Thursday, 24 September 2026

Tiba-Tiba Ke Kuala Lipis Kami Sekeluarga

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Semalam pagi tenang-tenang bersarapan di CBTL siap boleh update blog lagi 😅. Tba-tiba dalam lewat tengah hari dapat arahan dari management, kena ke Kuala Lipis untuk beberapa urusan hari ini Khamis 24/09/2026.

The kids pulak tak bersekolah agama sebab cuti PSRA. Maka kita angkut la the kids semua sekali pergi short trip satu malam ke Kuala Lipis. Boleh la food hunting sekejap cari makanan kampung huhuu.. 🤤

Insyallah selesai kerja lepas zohor nanti, boleh la pulang semula ke KL. By the way harap-harap habis awal la semua kerja hari ini. Dan balik petang nanti tak hujan lebat macam datang ke Lipis semalam.

Sampai semalam terus singgah Masjid Lama Negeri 1888 untuk solat asar.
Datang Lipis memang akan singgah solat di masjid yang bersejarah ini.
Sebelum sampai Masjid 1888 petang semalam, ternampak pakcik ni jual Ikan Lampan Sungai besar-besar yang dipukat - RM20.00 untuk 4 ekor.
Weekdays tak banyak kedai makan yang dibuka lewat selepas maghrib.
Sampai semalam terus singgah Masjid Negeri Lama 1888 solat qasar Asar. Dan makan di satu warung tak jauh dari masjid berhadapan station bas lama. Makan okay semuanya tapi akak kat kaunter macam cengey tak kena tempat hahahaa..

Makan malam - Tomyam Campur, Ayam Goreng Kunyit, Daging Masak Merah, Kangkung Goreng Biasa dan Telur Dada. Ais Kosong dua dan Sirap Ais dua. Macam biasa jangan bagi the kids order air sendiri nanti ada jer yang tak puas hati 😆.

Cukai dari the kids Roti Sosej, Donut, Dorayaki dan Bun Kaya.
Lepas makan malam terus menuju ke hotel dan sempat singgah ke Bakery's Cottage beli roti, donut dengan pastry lain untuk bekal anak-anak malam nanti. Sebab malam malas nak keluar dah. Kita dah penat nak bawa kereta, diorang tidur jer sepanjang perjalanan memang lewat la nak tidur.

Solat Subuh di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis.
Masjid kalau dalam area kampung pedalaman mesti ada vibe tersendiri.
Hotel kami terletak berhadapan bulatan utama Kuala Lipis. 
Berkesempatan solat subuh di Masjid Sultan Mahmud pagi ini dengan hampir 100 orang jemaah yang hadir. Dari kanak-kanak kecil sehinggalah ke orang tua. Seronok solat dengan vibe kampung di sini. So far kalau datang ke Kuala Lipis memang akan solat di dua masjid ini sahaja. 

Kalau dah ke Kuala Lipis ni tak ada la aku nak siapkan Hong Kong & Macau Part 8. Minggu depan la nampak gaya boleh disiapkan huhu. Apa pun happy weekdays ya korang 😆😅.

24 comments:

  1. 1 day trip seronok la anak² dpt cuti² walau sekejap.. kita xpernah lagi sampai area lipis ni.. klu ada rezeki nak juga jejak kg dato ct haha

    Pape pun semoga dimudahkan urusan kat sana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Short escape ke kuala lipis.. okla boleh lari sekejap dari jerebu yg teruk di KL.. Nak tenang2 boleh ke Lipis.. makan pun sedap.. 🤤👍🏻

      Delete
  2. Besar2 juga ikannya..
    tak berkenan betul kalau yg meniaga ni buat muka atau cengey dengan customer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah besar ikan lampam tu.. 4 ekor RM20 jer.. kalau ada tempat nak masak mmg dah beli dah.. ntah la tak tau nape nak cengey pd customer..

      Delete
  3. Seronok kids dpt join ayah outstation =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah mereka especially dapat tidur hotel huhuu..

      Delete
  4. awal pagi hampir 100 jemaah...Alhamdulillah seronoknya rasa hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jemaah hadir.. hampir penuh dua saf yang panjang tu.. kita dtg pun seronok.. 👌🏻

      Delete
  5. Kebetulan juga anak-anak cuti, dapatlah angkut sekali kan. Dapat juga dorang jalan-jalan.
    Hmm...tak best betul kalau kedai makan ada yang cengey. Memang tak kena tempatlah.
    Tindakan yang bijak beli bekal makanan. Kalau dah check in malas dah nak keluar makan sebab dah makan berat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak cuti sekolah agama sahaja bukan kebangsaan tap kita pukul rata jer lah hahahaa.. Nak bawa jenjalan adhoc kena begitulah caranya.. Hadap customer pun nak chengey kan.. tak faham betul huhuu.. Yes biasa yg lapar ni ank je waktu malam..

      Delete
  6. lipis ni is always close to my heart sbb ex abg ipar punya kampung...dh lama jugak divorce (kakak i diceraikan sbb ada org ke3)...zmn aman damai...i selalu ikut kakak dan abg ipar balik lipis...so kenal lah family abg ipar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh sakit nya bila baca soal orang ketiga ini.. itulah zaman aman damai mesti lah banyak yg ceria pd pengalaman tu.. moga nanti boleh jalan-jalan lagi di Kuala Lipis bersama family..

      Delete
  7. Seronok la anak2 ikut ayah dieorg pergi outstation 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut ayah ibu pergi outstation hihii.. mau tak seronok sbb boleh ponteng sekolah kebangsaan hahaa..

      Delete
  8. Seronok la the kids jalan-jalan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok la tapi bergaduh itu tetap ada hahaha..
      Demi mencipta kenangan untuk masa hadapan kan.. :D

      Delete
  9. Seronok suasana Subuh bila masjid meriah dengan jemaah pelbagai usia 😊 Vibe kampung Kuala Lipis tu mesti menenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sebenarnya solat di kawasan kampung dan pedalaman sebab ada vibe yang tersendiri.. lagi2 kalau jumpa surau atau masjid yang bertiang dan berlantai kayu.. :D

      Delete
  10. Kuala Lipis ini antara tempat yang molek bagi mereka yang suka slow life sebab vibes kampungnya yang tenang dan sempoi. Alhamdulillah meriah jemaah Subuh di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesuai sangat buat mereka yang nak escape dari kesibukan dan pencemaran bandar kan... tenang tenang sahaja di sini..

      Delete
  11. Lamanya usia masjid tu. Masjid lagi satu pun cantik, suka tengok kubah kecik² tu. Akk belum pernah explore Lipis, sekadar lalu nak ke KB je.

    Biasa tu kena cukai dgn anak² hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid 1888 adalah bangunan pertama yang didirikan di Kuala Lipis sebelum yang lain dibangunkan.. Boleh la kalau nak explore Kuala Lipis at least once in the life :D

      Delete
  12. Alang-alang dah mereka cuti bawak semua la ye senang cerita kan... tak pernah sampai kuala lipis lagi. Entah bila la agaknya dapat ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah agama yg cuti, sekolah kebangsaan tak.. tapi nak cipta memory bersama kan.. kita langgar la sikt kdg2 tu hahahaa.. if plan selalunya tak jadi yg adhoc tu selalu jadi hihii :D

      Delete