Friday, 5 January 2024

Kembali Aktif Menulis - Azam Yang Terlaksana Di Tahun 2023

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah.. Basically aku bersyukur sangat pada ilahi kerana dapat menulis semula dengan agak aktif selepas lebih 7 tahun aku update blog ini dalam keadaan teramat sendu sehingga bersawang. Dan ada beberapa tahun tu, aku langsung tak update anything dalam blog ini. 

Dari tahun 2016 sehinggalah 2022, dalam setahun ada la satu atau dua entry sahaja yang ditulis. Banyak kisah kembara aku di beberapa negara tergantung begitu sahaja. Dari 40 negara yang telah aku lawati hanya 23 negara sahaja yang setakat ini aku mampu coretkan kisahnya.

Insyallah akan update dalam masa terdekat trip backpackers ke
Terracotta Army Museum di Xian, China.
Whale Shark Watching at Cebu, Philippines.
Trip yang ini pun berazam akan update dalam tahun ni.
Insyallah azam tahun ini dapat selesaikan menulis kisah kembara at least another 5 hingga 7 buah negara yang telah dilawati. Itu pun dari 23 buah negara yang telah aku coretkan di dalam blog ini, ada beberapa buah negara yang masih tergantung kisahnya yang perlu aku selesaikan.

Itu belum perkongsian lagi kisah aktiviti aku seperti hiking, camping, scuba diving, fishing dan bercucuk tanam hahahaa. Hurm by the way untuk kekal 100% as Travel Blogger yang menceritakan kisah travel semata-mata memang susah. So as i mention dalam page "About This Blog". Aku akan kekalkan 85-90% berkenaan posting travel.

Hilang dari radar selama 6 tahun - 2016 hingga 2022 :D
Sebab tu kalau korang perasan, aku agak kurang nak buat special posting just to wish for any celebration contoh macam Tahun Baru 2024 ini. Kalau Christmas, Deepavali or Tahun Baru Cina tu lagi la. Sebab itu juga la, walau blog ini pernah menang award dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015 as Best Malaysia Travel Blog di Malaysia Social Media Week (MSMW), in total tak sampai 200 entry yang ada dalam blog ini, sehinggalah ke hari ini :P

Dan walau 6 tahun tak bergerak aktif dalam penulisan di blog ini. Namun travel as a backpackers masih aktif sehinggalah terhenti ketika Covid-19 menyerang yang membuatkan my last trip terkubur. Masa tu dah plan untuk trip Europe ke Monaco, Italy, Vatican City, San Marino, Liechtenstein, Switzerland dan France. Well kita anggap sahaja tiada rezeki.

Road trip yang dirancang pada awal tahun 2020 - Terkubur akibat Covid-19.
Apa pun thanks pada korang yang sudi datang ke sini membaca my backpackers journey yang tak seberapa ni. Dan ribuan terima kasih pada yang sudi drop comment. Somehow comment dari u all meng 'encourage' kan admin dalam meneruskan penulisan dalam berkongsi kisah kembara ini :D

Mula terasa aura nak aktif ialah pada Julai 2022 dengan cuba untuk buat comeback dengan entry "Permulaan Baru Blog Ini Untuk Tahun Ini". Namun aura tak cukup 19 tak menjadi. Dan sekali lagi percubaan pada Februari 2023 dengan entry "Merindui Sesuatu Yang Tidak Pasti". Entry yang meluahkan isi hati kerana nak sangat kembali aktif cuma tak tahu nak mula dari mana. Dan pada Julai 2023 berjaya membuat come back tanpa disedari :D


Oh ya. Selamat Tahun Baru 2024 semua.
Semoga lebih banyak azam tercapai pada tahun ini berbanding tahun lepas :D
Hurm.. Ada company approach admin nak ajak bincang untuk terbitkan buku. Apa pendapat korang?

50 comments:

  1. alhamdulillah... mudah2an komentum menulis tu jd lbh 💪 utk thn 2023A ni😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. 2023A.. 3R tu hahahaha.. Insyallah moga konsisten istiqomah smpai disember nanti amin amin.. :D

      Delete
    2. yg cebu tu nnt share iti lengkap. teringin nak g filipina tp x de kekuatan nk ke sana. masih rs waswas...

