Friday 5 April 2024

Beryl's Chocolate Factory - Shopping Untuk Raya AidilFitri

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Semalam sejam sebelum lunch hour tiba-tiba perasan dapat whatsapp dari wife di notification screen handphone. "Nak apa pulak ni, biasa kalau tiba-tiba whatsapp ni sebab nak ajak lunch, tapi ni kan bulan Ramadhan". Bila buka rupanya wife ajak pergi Beryl's Chocolate Factory di Seri Kembangan waktu lunch nanti. Aku pun dalam hati "Ah sudahhh.. Lari la budget duit nak beraya tahun ni" hahahaa.

Welcome to Beryl's Chocolate Factory. Dah macam filem Willy Wonka Chocolate Factory
Sebab sekali masuk confirm habis 3 angka. Yer chocolate dia memang sedap sebab tu dia harga dia tak marhain sangat. Oleh sebab kami nak pergi waktu lunch hour aku  pun reply "Datang amik saya, kita naik kereta awak". Wife punya excited 10 minit sebelum lunch hour dia dah sampai. Maka bergeraklah kami berdua ke Seri Kembangan yang mengambil masa kurang 15 minit untuk sampai.

Apa kena mengena coklat dengan lembu? 
Terdapat juga beberapa batang Pokok Koko yang ditanam di kawasan sekitar dan juga beberapa buah mesin lama yang pernah Kilang Beryl's gunakan dalam menghasilkan produk chocolate mereka. Memang agak menarik selain datang semata-mata hanya untuk membeli chocolate. Pernah sekali datang ke sini bertembung dengan rombongan pelajar sekolah yang sedang membuat lawatan sambil belajar.

Yang tak pernah tengok buah koko fresh boleh la datang ke sini. 
Antara mesin lama membuat serbok kok yang pernah digunakan sekitar 55 tahun yang lalu.
Beralamat di Lot 1, Jalan 6/4, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Walaupun ia sebuah kilang namun terdapat satu bangunan dikhaskan kepada pengunjung untuk membeli produk-produk chocolate mereka. Bagi aku mostly produk chocolate dari Beryl's ni memang sedap.

Ok masuk ke dalam tenang sikit sebab kat luar panas yang amat.
Untuk parking anda boleh letak kenderaan di mana-mana sahaja kawasan di hadapan pintu masuk. As long tak menutup mana-mana pintu masuk atau menghalang lalu lintas. It should be okay. Terdapat beberapa replika besar produk chocolate mereka yang dijadikan untuk tempat mengambil gambar. Kalau bawa anak kecil memang sukalah mereka.

Kalau nak beli hamper sebagai gift di sini pun boleh tapi harga dia lah terkejut sikit hahaa
Suka dengan packaging kebanyakan coklat mereka. Sesuai kalau nak bagi gift :D
Terdapat juga sebuah cafe di sini. Kalau bukan bulan puasa confirm dah try Hot Chocolate yer lah kita kan berada dalam territory chocolate. Lagi-lagi kita ni para suami lepak cafe jer la biar kaum isteri yang shopping chocolate di dalam. Yang penting wallet si suami bagi pada si isteri biar mereka shopping dengan penuh kecerian.

Yang ini kalau siapa awal datang rumah aku beraya boleh la makan :D
Masa aku datang ni nampak few abang-abang askar beruniform celoreng sedang giat membeli chocolate namun tak kalah juga akak-akak yang berpakaian nurse yang saling memenuhkan bakul shopping mereka. Mood raya kian terserlah di situ hahaha. Agak padat juga pengunjung yang datang membeli chocolate di sini. Lagi-lagi Beryl's tengah buat sale promo sampai 8 April 2024.

Oh ya selain minuman berasaskan chocolate, coffee dan tea jugak turut dijual di Cafe Beryl's ini. Dan tempat duduk disediakan indoor berhawa dingin atau boleh memilih duduk di luar. Dan kalau mencari tandas di sini hanya akan menjumpainya sebelah pintu masuk ke cafe ini (bahagian dalam).

Insyallah next time datang nak merasa di Cafe ini. Dah datang banyak kali tapi masih tiada rezeki untuk duduk di cafe ini. Dan kena datang pagi ke tengah hari sebab petang pada kebiasaan cafe ni dah tutup dari pengalaman aku sendiri la. So ending memang habis 3 angka jugak beli chocolate di sini. Tapi kali duit aku terselamat sebab wife aku yang bayar.. Okla dia pilih dan dia sendiri bayar :D

Salam Akhir 10 Ramadhan buat semua pembaca dan pengunjung blog ini. Bye :D

44 comments:

  1. Kalau pergi sini Abang Gebu lah yg suka teramat. Sbb kalau ke KLIA nak terbang mana2 dia akan beli di outlet situ. Buat kunyah2 katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa peminat coklat mmg mcm heaven la mereka masuk sini hihii.. buat kunyah2 tu lah yg bahaya tu .. tak leh stop sampai habis hahaa.. :D

      Delete
  2. datang sini memang rambang mata,tangan pun laju je capai masuk bakul..nasib baik la saya jauh nak ke sini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan .. mmg rambang mata.. sbb tu jgn pegang bakul.. okla jauh..kita dekat jer.. tu yg bahaya tu hahahah ;D

      Delete
  3. Baru sampai sebelum puasa aritu. Jenama ni memang puas hati kalau beli, sebab sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan baloi kan kalau beli Beryl's ni.. sedap tapi tak leh selalu nanti botak pale hahahaa.. :D

      Delete
  4. sendiri pilih sendiri bayar? aduiii hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan la.. kita sedar sedar jer dia dah pun bayar.. baru ingt nak bayar.. tu lah takde rezeki hahaha

      Delete
  5. Tapi sebenernya harga dia lebih murah atau sama saja seperti harga berryls di tempat lain.

