Wednesday 10 April 2024

Salam Perantauan Aidilfitri Untuk Semua Dari Kyrgyzstan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Alhamdulillah dah Raya kita akhirnya setelah sebulan berpuasa. Inilah masanya untuk kita meraikan kejayaan atas kemenangan kita sebagai umat islam dalam menempuh ibadah puasa sepanjang Ramadhan. Apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger dan pembaca blog ini.

Pemandangan dari tingkap flight Airasia dua jam sebelum sampai di Almaty, Kazakhstan.
Raya tahun semua balik mana? Ada yang terpaksa menempuh jalan jem berjam-jam nak balik kampung. Apa pun itulah asam garam adatnya nak meraikan Hari Raya Aidilfitri kan? Kalau semuanya baik maka tak meriah pula sambutan raya nya hihi. Nanti wartawan pun tak tahu nak update dalam berita mereka. 

Alhamdulillah aku sekeluarga menyambut Raya Aidilfitri kali ini di Bishkek, Kyrgyzstan. Hurmm mungkin ada yang bertanya kenapa raya di Kyrgyzstan? Jawapan paling mudah adalah salah Airasia.. Yer mereka lah yang bersalah kali ini sampai aku dan keluarga beraya di Kyrgyzstan hahahaa.. Boleh tak macam tu?

Ni kot promo yang aku dapat tempoh hari masa bulan Februari 2024. RM99 one way.
Asalnya masa aku dengan wife ke Bali di pertengah bulan Februari yang lepas. Empat hari sebelum terbang aku nak check in tiket ke Bali tapi sementara tunggu wife amik passport dalam bilik aku saja-saja lah search flight tiket ke Almaty, Kazakhstan sebab itu kan new route Airasia. Saja nak tengok harga berapa. Sekali bila keluar result untuk return tiket seorang adalah RM927.00 .. Aku pun "Eh hari tu check RM3-4 ribu untuk return tiket" 

Ini promo dari Airasia masa hujung tahun lepas RM399 one way KL-Almaty.
Bila wife datang bagi passport aku kata "Awak amik passport anak-anak sekali la". Wife terus tanya "Kenapa nak passport anak-anak ?" aku pun tunjuk di skrin laptop. Wife pun terkejut. Bila aku tukar result kepada 2 Adult 3 Kid dan 1 Infant untuk kami sekeluarga total harga jadi RM4,935.00 untuk return tiket Kuala Lumpur - Almaty, Kazakhstan.

Arbat G Almaty - Kawasan shopping pejalan kaki paling popular di Almaty, Kazakhstan.
Central Mosque Almaty - Antara masjid yang ada di tengah-tengah Bandar.
Ni harga masa mula-mula Airasia buka route ke Almaty. Return tiket mencecah RM3k - 4k.
Aku terus whatsapp group family aku dan wife terus whatsapp group family dia sebab somehow raya kali turn balik beraya ke rumah mak aku so on my wife side tak menjadi isu sangat. Abang dengan Kakak aku kata raya kali akan beraya rumah mak bukan rumah mertua. Dan adik aku pun akan balik beraya rumah mak pada hari raya ketiga. So cantik la tu kiranya 3 orang anak ada seorang jer tak ada hahahaha :D

Melepasi Border Kazakhstan menuju ke Border Kyrgyzstan.

Kami terpaksa pilih waktu terbang pada waktu hari raya sebab nak kan cuti yang panjang tanpa perlu apply cuti di lain waktu yang tak mudah untuk diluluskan. Sebab hari raya management dah tahu mesti nak cuti beraya kan. Dan 3 orang anak dah bersekolah tahun 2024 ni nak ponteng pun tak boleh sesuka hati. So the only best time nak ke Almaty adalah waktu cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pemandangan dari Apartment di Bishkek, Kyrgyzstan.
So itulah ceritanya kenapa aku boleh berada di Bishkek, Kyrgyzstan beraya di sini. Tapi kenapa Kyrgyzstan bukan ke Airasia fligth ke Almaty, Kazakhstan? Sebab dari Almaty ke Bishkek jaraknya tak sampai 240km. Maka alang-alang dah ke Almaty kita pergilah sekali ke Bishkek. Dan alhamdulillah cross border antara kedua negara ini tak susah dan keduanya memberi visa percuma kepada pemegang passport Malaysia.

Entry ni aku tulis siap-siap sebelum terbang ke Almaty. Kalau berjaya sampai ke Bishkek, Kyrgyzstan insyallah aku akan update entry ni hihi.. Dan kalau aku berjaya ke Bishkek insyallah akan aku akan teruskan perjalanan ke Tashkent, Uzbekistan pulak. Apa pun demi trip backpackers anak-anak 4 orang ini kitorang kena cut off bajet raya antara nya tiada baju raya baru hahahah :D

56 comments:

  1. Selamat Hari Raya kepada saudara dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Selamat berhari raya di perantauan...maaf zahir & batin...selamat bermusafir..

    jauhnya beraya...hihi...pengalaman beraya di negara majoriti org Islam...baru plan nk gi Almaty..harga tiket very reasonable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga.. alhamdulillah terima kasih.. pengalaman berbeza menyambut hari raya Aidilfitri di negara umat islam yg lain.. ni pun sebab harga tiket yg tak masuk akal hihii..

