Friday, 4 November 2016

Jom Baca Tips Ke Morocco Mr Time Traveller Di Harian Metro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah first at all bersyukur sangat bila tulisan aku diterima oleh Harian Metro pada keluaran Khamis 03/11/2016 - Permulaan yang baik aku rasa setelah sekian lama mendiamkan diri hehehee.. Apa pun jom baca tips ke Morocco yang disiarkan oleh Harian Metro ini.. if korang nak baca la.. tak paksa pun hihii :P

Keratan dari Harian Metro
Khamis - 03/11/2016
Anda mahu ke Maghribi? 
Jika bijak merancang, bajet sepanjang berada di negara itu lebih murah.

Morocco atau Maghribi bukanlah nama asing dalam dunia pelancongan kerana negara itu dikunjungi setiap masa sepanjang tahun.

Terdapat banyak lokasi prasejarah di Maghribi yang diiktiraf sebagai kawasan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNESCO) kerana keunikan seni bina dari permulaan Tamadun Rom yang bermula dari tahun 24 Sebelum Masihi hinggalah ke permulaan tamadun Islam Dinasti Al-Idrisiah pada tahun 800 Masihi.

Landskap Maghribi yang cukup indah dipandang selain keunikan budaya masyarakatnya terutama di Marrakech, Fes dan Meknes.

Keistimewaan makanannya juga menjadi antara penyebab mengapa Maghribi perlu diletakkan dalam senarai menjadi negara yang wajar dilawati.

Ramai yang beranggapan mengembara ke Maghribi sukar dan mahal kerana dari sudut geografi, ia terletak ribuan batu dari Malaysia, apatah lagi kos penerbangan pergi balik sekitar RM2,000 hingga RM3,500 seorang.

Bagaimanapun, jika bijak membuat perancangan, anda mampu menjadikan bajet sepanjang berada di Maghribi lebih murah.

Me with family at Hassan II Mosque The Biggest Mosque in Morocco.
Berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muhamad Afif Muhamad Salleh, dia hanya menggunakan kos tidak sampai RM1,000 selama sembilan hari di Maghribi untuk penginapan, perjalanan, makan minum dan tiket masuk ke tempat menarik tidak termasuk tiket penerbangan.

Berikut beberapa tip diberikan beliau yang pernah mengembara ke 36 negara di seluruh dunia, terutama di Afrika yang merancang menjelajah ke Maghribi yang boleh dibaca di timetravelafif.blogspot.com.

Pemandangan Kota Qadim dari atas bukit "Tombe dei Merenidi" Fes.
Madrassa Ben Yusof @ Marrakech

#Berkunjung Pada Masa Bukan Musim Puncak (Off Peak Season) 

Waktu paling sejuk di Maghribi dari Disember hingga Mac manakala waktu popular pelancong dari permulaan Oktober hingga November dan awal April kerana suhu ketika itu tidak melebihi 30 darjah Celsius pada waktu siang dan dan boleh mencecah 14 darjah Celsius pada malam.

Jika tidak kisah dengan cuaca panas, anda boleh mengembara pada Mei hingga Jun kerana tidak ramai yang ingin bercuti pada waktu itu. Musim luruh pada Julai, Ogos dan September adalah waktu kemuncak pelancong di Maghribi. Jadi, jika anda datang pada waktu ini buat tempahan penginapan seawal mungkin bagi mengelak ketiadaan penginapan.

#Kembara Berkumpulan Dua Hingga Empat Orang 

Di kawasan luar bandar tiada kemudahan kereta api atau bas menyebabkan teksi menjadi menjadi pengangkutan awam utama bagi pelancong.

Hanya teksi di bandar utama seperti Casablanca dan Rabat menggunakan meter. Di bandar lain, tambang teksi hanya mengikut anggaran. Jadi, tawar dulu tambang sebelum menaiki teksi mereka.

