Wednesday, 15 February 2023

Merindui Sesuatu Yang Tak Pasti..

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Umur ni bila mana ia meningkat dari 20-siri ke 30-siri. Kita akan mula merindui sesuatu yang tidak pasti. Especially jika life kita berubah lebih dari 50% and it can be worse if change more then 100% dari apa yang kita pernah lalui, hadapi, apa yang telah pernah kita lakukan. Ada yang mana ia berlalu dengan pelbagai warna yang baik dan ianya adalah ceria atau ia menjadi satu kegelapan.

Kerinduan pada zaman belajar, pada sahabat handai apatah lagi jika ada yang telah pergi meninggalkan kita. Kerinduan pada minat dan hobi bukanlah sesuatu yang kita boleh sentiasa lakukan especially bila kesihatan dan life style kita berubah. Termasuk lah bila berkahwin dan mempunyai anak dan mempunyai anak-anak hahahaa.

And now baru kita faham kenapa kadang-kadang mak ayah kita pernah termenung seketika tanpa memperduli keadaan sekitar. Sehingga adakala kita memanggil mereka beberapa kali barulah mereka sedar. Ia bukanlah mengalamun tanpa batas sempadan angan-angan. Tapi lebih kepada kenangan, pengalaman dan kerinduan pada masa lalu yang telah menjadi memori kekal di ingatan abadi.

Life carry on the way we create them or it just go away the way we follow it.. 

Aku pernah beri talk at one conference. Try to share the experience of enjoying the life. Travelling and Blogging and somehow aku berjaya create satu dunia dalam alam maya. Yang aku rasa ianya amat menyeronokan sehingga dapat berkenalan dengan ramai insan yang hebat dalam dunia nyata apatah lagi di alam maya. And yes it is very worthy to have a bunch or thousand of friend especially dari dunia travelling dan blogging ni.. and yet u share a same hobby and experience.

I missed who i use to be. Travelling without limit, without border, without knowing where to go next, without worry of anything what will happen next. The enjoy you gain is beyond the limit from what the thought you have.

Create Your On World - Don't Follow Your World

I think apa yang pernah aku lalui dalam dunia pengembaraan aku since early age of 20 until now. Ntah la ianya seolah membuat aku terfikir atau terlalu banyak berfikir. Example macam seorang askar baru balik dari perang. Keadaan perang yang kucar kacir, nyawa terancam, berhadapan dengan pelbagai masalah. And bila balik rumah dengan keadaan tenang dan aman dia akan rasa kosong, emptiness.. the space around you it just empty.

The longest of my travelling was travelling for 6 month. Jump from one country to another country, from one continent to another continent with the lowest expenses you can hahahaa. Until at one country border in Africa aku kene tahan dengan army and kene investigate kenepa nak travelling dalam negara diorang. Aku tak tahu la.. aku rasa mungkin sebab tu sekarang ni aku ada masalah tak boleh tidur. Macam terlalu banyak berfikir tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku fikirkan hahahaa.. boleh ke macam tu .. but that is what I'm facing now..

So related dia aku pun tak faham hahahaa.. kenangan dan merindui pada pengalaman.. atau kehidupan yang pernah kita lalui. Ntah aku pun tak tahu it just empty something is missing. Is not about u are not doing nothing. Yes kita pergi kerja balik kerja.. Married with lovely wife and having beautiful children. Join the community surrounding area.. Keep your self busy with the activity in masjid and jemaah. Join the volunteer of many NGO. and yes i keep my self busy with join the politic party as well.

But still i missing something.. Yang pasti ianya adalah tidak pasti.. 


35 comments:

  1. Awak rindukan kehidupan travelling yang dulu. Akak cuma baca pengalaman Afif pun dah rasa…seronoknya! Apa lagi tuan badan yang melalui.

    Satu lagi, apa2 hobi kita sudah tentu jadi satu ‘ketagihan’ kita. Bila ditinggal jadi teringat-ingat. Memang susah nak melepaskan. Hanya masa akan membuat kita perlahan-lahan melepaskannya. Mungkin boleh cari hobi baru?

    Apa yang pasti, setiap sesuatu ada tempoh masanya. Pengalaman sebelum ini mungkin dah cukup buat Afif. Sekarang tempoh masa pengalaman hidup fasa seterusnya pula.

    Semoga suatu masa nanti awak boleh kembali travelling tapi dengan style berbeza - dengan isteri & anak-anak. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la sebab skrg ni komitmen dah berubaah.. berkeluarga dan sebagainya.. Ada jer travel tapi at this moment tak ada la bawa anak2.. biasa kalau bawa pun seorang sahaja.. nak bawa semua masih tak berani.. lagi2 skrg ni kids masih kecil tak faham apa.. kalau bawa travel nanti sebenarnya menyusahkan mereka sahaja. dah la ayah dgn mak nyer backpack sahaja huhuu..

      Delete
  2. Nanti masuk 40-an, pun akan rasa lain juga. Nanti, in time, kita akan jumpa benda yang boleh fill up the emptiness. You too, Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah amin .. amin .. amin.. tu la 40 series tak jauh mana dah ..

