Friday, 9 October 2026

Tanam Pokok Jagung Dalam Pasu Dari Balkoni

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tak tahu nak update apa sebab terlalu sibuk dari pagi sampai ke malam sepanjang minggu ini.

Minggu ni pula setiap malam ada mesyuarat. Mesyuarat Masjid.. Mesyuarat NGO.. Mesyuarat PIBG sekolah anak..

Masjid pula ada acara larian sabtu ini - Mustaqim Unity Run 2026 (5KM). Punyalah bincang itu ini selepas ditunda dari bulan lepas tapi last minute terpaksa dibatalkan juga sebab jerebu yang makin teruk sekarang ini.

Sabtu esok ada pula mesyuarat khas Anggatan Perbelanjaan Tahunan (APT) untuk tahun 2027 sekolah agama anak. 

Pokok Jagung Purple.
Pokok Jagung Manis (Kuning).
Okay dah.. Habis intro.. 

Nak cerita pasal pokok jagung yang aku tanam pada bulan 7 selepas balik dari cameroon highlands. Dari berbelas biji benih yang aku semai dapat 10 anak pokok. Dan dari 10 tu hanya dua yang berjaya tumbuh besar sehingga ke hari ini. 

Dan keduanya dah pun mengeluarkan hasil. Pokok Jagung Purple keluarkan satu batang jagung dan Pokok Jagung Manis (Kuning) keluarkan dua batang jagung. At this moment mungkin tunggu lagi 2-3 minggu sebelum hasil boleh dipetik.

Adakan saya excited? Ofcoz la ☺️😅😎..
Dah la cabut biji dari batang jagung yang dibeli dari CH dan tanam dalam pasu jer. Actually aku tak ada ilmu sangat pasal tanam jagung. Ada tunggul batang jagung but not sure akan ada isi ke tidak and so on. Tengak jer lah nanti yer 😅

9 comments:

  1. Bab tanam jagung ni Dania ada la pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Wah..Hebatlah bleh tanam pokok jagung dkt balkoni je.Ini yg buat sy nk try tanam pokok serai & pokok daun kari dkt balkoni jgk ni =D

    ReplyDelete
  3. OK nanti update macamana tuaian pokok jagung tu ye Afif. Dalam sibuk2 tu sempat lagi bertanam jagung 🤭

    ReplyDelete
  4. Wahh…berjaya tumbuh besar gini pun dah kira satu kejayaan besar tau 👏🏽
    Lawa rambut jagung purple tu 😀

    ReplyDelete
  5. Wah tanam jagung dalam Pasu, boleh try juga nanti ni

    ReplyDelete
  6. Wah bagusnya yg tumbuh pun serba satu jenis, boleh rasa dua-dua alhamdulillah.

    Kalau dah besar gini, In Sha Allah tak lama lagi dapatlah rasa jagung tanam sendiri.

    ReplyDelete
  7. Wah, daripada biji jagung yang dibeli di Cameron Highlands, akhirnya dua pokok berjaya berbuah! 🌽 Lagi seronok sebab tanam dalam pasu saja. Harap jagung ungu dan kuning tu berisi penuh bila tiba masa menuai nanti!

    ReplyDelete
  8. sy mengharapkan rasa jagung tu manis lemak berkrim ;-)

    ReplyDelete
  9. lps ni boleh try sayur lain pula esp sayur yang cepat mengeluarkan hasil...

    ReplyDelete