Sambungan Dari Singapore Part 3 : Bagaimana Cara Dari Changi Airport Ke City Centre
Perjalanan dari Changi Airport ke rumah abang aku mengambil masa lebih setengah jam. Dan boleh kata kami semua tertidur kepenatan. Sedar-sedar aku dikejutkan dah sampai katanya. Abang aku stay tak jauh dari Little India kiranya boleh la jalan kaki plus minus 1 km gitu. Sampai umah jumpa kak ipar (Kak Phia) dan anak buah, kami borak tak sampai 10 minit pastu aku tertidur :P
Time ni Kak Phia tengah masak sup ekor nak makan lunch and abang aku bagitau kita makan jap lagi lepas amik anak dia balik sekolah. Time nak amik anak dia balik sekolah aku dengan wife ikut sekali sebab abang aku kata boleh jalan-jalan area Mustafa Centre. And kat situ ada masjid boleh solat jumaat sekali.
Mostly Singaporean recommended untuk datang ke sini. |
Area Mustafa Café - Food Court - Sumber Google |
1. Mustafa Centre @ Little India -Address 145 Syed Alwi Rd, Mustafa Centre, Singapore 207704
Ianya lebih senang kita sebut sebuah shopping mall satu owner kedai yang lengkap menjual semua jenis barangan seperti barangan elektrik, perfume, komputer, pakaian, beg, mainan, coklat, jam, baranagan kemas, kasut dan dari kesemuanya ada juga ada jenama terkemuka yang mahal. Money changer dan food court pun ada kat sini. Pada kebiasanya kalau datang Singapore memang orang tempatan suggest untuk datang sini terutama untuk beli souvenir.
Oh ya dalam Mustafa Centre ni pasaraya pun ada and surrounding this area memang banyak makanan halal tapi mostly ala-ala Indian Cuisine gitu la. Berdekatan dengan Mustafa Centre ni terdapat sebuah masjid iaitu Angullia Mosque dan di sini solat jumaat diadakan dua kali 1.30pm dan 2.30pm. Boleh klik link ni untuk maklumat lanjut terutama booking slot untuk solat jumaat - Angullia Mosque
Angullia Mosque berhadapan Mustafa Centre - Sumber Google |
Time ni aku dengan wife masuk dalam MC dan memang nak ke chocolate section jer. Memang rambang mata tapi bila orang terlalu ramai dan disebabkan juga currency MYR jatuh teruk so ianya tak la murah lebih kurang harga kat Malaysia atau mahal sikit. So ada beli sikit nak buat makan sepanjang berada di Singapore. Time exit tau-tau jer kami dah berada di bangunan kedua memang tak sedar jalan jauh dalam tu.
Walking distance dari Farrer Park Station to Little India Station hanya 16-20 minit |
Cara nak ke Mustafa Centre ni paling senang ialah guna MRT turun di Farrer Park MRT Station (North East Line) dan kalau dalam map warna line ni purple. Dari Farrer Park Station amik exit Gate G dan berjalan ke MC dalam 300 meter sahaja. Dan satu lagi tapi agak jauh adalah Little India MRT Station. Disebabkan banyak benda kita boleh buat dan lihat di sini maka suggestion aku datang dari Farrer dan balik di Little India atau sebaliknya.
2. Bugis Street Market - Address 3 New Bugis Street, Singapore 188867
Ini adalah salah satu tempat untuk bershopping macam kat Malaysia di Petaling Street la atau Padang Besar. Kat sini ada lebih 800 kedai dengan pelbagai barangan yang boleh kita dapati baju, barangan elektrik, makanan, buah-buahan dan yang paling penting kat sini paling murah kalau nak beli souvenir terutama fridge magnet atau keychain.
Malam ni kita naik bas ramai-ramai pergi Bugis Street Market The Kids memang kuat time ni mak ayah dah muka lembik dah :P |
Kalau nak stay around sini memang agak recommended sebab betul-betul dalam bandar, banyak pilihan tempat makan dan dekat dengan banyak attraction. Cara nak ke sini paling senang dengan menggunakan train ke Bugis Street MRT Station dan exit di Gate C dan ia kan terus membawa anda ke Bugis Junction dalam lingkungan 180 meter berjalan kaki.