Bayaran teksi berdasarkan satu perjalanan, bukannya kiraan mengikut penumpang. Teksi di Maghribi tidak membawa penumpang lebih daripada empat orang dan ada sesetengahnya hanya mengambil tidak lebih tiga penumpang.

# Elak Makan Dan Minum Di Tempat Mahal 

Elak makan di restoran besar dan mahal termasuk restoran makanan segera. Cari kedai kecil untuk membeli makanan seperti kebab, sandwic dan kentang goreng.
Kedai makanan sedap yang murah biasanya berada di lorong Madina Qadim atau Kota Lama di setiap bandar. Walau di mana anda berjalan, ada kedai di kiri dan kanan. Cubalah makanan tradisional mereka seperti ‘tajin’ ayam atau daging terutama apabila berada di Marrakech.

NOTA: Jika tidak boleh meninggalkan nasi dalam diet anda, siap sedialah kerana tiada nasi di Maghribi. Makanan utama di sana ialah roti semata-mata. Sebenarnya nasi cuma ‘sayur’ dalam menu makanan mereka jika anda terjumpanya dalam sayuran anda. Jika mahukan juga, mintalah nasi putih yang berharga RM5 hingga RM8 sepinggan!

Archaeological Site of Volubilis - City of Roman @Near by Meknes City

# Bawa Makanan Dari Malaysia 

Sekiranya anda tidak boleh menerima makanan di negara orang, bawalah sedikit makanan segera seperti mi segera, sambal ikan bilis kering, peket makanan atau sardin. Ini bagi mengelak anda terpaksa membeli makanan mengikut selera anda dengan harga mahal.

NOTA: Makanan di Maghribi hampir semuanya halal termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald’s dan Pizza Hut. Banyakkan minum air bagi mengelak badan anda dehidrasi kerana cuaca kering dan panas serta berdebu.

# Tempah Penginapan Awal 

Maghribi seperti negara lain menawarkan hotel murah serta hostel bagi mereka yang inginkan penginapan seperti itu. Dorm atau asrama rata-rata mengenakan caj di bawah 10 Euro seorang.

Jika datang berkumpulan tiga atau empat orang, lebih baik anda mengambil bilik peribadi berharga sekitar 20 hingga 30 Euro.

Harga bilik lebih mahal jika membuat tempahan pada tarikh hampir dengan ketibaan anda.

NOTA: Cukai penginapan 2 hingga 3 Euro dikenakan kepada setiap pelanggan setiap kali mendaftar masuk. Biasanya harga di dalam laman web tidak termasuk cukai penginapan.

Another historical structure at Tombe dei Merenidi - Fes @ Morocco
At Fes Train Station - First trip with my beloved baby Atiyya :D

# Membeli Barangan Kraftangan Maghribi 

Kraftangan Maghribi terkenal di seluruh dunia terutama piring hidangan berwarna-warni yang memiliki corak berukir dan periuk tajin yang dibuat daripada tanah liat.

Elak membeli di bandar besar kerana harganya berganda dari kawasan luar bandar. Meknes dan Fes adalah tempat yang murah untuk membeli barangan kraftangan Maghribi.

NOTA : Lapangan terbang di Casablanca tidak membenarkan anda membawa kraftangan diperbuat daripada tanah liat ini di dalam ‘hand luggage’. Oleh itu, sediakan beg atau kotak sesuai untuk membawanya pulang.

# Rancang Perjalanan 

Perancangan awal mengenai destinasi mahu dituju atau aktiviti ingin dilakukan sangat disarankan bagi mengelak anda terkejar-kejar sehingga membazirkan masa dan wang.

Jika tiada masalah tidur di dalam kereta api atau bas, ambillah perjalanan pada waktu malam kerana dapat menjimatkan kos penginapan.

NOTA: Pemegang Pasport Malaysia perlu memohon visa berharga RM90 sekali masuk atau RM130 dua kali masuk. Visa siap dalam tempoh tujuh hari pada ‘off season’ dan 14 hari jika ‘pick season’.

