Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Semalam sejam sebelum lunch hour tiba-tiba perasan dapat whatsapp dari wife di notification screen handphone. "Nak apa pulak ni, biasa kalau tiba-tiba whatsapp ni sebab nak ajak lunch, tapi ni kan bulan Ramadhan". Bila buka rupanya wife ajak pergi Beryl's Chocolate Factory di Seri Kembangan waktu lunch nanti. Aku pun dalam hati "Ah sudahhh.. Lari la budget duit nak beraya tahun ni" hahahaa.
Welcome to Beryl's Chocolate Factory. Dah macam filem Willy Wonka Chocolate Factory |
Sebab sekali masuk confirm habis 3 angka. Yer chocolate dia memang sedap sebab tu dia harga dia tak marhain sangat. Oleh sebab kami nak pergi waktu lunch hour aku pun reply "Datang amik saya, kita naik kereta awak". Wife punya excited 10 minit sebelum lunch hour dia dah sampai. Maka bergeraklah kami berdua ke Seri Kembangan yang mengambil masa kurang 15 minit untuk sampai.
Apa kena mengena coklat dengan lembu? |
Terdapat juga beberapa batang Pokok Koko yang ditanam di kawasan sekitar dan juga beberapa buah mesin lama yang pernah Kilang Beryl's gunakan dalam menghasilkan produk chocolate mereka. Memang agak menarik selain datang semata-mata hanya untuk membeli chocolate. Pernah sekali datang ke sini bertembung dengan rombongan pelajar sekolah yang sedang membuat lawatan sambil belajar.
Yang tak pernah tengok buah koko fresh boleh la datang ke sini. |
Antara mesin lama membuat serbok kok yang pernah digunakan sekitar 55 tahun yang lalu. |
Beralamat di Lot 1, Jalan 6/4, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Walaupun ia sebuah kilang namun terdapat satu bangunan dikhaskan kepada pengunjung untuk membeli produk-produk chocolate mereka. Bagi aku mostly produk chocolate dari Beryl's ni memang sedap.
Untuk parking anda boleh letak kenderaan di mana-mana sahaja kawasan di hadapan pintu masuk. As long tak menutup mana-mana pintu masuk atau menghalang lalu lintas. It should be okay. Terdapat beberapa replika besar produk chocolate mereka yang dijadikan untuk tempat mengambil gambar. Kalau bawa anak kecil memang sukalah mereka.
Kalau nak beli hamper sebagai gift di sini pun boleh tapi harga dia lah terkejut sikit hahaa |
Suka dengan packaging kebanyakan coklat mereka. Sesuai kalau nak bagi gift :D |
Terdapat juga sebuah cafe di sini. Kalau bukan bulan puasa confirm dah try Hot Chocolate yer lah kita kan berada dalam territory chocolate. Lagi-lagi kita ni para suami lepak cafe jer la biar kaum isteri yang shopping chocolate di dalam. Yang penting wallet si suami bagi pada si isteri biar mereka shopping dengan penuh kecerian.
Yang ini kalau siapa awal datang rumah aku beraya boleh la makan :D |
Masa aku datang ni nampak few abang-abang askar beruniform celoreng sedang giat membeli chocolate namun tak kalah juga akak-akak yang berpakaian nurse yang saling memenuhkan bakul shopping mereka. Mood raya kian terserlah di situ hahaha. Agak padat juga pengunjung yang datang membeli chocolate di sini. Lagi-lagi Beryl's tengah buat sale promo sampai 8 April 2024.
Oh ya selain minuman berasaskan chocolate, coffee dan tea jugak turut dijual di Cafe Beryl's ini. Dan tempat duduk disediakan indoor berhawa dingin atau boleh memilih duduk di luar. Dan kalau mencari tandas di sini hanya akan menjumpainya sebelah pintu masuk ke cafe ini (bahagian dalam).
Salam Akhir 10 Ramadhan buat semua pembaca dan pengunjung blog ini. Bye :D
Kalau pergi sini Abang Gebu lah yg suka teramat. Sbb kalau ke KLIA nak terbang mana2 dia akan beli di outlet situ. Buat kunyah2 katanya.
ReplyDeleteKalau bawa peminat coklat mmg mcm heaven la mereka masuk sini hihii.. buat kunyah2 tu lah yg bahaya tu .. tak leh stop sampai habis hahaa.. :D
Deletedatang sini memang rambang mata,tangan pun laju je capai masuk bakul..nasib baik la saya jauh nak ke sini haha
ReplyDeleteKan .. mmg rambang mata.. sbb tu jgn pegang bakul.. okla jauh..kita dekat jer.. tu yg bahaya tu hahahah ;D
DeleteBaru sampai sebelum puasa aritu. Jenama ni memang puas hati kalau beli, sebab sedap.
ReplyDeleteKan baloi kan kalau beli Beryl's ni.. sedap tapi tak leh selalu nanti botak pale hahahaa.. :D
Deletesendiri pilih sendiri bayar? aduiii hehehe
ReplyDeleteBukan la.. kita sedar sedar jer dia dah pun bayar.. baru ingt nak bayar.. tu lah takde rezeki hahaha
DeleteTapi sebenernya harga dia lebih murah atau sama saja seperti harga berryls di tempat lain.
ReplyDeleteBerryls ini favorit saya sangat. Tiap kali ke Malaysia pasti beli. Bahkan di duty free pun saya masih beli lagi untuk habiskan duit ringgit 😄
Apalagi saya selalu buat GIveAway di IG tiap kali balik traveling. Nah kalo habis dari Malaysia, pasti GA yg saya kasih coklat berryls salah satunya. Followers saya banyak suka.
