. Dan kami berada di lokasi kelima iaitu di Tiger Leaping Gorge (TLG) yang berada di tengah-tengah antara Kota Li Jiang dan Kota Shangri-La.
Tujuh hari lepas sampai di Kun Ming City dan kemudian menaiki high speed train ke Da Li City selama dua jam dengan kelajuan tertinggi 197km/j. Dan menuju ke Erhai Lake untuk penginapan satu malam.
![]() |
| Bertakbir beramai-ramai di perkarangan masjid sebelum mula solat raya. |
Dan kemudian menginap di Dali Ancient Town selama dua malam. Dan selamat tiba di Kota Li Jiang menaiki train biasa selama 4 jam setengah. Menginap selama dua malam di Kota Li Jiang. Apa pun yang boleh aku kongsikan Da Li lebih murah dari L Jiang dari segi harga makanan especially.
![]() |
| Kaunter Zakat Fitrah di buka di entrance masjid. |
![]() |
| Kagum mereka kira zakat fitrah guna congak. Memang bunyi ketak ketak ð |
Travel dengan the kids yang kian membesar. Si dua kakak yang makan agak banyak mungkin sebab sejuk cepat lapar dan si dua hero yang juga makan banyak. Pada kebiasaan di Da Li kami spend bawah 100 Yuan dan di Li Jiang kami spend lebih 100 Yuan untuk sekali makan. Untuk sekarang pertukaran adalah RM0.57 = 1.00 Yuan.
![]() |
![]() |
Berpeluang bersolat Hari Raya Aidilfitri di Ancient Mosque (Northeast Gate) bersama umat islam tempatan. Terdapat banyak kelainan solat raya di sini. Kalau kita bertakbir beramai dalam masjid ketika menunggu para jemaah hadir memenuhkan ruangan masjid. Tapi di sini bertakbir di luar masjid (berdiri) sehingga orang ramai hadir.
![]() |
Setelah sampai waktu barulah pintu masjid dibuka dan beberapa org sahaja yang masuk dan mereka duduk dalam bulatan dan membaca sesuatu dan bunyi seakan-akan membaca tahlil tapi bunyi bacaan memang jauh berbeza. Dan kemudian barulah seluruh jemaah masuk ke dalam ruangan dewan solat masjid. Time ni dah kesejukan ð
hahaha..
![]() |
| At last selepas sejam di luar para jemaah mula dibenarkan masuk ke dalam. |
Dan ada dua orang yang memberi ceramah yang memula aku assume adalah khutbah. Rasa pelik bukan ke patut solat dulu dan kemudian barulah mula khutbah. Rupanya yang tadi tu ceramah sebelum solat raya bukanlah khutbah (which aku assume). Ye lah satu apa perkataan pun tak faham hahahaa.
![]() |
| Curi-curi ambil gambar sebab dah kena tegur tak boleh ambil gambar. |
Lepas khutbah raya, imam bangun dan bersolat dua rakaat dan jemaah pun bangun solat. Dalam hati aku "Ah solat apa pulak ni ð
". Tapi aku positif ini mesti solat duha. Dan aku pun bangun solat duha sebab nampak semua solat sendiri-sendiri. Dan kemudian barulah semua jemaah bangun dan berjalan keluar dari dewan solat.
![]() |
| Alhamdulillah selesai Solat Raya Aidilfitri 1447 Hijrah. |
![]() |
Masa keluar tengok wife and kids dah tak ada di hadapan pintu masjid. Rupanya diarahkan keluar dari perkarangan masjid sebab kanak-kanak tidak dibenarkan hadir solat raya. Hurmm pelik sungguh.. Dan semua jemaah yang hadir dapat satu beg plastik makanan tapi kami tak dapat langsung, tak tahu la kenapa. Mungkin sebab kami foreigner kot ðŦĢ.
![]() |
| Terjumpa orang Malaysia datang solat raya. Ada yang kenal tak? |
Tapi ada satu pakcik yang cam kami sebab semalam tu ada makan iftar di kedai makan dia. Dia beri makanan yang dia dapat tu pada kami sekeluarga. Dalam tu ada buah epal, oren, pisang, biskut, roti dan cookies. Syukur alhamdulillah dapat walau kami tak la kesah sangat ☺️. Tapi bila dapat tu rasa happy especially kids.