Seronok jalan-jalan area sini makanan, mainan dan souvenir pun banyak :D |
Boleh guna Downtown Line atau East West Line untuk ke Bugis Street MRT Station ni. Dan jika menggunakan perkhidmatan bas maka bas yang akan melalui kawasan ini adalah 175, 33, 61, 7, 80 dan 857. Nak jimat memang naik bas murah sikit dari train but depend dari mana kita datang.
Abang aku bagitau kalau nak beli buah yang fresh dan murah sinilah tempatnya. So memang banyak berries yang kitorang beli kat sini termasuk la satu jenis ni yang aku tak pernah tengak Red Yang Mei Berries atau Red Bayberries atau Yum Berries. Serius manis betul tapi wife dengan anak-anak tak suka makan so aku sorang jerlah yang perabis :D
A place for Budget Shopping in Singapore - Bugis Street Market |
3. Restoran ZamZam Singapore - Address 697-699 North Bridge Rd, Singapore 198675
Dari Bugis Street Market kami berjalan kaki all the way sampai hujung dan terus berjalan ke Restoran ZamZam berhadapan dengan Sultan Mosque. Kat sini abang aku cakap kita akan makan malam dan menunggu hampir 15-20 minit sebelum dapat tempat duduk. Masa ni orang memang ramai que nak masuk. Ada dua tingkat yang atas ada aircond dan bawa udara luar. Disebabkan cuaca panas walau dah malam menyebabkan kami nak jugak amik tempat kat atas hahahaa.. tak tahan weiii :P
Berjalan kaki dari Bugis Street Market ke ZamZam Restoran |
Ok kenapa makan kat sini satu sebab dia famous walau makanan dia aku rasa so so jer hahaha.. Kedua resipi Murtabak Singapore yang dicipta sejak 100 tahun yang lepas iaitu pertama kali ia dijual pada tahun 1908. Selain murtabak ada biryani ayam atau kambing atau daging, roti canai, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai lagi. Biryani dia so so je lah sebab pedas not suitable for kids. Yang sedap aku rasa murtabak dia jer hahah boleh tak gitu.
Time ni menunggu tempat duduk hampir 20 minit |
Affan dgn Afnan dah lapar time nie |
Biryani, Nasi Goreng, Roti Canai, Murtabak semua-semua lah kitorang order :P |
Inilah Murtabak Singapore @ ZamZam Restoran Singapore |
Masa ni aku kata tak apa aku bayar sebab dari siang tadi banyak yang abang aku bayarkan. Total kitorang makan malam tu $50.00 SGD almost RM180.00 jugak la. Lepas makan kami terus ke bus station berdekatan untuk balik ke rumah abang aku. Time ni kitorang memang dah exhausted sangat-sangat. Sampai rumah dalam pukul 11.00 malam lebih. The Kids memang dah meragam time ni tapi okla diorang survive the whole day berjalan :D
Bersambung Singapore Part 5 : Garden By The Bay - Marina Bay Sand - Merlion Park
Siap kena booking slot solat Jumaat dan buat 2x, sebab masjid tak muat untuk jemaah yang ramai ya?
ReplyDeleteOkeh…kalau pergi restoran ZamZam, order murtabak je. Hehe
Jemaah ramai dan tak nak bagi terlalu crowded sgt.. Betul jugak tu supaya boleh tenang2 solat jumaat.. And some how masjid ada tapi kurang cukup utk semua umat islam kat sana.. Yeap order murtabak dia je.. Hahahaha..
Deletei pernah pegi mustafa centre tu (that was long time ago!) ie masa mula2 i 1st time dtg spore , beria ke situ sbb bukak 24j kan...and i tak beli apa2 pun sbb brg2 (time tu) mcm rasa shopping kat mydin jer
ReplyDeleteAah betul tu mcm dekat Mydin jer.. For Singaporean diorang suka shopping situ sbb murah katanya.. And boleh dpt mcm2 benda at one place ..
