Thursday, 12 June 2025

Uzbekistan Part 1 : Arriving In Tashkent After 12 Hours Bus Journey From Bishkek

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 11 : Our Last Moment In Bishkek Second Day Of Syawal (Final)

Bas bertolak tepat pukul 6.00 petang dari Bishkek Western Bus Station dan tiba di border antara Kyrgyzstan dan Kazakhstan 1 jam setengah selepas perjalanan. Dan ketika ini semua penumpang dikehendaki turun dengan membawa segala beg dan luggage menuju ke immigration. Dan kami tidak menghadapi sebarang masalah di bahagian Kyrgyzstan.

Bas kelihatan lebih elok dari bas Almaty ke Bishkek tempoh hari.
Selesai di Border Kyrgyzstan kami berjalan kaki menuju ke Border Kazakhstan dengan jarak kurang 100 meter. Dan syukur alhamdulillah kami tiada masalah ketika beratur sehinggalah selesai passport kami di cop oleh askar yang sedang bertugas di kaunter.

Tapi elok selesai urusan passport tiba-tiba ada seorang pegawai askar telah siap sedia menunggu kami dan terus membawa kami sekeluarga ke arah kiri menuju ke sebuah bangunan kecil di seberang jalan. Yang mana orang lain semua berjalan ke hadapan dan terus keluar dari bangunan immigration dan menunggu bas.

Ruangan dalam bas yang luas dan selesa. Boleh la layan journey 12 jam ke Tashkent.
Atiyya dah runsing masa mula naik bas di terminal sebab nak kena hadap perjalanan yang jauh.
Perjalanan dari Bishkek ke Tashkent Uzbekistan akan melintasi negara Kazakhstan.
Masa ni hati dah mula berdebar. Apa la pulak masalah yang timbul ni. Dalam hati memang tak putus berdoa dan berselawat. Dah la time ni the kids ada yang meragam sebab tadi mereka tidur dalam bas dan kami kejutkan mereka untuk turun dari bas bagi urusan stamp passport di immigration.

Alhamdulillah sampai di Border Kyrgyzstan sebelum masuk ke Kazakhstan.
Masa ni kelihatan ada 3 orang wanita dan seorang lelaki lain berumur di antara 20-30an yang juga penumpang dari bas sama yang kami naik turut dibawa ke sini. Dari passport mereka, dapat dikenali mereka semua dari Turkiye. Dan masa ni memang perasaan cuak, berdebar apatah lagi passport kami semua di pegang oleh askar tadi.

Kemudian askar tadi datang pada kami dan boleh dikatakan lebih 20 soalan yang ditanya. Antaranya kenapa datang ke Central Asia ini. Apa yang kami telah lakukan ketika berada beberapa hari di Almaty, Kazakhstan dan Bishkek, Kyrgyzstan. 

Bila dah masuk dalam bangunan immigration lega sikit tak sesejuk seperti di luar.
Beratur untuk stamp passport di border Kyrgyzstan. Macam biasa curi curi ambil gambar.
Dan mana arah tuju kami selepas sampai di Tashkent nanti. Apa pekerjaan kami di Malaysia dan di mana kami tinggal di Malaysia?". Di mana accommodation kami di Tashkent nanti. Dan yang paling aku ingat askar tu tanya "Are you Muslim?".. "Are you fasting in Ramadhan?''.. "Are you pray 5 times a day?". Dan meminta aku mengucapkan kalimah syahada.

Memang pelik dan masa ni dan lagilah berdebar sangat sebab sampai bab islam pun dia tanya bagai. Dan soalan yang hampir sama juga ditanyakan kepada orang-orang Turkiye tadi. Dan kemudian askar tadi hilang dari pandangan setelah masuk ke dalam satu bilik bersama-sama passport kami semua.

Selepas Kyrgyzstan kami berjalan menuju ke Border Kazakhstan.
Budak -budak masa ni ada yang meragam sebab kacau waktu tidur mereka kan.
Masa ni lega sangat sebab dah lepas Immigration di Border Kazakhstan.
Memang masa ni dah kosong tak ada orang lain. Berharap sangat bas tak tinggalkan kami.
Ada kedai runcit tapi nak kejar bas punya pasal kita abaikan dulu.
Alhamdulillah bas masih setia menunggu kami yang lain semua dah masuk dalam bas.
Lebih kurang 10 minit kemudian dia keluar dari bilik dan memanggil kami sekeluarga masuk ke dalam bilik. Dan di dalam bilik tersebut terdapat beberapa pegawai yang aku rasa berpangkat lebih tinggi dari dia. Dan menanyakan soalan-soalan yang sama seperti apa yang askar tadi tanya.

