Wednesday, 18 June 2025

Uzbekistan Part 3 : Lunch At Anjir Restaurant With Mr Hafiz & Mr Salahudin

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Uzbekistan Part 2 : Tashkent Avtovokzal Bus Terminal - Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque

Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk solat dhuha di Ubay Ibn Ka'b Jameh Mosque dan berehat seketika. Namun masa terlalu berkat buat kami. Dan jam masih menunjukan waktu baru sahaja memasuki jam 10.00 pagi. Walaupun dah cuba buang masa tapi macam berat jer jam ni nak bergerak laju.

Dan pada yang sama aku search Restaurant Nur kepunyaan rakyat Malaysia berbangsa Melayu di sini. Tetapi malang sebab ia ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri. Dan aku pun spontan tanya wife nak tak kita pergi ziarah Kedutaan Malaysia. Wife pandang aku "Nak buat apa?" Aku kata saja la kan hari raya ni. Orang Malaysia kan ada budaya ziarah menziarahi.

Welcome to Anjir Restaurant a Traditional Uzbeks Food.
Nama jer agak pelik bagi kita tapi halal dan makanan di sini memang sedap. 
Sebahagian dari juadah kami ketika bersantap di Anjir Restaurant.
Wife tanya lagi "Pernah buat ke?" Aku kata banyak dah Kedutaan Malaysia yang aku datang ziarah. Windhoek (Namibia), Harare (Zimbabwe), Stockholm (Sweden), Seoul (South Korea) dan paling banyak Pretoria (South Africa) dan mana lagi aku pun tak ingat. Aku kata saja la ziarah mana tau rezeki dapat jumpa orang Malaysia. 

Bangunan Kedutaan Malaysia di Tashkent, Uzbekistan.
Disebabkan lokasi tidak lah begitu jauh dari masjid, kami menaiki Yandex menuju ke Kedutaan Malaysia. Namun disebabkan tersalah pin πŸ“Œlocation. Sesat ntah ke mana. Dan pada kali kedua barulah berjaya sampai di Kedutaan Malaysia di Tashkent. Tapi agak malang sebab Kedutaan masih ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri.

Secara tak langsung Duta Malaysia ke Tashkent ini pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia South Africa semasa aku belajar di sana. Terus aku whatsapp beliau dan alhamdulillah beliau reply. Tapi katanya hari ini beliau ada tetamu di rumah dan kedutaan masih lagi ditutup.

En Salahudin meminta kami masuk ke kedutaan sementara menunggu beliau sampai.
Budak masam yang tak tahu erti penat. Nak bermain sahaja kerja dia.
Dan kemudian salah seorang staff kedutaan telah whatsapp aku dan bertanya apa urusan dan sebagainya. Aku reply saja datang ke kedutaan sebab nak tunggu waktu check in accommodation yang kami book pada pukul 1.00 petang dan lokasi tidak jauh dari Kedutaan Malaysia ini. Dan kedua niat saja nak mai datang ziarah tapi tak sangka tutup pulak.

Dan aku kata tak apalah kami round area setempat sehingga waktu check in. Tak ada urusan apa pun. Dan staff kedutaan tadi reply "Oh ingat apa tadi, sebab Tuan Ambassador suruh hubungi encik. Takut juga ada perkara penting". Terus aku rasa "Ah sudah, macam dah menyusahkan ramai orang pulak". πŸ˜…

Daging Kuda yang telah dikeringkan. Sedap dan sangat recommanded.
Tak tahu apa nama panggilan nasi ini sedap ada banyak kismis.
Ada daging, lemak lembu yang dikeringkan dan telur burung puyuh.
Tiba tiba staff kedutaan tadi bagitau "Tak apa lah tunggu situ depan kedutaan, nanti saya datang" aku pun eh tak apa lah jangan susah-susah. Dan kemudian Encik Hafiz iaitu owner Restaurant Nur pun datang bersama staff kedutaan tadi iaitu En Salahudin. By the way beliau bukan staff biasa yer tapi Setiausaha Kedutaan yer. πŸ˜…

Masa ni aku dah rasa bersalah sebab dah menghuru hara kan keadaan sebab tiba-tiba macam asal semua datang nak membantu. Selepas bersalaman terus mereka bertanya dah makan ke belum? Aku macam biasalah jujur jer.. "belum lagi". Terus mereka ajak pergi ke Anjir Restaurant. Katanya alang-alang makan lunch terus.