DeletePergi Singapore memang kena cari Murtabak tu, special sikit kan. Thanks for sharing.
ReplyDeleteTapi la kan... Tapi la... Hahahaha... Murtabak Singapore kat Muar, Johor tu lagi sedap kot hahahah..
Deletedah lama teringin nak ke Singapore tp blom ada rezeki... done follow your blog...
ReplyDeleteInsyallah didoakan semoga dipermudahkan rezeki utk ke Singapore amin.. Thanks follow blog saya :D
DeleteIngat xde tmpt menarik kat Singapore, byk gak. Nape solat jumaat kene booking slot?
ReplyDeleteMungkin elak dari bersesak2 ketika solat jumaat atau mungkin sbb masjid tak banyak.. Tapi bagus juga kalau apply di Malaysia terutama di KL..
Deleteooo ada abg kat sana... lg mudah tu nak jalan2
ReplyDeletemurtabak tu x sah kalu dah sampai singapore... 😀
Itu salah satu sbb jgk nape ke Singapore and second sbb nk try bawa kids backpack.. So far alhamdulillah mereka blh ikut.. :D
Deletedulu pergi thn 2014, makan briyani & murtabak di ZamZam..betul, briyani dia so-so je, murtabak oklah...oo..abg & kakak ipar yg belajar kt Korea ...
ReplyDeleteKan biryani dia so so je kan.. tak tahu nape kedai beratur panjang org nak makan situ hahaha.. yes aah abg yg belajar korea dulu tu.. :D
Deletetq share =)
ReplyDeleteMost Welcome.. Thank you for coming..
Deletetak pernah sampai lagi spore , semoga ada rezeki
ReplyDeleteInsyallah ada rezeki tu.. moga dipermudahkan... :D
DeleteKiranya naik keretapi dan beramai-ramai ke semua tempat.
ReplyDeleteMenarik ada buah yum berries. Kena google tengok rupa bagaimana.
Tgk keadaan jugak kalau berbaloi dgn harga dan masa boleh naik train if not naik grab. Yeap first time jumpa masam masam manis gitu.. :D
DeleteMeriahnya kedai-kedai di Bugis Street tu.
ReplyDeleteBaru tahu, solat jumaat dibuat 2 slots.
Betul tu meriah.. Rambang mata dibuatnya.. Solat dua kali sbb tak la crowded sgt ..
DeleteMemang paling gampang naik MRT kalo ke SG. Saya selalu guna itu. Jarang sangat transport yg lain.
ReplyDeleteJadi rindu shopping Kat Mustafa 😄. Memang dah paling best kalo nak beli souvenirs. Kalau restoran zam zam tuh, menurut saya pun rasanya so so, hanya murtabak yg not bad 😄👍
Setuju gampang bangat kalau bergerak dgn MRT di SG dan paling murah kalau jalan berseorangan. Mustafa tu mmg senang nak cari brg2 souvenir.. Bagus setuju dengan saya zam zam biryani mmg so so jer sahaja :P
DeleteTenkiu share beberapa tmpt di singapore . . Belum jejak kaki lgi ni kt singapore . InsyaAllah one day
ReplyDeleteInsyallah moga diberi kesempatan utk ke Singapore. Just sharing setakat dari pengalaman :D
DeleteKalau selalu pergi Singapore, memang saya lebih suka pergi Bugis Street Market berbanding dengan Orchard Road. Murah dan banyak pilihan.
ReplyDeleteBetul tu lebih banyak pilihan dan lebih murah di Bugis Street Market.. Orchard Road tu area shopping mahal huhuhu..
DeleteBiryani so so ni mesti hampeh tak sedap kan
ReplyDeleteFaham faham jer la so so tu cane hahahaha..
DeleteTerima kasih share tempat tempat menarik di Singapore. Tapi murtabak Singapore tu memang nampak menarik sangat. Popular juga menu murtabak Singapore di Malaysia kan.
ReplyDeleteYes murtabak singapore ni mmg sedap dan popular tapi kalau nak rasa dekat sebelah jambatan muar tu pun ada kedai jual murtabak singapore.. Tu pun sedap sgt2..
Delete