Dan orang Turkiye tadi juga dipanggil masuk ke dalam beberapa bilik yang berlainan. Masa ni aku rasa mesti sebab kes serangan pengganas di sebuah pawagam di Bandar Moscow beberapa hari lalu yang mengorbankan ratusan orang. Dan serangan tersebut dilakukan oleh mereka yang berasal dari Kyrgyzstan.

Selepas melepasi Border terakhir iaitu Border Uzbekistan.
Semua menanti bas kami yang masih belum melepasi border.
Hampir 20 minit masih belum kelihatan bas kami sampai di pintu palang border.
Hampir setengah jam juga kami di sini, sehingga afnan tertidur di dalam stroller dan affan tetidur di kerusi menunggu. Dan syukur akhirnya passport diserahkan semula ke tangan kami dan kami dibenarkan meneruskan perjalanan dengan menaiki bas menuju ke Tashkent.

Perasaan lega tu hanya Allah sahaja yang tahu. Ketika penumpang lain nampak kami telah keluar dan berjalan ke arah bas, terus semua orang masuk ke dalam bas. Memang semuanya hanya menunggu kami dan orang Turkiye tu sahaja.

Nak guna tandas dan beli makanan ada selepas melepasi Border Uzbekistan.
Terdapat beberapa restoran 24 jam di sini. Cuma tak berani pergi.
Kang kena tinggal bas sia-sia jer. Terdapat juga beberap buah hotel budget di sini.
Di dalam bas beberapa orang penumpang yang boleh berbahasa English menanyakan pada kami apa yang berlaku dan kenapa kami ditahan tadi. Sebab sebelum ini ada juga pelancong lain tapi tak pernah lagi ditahan sehingga setengah jam oleh pihak askar di border ini.

"Dan lagi pun bas ini cuma menyeberangi Kazakhstan untuk menuju ke Uzbekistan" kata salah seorang penumpang lain. Aku pun macam "Ntah la.." dan aku menceritakan beberapa soalan yang ditanya oleh askar tadi. Tak sampai setengah jam kemudian kami semua tertidur dek keletihan di malam hari dan juga akibat ditahan askar tadi.

Bersambung Uzbekistan Part 2 : Tashkent Avtovokzal Bus Station - Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque

49 comments:

  1. Ya Allah...pengalaman yang kecut perut juga nie... Seram betul kalau igt balik... Bagus juga bas tu tunggu... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih mendebarkan.. mcm tak tahu kenapa ditahan walau tahu tak buat salah.. lama pulak tu.. kalau ingt balik this part mmg kami dah serabut dgn fikir takut kena tinggal bas lagi..😅

      Delete
  2. tanya soalan banyak2 tu, nak kite ambil exam ke apa?
    syukur laa dia tanya yang basic. kalau suruh sambung / 'tebuk' ayat / surah dalam al-quran mau berpeluh nak menjawab... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la maybe for safety reason kot sbb baru terjadi serangan pengganas di Moscow. Tapi tu lah kita travel dgn anak kecil sekali.. kalau tanya tebuk quran tu habis la den hahaha 😂

      Delete
  3. driver bas pun faham...
    dia akan stay sampai semua penumpang naik. kecuali laa kalau yg naik tu 'orang yang dikehendaki' ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masa dalam bilik kena soal siasat tu.. mmg berdoa sgt jgna bas tu tinggalkan kami.. mmg terkontang kanting la kat border kalau kena tinggal huhuu.. but bersyukur la semua org ambil berat psl kami.. huhuu

      Delete
  4. seram juga kalau dah kene tahan dan disoalsiasat mcm tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau seorang. Okay lagi.. ini sekali dgn family dgn anak kecil mmg cuak berdebar sungguh.. huhuu.. 😅

      Delete
  5. Berdebar pulak baca... Syukur takde sangkut apa². Diorg pun curious kot ada Malaysian family dlm group tu. Btw it was a good experience juga kan... Dapat pengalaman baru wpun bukan favourable experience :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab kena tahan dan disoal siasat tu dah ada pengalaman di afrika beberapa kali.. tapi bersama family ini pertama kali.. nervous dia lain macam huhu.. good gor the kids to learn something new dlm life mereka.. 👌🏻😎

      Delete
  6. Alhamdulillah tak berlarut soal jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah jam jugak lah kena tahan disoal siasat tu hahaha.. okla janji tak kena tinggal bas 😅

      Delete
  7. Nasib masa umrah tak kena macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umrah ni biasa nya dtg bersama agent sbb tu jarang nak kena apa2.. Dan mereka dah biasa terima pelancong tpi negara yg jarang terima pelancong ni mmg susah sikit kdg2 tu.. 😅

      Delete
  8. Bab kena soal siasat tu seramnya....pernah kawan saya cerita suaminya pernah kena masuk dalam bilik dan disoal siasat sebab nama seakan sama dengan nama pengganas. Haru betul la. Ini masa mereka di US. Kata kawan saya suaminya cakap...bukan salah saya nama seakan sama sebab yang bagi nama ni bapa saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali nak lepas mana mana border memang berdebar jer hati ini.. Time tu la baca doa selawat bagai.. Surah Yasin pun tak sedar, tau2 dah habis baca jer hahahaa.. Itulah setiap org pasti ada pengalaman dan setiap pengalaman itu pasti berbeza.

