Thursday, 14 May 2026

Nak Berehat Dan Menenangkan Minda

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Kalau cerita bab penat ni memang sampai kesudah tak akan habis. 

Setiap orang pasti penat walau berbeza jalan cerita di saat mahu pun setiap hari.

Penat minda dan penatnya hati pun berbeza. Itu belum lagi penat tubuh badan. Betulah kata Blogger Kak Sue Ann.. Masuk 40 series ni lain macam rasa badan. Rasa macam buldozer lalu atas badan hahahaa.. 🤣

Rasa nak rehat lama sikit termasuk nak rehat dari blog juga huhuu.. 

Antara makanan RTE yang wajib aku bawa kalau travel ke luar negara.

Produk Mama Vege ini adalah Plant Base Food senang cerita artificial meat yang diperbuat dari kacang soya. Setakat ini aku hanya jumpa di store 7Eleven sahaja dan berharga sepekat RM1.70.

Biasa makan dengan mee segera atau roti. Dia punya rasa bagi aku not bad dan tak ada la rasa atau bau pelik.

Disebabkan harga yang murah dan jarang ada di rak. Kalau aku nampak mesti borong semua macam dalam gambar di atas 😅. Mula-mula ingat ada satu flavour sahaja iaitu Spicy Mala. This year baru jumpa flavour BBQ.

Mee Kari di Hentian Sebelah Serdang Arah Utara.

Balik dari HPUPM baru ini singgah sebentar di Hentian Serdang sebab nak solat. Tapi bila dah berhenti tu terasa pulak nak minum segelas kopi panas dan kemudian ternampak orang depan makan mee kari. Kita pun hurmm macam sedap maka ter-order lah semangkuk 😅. By the way memang sedap dan berbaloi termakan hihii..

Malam kelmarin makan mamak sebab si ayah penat dan tak sempat nak masak. Si ibu outstation 3-4 hari maka ke mamak Fatimah Gaus la.. Jangan tanya apa the kids nak makan, lambat jadinya. Kita orderkan terus Roti Nan Cheese, Tandoori dan Tosei Garing untuk dimakan kami berempat.

42 comments:

  1. Fatimah Gaus tu dah macam korang punya dapur kan? Heheheh.
    (Sori lom sempat ke sana lagi... Sebab lately ni pagi selalu je ada benda urgent...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu memang dah jadi dapur kitorang.. asal lapar dan nak cepat situ jer lah dituju nya hahaha.. Nanti dah free roger.. boleh jumpa di taman midah juga :D

      Delete
  2. Gombak hujan ni, sedap juga kalau layan tosei :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekena teh tarik kurang manis dengan tosei sekali skala time hujan mmg layan :D

      Delete
  3. bab penat tu mmg kdg2 kita rasa nk rehat lama...xpe amik masa...sedap tgk mee kari tu.. entry smlm kt blog kita ada tosei juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. there is a things playing around us... some is important and some is not..
      Oh ye ke ada tosei juga nanti kita terjah.. sidebar ni lambat update pulak update dari rakan rakan blog..

      Delete
    2. dashboard reading blog tgh problem...tkde keluar latest entry lately so mmg kena klik link blog utk tgk latest update entry

      Delete
    3. This week macam ada problem sikit kan dengan blogspot.com ni.. tak apa la nama pun platform free hehehe.. nanti okla tu :D

      Delete
    4. bkn this week...mmg byk bulan terjadi dh

      Delete
    5. Oh ye ke... Tak perasan pula sbb sebelum ni mcm pun agak bz tak dpt nak focus pada blog sgt huhuu..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sedapnya Roti Nan Cheese. susah nak jumpa yang cheese melimpah ruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh dtg mamak sini.. Cheese dia mmg tak kedekut mmg kalah mamak lain.. sini tarik cheese dah sama mcm pizza hut huhuu

      Delete
  6. Tengok gambar pun dah boleh agak, mesti sedap tu mee kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la lagi pun tepi rnr jer kan.. unexpected rasa dia sedap dan kuah dia pekat and rich.. mmg thumb up la :D

      Delete
  7. OK..Nnt bleh try gi cari ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cari dan try makan lepas tu bagi review macam mana hihii :D

      Delete
  8. wah...boleh diharap ayah ni... tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak anak ramai kene lah multitasking dan boleh diharap huhuu.. :D

      Delete
  9. RTE 7E tu nanti boleh dicuba kalau pergi travel nanti..

    Mee Kari adalah salah satu makanan fevret saya tp susah nak cari yang menepati citarasa saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang nak jumpa pack RTE tu.. Kalau bawa pergi travel itulah yang paling laku dalam family kitorng huhu.. Boleh try mee kari di rnr ni.. alhamdulillah sedap dan kuah pekat huhu..

