Tuesday 18 July 2023

Singapore Part 5 : Garden By The Bay - Marina Bay Sand - Merlion Park

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Singapore Part 4 : Mustafa Centre - Bugis Street Market - ZamZam Restoran

Satu benda aku perasan travel kali ialah tak banyak gambar yang aku ambil. Mau tak nya dengan anak 4 orang berkejar sana sini tu wajib hahaa.. Si No 3 Affan bila penat tak nak jalan dah nak berdukung, kalau dia tidur dalam stroller si baby nak kene dukung. Si No 4 Afnan tak meragam sangat tapi once meragam aduhai jenuh gak la. Kalau kat rumah boleh la letak dalam buai buat susu diamlah dia kan..

Ok back to our story at Singapore. Untuk hari kedua ni (Sabtu) selepas bersarapan di rumah, kami bersiap-siap untuk ke Garden By The Bay. Perjalanan menggunkan E-Hailing TADA sebab ianya termurah antara murah. Kami pecah naik dua kereta sebab tak boleh naik lebih 4 orang untuk kereta biasa. Dan untuk info penting kereta Grab yang tak ada insurance kanak-kanak mereka memang tak akan amik penumpang kanak-kanak yer. Unless atas budi bicara pemandu tersebut.

So here we are at Entrance Garden By The Bay
Sampai sini memang teruja sikit sebab memang excited nak mai sini :D

Garden By The Bay - Address : 18 Marina Gardens Dr, Singapore 018953

Tempat yang aku amat teruja nak pergi sebab banyak filem berlakon kat sini terutama filem Hitman. Dan sebab lain aku rasa tempat ni memang cantik dan unik. Tiada bayaran masuk dikenakan kecuali kalau kita nak naik atas bunga orkid (supertree) tu dan few other thing. Dan di sini ada dua kedai makan sahaja di main entrance iaitu McDonald dan Starbuck.

Tak sangka pulak tiba-tiba ada Children Festival kat sini :D
Memang seronok sangat The Kids main kat sini 

Time kami datang sini tiba-tiba ada Children Festival memang seronok la the kids. Ada macam-mancam pameran, banyak playground, pertandingan mewarna, dan banyak game disediakan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dan kesemuanya percuma tiada sebarang bayaran dikenakan malah kalau menang siap dapat hadiah dan extra bonus lagi. Tiada paksaan :D

And then kat sini ada satu pertandingan fitness untuk parent especially untuk ayah-ayah. Aku pun join la yang hayun tali berat macam tali kapal tu. Bila first hayun terkut terus tali tu, orang lain hayun steady jer hahaa :P.. And then pakar fitness kata "u should go to the gym".. Memang mengaku la tak pernah pergi gym setakat hiking tu ada la hahaha.. :P 

Time ni dapat free beg just join dengan mencorakkan beg tu sahaja.
Pokok gergasi ni actually ada banyak kat entrance tadi pun dalam 7 pokok.

Di sini ada beberapa attraction yang percuma antaranya Dragonfly & Kingfisher Lakes, Active Garden, Art Sculptures dan Bay East Garden. Untuk Cloud Forest & Flower Dome ada fee admission iaitu $50.00 for Adult dan $40.00 for Child (for Non-Resident) open from 9.00am to 9.00pm. Selain itu ada Floral Fantasy admission $20.00 for Adult dan $12.00 for Child. Open from 10.00am to 7.00pm weekdays/8.00pm weekend & public holidays.