      Delete
  3. penah menangis byk kali sbb rindukan suasana sekolah dan alam masa tu. x tau laa sbb rindu atau sblk nya. tp bila terkenang tu rs mcm hati ni dicucuk2. hiba sgt ms tu. tp x de perasaan kesal cuma berharap moment tu boleh berulang lg pd suatu ketika yg x pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan kan.. Itulah memori yg indah apatah lagi bila ia dikenang.. Kdg2 tak terfikir pun tapi ia terlintas begitu sahaja.. Betul tu mmg harap moment kenangan indah itu berulang kembali...

      Delete
  4. Syabas! Bukan semua orang ada peluang macam ni....

    ReplyDelete
  5. Rindu hendak travel barangkali. Life memang begitu. Kita akan terkenang moments indah yang tidak bisa diulang kerana berada dalam fasa hidup yang berbeza. Bila umur mid 40s macam KSarie ni rindu pada kawan2 yang pernah baik dengan kita sebab ramai dah meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm dia lebih kepada apa yg kita telah lakukan once upon a time.. And travel adalah salah satu dari nya.. Kawan2 jugak satu factor utama.. Itulah rindu ni tak boleh diterjemah dalam sehari.. Ia suatu yg sentiasa berulang kali harus di sebut di ingati kembali..

      Delete
  6. Itulah aturan kehidupan yg sentiasa silih berganti. Ada yg kekal dan ada yg telah tiada. Mmg yg pernah kita lalui akan menjadi kenangan seumur hidup. Semoga sentiasa ceria amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan dan pengalaman indah pun kadang2 ia menjadi satu kesakitan bila ia tak dpt diulangi.. Mcm novel sudah Hahahaa..

      Delete
  7. zmn bujang tak sama bila dah berkahwin & ada anak-anak...travel style pun dah berbeza, kena fikirkan keselamatan/keselesaan keluarga...yg kemarin itu kenangan & pengalaman....wahh, dah join parti politik, all the best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kehidupan terus bergerak ke hadapan tanpa sedikit pun memperdulikan keadaan semasa yg menjadi memori yg indah atau tidak.. Apa yg pasti jadi kan setiap moment dalam hidup kita suatu memori yg indah especially bila dh berkahwin ni .. Join the politic at the bottom part only hihihii..

      Delete
  8. Musti rindu nak travelling ni.Apapun insyaAlah bila ada masa yang sesuai untuk diri dan keluarga boleh travelling lagi mungkin kaedah keadaan akan berbeza.Kami yang membaca pun seronok je , baca cerita pengalaman jalan jalan negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih merindui sesuatu pada zaman dahulu.. Hahaha gitulah nmpk nya.. Travelling is one them..betul tu sgt2 berbeza.. Bila bawa kids ni mmg kene turn byk cara kepada cara yg lain..

      Delete
  9. dia mcm nih....
    "bla bla..bla..." (borak sakan nih sebab lama x jumpa..)
    "ha a..pastu bla bla bla....."
    "eh kak..saya lupa"
    "apa?"
    "anak saya ada kat opis tertinggal..jab eh saya pi ambik"

    get it? hahahahhaha

    its ok to have that feeling at a certain level of age.
    jangan rasa lama sangat simpan 'that empty feeling'

    normalisekan sesuatu yang baru seiring dengan usia dan keadaan semasa.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Misi mencari nasihat dari yg berpengalaman yg lama dlm situasi gini.. Btw kene buat trip TA and Friend dah lepas nie.. Nk kene kekalkan momentem gitu hahahaa..
      Nk normalisekan tu la.. Berkebun dah.. Beli ikan dah.. Join itu ini dah..berbagai2 aktiviti dlm harian.. Susah nak buang lonelyness tu hahaa.. Dia mcm tgh tunggu anak besar sket pastu boleh strat semila trav kot.. :D

      Delete
  10. banyak memori yg dirindui..zaman2 blog dulu..skg dh tak sama lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Zaman kita berblog dulu lain dgn sekarang.. Event pun banyak huhuu..

      Delete
  11. barang yang lama usah dikenang.....hehe rindu travel?kee rindu kenangan masa lalu yang tak mungkin akan dpt kembali? xpe utk rindu sesekali. apepun hidup perlu diteruskan dgn keadaan yang sedia ada untuk cipta lagi memori <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah rindu.. kan jadilah kenangan yg terindah.. niat nk travel tak pernah terpadam huhuhuu..

      Delete
  12. Nice post thank you Amanda

    ReplyDelete
  13. A good read. Ada juga rasa rindu pada sesuatu dari masa lepas macam menulis dan travel. Sebab rasa momentum dah kurang, mungkin sebab kekangan masa dan komitmen. Cuma sekarang nak get back into both traveling and writing walaupun dah agak lama tak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once umur kian meningkat momentum pun jadi kurang hahaha gitu kan.. travelling is another story but writing also another part of story.. respect for those yg boleh kekal momentum hatta life turn up side down ..

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Keep writing sebab somehow mesti ada banyak pengajaran yg boleh di ambil insyallah

    ReplyDelete
  16. Kene bersyukur dengan apa yang telah dicapai dalam kehidupan

    ReplyDelete
  17. Sangat faham dan memahami :) kalau boleh macam nak putar balik masa and catch all the things yang x dan nak buat and x buat apa yg sepatutnya dibuat..tp itu lah dia..pengalaman sebagai pengajaran..things happened for a reason..n the reason makes u, you..semoga dapat terus travel dengan gumbira bersama keluarga terchentaaa ameen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...