      Delete
    3. Insyallah.. Akan diusahakan sebab backpack ke Cebu agak taught jugak la. Makanan halal mmg susah sangat nak jumpa.. Saya pun was was teruk kat sana hahaha :P

      Delete
    4. park makanan halal tu laa
      waduhhh
      mmg kena kental juga ni
      kalau nak backpack ke sana...

      Delete
    5. Nanti la kita citer travel ke cebu sampai beli ayam hidup, sembelih dan masak.. Di Philippines mostly macam tu islam mmg terlalu minority sangat2..

      Delete
  2. best tu! sy nk collab tu buku sekali boleh x?🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer.. Baik collab dari tak tau nak mula dari mana hahahah :P

      Delete
    2. sy ada experience dalam publishing lbh 10 thn. insya allah, part2 tu x jd masalah. yg masalahnya nak start menulis hahahahahaa

      Delete
    3. Waaa.. lebih 10 tahun dalam publishing.. hebat hebat .. :D
      memang pun.. tang nak mula dari mana tu yang susah..

      Delete
  3. Alhamdulillah.. ni antara blogger lama kembali semula la ni.. jom kite sama2 menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah azam utk tidak tinggalkan blog ini lagi hahaha.. Tak la blogger lama.. Baru je 2012 tu hari.. :D

      Delete
  4. Semoga tahun ni lebih aktif blogging dan share tips travel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan terus berkongsi.. Target at least sebulan 5 ke 7 entri berkenaan travel ditulis.. :D

      Delete
  5. memang traveler sejati ni. 40 countries tuuuu terbaekkk laaaaa!!beria i kira berapa negara yg i dh lawati...errr so far bru 9 jer heheh alhamdulillah :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 196 negara berdaftar dibawah PBB.. 40 tu tak boleh nak ke mana sgt still beginner hihi.. Dia 9 tu kira power jugak la :D

      Delete
  6. Wow, hebat, blog ini pernah terima award. Semoga terus dapat berkongsi kisah pengembaraan ke negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah terima jer.. Long long time ago hahaha.. Insyallah akan terus istiqomah berkongsi kembara di bog ini :D

      Delete
  7. Blog bersawang takpe... jangan berhantu!

    Jeles la gambar dengan whale shark tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhantu tak la.. Tapi banyak hantu spam kalau lama tak buka hahaha..
      Kena berani uncle, kalau tak.. Jadi makanan dia hahaha :D

      Delete
  8. semoga tahun 2024...keaktifan menulis itu semakin subur..azam terus agar menyala dan membara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Azam tahun ni boleh aktif sampai hujung tahun.. Semangat nak kongsi pengalaman travel di sini.. :D

      Delete
  9. Bestnya mengembara. Jauh perjalanan luas pemandangan, pengetahuan.
    Teruskan perkongsian supaya orang macam saya yang belum berpeluang mengembara ni dapat tengok gambar gambar menarik dan juga info info penting sebagai rujukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan terus berkongsi pengalaman travel di blog ini selagi ada kekuatan.. Kalau yg mmbaca dpt amik info yg berguna alhamdulillah la :D

      Delete
  10. Teruskan berkongsi kisah pemgenbaraan yer...saya suka baca & terinspirasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kerana menjadi pembaca di blog ini :D
      Insyallah akan terus berkongsi :D

      Delete
  11. Ni pun lepas ada fb dan ig kesian blog suam2 tapi latey seronok pulak nak update blog semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak dpt aura berblogging semula lama jugak.. harap2 kali ni berkekalan la aura berblogging ni :D

      Delete
  12. Terimalah tawaran untuk terbitkan buku tu.. Insya Allah makin glamour nanti dan masyuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la.. Hahaa.. Kita ni biasa2 jer.. Tp nak terbitkan buku tu nanti la fikir dulu :p

      Delete
  13. Happy new year 2024. Semoga terus bersemangat dan berjaya menghapdet blog sepertimana yang di azamkan.
    Mrs. A ni kadang-kadang semangat tu membara tapi kalau dah lama peram kisah tu dah rasa macam malas sebab rasa macam dah basi walhal orang tak tahu pun dan readers baca aje hehehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru 2024 juga :D
      Insyallah moga tahun ni azam tercapai la at least sampai hujung tahun hihii..
      Kisah yg bermanfaat walau dah peram lama as long boleh beri manfaat kita up je :D