Kami naik Yandex dan terus ke Anjir Restaurant. Tak cakap banyak dan terus duduk sebab nampak Encik Hafiz dan En Salahudin dah biasa makan di sini. Semua makanan kami serahkan pada mereka untuk order. Dan kami memang ikut sahaja dan makan apa yang di order. πŸ€—

Minuman teh campuran pelbagai buah berries dan lemon. Memang sedap.
Berborak sambil makanan tiba dan terus makan dengan penuh sopan santun walau pun perut dah kelaparan teruk hahahaa 🀣. Ok untuk review memang aku rasa kalau datang ke Tashkent korang memang wajib try makan di sini at least sekali. 100% original makanan tempatan Uzbeks. Siap ada hidangan daging kuda yang menjadi satu kebiasaan bagi orang Uzbeks.

Terima kasih buat En Salahuddin dan En Hafiz (berkupiah) untuk lunch di Anjir Restoran.
Masa ni jam telah pun menunjukan pukul 1.30 petang. Dan kami bersalam di luar restoran dan mengucapkan terima kasih sebab En Salahudin telah belanja makan tengah hari tadi. Dan En Hafiz telah orderkan Yandex untuk kami ke accommodation yang telah kami booking. 

Masa ni muka aku dengan wife memang malu tebal betul hahaha tapi dalam hati ada banyak senyum yang gembira. Dan aku memohon maaf sebab dah menyusahkan. Tak pasal-pasal ganggu waktu cuti mereka di tengah Hari Raya Aidilfitri ini.

Bersambung Uzbekistan Part 4 : Kena Scam Semasa Urusan Check In Dan Bertukar Ke Sulton Hostel

34 comments:

  1. Rezeki dijamu makanan sedap dan dapat jumpa orang besar di kedutaan. Bagus jujur, ada hikmahnya juga, mendapat balasan yang baik-baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masa tu memang tengah lapar sangat hahaha.. sebab naik bas lama sangat dari Bishkek.. tiba tiba ada orang belanja memang kita makan dgn penuh prihatin hihii.. πŸ˜…

      Delete
  2. mereka pun mungkin sebab tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia yang duduk di sana. sedikit sebanyak pun mereka akan tetap ambil tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita datang nak ziarah kedutaan sahaja.. tak expect apa pun dapat berjumpa dan nak bergambar jer kalau diberi izin..tpi itulah staff kedutaan sana mmg baik sangat.. 😊

      Delete
  3. Niat kita pergi melawat kedutaan sebab ingatkan ada open house gitu, tutup rupanya. Tapi baguslah staff tu menyantuni jugak tetamu yg datang ke uzbek walaupun takde urusan rasmi.

    N nama restoran tu, tergelak kecil sikit sebab kok anjirrr 🀣 tapi menarik sebab hidangkan makanan tradisi uzbek. Kalau saya direzekikan sampai uzbek, kena try ni. Nama restoran pun senang nak ingat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang mmg saja terjah kedutaan.. tak ada apa pun.. nasib baik kdg2 ada layanan yg diberi.. mcm di Namibia dulu.. siapa dibawa ronda bandar lagi.. Apa pun staff kedutaan Malaysia mmg selalunya terbaikk.. 😎

      Delete
    2. Nama tu pelik sikit la.. sebab sikit lagi nak sama dgn binatang tu tapi itulah bahasa mereka kan.. mungkin ada makna yg sedap didengar hihii.. apa pun makanan traditional di Uzbeks mmg sedap dan terbaik.. 😎

      Delete
  4. tekejut namanya Anjirrrr ehehehe tp bagusnya mereka menyantuni tak kira wlaupun cuti hari raya sptutnya off day tak dtg pun takpe, ini siap belanja makan & orderkan yandex lagi.. baiknya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mmg tak sangka.. dah la off day boleh pulak datang and bawa kita pergi makan.. mungkin bila dah hari raya nak berjumpa sesama org melayu Malaysia tu kuat.. maka dipertemukanlah kami makan bersama 😊

      Delete
  5. Nampak menarik semua makanan tu. Teh campuran berries lemon tu pun nampak sedap. Anjir pun anjir lah…janji halal dan sedap 😁

    Rezeki sungguh tu, dah lah dapat belanja makan, siap belanja e-hailing lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul teh tu sedap betul... Nasib ada tambahan hihi.. sekejap je satu teko tu habis kitrg minum.. itulah anjir pun anjir lah.. janji halal kan hihii.. alhamdulillah rezeki dpt makan lunch yg sedap dan free hihii.. πŸ˜…

      Delete
  6. Lor..nama anjir erk restaurant tu..alhamudlillah masih berpeluang disantuni oleh mereka berdua dari kedutaan, daging kuda? erm...sedap erk..lemak lembu kering tu pernah la makan..sedap..nasi tu banyak betul kismis ...x sabar nak baca part 4, cepat update...debar2 nak baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nama restoran tu nak kena sebut betul2.. hahaha.. πŸ˜‚
      Alhamdulillah org dari Kedutaan sudi belanja makan.. daging kuda ok sedap jer.. makanan Uzbeks lain dari yg lain namun sedap.. inshallah nanti update lagi.. πŸ‘πŸ»πŸ˜Š