Lukisan asli yang menjadi latar belakang duit kertas $50.00 SGD

Supertree Observatory dibuka dari 9.00am to 9.00pm dengan harga tiket masuk $14.00 untuk dewasa dan $10.00 untuk kanak-kanak. Supertree yang tertinggi adalah setinggi bangunan 16 tingkat. Ada hampir 163,000 jenis tumbuhan berada disekeliling supertree ini. Fee admission adalah $14.00 untuk dewasa dan $10.00 untuk kanak-kanak. Dan semua attraction ni bila malam akan ada lampu-lampu yang menghiasi suasana. Memang cantik :D

Pemandangan bila waktu malam - Sumber Google

OCBC Skyway dibuka 9.00am sehingga 9.00pm. Admission fee $12.00 dewasa dan $8.00 kanak-kanak. Kat sinilah lakonan filem Hitman tu. Sky walk sepanjang 128 meter dengan ketinggian 22 meter akan memberikan anda pemandangan istimewa diseluruh kawasan supertree ini.

Cloud Forest & Flower Dome @ Garden By The Bay - Google
Cantik kan. Rasa berbaloi tak nak masuk :D

Marina Bay Sand - Address: 10 Bayfront Ave, Singapore 018956

Dari Garden By The Bay kami berjalan kaki menyusuri taman park yang cantik dan menarik walau pun cuaca panas tapi dek kerudupan pokok-pokok yang menghijau di sini alhamdulillah boleh la bertahan. Terdapat beberapa kawasan permainan kanak-kanak menyebabkan si Affan sentiasa nak minta 5 minit untuk bermain. Tandas memang ada dimana-mana sahaja tak perlu risau.

Tempat bergambar memang banyak cuma ke tahan dengan cuaca panas je la
Tempat cantik kalau nak jalan-jalan cuma time ni matahari tengah terpacak panass

Berjalan, berhenti, berjalan, berehat sambil amik gambar.. tup tup dah sampai bawah jambatan yang menghubungkan Garden By The Bay dgn Marina Bay Sand. Alhamdulillah terus masuk pintu entrance terasa sejuknya berada di dalam sehingga terlupa kepanasan di luar huhuu.. Masa ni mata dah melilau cari makanan halal sebab perut dah lapar dengan penat berjalan lagi.

Entrance - Garden By The Bay - Cloud Forest - Flower Dome - Marina Bay Sand

Oh yer masa ni tinggal aku wife and the kids sahaja sebab abang aku and family dia nak balik Malaysia naik bas so kitorang berpisah di Garden Bay tadi. So now just we alone to continue the journey. Bahagian bawah Marina Bay Sand ni adalah Shopping Mall dilengkapi hotel diatas dan sebahagian ruang pejabat dan pelbagai lagi. By the way nak check in Hotel sini paling murah RM3-4k up to RM15k semalam tau.



Bila masuk dari left wing Marina Bay Sand ni terus nampak yg macam dalam video atas ni. Kami pun take five kejap sebab tiba-tiba dapat aircond kan lega sangat. Kat luar panas yang amat hahahaa. Affan time ni terus tidur. Dan actually Marina Bay Sand ni adalah The World's Most Expensive Standalone Casino property at S$8 billion SGD (US$6.88 billion). So rasanya jangan lama-lama sangat la kat dalam ni walau kat bahagian mall dia kan.. Ke macam mana korangr rasa? Aku bila dah google baru tahu :P

Merlion Park - Coordinates: 1°17′12.6″N 103°51′16.3″E / 1.286833°N 103.854528°E

Ok ini last destination, kami teruskan berjalan kaki dari Marina Bay Sand sampai ke Merlion Park nak tengok singa putih mercu tanda negara Singapore yang mulut keluar air pancut tu hahaha.. Dua tiga kali jugak berehat di bangku di bawah pokok dek kepenatan dan kepanasan cuaca untuk berjalan ke Merlion Park ni dari Marina Bay Sand.