      Delete
  14. Ayo terus semangat menulis dan berbagi cerita atau pengalaman
    Eh saya sendiri semakin jarang menulis. Semenjak iklan google nilaiknya kecil dan jarang ada job sponsor. Sedikit loyo, dan saya lebih menekuni channel youtube. Saya punya tiga channel, yaitu djangkaru bumi, om koodok dan etba tv.
    Ah saya kok jadi promosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan terus menulis di blog ini dalam berkongsi pengalaman kisah backpackers di seluruh dunia.. :D
      Saya lebih berkongsi pengalaman di blog ini dgn suka rela tiada mengharap pendapatan hahah.. jika ada sy bersyukur jika tidak say aok sahaja :D

      Delete
  15. Encik terbitkan la buku... mana tahu ada rezeki ramai orang beli. benda baik elok dikongsi..

    Tapi Cuya tertanya2, macam mana encik boleh ingat semua cerita masa travel eh? Kuatnya daya ingatan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masih berfikir lagi menerima atau menolak sebab tulis di blog ni mungkin pandai tapi dalam menulis sebuah buku belum tentu ada kebolehan nya :D
      Base on pengalaman, gambar dan buku diari yg ditulis ketika travel insyallah ingt :D

      Delete
  16. Susah sedikit untuk tulis pasal pengembaraan setiap tempat dilawati. Macam saya lemah sedikit. Haha. Jadi simpan untuk diri sendiri.
    Semoga istiqamah tulis ya. Kagum tulis penuh dengan fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu.. Menulis berkenaan kisah travel dari pengalaman sendiri bukan sesuatu yang mudah dan senang. Fakta kena 100% betul. Dan menulis untuk beri gambaran terbaik kepada yang membaca .. Insyallah moga istiqomah dalam menulis :D

      Delete
  17. Saya pun pernah berhibernasi dari menulis.
    Tapi hanya beberapa bulan, tidak memakan tahun.
    Akhirnya bangkit semula dan menulis hari-hari hihihiiii.
    Semoga tuan sentiasa bersemangat untuk berblogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh okay la hanya untuk beberapa bulan kita sampai bertahun tahun lama nya hahahaa.. terus kaku nak mula semula.. insyallah semangat masa dan idea tu kena ada dalam satu masa :D

      Delete
  18. Semoga terus menulis...suka baca pengalaman travel & aktiviti² luar yg lain..keluarga yg aktif, dari bujang sampai anak 3..keep up a good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan terus menulis untuki legasi sendiri turun kepad anak-anak :D
      Oopsss anak kita 4 bukan 3 hahahaa.. Alhamdulillah seronok dpt bawa mereka travel :D

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Sebagai sesama travel blogger, saya paham terkadang niat nak menulis ada, tapi ntah kenapa tak match Ama badan dan pikiran🤣🤣. Macam tak ada idea lewat. Padahal foto2 perjalanan banyaak lagi di draft, menunggu publish.

    Kalo saya, Krn terlalu lama di perap, jadi feel nya dah lupa 😂.

    Makanya skr ini, tiap kali traveling saya selaku buat stories detil di IG bang. Jadi bila dah waktunya pindah ke blog, saya lihat archive stories, supaya ingat lagi feel saat melakukan perjalanan itu.

    Trimalaaaah tawaran nak buat buku. Kapan lagi ada offer macam tuh 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Ada waktu punyai masa tapi idea ngak ada.. Kdg2 ada idea tapi ngak punya waktu.. Maka sama jugalah diu draft kan dulu tapi ntah bila mahu di update apatah lagi di publishkan hahaha :D

      Delete
    2. Betul juga update IG tapi saya ngak suka update ketika travel.. Bgi sy bila travel itu harus nikmati suasana persekitaran dan life style org2 di satu2 tmpt.. Wife pun dimarahi kalau main hp tika travel :D

      Delete
  21. Shark?.....ok tak berani....jgn buat sudden move je kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shark ni half whale jugak.. so takde la ganas sgt.. boleh la main tampar pipi dgn dia hihii..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...