Tuesday, 16 August 2016

Myanmar Part 3 : Journey To Country Side - Inle Lake Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan dari Myanmar Part 2 : Bandar Yangon Menyambut Kehadiran Kami

Alhamdulillah at last dapat jugak update Myanmar Part 3 ni.. Banyak keadaan tak mengizinkan untuk berada depan laptop. Baby tak sihat kemudian mak baby pulak masuk hospital but alhamdulillah both of them dah makin sihat.

Inle Lake Town terletak lebih 600km dari Bandar Yangon dan ada tiga cara untuk ke Inle Lake dari Yangon. Cara pertama yang paling mahal dan cepat ialah dengan menaiki penerbangan. Kedua dengan menaiki kereta api dan cara terakhir yang juga paling murah ialah dengan menaiki bas.

Inle Lake - The Beautiful Countryside of Myanmar.
Banyak review yang mengatakan adalah lebih baik menaiki train kerana bas agak berisiko tinggi sebab melalui kawasan gunung dan lembah gaung. Sometime once travel kita tak boleh menjangkakan apa akan berlaku - just tawakal. Alhamdulillah kami memilih untuk menaiki bas VIP perjalanan malam. Boleh la save bajet untuk pakai accommodation :D

Harga ticket VIP Sleeper Bus 18,500.00 Kyat/RM36.00 seorang (seat 2-1) dan untuk bas biasa harga tiket 14,000.00 Kyat/RM27.00 seorang (Seat 2-2). Untuk VIP Sleeper Bus ni memang aku recommended sangat sebab beyond expectation. 

Sangatlah bersih, ada stewardess, aircond yang sangat sejuk, dapat toiletries, roti, air mineral, selimut dan bantal kepala. Tandas yang selesa dan bersih. Di waktu pagi dapat coffee atau tea lagi dan paling best kami diberikan panadol di awal waktu sebab dikuatiri penumpang akan pening kepala ketika bas melalui kawasan jalan ular kat lereng bukit.

Keadaan bas yang dilengkapi tv dan stewardess.Ada pulak budak comel 😉.
Suasana meriah dalam keselesaan bas ke Inle Lake Town.
Perjalanan mengambil masa sepanjang malam (11jam). Kami mula bertolak dari Yangon Bas Terminal pada pukul 8.00 malam dan selamat tiba di Inle Lake pada pukul 7.15 pagi kesokan harinya. Apa yang aku perasan bas ini akan berhenti rehat hampir setiap 2 atau 3 jam di perhentian mahu pun di restoran. 

Suasana tempat makan di salah satu tempat perhentian.
Perjalanan sepanjang malam tak terasa kami berada di dalam sebuah bas. Memang tidur nyenyak la kata orang hahaa.. Dan aku boleh katakan keadaan lebuhraya untuk perjalanan jauh di Myanmar sangatlah baik. Tak ada keadaan di mana bas melalui kawasan berlubang-lubang atau jalan yang tidak berturap. Dan pemanduan juga sangatlah terbaik.

Lengkap, teratur dan Bersih - Mutu utama mereka di sini.
Salah satu tempat perhentian di kedai ala kopitiam.
Kami turun masa ni layan kopi di waktu malam. Layan beb 😉.
Bas tidak berhenti di dalam Inle Lake tapi kami diturunkan di satu persimpangan menuju masuk ke dalam Inle Lake. Dan kami perlu mengambil teksi untuk ke Pekan sejauh lebih 9 km. Dan masa ini kena pandai buat tawar menawar. Kami dapat teksi dengan harga 6500.00 Kyat/RM12.60 bahagi 4 orang maka 1625.00 Kyat/RM3.15 seorang.

