Wednesday, 31 January 2024

My Last Uncle Passed Away At Hospital Sultanah Aminah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Perginya Muhamad Azahari Bin Haji Abdul Aziz maka tamatlah perjalanan kisah sebuah keluarga yang dikurniakan dengan 9 orang anak yang hidup dengan penuh bahagia di sebuah rumah kayu di Pontian, Johor. Dan arwah ayah aku adalah adik yang ke 8 dan ketiga terakhir meninggal pada tahun 2012 dan diikuti adik bongsu iaitu Mak Jah pada tahun 2021.

Hari Selasa - 16 Januari 2024 aku dapat whatsapp dari Abg Zul, sepupu aku yang tinggal di Wangsa Maju pada pukul 10.40 pagi "Pak ie masuk hospital di Johor Bharu sebab badan terlalu lemah, dah dua hari tak makan.." Terus aku bagitau wife "Awak Pak ie masuk hospital.." dan dalam hati aku berkata kena pi jenguk Pak ie kat hospital ni. Plus he is the last uncle i have either from my mother side or my father side.

Disebabkan aku tengah buat kerja time tu. Hanya 11.20 pagi aku send whatsapp dalam group family bagitau Pak ie masuk hospital. Tak sampai 4 minit kemudian adik aku yang berada di Kuala Pilah send whatsapp dalam group bagitahu Pak ie dah meninggal sebab sepupu di JB dah inform dia dulu. Allahu nak terduduk aku bila baca whatsapp. 

Dalam masa kurang 30 minit Abg Zul dengan adik dia Kak Ayang pickup aku di rumah dan terus ke Serdang untuk naik kereta Am untuk ke JB. Dan kemudian dari Serdang kami singgah ke Bangi untuk pickup Kak Fiza wife kepada Abg Zul. Maka bertolaklah kami berlima dalam Kereta Alza Am. 

Solat Jenazah dijadualkan selepas Solat Asar di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bharu. Dari info waze insyallah kami akan sampai kurang dari 4 jam iaitu pukul 3.00 petang. Dalam perjalanan tiba-tiba abang aku call dari Singapore bagitahu sorry lambat baca whatsapp sebab meeting and now dia dah otw balik rumah nak amik passport untuk balik ke Malaysia.

Pak ie meninggal di umur 86 tahun dan tidak pernah bernikah. Dan adik beradik beliau semua dah meninggal maka responsibility menguruskan jenazah jatuh pada kami semua sepupu sepapat. Alhamdulillah dua orang sepupu di JB Ina dan Kak Izan serta suami masing-masing telah menguruskan jenazah dari hospital ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan.

Turut membantu sepupu kami seorang lagi iaitu Abg Apis dari Kulai bersama isteri beliau Kak Syida yang sampai lebih awal dari kami. Alhamdulillah kami sampai tepat jam 4.00 petang di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bharu. Jenazah telah selamat dimandi dan dikhafankan. Terus aku whatsapp update dengan abang aku. Dia bagitau dan sampai woodland nak cross border dan dia minta doakan moga cepatlah urusan immigration bagai.

Aku masuk ke dalam masjid dan terlihat satu keranda di tengah-tengah dewan masjid terus aku duduk rapat dan spontan aku cakap "Pak Ie.. Afif datang dah ni.. Insyallah nanti lepas solat asar kita solat berjemaah buat kali terakhir yer". Aku duduk sambil membaca yasin sehinggalah orang ramai selesai solat asar berjemaah.

Selepas jenazah diangkat ke hadapan untuk disolatkan Pak Imam terus tanya ada waris nak imamkan solat aku pandang am dan am pandang aku. Terus aku cakap saya imam. Terus imam nak buka microphone yang lekat kat jubah dia nak bagi aku pakai. Terus aku cakap "Saya jadi imam jer yang baca doa nanti ustaz jugak .. So ustaz tak yah la buka" hahahaa..

Selesai solat jenazah, imam beri arahan supaya jenazah diletak di satu sudut dewan solat untuk memberi peluang kepada sanak saudara yang baru hadir bagi melihat jenazah. Aku pun update dengan abang aku bagitahu solat jenazah dah selesai. Dia pun bagitau baru lepas immigration Malaysia. Aku pun lengahkan masa denga harapan dapatlah abang aku tengok wajah pak ie buat kali terakhir.