    Berryls ini favorit saya sangat. Tiap kali ke Malaysia pasti beli. Bahkan di duty free pun saya masih beli lagi untuk habiskan duit ringgit 😄

    Apalagi saya selalu buat GIveAway di IG tiap kali balik traveling. Nah kalo habis dari Malaysia, pasti GA yg saya kasih coklat berryls salah satunya. Followers saya banyak suka.

    June ini nak ke Malaysia lagi. Siap2 borong berryls untuk stok di rumah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga sebab kadang2 promo di supermarket juga jauh lebih murah.. Sy pun suka tapi harga nya kurang suka hahaha gitu.. kadang2 terbeli juga chocolate Beryl's ini..
      Oh June ini mau dtg ke Malaysia.. jgn lupa contact ya..

      Delete
    2. Insya Allah bisa ketemu ya bang. Teringin juga nak ketemu dengan teman2 bloggers Malaysia ☺️. Saya 26 june berangkat, stay di Corus hotel . Dah pesan hotel dan tiket soalnya 😄

      Delete
    3. Insyallah nanti keep in touch boleh email saya... Awal June saya tidak ada di Malaysia ada sedikit trip mengembara hihihii...

      Delete
  6. uncle bukan hantu coklat... tapi kalau orang hulur.. uncle makan... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita bukan la hantu .. tapi tu lah kalau dah diberi tak pernah ditolak hahaha.. :D

      Delete
  7. saya baca hampis untuk tunggu kesudahannya...ternyata selamat 3 angka tuan hahaha...biasanya isteri yang faham tidak akan bebankan suami kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menunggu juga sesi pembayaran tapi itulah kdg2 isteri memahami hahaha.. alhamdulillah asalkan hati si isteri gembira.. :D

      Delete
  8. Peminat celokat mesti cari tempat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann.... Mesti ke sini.. kalau dapat yg reject punya mmg borong penuh bakul hihii

      Delete
  9. Ehhh ehhh nak kena pergi ni kalau balik PJ. Ramai post pasal Beryl's Chocolate Factory ni. Chocoholic hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul ... At least sekali seumur hidup pergi hihihi.. kalau sedap kena la repeat ... Ada cafe juga boleh santai2 minum hot chocolate.. :D

      Delete
  10. teringat cerita willy wonka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... Kalau kilang dia macam willy wonka mmg best la hahahaa...

      Delete
  11. oh ada cafe juga...ada tgk kwn share borong cekelat kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cafe tapi dah berapa kali dtg tak berpeluang nak duduk di cafe ni..

      Delete
  12. memang fave jenama beryls ni. boleh rambang mata kalau zaty datang sini XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. standby duit pastu dtg amik jer jgn berkira nak beli byk mana hahahaa.. :D

      Delete
  13. mmg ada plan nak pegi aritu
    ke sini tp mcm biasa laa
    plan je peginya tidak
    pd hal bkn jauh sgt pun
    sy suka Beryl's punya waffle cookies
    sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita setiap kali ajak akan dicuba utk mengelak hahaha.. tak jauh tu yg bahaya nasiba tak pegi selalu.. btw coklat dia sedap sedap kan :D

      Delete
    2. ya
      sy rasa coklat dia x manis sgt
      kalau brand C tu terasa jg laa manis leting dia...

      Delete
    3. Brand yg wajib diboikot tu ke hahahah.. lama dah tak makan brand C tu.. padahal dulu travel europe selalu beli sbb murah sgt2 hahaha..

      Delete
  14. bla tengok harga yg display tu
    sy rasa beza dgn kat kedai dlm 30-40 sen je...
    selalu nampak kat giant area sini
    byk jual coklat2 bery'l's kat sini...
    btw harap kilang ni selalu laa buat
    promo mcm ni... hehehe sng sy nak beli waffle cookies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. hari tu di Aeon Big kot harga promo dia jauh lebih murah dari harga di Kilang ni.. tapi kilang buat promo tu kdg2 lebih murah juga dri tmpt lain :D

      Delete
    2. kannn... yg aeon big tu betul. menyesal plak tak beli masa tu hahaha

      Delete
    3. Feeling beli di Aeon dgn kilang dia lain sikit hahaha.. Mana yg murah kita sebat jer la.. :D

      Delete
  15. Replies
    1. Jgn gi selalu kering poket nanti hahaa.. tapi sedapp coklat dia..

      Delete
  16. Kalau tau hari tu cari kat sini je hamper untuk hantaran kahwin..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn dah la brand Beryl's... Hamper semua cantik2 :D

      Delete
  17. Wow.keren jugak tempatnya,bisa pilih"coklat dan macam rupa, buat penggemar coklat ok banget ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. buat pengemar coklat seperti masuk ke dalam syurga coklat.. hanya ongkos nya sahaja harus disediakan secukupnya hihii... :D

      Delete
  18. selalu dgr psl tmpt ni cuma lom pernah sampai..lgpun i bkn choc lover so tak berapa ada high interest to visit here..cuma kalau ada kesempatan, boleh jer ronda2 singgah sini later2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau bukan chocolate lover lagi bagus.. tak ada la kes terbeli byk dek mata yang memukau hati utk membeli hihii.. boleh la dtg lepak cafe dia :D

      Delete
  19. adoi.. ofis sebelah pon tak pernah sampai lagi... dia ada bagi free sample tak nak rasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la tak pernah pergi walau ofis sebelah sbb sini tmpt minta duit oooo :P
      Kita pergi masa bulan ramadhan memang tak ada la free sample ke apa ke hahahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...