Thursday, 5 March 2026

Salam 15 Ramadhan - Jom Berbuka Di Masjid Mustaqim Ampang

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah masih diizinkan Allah Taala merasai hari ke 15 Ramadhan pada bulan yang mulia ini. Apa pun syukur semuanya baik-baik sahaja sepanjang Ramadhan kali ini.

Berbuka dalam kereta dah.. Terlepas bangun sahur pun dah.. Elok jer bangun tidur terdengar azan subuh bergema dari speaker masjid. Senyum tanpa kata dibuatnya.. Sebab tu dulu arwah kata moreh itu penting sebab bila terlepas sahur kita ada makan sikit di malam hari nya.

Pukul 6.45 petang kawasan berbuka puasa masih lagi kosong.
Menu isi ikan siakap goreng tepung 3 rasa.
Ayam Goreng Berempah.
Jelatah
Ni apa ntah nama. Lupa dah ๐Ÿ˜…
Masak Lemak Labu + Pucuk Ubi.
Tembikai Potong.

Hari ini tinggal aku dengan athira dan atiya sahaja di rumah. Maka kitorang decide berbuka di masjid sahaja sebab malas nak sepahkan rumah. Nanti penat memasak, penat nak mengemas dan penat nak membasuh. 

Currently tersangatlah sibuk dengan urusan harian especially kerja yang tak pernah nak bagi peluang untuk berehat walau di bulan Ramadhan. Memang tak sempat nak jenguk blog, nak update atau nak blog walking lagi la tak ada masa.

Pukul 7.15 petang - Orang ramai mula memenuhi ruang dengan makanan di pinggan.
Kepenatan balik dari sekolah tadi. Tertidur menunggu azan maghrib.

Dan kali ini aku apply cuti panjang sebab nak beraya sakan ke arah utara. Lagi la kerja bertimbun-timbun jadinya. Tak apa lah, kita layankan aja permintaan semua pihak dari HR sampai la ke kerani. Ok done sesi meluah perasaan. 

Dah nak berbuka ni. Selamat Berbuka Puasa untuk semua. ☺️๐Ÿ‘๐Ÿป

12 comments:

  1. Selamat bercuti panjang...
    Eh yang tak tahu nama apa tu, kuih kasturi ke?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wah hebatnya ukuhwa ..ramai datang berbuka, juadah berbuka pun hummm!! jika aku lah terpaling happy makan gini sajian ustaz...tapi maka sikit ja.kantung perut kecik ja...happy berbuka lah ya

    ReplyDelete
  5. Meriah menu depa ๐Ÿ‘๐Ÿป
    Welcome to utara :D

    ReplyDelete
  6. Dah mula cuti raya ke ni? waaaa awal betul ya.. Itu kuih kasturi kan. Bukan begedil kan hehehe. Mudah berbuka kat masjid, berbuka pastu solat boleh balik rehat atau terus sambung teraweh.

    ReplyDelete
  7. salam 16 ramadan utk afif.. part keje berlambak tu..lumrah dahhh...selagi kita bekerja kannnn

    ReplyDelete
  8. menu2 dia dah mcm makan kat kenduri... terbaikkk

    ReplyDelete
  9. letih betul tu smpi terlena sekejap....

    ReplyDelete
  10. ciannya letih sgt puasa tu tambah2 cuaca panas skrg hehe.. xpe layankan je cuti pnjang & kerja mmg x pnh habis kan ehehe

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. meriah tu berbuka puasa di masjid...tk pernh lg ada pengalamn berbuka di masjid...yg tktau nama tu kuih kasturi

    ReplyDelete