June ini nak ke Malaysia lagi. Siap2 borong berryls untuk stok di rumah 😄
Tak juga sebab kadang2 promo di supermarket juga jauh lebih murah.. Sy pun suka tapi harga nya kurang suka hahaha gitu.. kadang2 terbeli juga chocolate Beryl's ini..
DeleteOh June ini mau dtg ke Malaysia.. jgn lupa contact ya..
Insya Allah bisa ketemu ya bang. Teringin juga nak ketemu dengan teman2 bloggers Malaysia ☺️. Saya 26 june berangkat, stay di Corus hotel . Dah pesan hotel dan tiket soalnya 😄
DeleteInsyallah nanti keep in touch boleh email saya... Awal June saya tidak ada di Malaysia ada sedikit trip mengembara hihihii...
Deleteuncle bukan hantu coklat... tapi kalau orang hulur.. uncle makan... huhuhu
ReplyDeleteSamalah kita bukan la hantu .. tapi tu lah kalau dah diberi tak pernah ditolak hahaha.. :D
Deletesaya baca hampis untuk tunggu kesudahannya...ternyata selamat 3 angka tuan hahaha...biasanya isteri yang faham tidak akan bebankan suami kan...
ReplyDeleteMenunggu juga sesi pembayaran tapi itulah kdg2 isteri memahami hahaha.. alhamdulillah asalkan hati si isteri gembira.. :D
DeletePeminat celokat mesti cari tempat ini
ReplyDeleteKaann.... Mesti ke sini.. kalau dapat yg reject punya mmg borong penuh bakul hihii
DeleteEhhh ehhh nak kena pergi ni kalau balik PJ. Ramai post pasal Beryl's Chocolate Factory ni. Chocoholic hehe.
ReplyDeleteBetul betul ... At least sekali seumur hidup pergi hihihi.. kalau sedap kena la repeat ... Ada cafe juga boleh santai2 minum hot chocolate.. :D
Deleteteringat cerita willy wonka..
ReplyDeleteKannn.... Kalau kilang dia macam willy wonka mmg best la hahahaa...
Deleteoh ada cafe juga...ada tgk kwn share borong cekelat kt sini
ReplyDeleteAda cafe tapi dah berapa kali dtg tak berpeluang nak duduk di cafe ni..
Deletememang fave jenama beryls ni. boleh rambang mata kalau zaty datang sini XD
ReplyDeleteTau tak pe.. standby duit pastu dtg amik jer jgn berkira nak beli byk mana hahahaa.. :D
Deletemmg ada plan nak pegi aritu
ReplyDeleteke sini tp mcm biasa laa
plan je peginya tidak
pd hal bkn jauh sgt pun
sy suka Beryl's punya waffle cookies
sedappp
Kita setiap kali ajak akan dicuba utk mengelak hahaha.. tak jauh tu yg bahaya nasiba tak pegi selalu.. btw coklat dia sedap sedap kan :D
Deleteya
Deletesy rasa coklat dia x manis sgt
kalau brand C tu terasa jg laa manis leting dia...
Brand yg wajib diboikot tu ke hahahah.. lama dah tak makan brand C tu.. padahal dulu travel europe selalu beli sbb murah sgt2 hahaha..
Deletebla tengok harga yg display tu
ReplyDeletesy rasa beza dgn kat kedai dlm 30-40 sen je...
selalu nampak kat giant area sini
byk jual coklat2 bery'l's kat sini...
btw harap kilang ni selalu laa buat
promo mcm ni... hehehe sng sy nak beli waffle cookies
Betul.. hari tu di Aeon Big kot harga promo dia jauh lebih murah dari harga di Kilang ni.. tapi kilang buat promo tu kdg2 lebih murah juga dri tmpt lain :D
Deletekannn... yg aeon big tu betul. menyesal plak tak beli masa tu hahaha
DeleteFeeling beli di Aeon dgn kilang dia lain sikit hahaha.. Mana yg murah kita sebat jer la.. :D
DeletePun ada gi sini jugak....hehe
ReplyDeleteJgn gi selalu kering poket nanti hahaa.. tapi sedapp coklat dia..
DeleteKalau tau hari tu cari kat sini je hamper untuk hantaran kahwin..hahahaa
ReplyDeleteKannnn dah la brand Beryl's... Hamper semua cantik2 :D
DeleteWow.keren jugak tempatnya,bisa pilih"coklat dan macam rupa, buat penggemar coklat ok banget ini.
ReplyDeleteBetul tu.. buat pengemar coklat seperti masuk ke dalam syurga coklat.. hanya ongkos nya sahaja harus disediakan secukupnya hihii... :D
Deleteselalu dgr psl tmpt ni cuma lom pernah sampai..lgpun i bkn choc lover so tak berapa ada high interest to visit here..cuma kalau ada kesempatan, boleh jer ronda2 singgah sini later2
ReplyDeleteKlau bukan chocolate lover lagi bagus.. tak ada la kes terbeli byk dek mata yang memukau hati utk membeli hihii.. boleh la dtg lepak cafe dia :D
Deleteadoi.. ofis sebelah pon tak pernah sampai lagi... dia ada bagi free sample tak nak rasa?
ReplyDeleteBagus la tak pernah pergi walau ofis sebelah sbb sini tmpt minta duit oooo :P
DeleteKita pergi masa bulan ramadhan memang tak ada la free sample ke apa ke hahahaha