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf Zahir Batin dari PH
    Wow, this is another level, raya di obesity ye 😁
    Have fun and save journey bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfiri..
      Mohon Maaf Zahir dan Batin..
      Tak la .. sekali sekala nak merasa beraya di perantauan di negara umat islam yg lain...
      Alhamdulillah mmg seronok.. nanti kita share yer :D

      Delete
  4. Bunga api cantik berseri,
    Pelita bulu menghiasa halaman;
    Hari Raya menjelma lagi,
    Tangan dihulur bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Dan Batin yer Puan Lady Bird... Cantik pantun nya :D

      Delete
    2. Kalau kita balas pantun .. boleh ke hahahahaa :D

      Delete
  5. Saya juga ada lihat promo ini, tapi waktu itu memang tak sesuai waktunya 🤣. THN ini sampai Dec dah ada planning traveling. Tahun depan pula Mongolia atau Alaska planning. Visa US saya masih valid jadi nak manfaatkan dulu sebelum expired.

    Sementara kalo ke Negara2 STAN, saya nak sekalian jelajah Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Kazakhstan.

    5 STAN itu bucket list saya sangat, kecuali Uzbek dah pernah sebenernya. Tapi penerbangan lebih murah ke Uzbek kalau dari Indonesia. Selesai Mongolia dan Aurora di Alaska lah, baru negara STAN 😄

    Baca cerita dari Abang dulu lah sebelum bisa kesana langsung ☺️

    Btw, selamat merayakan idul Fitri untuk Abang sekeluarga. Saya mohon maaf jika ada kesalahan dalam berkomentar selama ini yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya visa USA masih ada maka harus digunakan sebaik mungkin.. belum tentu apply kali kedua boleh diluluskan.. waa beruntung sungguh sudah penuh perjalanan nya sampai ke disember nanti.. moga semua nya baik -baik ajar ya..

      Delete
    2. Saya pun mahu sekali terus kesemua negara tan tan ini tapi ia tidak semudah apa yg dirancang.. tambahan kita bawa anak anak sekali backpack mmg banyak limit dari pergerakan..
      Mahu tunggu cerita saya mungkin lambat lagi.. kerana cerita umrah belum habis dan Bali belum mula menulis hahaha..
      Apa pun selamat hari raya Aidilfitri huga dari saya ya :D

      Delete
    3. Iyeees paham sangaat. Negara STAN ini tak semua mudah dilalui. Teman saya baru balik dari 5 STAN. Tapi preparation dia dah jauh2 hari sejak dj Indonesia, terutama masalah visa. Karena banyak yg butuh visa bagi Indonesian.

      Paling susah Turkmenistan, Krn dia negara tertutup kan. Hampir mirip Korea Utara . Tapi teman saya berhasil arrange lokal tour, dan dari sana akhirnya bisa buat visa Turkmenistan.

      Mungkin bagi Malaysia lebih gampang, Krn kalo saya tak silap, free visa bagi Malaysia..

      Terkadang saya pikir memang nak manfaatkan visa US yg masih valid. Tapi terkadang kalo ingat kelakuan negara ini dengan supportnya terhadap israhel jadi tak ingin juga berangkat. Liat nantilah, masih tahun depan juga. Ntah2 berubah pikiran 🤣

      Delete
    4. Untuk Malaysia Passport hanya Turkmenistan sahaja yg perlu apply visa dan sekali masuk hanya dibenarkan 14 hari sahaja.. maka kerana itu hanya smpai ke Uzbekistan sahaja tempoh hari..

      Delete
    5. Utk terus ke semua 5 buah negara Tan ini tidak mudah.. bajet dan masa yg lama kena ada.. makanya saya buat dua trip yg pertama Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.. dan trip kedua Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan.. Insyallah

      Delete
  6. enjoy the trip and selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dan mmg banyak bersabar bila bawa the kids ni jenjalan backpack sekali hahaha.. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Shirven :D

      Delete
  7. Bagus sekali ide terbang di Hari Raya supaya gak izin bekerja dan izin sekolah ya, hehe :D Tapi di mana pun berhari raya selalu hangat rasanya jika dihabiskan dengan keluarga. Terima kasih sudah berbagi ceritanya, ditunggu cerita dari Almaty.

    Oya, mohon maaf lahir dan batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea bagus tapi ngak bagus kalau selalu dibuat nani dimarahi oleh org tua kerana Hari Lebaran kan harus balik ke Kampung Halaman gitu hihihi...
      Insyallah akan cuba secepat mungkin update cerita ke Almaty ini :D
      Salam Lebaran juga ..

