Tuesday, 13 October 2026

Short Trip Bersama The Kids Ke Bandar Kuala Lipis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah safely arrived at home last night..

Kenangan perjalanan keluarga kecil kami selama 3 hari dua malam. Hari Sabtu bertolak ke Kuala Lipis dari Kuala Lumpur dan kali ini kami berpeluang menginap di Hotel Bestari Prima yang bertaraf 2 bintang - Harga 1 malam RM136.00 untuk family room. Bilik tak besar mana tapi cukup buat kami sekeluarga. Last minute booking itu jer yang available pun πŸ˜….

Hotel Bestari Prima bersebelahan Restoran Mamak Alief Maju.
Family room ada satu katil queen dan satu katil single. Dan macam biasa kasi cantum katil maka boleh la tidur kami anak beranak bersama. Si kakak dua orang tu tunggu besar sikit baru lah boleh bagi mereka bilik sendiri.

Terdapat dua Hotel Bestari di Bandar Baru Kuala Lipis. Aku lebih prefer untuk stay di Hotel Bestari Prima walau keduanya di bawah satu pengurusan. Sebab ada lift dan ia lebih baru dari Hotel Bestari. Dan ada lebih banyak access ke beberapa buah kedai convenience seperti ECO, Ai-Cha, Marrybrown, Restoran Mamak, 7Eleven, Bank Rakyat dan Caltex.

Kedai Roti Canai D'Pasar dalam kawasan Pasar Bunga Cengkih.
Pagi Ahad kami bersarapan di Kedai Roti Canai D'Pasar yang terletak dalam Pasar Bunga Cengkih. Staff di Kuala Lipis inform if nak rasa roti canai kampung situlah tempatnya. Okay sedap juga la dan boleh la kalau nak consider datang for second time, cuma  nak tunggu dapat roti canai tu macam lambat sikit πŸ˜….

Semua roti dilipat tiga kecuali roti bomm dengan roti canai biasa.
Teh O Ais, Sirap Ais, Teh Tarik Kurang Manis dan Milo Ais.
Sempat masuk ke dalam pasar sekejap sebab nak melihat jika ada yang rare buat orang bandar macam kami πŸ˜….
Sebab last time datang sini dapat tengok Ikan Kenerek, Ikan Kelah dan Ikan Patin Buah di atas meja peniaga.

Ikan Keli sangkar sungai pahang RM15.00 sekilo.
Lupa dah Ikan Kerai ke atau Ikan Tenggalan - Harga seekor mencecah RM100.00 .
Ikan Parang Sungai Pahang kata si peniaga.
Baru tahu di sungai pun ada ikan parang, ada yang pernah makan?
Jom borong Jagung Manis 7 batang RM10.00
Lepas makan sempat kami ke Taman Awam Kuala Lipis nak bawa the kids bermain. Nampak banyak penambahbaikan dari kehadiran kami beberapa bulan yang lepas. Ada sebuah warung makan yang dibuka dalam kawwasan taman awam ini dan lebih banyak tempat permainan untuk kanak-kanak bermain telah dibina.

Semakin banyak fasiliti yang telah dibina di sini.
Selesai kerja di Kuala Lipis dalam pukul satu petang, terus kami bergerak pulang tapi sebab masing-masing kelaparan kami decide untuk berhenti makan terlebih dahulu. Dan tak sengaja terlihat satu cafe yang mempunyai dua kedai di dalam nya. D'Apple Fried Chicken dan Coffeur. Dibuka setiap hari dari 11.00 pagi sehingga 10 malam.

Beralamat di No. 2, Ground Floor, Pusat Perniagaan Makmur, Jalan Lipis–Raub, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Bahagian depan jual coffee dan pastry dan di bahagian belakang menjual burger, tenders, fried chicken, spaghetti, butter rice, chicken chop, bubur dan banyak lagi.

Hazelnut Latte, Matcha Strawberry dan Strawberry Milk Shake.
Baru sahaja keluar dari Kuala Lipis dapat info dari whatsapp group kelas anak-anak. Cikgu memaklumkan Isnin 12/10/2026 sekolah kebangsaan dan sekolah agama masih ditutup sebab jerebu yang masih mengganas. Maka kami pun decide singgah ke rumah saudara wife di Ulu Cheka, Jerantut terlebih dahulu.

8 comments:

  1. Replies
    1. Okla sedap juga.. Ayam dia mmg ada rasa rempah dan rangup..tak ada la macam yang lain rasa mcm ayam goreng pasal malam huhuu.. :P

      Delete
  2. Lain cara presentation roti canai tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin itu trade mark mereka πŸ˜….. alhamdulillah sedap.. πŸ‘πŸ»

      Delete
  3. Mahal betul harga ikan kerai tu.. seekor smp cecah RM100. Ni makan sampai ke tulang2 gamaknya πŸ˜… DAFC tu first time tengok. Ke sbb takde cawangan kat luar Kuala Lipis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab harag sekilo RM120.00 ikan tu sekilo lebih seekor.. Kira kaya kaya jugak la org Kuala Lipis ni huhuu.. DAFC tu ada few cawangan and mostly di pantai timur banyak branch DAFC..

      Delete
  4. Mesti susah dapat ikan kerai tu kan, sbb tu mahal harganya. Mesti sedap ikan sungai fresh gini...

    Selalu juga dengar Ulu Cheka ni, tapi tak pernah sampai.. kawasan Felda kan (kalau tak silap Akk).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la sebab ikan sungai ni tak berapa pandai.. dan banyak mancing laut sahaja.. Ikan2 sg pahang bnyak yg harga hampir RM100 sekilo.. Ikan Kelah tu 400-500 sekilo huhuu..

      Ulu Cheka bukan kawasan Felda.. kawasan perkampungan lama..

      Delete