Bila travel tempat org yg majoriti memang kena ikut la budaya sanakan..dan paling penting sesuai ngan amalan kita...wah..pengalaman menarik ni...syukur ada rezeki dpt makanan walau keutamaan diberikan kepada orang2 mereka
ReplyDeleteBetul tu.. ikut cara budaya dan amalan umat islam di sini..alhamdulillah dpt juga bersolat raya berjemaah di sini.. betul tu keutamaan utk org tempatan sama mcm kita di Malaysia.. ☺️ððŧ
DeleteBaru singgah sini..
ReplyDeleteSelamat Hari raya.. jauh sambut raya...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
DeleteAah jauh sikit tapi tak la jauh mcm 2 tahun lepas ð .
Patut dalam gambar takde kanak² di perkarangan masjid.. perbezaan budaya.
ReplyDeleteMungkin perbezaan budaya atau pun kekangan dari pemerintah china yg mengawal aktiviti agama ðĪ·ðŧ.
DeleteSelamat hari raya. Maaf zahir & batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri..
DeleteMohon Maaf Zahir Dan Batin ☺️ððŧ
selamat hari raya, maaf zahir batin.
ReplyDeletewah pengalaman berharga berhari raya di negara orang . seronok tengok gambar.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat dan merasai suasana hari raya di tmpt org .. ðĪēðŧ☺️
DeleteSalam Aidilfitri!
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Cuya..
DeleteMohon Maaf Zahir Dan Batin ðĪēðŧ
Lovely photos. Thank you so much for sharing. ❤️
ReplyDeleteMost Welcome.. ☺️ððŧ
DeleteLain cara di negara orang. Wah, kira zakat fitrah guna sempoa.
ReplyDeleteMmg lain cara dan teknik di sini huhuu.. kira zakat pakai sempoa tu mmg menarik ☺️
Deletewaahhhh pengalaman berharga sungguh 1 syawal di negara orang..
ReplyDeleteAlhamdulilah diberi kesempatan menyambut raya bersama umat islam di China ☺️ðĪēðŧ
DeleteWow! Pengalaman lain macam ni bayar fitrah ni... Eh, amil dia pompuan eh?
ReplyDeleteAah amil dia pompuan.. cara bayar zakat fitrah tu agak berlainan but syukur amalan wajib itu tetap ditunaikan di sini.. ☺️ððŧ
DeleteEid Mubarak!
ReplyDeleteMohon ampun maaf andai ada salah silap.
Budaya berbeza tapi alhamdulillah dapat juga tunaikan solat raya
Eid Mubarak.. !!!!
DeleteSamalah juga saya di sini.. Memohon maaf zahir dan batin pd semua salah silap.. Dapat tunai solat raya di perantauan adalah nikamt yy paling besar.. ☺️
Saya Idulfitri ikut hari jumat
ReplyDeleteMasjid unik dan Jamaah juga ramai
kotbah pertama, biasanya kata sambutan dari panitia atau takmir Masjid, itu kalau di kampung saya.
Selamat hari Lebaran
Alhamdulillah tak disangka ramai umat islam yang hadir bersolat raya di sini.. Betul tu.. yg pertama biasa nya dari pengurusan masjid dan update perkara2 yg berkenaan.. sama juga di masjid saya.. Salam Lebaran juga ya ððŧ☺️
DeleteSalam singah, kasihan pula baca artikal ni..tak apa, kita hormati budaya di negara orang..cuma rasa pelik jg..mybe kena tanya yang lebih tahu..dan faham bahasa sana..namun alhamdulillah dapat solat sunat hari raya juga di negara orang..
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengalaman berpuasa dan menyambut 1 syawal di tempat dan budaya yang sgt berlainan dengan Melayu dan Malaysia. Nak juga tahu apa yg mereka buat dan apa yang mereka kata di masjid tu.. ☺️
DeleteSelamat hari raya maaf zahir batin..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Tuan Etuza sekeluarga.. ☺️ðĪēðŧ
DeleteAlhamdulillah rezeki pengalaman sambut Aidilfitri di perantauan bersama keluarga. Salam Aidilfitri.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi izin sekali lagi merasai pengalaman menyambut syawal aidilfitri di perantauan bersama anak2. Salam Lebaran ..!!
Deleteberapa (RM) zakat fitrah kat sana?
ReplyDeleteAlamakk.. tak tanya la pulak.. sbb dah bayar di Malaysia sblm fly hihihii.. ð
Deleteada rekod video tak masa diorg bertakbir tu? nak dgr juga alunan takbir masyarakat kat sana...