Alhamdulillah abang aku sempat melihat jenazah di dalam van jenazah sebelum jenazah dibawa turun ke liang lahat. Alhamdulillah juga semua urusan dipermudahkan Allah. Wife dengan anak-anak aku sampai selepas waktu magrib di Masjid Perling. Kami tidur hotel murah family room RM70.00 semalam sebab tak nak susahkan sepupu tidur di rumah mereka.

Keesokan pagi kami satu family singgah Pontian nak tengok rumah Pak ie di tanah kampung. Rumah kayu lama telah terbakar akibat khianat orang dan kemudian dapat rumah bantuan yang dibina oleh pihak tentera. And now tanah ini tinggal kenangan buat kami sepupu sepapat yang pernah terjun parit bagai di sini. Al- Fatihah Buat Pak Ie.

Bulan Januari ni banyak benda yang berlaku termasuk dua kali demam so target nak publish 10 entry tak tercapai.. Insyallah kita cuba usaha lagi di bulan Februari nanti untuk publish 10 entry :D

36 comments:

  1. Turut berduka cita atas meninggal paman nya, Mas
    Semoga amal ibadahnya, iman islamnya diterima oleh Allah SWT.

    Salam,

    ReplyDelete
  2. Sedihnya rasa.. bila semua adik beradik ayah dah tiada, semakin renggang hubungan sepupu sepapat.. semoga ukhuwah sentiasa terjalin sehingga ke bila2.. tumpang sedih sebab, kami pun hanya tinggal seorang je lagi pak sedare belah ayah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. bila kita dah kehilangan kesemua pak cik mak cik terus rasa sunyi.. nanti raya nak ziarah siapa lagi..dan sepupu sepapat semua akan jadi renggang kalau tak ada yg nak amik berat.. :D

      Delete
  3. Al-fatihah. Salam takziah bro. Alhamdulillah dapat solatkan jenazah dan abang dapat tengok untuk kali terakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dpt bersama berjemaah solat jenazah.. Dan abg juga sempat tiba di tanah perkuburan.. Al Fatihah..

      Delete
  4. salam takziah..alfatihah buat arwah uncle..moga dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Innalillahwainnalaillahirojiiun..salam takziah.

    ReplyDelete
  6. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Semoga rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  7. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un.
    Moga Allah mengampuni dan merahmati roh pakcik Afif.

    Alhamdulillah masing-masing sempat sampai dan Afif boleh imamkan 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sempat sampai semua nya tapi kalau semua sepupu dapat datang mesti lagi meriah.. Amin semoga ditempatkan bersama para syuhada dan solehin amin

      Delete
  8. Salam takziah buat saudara sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya rabbal alamin.. Perginya mudah dan tidak menyusahkan sesiapa..

      Delete
  9. Salam takziah dan kita semua akan ke sana juga...Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.. Moga kita semua ditmptkan di dlm syurga kelak amin..

      Delete
  10. Innalilahi wainnailaihi rojiun. Semoga arwah uncle dilapangkan kuburnya, diampuni segala kesalahan dan diterima amal kebaikan 🙏.

    ReplyDelete
  11. Panjang umurnya sampai 86 tahun tu. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah panjang umur Pak ie anak kedua dari 9 adik beradik dan yg terakhir meninggal dunia.

      Delete
  12. Salam takziah.
    Semoga arwah Pak Ie tenang di sana, tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
    Pilu rasanya kan kalau kita banyak kenangan bersama orang yang telah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .. Amin Amin Ya Rabbal Alamin..
      Betul tu kenangan dgn semua makcik pakcik hanya tinggal di ingatan sahaja.
      Now zaman kita pula menjadi pakcik makcik untuk anak-anak saudara..

      Delete
  13. salam takziah utk arwah ....alfatihah

    ReplyDelete
  14. Alfatihah...yang terbaik buat almarhum di sana,turut berduka cita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan semoga kita semua juga dpt yg terbaik selepas kematian

      Delete
  15. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ al fatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  16. semoga rohnya dicucuri rahmat & tenang di sana....tinggal generasi anak2, cucu2, penyambung tali persaudaraan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin.. Beliau tak pernah marah anak saudara dari kami kecil hingga la besar berkahwin.. baik org nya moga syurga mudah utk beliau..

      Delete
  17. Salam takziah Afif sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Amin Amin semoga Pak Ie ditempatkan bersama para syuhada dan solehin di dalam syurga..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...