Kalau sanggup nak jalan kaki tak perlu la naik teksi. Dan satu tips di sini ialah make sure kawtim dengan pemandu teksi sebab anda sebagai pelancong akan dikenakan bayar cukai USD10.00 seorang untuk memasuki Pekan Inle Lake. Dengan kata lain anda boleh try bayar lebih pada orang teksi untuk elak dari bayar cukai tu. Kalau nak elak la 😅.

Bergambar dengan pemandu-pemandu teksi yang menunggu pelancong turun bas.
Perjalanan dan suasana ketika menuju ke Pekan Inle Lake..
Suatu keadaan yang memukau pemandangan aku :D
Maka beringatlah. Jangan nak tawar sangat dengan driver teksi tu sebab nanti dia tak tolong dan suruh kita bayar cukai tu. Tawar sikit lepas tu cuba kawtim sebab kalau 4 orang macam kami USD 40.00. Bukan sikit tau.. Sebab masa nak keluar tak ada pun dia check entrance tax tu. Dan ramai tourist lain yang tak bayar or even know about it.

Untuk masuk ke Inle Lake kami dikenakan bayaran tax USD10.00 seorang.
Once kami dah dapat naik teksi ni maka legalah hati. Dan perkara yang aku tak lupa nak bagitau u all ialah pemandu teksi ni tanya "Hotel mana yang kamu booking?" Kami memang tak ada buat booking memang nak walk in saja. Terus teksi driver ni akan bawa kami pergi survey beberapa buah hotel sampai la kita jumpa hotel yang sesuai.

Suasana kanak-kanak pulang dari sekolah.
Menuju masuk ke Pekan Innley Lake dan terus mencari hotel yang sesuai 😉.
Selepas selesai membayar cukai yang aku rasa tak patut untuk masuk ke Inley Lake ini. Perjalanan kami diteruskan. Suasana yang tak jauh dari sebuah perkampungan di Pekan Pontian tahun 90-an huhuu.. Udara yang bersih, aman, tenteram dan nyaman - Pontian tu kampung arwah ayah aku so aku tau la yer 😊.

Driver teksi tanya dengan kami berapa bajet untuk harga penginapan hotel kami. Sebab mudah bagi driver teksi ini untuk carikan. Kalau mampu yang mahal maka akan terus kami dibawa ke hotel-hotel 3 bintang ke atas. Kalau bajet rendah direct terus ke hotel-hotel bawah 3 bintang gitu.

Antara beberapa buah accommodation yang di suggestkan oleh driver teksi.
Okay satu lagi peringatan untuk korang yang datang ke Innley Lake ni.. Kalau nak walk in make sure bukan dalam pick season.. Sebab agak susah bagi kami untuk mendapatkan accommodation.. sebab kami berempat perlukan dua buah bilik..  Ada hotel yang full.. ada yang remain cuma satu bilik available.. Lebih 7 buah hotel dan homestay kami bertanya.. (Lagi pun bila dah travel dengan orang perempuan ni - Diorang nak Wifi tu wajib dan aircond to compulsory huhuhuuu... :P )

Dan akhirnya kami dapat jugak accommodation bajet kami.. Lady Princess Hotel
At last kami dapat jugak tempat penginapan di Lady Princess Hotel.. Dua standart room dengan kemudahan aircond dan wifi - walau tak kuat huhuu.. Dan lagi bila best dapat sekali dengan private bathroom with toiletries.. Dan harga bilik include breakfast.. Harga bilik USD 25.00 per night.. okla bila dah travel dengan ladies kan :P

Peringatan untuk korang nak cari accommodation di Pekan Innley Lake ni.. First kene make sure tempat tinggal korang tu mestilah dekat dengan jeti Innley Lake itu sendiri that is the main attraction.. Second is mestilah tak jauh dari main street yang mana di situlah tempat kalau nak shopping atau nak mudah cari makanan..

Thursday, 24 December 2015

A Magical Cristmas Hi Tea Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..


Okay rezeki aku untuk makan dan review hujung tahun ini.. Untuk kali ini dipanggil join dan review satu acara perasmian untuk festival perayaan pada tahun ini bertempat di Saffron Brasseries, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.. Dengan tema "A Magical Christmas, The Nutcraker's Tale".. 