Berjalan kaki hampir 4 km kesemuanya memang berbaloi sangat. Cuma panas tu jer hahaa..
Dapat kerusi kita berehat di bawah pokok sambil minum air. panas bak hang

Dalam Marina Bay tadi disebabkan penat dan lapar, kami memang lupa nak amik gambar. Masa ni si Afnan dan Affan dah mula meragam penat lapar dan mengantuk. So kami beli sedikit makanan dan minuman especially roti dekat bakery sebab tak sure kedai mana yang halal time ni. Sebab Mcdonald dengan KFC pun tak ada dalam ni tak tau la kalau kami jer yang tak jumpa :D

Tak yah berangan nak ambil gambar korang dengan background kosong takde orang hahaha..
Kalau dapat gambar clear pun dengan singa putih jer tanpa Marina Bay Sand

Bila sampai dekat patung singa di Merlion Park ni lega rasanya sebab dah last destination hahaa. Orang agak ramai apatah lagi nak bergambar dengan patung singa ni. So memang tak spend masa yang lama di sini bergambar dan bergambar terus bergambar dan angkat kaki jalan nak balik ke rumah abang aku naik bas.

Ok memang masa ni tak sampai 5 minit in total amik semua gambar ni. Again panas weii..

Sepanjang jalan nak ke Merlion Park ni memang ada banyak kedai makan so ada few yang boleh dimakan cuma masalahnya time ni semua full house mungkin sebab hari ni hari Sabtu. Pelancong China, Indonesia, Korea Selatan termasuk lah Malaysia memang ramai sangat-sangat. So apa yang boleh buat kita buat hanyalah take away. Dan cari tempat untuk makan atau terus naik bas balik rumah abang aku.

Bersambung Singapore Part 6 : Raffles Park - Humble Bakery - Boat Quay Riverside

41 comments:

  1. untung laa datang2 je ada children festival.... seronoklah anak-anak dpt buat mcm2 kat situ....

    sy singgah sekejap je kat sini. tu pun sampai kat ruang depan je. x dan nak masuk ke dalam... 1 hari nanti dtg lg ke sini nak explore puas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok la The Kids dekat Children Festival tu..
      Betul tu next time kene explore lebih lagi dan ongkos nya kene tebel gitu hahaha..

      Delete
    2. sy mengimpikan ongkos tebal ms jaman RM1.80 = SGD+1 hahahaha

      Delete
    3. Aduhaiiii... kalau dpt balik exchange mcm tu .. mmg swipe kad bank je la kat mana2 pun hahahaha :P

      Delete
    4. titwenti kah kita? hahaha

      Delete
    5. Hahaha buat la bajet RM500 jer sepanjang ke oversea tu hahahaaa...

      Delete
  2. sampai kat merlion tu pukul berapa? sy aritu tiba dalam 8 lebih je dah panas berdenting. tak sanggupppp weiiiiii terik yak matttt...

    kannn...dlm marina tu berpusing kami cari kedai halal.... last2 kedai roti jg kami singgah...

    dlm hati sempat 'berdoa' ada rezeki nak buka resto halal kat sini...tolong aminkannnn ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kol 1.00 ptg mcm tu kot.. Sbb kitorang lama dekat Children Festival tu.. Itulah panas yg amat. Mmg tup tup 5 mnt je nak bergambar bagai lepas tu lari semula bawah pokok hahahaha..

      Yeap rasa ada tapi very few or else dia mcm no pork no lard.. Yg senang roti jer.. Itu pun amik yg plain.. Unsur2 daging ayam sosej ke mmg tolak tepi la..

      Delete
    2. Mmg saya aminkan sangat2... Semoga berjaya buka restoran halal kt situ.. Nak jadi share holder pun boleh hahaha..

      Delete
    3. pergghhhh kalau pukul 1 tu, saya amik gambar sekeping je laa selebihnya lagi bawah pokok hahahaha

      kann... sebab kenang dah lapar dan susah dpt makanan yg betul2 halal...

      terima kasih aminkan...boleh no prob. kecil tapak tangan, bumbung marina bays sand saya tadahkan hahaha

      Delete
    4. Apa nk buat dah sampai situ kol 1 petang kan.. hadap jer la nak repeat mmg idok la.. Hahahaa marina bay terus tu.. insyallah amin amin :D

      Delete
    5. mungkin next time kita try dtg petang kot... mungkin ms tu dah krg panas dia. lps tu bleh layan watershow