      Delete
    2. kalau ada plan nak pi travel mane2 bole la survey kat 7e utk RTE tu. selalu bawa yang brahim tu, tapi mcm tak kene dengan tekak pula

      Delete
    3. Expired date lambat dalam setahun lebih so kalau nampak mmg beli boleh simpan dan kat rumah ni pun kdg2 kids curi curi makan juga huhuu..

      kalau nasi atau lauk saya selalu pilih Chef Zam dan Jasmanie. Sedap dan nampak berkualiti compare yang lain nasi lembik, tak sedap dan sebagainya.

      Delete
  10. Kalau penat, berehatlah. Pekat tengok kuah mee kari tu. Sedap tengok tosei garing. Kalau malas masak, memang mamak la solusi paling senang. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas masak dan kalau waktu bajet tenga sakit huhuu.. Memang restoran mamak menjadi santapan utama .. Yes mee kari tu mmg sedap sebab kuah dia pekat..

      Delete
  11. Tosei garing itu mirip roti tisu ya ? Saya sukaaaa sangat roti tisu tiap ke mamak , 😄. Walaupun hrs datang minimal ber3 kalau nak pesan. Takut tak habis.

    Saya tak pernah bawa makanan RTE begini saat traveling. Tp menarik, mungkin nanti saat ke Harbin saya nak bawa juga.

    Kalau di sini vegan meat kebanyakan terbuat dari Mushroom. Betul2 mirip daging asli. Saya pernah tertipu juga, saya pikir itu daging asli saat makan di restoran vegan di jakarta 🤣. Tapi sayangnya tak ada yg dibuat RTE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau roti tisu ada gula di dalam nya.. dan akan di makan sama susu manis gitu... Tosei ini di makan sama kari atau catni atau kuah dhal.. kalau ke Malaysia lagi harus cuba.. mungkin suka mungkin juga tidak hihii.. kalau tosei ini cukup makan seorang.. ☺️😅

      Delete
    2. Kalau bawa RTE Vegan pergi travel lebih mudah sebab bukan berunsur daging.. dan ada beberapa negara yg tidak membenarkan ia masuk.. tapi kalau vegan lulus cemerlang di immigration.. 😅☺️👌🏻

      Delete
  12. Produk Mama Vege ni nak try lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila try if kena dgn tekak boleh la bawa pergi jenjalan.. sbb ada org tak leh terima vegan food ni hihii..

      Delete
  13. Replies
    1. Yes sedap.. nanti boleh try kalau singgah rnr serdang tu.. ☺️👌🏻

      Delete
  14. Terliur tengok mee kari pekat dekat Hentian Serdang tu, memang rezeki betul ter-order benda sedap! Bab makan dekat Mamak Fatimah Gaus tu pun memang pilihan paling bijak dan pantas bila masing-masing dah penat, order Nan Cheese dengan Tosei Garing confirm setel masalah anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee kari tu untung makan sebab kuah pekat dan sedap... boleh la nak buat makan makan petang kan masa berhenti rnr hihii... kdg tanya juga the kids nk mkn apa bila ke mamak.. tapi kdg2 dah lewat tu kita order kan jer.. pepandai lah mereka makan :D

      Delete
  15. makanan RTE tu saya tak pernah nampak lagi kat 7E. murahnya harga dia. boleh cari ni nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau ada pun kita tak perasan sangat huhuu.. Cubalah cari kat rak 7E tu.. Try dulu sedap atau tidak dan barulah bawa pergi jalan.. kalau tidak membazir jer hihi

      Delete
  16. Okay eh produk mama vege tu.. Sha ada nampak juga.. Bolehlah nanti beli dan cuba..
    Memang nampak sedap mi kari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la try beli dan makan dengan mee segera.. especially mee segera dalam cup tu... tgh2 jem makan dalam kereta waktu hujan ... layaannnnn :D hahaaa

      Delete
  17. Sekarang mudah je kan nak travel. Dah banyak makanan ready to eat macam ni. Sambal pun, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sekarang dah banyak produk RTE untuk dibawa travel... Mmg tiada isu nak makan makanan halal ketika travel huhuu..

      Delete
  18. Dapat tosei garing camtu baru semangat nak makan. Kadang minta garing samada terlalu garing atau yang ambik order tak paham... dapat yang lembut.. memang soh buat lagi lah jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minta garing dapat yg lembut tu mmg berkicap hati hahaha.. makan di mamak kena ada selera dan keinginan nak makan apa.. kalau silap dan spoil habis la huhuu..

      Delete