"The magic continue at its Saffron Brasseries with a X' Mas Day Buffet Hi-Tea, Created exclusively by the hotel's team of talented chef's. The Saffron X' Mas  Buffet Hi-Tea offer  an exclusive spread of traditional Christmas delights while dining in a cozy ambiance, bringing back fond memories of dining with family and friends at home.."


Bertemakan A Magical Christmas The Cracker's Tale..
Welcome to Saffron Brasseries at AnCasa Hotel..
Antara penyambut tetemu di lobi Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur..

Satu pandangan yang amat mengkagumkan apabila anda sampai di lobi hotel ini ialah Gingerbread House yang dibina di lobi hotel oleh chef-chef dan aritsan yang sangat berbakat.. Terdapat juga Gula-Gula, Biskut Halia, dan pelbagai jenis coklat yang bertemakan perayaan ini di jual di sini.. Dan lebih 100 patung Nutcracker yang menghiasa Gingerbread House ini.. Termasuk lah 2 buah patung setinggi 6 kaki mengawal di pintu masuk..


Kata Ketua Chef Yohanis Jalaluddin - Konsep "A Magical Christmas The Nut Cracker's Tale" buffet ini diilhamkan dari menu tradisi Christmas bagi memberi peluang kepada para tetamu untuk menikmati sajian di Saffron Brasseires dalam suasana yang amat selesa serta mengimbau kembali kenangan meraikan Christmas bersama orang yang tersayang.. 


The Saffron Staff, Management Hotel Staff, The Blogger and The Chef..
Antara berpuluh-puluh jenis makanan yang di cuba huhuhuuu... :P
Aku perasmi ayam turkey ni.. Thanks Chef !!!

Bagi membolehkan pengunjung mengimbau kenangan manis itu Chef Yohanis serta team beliau menyediakan santapan Chrstmas ini dengan menu-menu terpilih bermula dengan aneka salad pembuka selera dan canapes, sup, variasi jenis makanan barat dan di akhiri dengan pemanis mulut yang amat memukaukan mata yang meilhat..

Oleh itu Restoran Saffron Brasseries ini menjemput sesiapa sahaja bagi merasai sendiri keunikan cita rasa yang dihidangkan sempena perayaan ini.. Dan beberapa sajian yang diketegorikan sebagai "MESTI CUBA" ialah.. Roasted Turkey dengan Cranberry Sauce, Giblet Sauce dan Chestnut Stuffing, Viennese Beef Goulash, Fish Schnitzel, dan Lamb Struddle..

Seperti biasa hidangan istimewa hebat mana pun tidaklah akan lengkap jika tiada penutupnya yang selalu kita dengar sebagai  keenakan pemanis mulut.. Maka di sini antara yang di sajikan seperti pelbagai jenis Chocolate Pudding.. Linzer Torte dan  Sacher Torte.. :D



Dalam banyak-banyak ni.. aku paling tertarik dengan ayam turkey tu hahahah :P
Antara menu lain dari beef hingga la ke Seafood semua ada  wiiii... :D
Antara beberapa pemanis mulut yang disediakan di sini..

Sajian Buffet Hi-Tea ini tersedia bermula jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang pada 25 Disember 2015 pada kadar cuma RM48.00 bersih seorang bagi dewasa serta RM28.00 bersih untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun. kami juga ada menyediakan tawaran istimewa iaitu '9+1 Deal' untk 9 orang pengunjung dewasa, seorang makan percuma!

Sebarang pertanyaan / tempahan, sila hubungi 03-2026 6060 ext 7703

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada AnCasa Hotel & Resort Group yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad yang juga mempunyai hotel yang terletak di Pahang, Port Dickson, dan Pulau Pinang. Sila layari laman www.ancasahotels.com untuk kadar yang terbaik