      Delete
    6. Itulah kene plan betul2.. Sementara nk tunggu water show boleh lepas Raffles Park dulu.. Huhuu

      Delete
  3. teringin nak pegi garden by the bay tu sbb impressed dgn pokok2 tu...seingat saya (so far rasanya dh 5x kot saya sampai kat spore tu), memang cuaca panas laaaaa tiap2 kali pergi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun kali ke-3 saya dtg ke Singapore.. but this time mmg paling yng teramat panas rasanya.. Garden By The Bay ni mmg kene pergi tak rugi pun :D

      Delete
  4. Balik rumah abang? Abang balik Malaysia. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah abang salah planning lak last minit tapi tak apa la.. kita layan jer Singapore :D

      Delete
  5. Garden By The Bay cantik viewnya..dlu pi spore tk sempat jln2....just pegi Universal Studio je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kene spend lebih sket nak mai Singapore dan penting duit kene cukup huhuuu.. :D

      Delete
  6. Alaaaa... ngapa tak posing tengah teguk air dari mulut singaduyung tu? hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air masin rasanya sebab dia terus jatuh ke dalam laut.. Panas yg amata masa ni mmg tak fikir nak posing bagai hahaha :D

      Delete
  7. Seronok la bdk2 tu msuk festival children. Untung kecik lagi dah blh travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ituah tak disangka-sangka ada pulak event time tu :D

      Delete
  8. Cantiknya pemandangan Garden by the Bay tu. Entah bila dapat sampai sini.
    Gigih, jalan-jalan masa anak masih kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kene kuat semangat nak bawa anak2 travel huhuhuu.. Insyallah sampai situ nanti sy doakan..

      Delete
  9. wah! Seronolnya buleh jln2 ke kota singa... jika ada kemampuan pasti nak juga ke sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah ada rezeki tu nanti nak jalan kota singa.. kita doakan :D

      Delete
  10. Wishlist jugak ni singapore. Pujuk husband dulu harapnya approved hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah approved tu kak.. Vietnam jom huhuhuu..

      Delete
  11. Fuhh view kt pokok gergasi tak kira siang or malam tetap cantik la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa.. Mmg cantik landscape Garden By The Bay ni.. Kene letak dlm bucket list wajib kene dtg ..

      Delete
  12. Rezeki anak2, ngam pulak ada Children Festival tu. Memang seronok nampaknya.

    Baru tau pasal fakta Marina Bay Sand tu. Kalau tak sampai sendiri, biasanya memang kita pun tak ambik tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kita takde plan pun the kids sekali ada festival ni kira ok la bg kids enjoy habis2.. Kan bila kaki dah jejak barulah kita nak explore about that place.. sebab tu mengembara menambahkan ilmu di dada :D

      Delete
  13. alamak..akk dulu siap naik ke observation deck di Marina Bay Sand...rupanya ada casino..huhu...unik Garden by the Bay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh buat posting ni baru la tahu tmpt casino rupanya huhu.. Betul Garden by the bay mmg unik cantik sgt2..

      Delete
  14. Tak pasal2 ada Festival Children pulak .. untung la

    ReplyDelete
  15. Semua tempat-tempat menarik wajib pergi ni kalau ke Singapore. Garden By The Bay tu memang unik dan menarik. Siang dan malam ada daya tarikan dia sendiri. Merlion park tu tempat wajib bergambar dengan si lion. Memang tak dapatlah kan nak bergambar tanpa orang lain. Tempat yang sentiasa ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak best pergi petang ke si lion tu.. And then lewat ptg ke Garden By The Bay.. Boleh enjoy sekali dgn kecantikan lampu2 tu sekali..

      Delete
  16. Rezeki anak-anak ada pula ye Children Festival. Dapat tengok light show dekat supertree tuh lagi awesome banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak disangka ada pulak festival kat situ.. Seronok la the kids bermainan.. Byk free gift lak tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...