ReplyDeleteAda ada.. insyallah nanti kita share video takbir raya di sini.. alunan kurang merdu dan feel lebaran tu tak rasa sangat huhuu.. ð
Deleterare tu guna sempoa. kita pakai masa zaman sekolah rendah dulu je haha.
ReplyDeletebestnyaa yunnan! tak sabar nak baca full entry sebab saya memang nak sangat pergi sini! rasa cam nak trylah berpuasa + hari raya kat yunnan. bazar ramadan dia jual makanan sedap2!
Memang rare sgt kira zakat fitrah pakai sempoa tu hihii.. but really interesting la ☺️ððŧ
DeleteMuslim food di Yunnan memang sedap sedap.. and dpt jumpa muslim restaurant mcm satu nikmat besar hihihi.. insyallah nanti kita share the whole story ya ☺️ððŧ
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
ReplyDeleteMeriahnya pengalaman beraya di tempat orang walaupun berbeza cara..
Alhamdulillah dah tertulis rezeki untuk terima juga bungkusan tu walaupun dari tangan berbeza..
Dapat rasa meriah suasana sambutan syawal especially part solat raya tu.. terharu bila ramai umat islam yg hadir utk bersolat raya.. makanan tu tak kesah pun tpi bila dpt syukur sgt ðĪēðŧ
DeleteSalam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Afif
ReplyDeleteAlhamdulillah sampai juga ke sana. Seronoknya baca trip dan pengalaman beraya di sana. Alhamdulillah rezeki dapat juga buah tangan satu plastic
Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir Dan Batin juga.. itulah terkejut berdebat bagai semua ada.. syukur sampai juga.. Menambah pengalaman beraya di sini.. ☺️ðĪēðŧ
DeleteSalam aidilfitri 1447, moga sentiasa diberkati.. pengalaman yang menyeronokkan dapat beraya di perantauan, memahami budaya setempat yang semestinya ada perbezaan dengan negara sendiri.. teruskan menulis pengalaman, tak sabar nak baca
ReplyDeleteSalam Aidilfitri 1447H. Alhamdulillah dpt pengalaman menyambut syawal aidilfitri di perantauan.. walau dengan beberapa perbezaan cara dan sambutan.. insyallah nanti saya tulis kisah lengkap raya di sini.. ððŧ☺️
Deletebelum pernah lagi sambut raya di luar negara
ReplyDeleteAda org boleh dan sanggup beraya di perantauan mcm saya.. sbb mencari pengalaman.. ikut pada masing2 .. ☺️
DeleteRezeki tak salah alamat. Dapat juga plastik makanan tu ya. Alhamdulilah.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga makanan tu.. boleh makan buah dan roti ☺️ðĪēðŧ
DeleteWah..beraya di perantauan yer...Seronoknya dapat meneroka bumi yang luas ni ...Menarik,mereka siap guna " sempua" ke tu..?Maksudnya kiraan kadar zakat fitrah tak sama yer?
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi kesempatan merasai raya di perantauan sekali lagi.. itulah guna sempua kira zakat fitrah tu yg menarik, terasa kelainan di situ.. mesti lah tak sama sebab berlainan tempat.. ððŧð
Deleteeid mubarak utk afif sefamili. unik sungguh pengalaman beraya di negara org...kagum jugaklah sbb afif tak beraya dgn family di msia...ur parents/PIL dah tak de ker or memang diaorg jenis tak kisah u tak beraya bersama2..kalau my mom, takkan bagi la if i nak travel beraya masa eid gini hehheheheh
ReplyDeleteSekali sekala merasa pengalaman beraya di perantauan mmg seronok.. terasa sayu jauh dari kluarga dan kampung halaman.. my in laws ada lagi. My mother pun ada lagi.. nak kata tak kesah tu tak juga..kesah juga.. hahaha..
DeleteSelamat Hari Raya Afif! Kita baru nak bw hari ni ðĪ
ReplyDeleteSeronoknya merasa pengalaman sambut Aidilfitri di tempat orang. Dapat main salji tu paling best!
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
DeleteMohon Maaf Zahir dan Batin ☺️..
Alhamdulillah dpat peluang sekali lagi beraya di tempat orang.. main salji tu very unexpected sangat.. ☺️ððŧ
Selamat hari Raya =D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri juga . ☺️ððŧ
Deletewahh ...beraya diperantauan tahun ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi kesempatan tahun ini utk beraya di perantauan.. syukur ☺️ððŧ
Deletebestnyaaa raya kat china! ðĪĐ
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt pengalaman berbeza.. nanti akan share full kisah di blog ini.. ððŧ
Delete