      Delete
  7. Baiknya, datang melayan orang kita, walaupun sedang cuti. Rezeki jumpa orang baik-baik. Alhamdulillah. Makanan dia nampak sedap. Daging kuda pun ada, yek. Wow, pertama kali tengok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah staff kedutaan En Salahudin mmg terbaik.. ramah org nya.. Rezeki sgt jumpa dengan mereka.. yes mknn mmg sedap.. especially nasi tu. Daging kuda tu recommended sgt hihii.. 😎

      Delete
  8. Jadi merasa merepotkan juga ya Mas kontak ke kedutaan besar.
    Tapi tak apalah, akhirnya diajak makan di resto.
    Masakannya aneh-aneh Mas. Tapi minuman teh campur buah itu sepertinya sangat menyegarkan ya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. pada mula hanya mahu menyinggah dan mahu bergambar sahaja.. tapi merepotkan org lain pula hihi.. apa pun alhamdulillah org yg betugas baik dan peramah.. ada rezeki lunch bersama..
      Ia masak aneh sebab jauh beza dgn masakan kita di tanah melayu. Minuman berries itu mmg menyegarkan.. alhamdulillah sedapp πŸ˜ŽπŸ‘πŸ»

      Delete
  9. nama anjir tu memang pelik lah kalau kat msia heheh rezeki la dpt mkn2 kat restoran tu..nmpk sedap2 belaka mknnya! daging kuda tu mcm mana rasanya yer? mcm beef ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah .. kalau di Malaysia mmg tak lama la lepas tu akan tukar nama hihihii.. Makanan dia jauh beza tapi alhamdulillah sedap.. okla for me.. boleh je telan bagau.. hihii.. daging kuda rasa mcm beef jugak kot.. tak la jauh beza sgt πŸ˜…

      Delete
  10. syukurlah dilayan oleh staff kedutaan yg friendly. pasti mrka akan bantu punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected sungguh staff kedutaan tu dtg berjumpa kami dan belanja makan lunch.. syukur diberi rezeki berjumpa dgn mereka.. friendly, ramah dan pemurah gitu 😊

      Delete
  11. kalau ada peluang mahu juga rasa daging kuda ...macam liat juga sebab kuda haiwan berotot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia mcm susah nak dapat kan.. moga2 ada lah peluang utk rasa daging kuda.. betul cara msk tak liat kot πŸ˜….. mungkin la..

      Delete
  12. Hangat sekali ambassador dan pegawainya. Senang juga bisa ngobrol bersama sambil menikmati makanan authetic lokal. Nasinya terlihat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ambassador nya tapi pegawai nya.. orang nya baik senang hati dan suka berbicara. Alhamdulillah dpat makan makanan local yang unik dan sedap. :D

      Delete
  13. Org baik mesti dipermudahkan rezeki oleh Allah ketika mengembara.
    Rezeki dpt makan mknn Uzbekistan. Nmpk semunya sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau jumpa dengan orang yang baik dan orang yang membantu ketika travel memang satu nikmat sangat2.. Makanan traditional uzbeks memang sedap :D

      Delete
  14. Alhamdulillah rezeki. Daging kuda, wahh sedap nampak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap syukur sangat rezeki orang belanja.. Daging kuda tu sedap just makan jgn tanya dulu daging apa hahahaa..

      Delete
  15. 2 kali juga sy baca. betul tu nama restoran ni?
    kalau org Indo nampak ni tentu diorang ketawa...
    lain mcm bunyinya hehehe...

    kalau sy pegi je kedutaan malaysia tu
    mana laa tahu tetiba ada lemang ketupat bagai
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. nama nya agak menghampiri controversy gitu.. tapi bukan dlm bahasa kita kan.. mungkin ada makna yg menarik di sebalik nama tu.. tapi mudah buat kita nak ingt nama restaurant ini hihii..

      Delete
    2. Actually ada lemang dan sambutan raya tu bagai..tapi pada hari raya pertama.. kita dtg pada hari raya ketiga mana ada.. semua tgh bercuti raya time tu.. hihi.. takde rezeki kan.. πŸ˜…

      Delete
  16. teh campuran tu tgk pun nampak sedap...
    hehehe
    yg nasi tu fuhhh... meriah betul isinya...
    makan tu sesaja dah kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi tu sedap kita makan okay jer sebab macam ada rasa manis sedikit tapi tak la rasa sgt manis tu.. teh tu sedap minum dalam mangkuk kecil tu.. dpt makan free mmg nikmat time travel.. πŸ€—

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...