      Delete
  8. selamat hari raya
    jangan lupa bawa ketupat dari Kyrgyzstan
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Dear Anies... Alah sana takde ketupat la hahaha :D

      Delete
    2. alaa baru nak rasa...
      hahaha

      Delete
    3. Sana beras pun mahal huhuu...

      Delete
  9. nampak juga promo tu
    rasa tergugat bla tgk harga mcm tu
    tapi kalau return RM99 tu
    lagi syokkkk hahaha walaupun mmg mustahil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann tergugat kan... Kita ni pun tergugat dan terus beli..lepas beli mcm hati berbelah bagi rasa bersalah pun ada hahahaaa.. Well peluang jarang2 berlaku kita rembat jer la :D

      Delete
    2. dah lps beli baru rasa bersalah
      sebelum beli mmg tak terfikir pun
      hahahaha
      mmg faham sgt laa perangai mcm tu...
      tp kalau x beli asik dok teringat2 je
      benci betul!

      Delete
    3. Tak ada la rasa bersalah tapi lebih kepada takut seram eh betul ke gitu hahahaha... Alhamdulillah at least tak ada lah mimpi pasal Kazakhstan lagi hahahahaaa...

      Delete
  10. tudia beraya di go head gostan! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Jgn lah macam tu.. tiket promo sekali sekala merasa beraya di perantauan kan.. tmpt negara islam juga :D

      Delete
  11. Selamat hari raya ttboy! Best tuu raya oversea 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga.. dlu masa student pun dah merasa raya di perantauan.. saja repeat hihii..

      Delete
  12. Eid Mubarak TT sekeluarga.. beraya dinegara org pula ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak juga Puan Cahayahidupku.. alhamdulillah ada rezeki merasa beraya di nagara umat islam yg lain :D

      Delete
  13. Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
      Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga :D

      Delete
  14. Taqabbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

    Selamat bercuti & have fun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga dari saya pada Puan Mulan..
      Alhamdulillah dah tak sabar nak balik Malaysia ni hihii.. :D

      Delete
  15. Bab cuti, tu betul. Kalau nak cuti panjang dan tanpa gangguan hal kerja, hari raya lah masanya.

    Tapi kami belum berani ponteng balik raya puasa, setakat ni raya haji je 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baru-baru kawen dulu pernah sambut raya di Seoul sebab abg berkerja di sana dan family dia pun tinggal sama. And masa tu bawa mak sekali beraya dengan abg di Seoul. And masa belajar pun ada few time beraya di perantauan.. So kita tak janggal sgt beraya di luar hihi.. cuma jgn buat selalu la hahahaa :D

      Delete
  16. Hanya traveller sejati sahaja yang boleh buat macam ni. Teringin juga nak ke negara bertan2 ini. Apapun, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... peluang yg mungkin sekali seumur hidup kita try jer la kan.. lagi ni sekali je beraya diperantauan ... at least boleh tgk culture di tmpt lain menyambut raya kan :D

      Delete
  17. Baca harga ticket tu mcm boleh la kalau nak diusahakan. Tempat jauh return tak sampai seribu mmg patut la hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannnnn... itulah tercabar keimanan jugak masa tgk harga tiket tu hihiii.. terbeli dan terpergi gitu hihiii :P

      Delete
  18. Arbat G Almaty tu murah x brg2 kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kazakhstan ni paling mahal kalau dibandingkan dgn antara negara tan yg lain.. so kalau nak shopping bukan di Kazakhstan.. Uzbekistan dgn Kyrgyzstan jauh lebih murah..

      Delete
  19. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ye...lambat wish...tapi sesekali best la beraya di perantauan sebab dah biasa husband and wife merantau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat SA.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.. tak apa tak lambat pun Raya kan sebulan :D
      Byk yg perlu dikorbankan bila nak beraya diperantauan ni.. buat sekali ni jer.. lps ni tak buat dah hahahaha

      Delete
  20. Pandainya urus waktu dan bijak ambil kesempatan. Begitulah kalau jiwa traveller, tetap akan mencari peluang untuk memenuhi setiap impian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percubaan juga pergi waktu raya ni.. lagi pun destinasi adalah negara islam.. tak la ralat sgt berbanding kalau ke tokyo, paris atau london kan.. Somehow blh belajar culture di negara lain sambut raya kan.. :D

      Delete
  21. A little bit late but...Eid Mubarak. Mohon maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak juga... Mohon Maaf Zahir Dan Batin :D

      Delete
  22. Selamat hari raya..maaf kalau terlambat ucap 🙏..apa rasanya berhari raya di negri orang bang ? Pasti beda suasananya ya..di negara sendiri pasti lebih ramai 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Seronok menyambut hari raya di tmpt org.. unik dan perasaan nya lebih menghayati gitu hahaha.. walau terasa asing ditmpt org tapi tetap meriah dgn suasana.. :D

      Delete
  23. waaa jauhnya u beraya!!! impressed lah dgn ur passion to travel!! kira traveller sejati gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala merasa kenapa tidak kan mentambut raya di negara islam yg lain.. alhamdulillah mmg menarik.. semua nya berbeza.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...