      Delete
  9. i pun baca pun rasa sgt nervous laaa...kental sgt semangat u jd traveller DIY ni. kagum!! syukur segalanya setel. mahal pengalaman tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kalau yg baca pun nervous apatah lagi tuan badan yg mengalami saat mendebarkan tu hahahaa.. travel DIY mcm itu lah.. Susah senang tu pengalaman yang mahal.. Btul yg penting selamat :D

      Delete
  10. kembara malam merisaukan juga kan tambah bersama anak2 kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya waktu malam semua tidur dengan lena dalam bas tapi itulah ada perkara lain yang berlaku :D

      Delete
  11. Aduh ngeri juga ya sampai bisa tertahan gitu, jadi pengalaman yg tak terlupakan ya.. Lain kali kalau ada yg tanya lagi.. Bacakan saja ayat qursi bang ,siapa tau mereka diam 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kata ayat kursi.. surah yasin pun habis dibaca takut punya pasal hahaha.. Mmg pengalaman yg mendebarkan apatah lgi bersama anak anak kecil.. dan paling takut jika bas meninggalkan kami di border..

      Delete
  12. alamak nevesnya baca! lama jugak setengah jam ye askar soal siasat. dah lah waktu tu timing kids tido sptutnya kan? syukur akhirnya dilepaskan & bas tak tinggal.. bersyukurrrnyaaaa rasa tak kena tinggal hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab waktu malam kan.. memang waktu budak tidur.. bila dikacau meragam la dia.. tapi lama sgt kena tahan sampai tertidur budak2.. apa pun tak kena tinggal bas tu syukur sgt..

      Delete
  13. Storytelling yang mendebarkan ...kalau buat buku memang terbaik la bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa doakan la moga buku dikeluarkan satu hari nanti.. 😅😊

      Delete
  14. Bestnya dapat jelajah je negara orng. Tapi itulah, ada cabaran yang tersendiri. Semoga dipermudahkan urusan tuan tanah sepanjang mengembara ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam senyum tawa dalam mengembara pasti ada duka dan duka yg mewarnai perjalanan dalam mengembara.. apa pun itulah warna warni .. terima kasih doakan 😊

      Delete
  15. Du... du... dua belas jam? Kematu ponggong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu ... Malam tidur jer la tak la terasa sangat.. kalau siang mmg kematu laa 😅

      Delete
  16. Baiknya bas tu tunggu semua penumpang naik. Kalau kt jepun ke kt korea ke memang kena tinggal agaknya walau bukan salah kita yg buat lambat..
    Tapi mcm pelik betullah dia tnya family encik ngn turkiye tu je, orang lain tk kena pulakk. Kita ni bawak budak2 pun nak jugak disoal siasatnya yee 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita masa tu pun dah cuak sgt sbb kalau sampai setengah jam.. nak ke driver bas tu tunggu.. mungkin mereka faham kalau tinggal mmg kami stuck in no where la.. org lain semua warga Kyrgyzstan dan Uzbekistan.. hanya kami sahaja yg foreigner.. mungkin sebab itu lah kot.. 😅

      Delete
  17. Tak ada yg bisa menjamin random check di imigrasi ini. Terkadang kalo dah kena, ya sudahlah, jawab saja dengan jujur kan. Wajar kalau mereka berhati2, apalagi sebelumnya ada case Macam2.

    Yg selalu saya ingat, tiap ditanya oleh petugas imigrasi, jawab tenang, yakin, dan jangan berubah2 jawabannya.

    Macam di Belarus, kami bertiga di tahan lama, terpisah pula 😅. Tp pertanyaannya diulang2 selalu, mau apa ke Belarus, bawa uang berapa, menginap di mana. Ituuuu saja, mereka ulang sampai 30 menit. Tp jawaban saya tetep sama. Akhirnya dilepas kami ber3.

    Mungkin mereka heran, baru kali ini ada muka asia, wanita pula ketiganya 😅. Dari pasport yg belum pernah mereka lihat pula hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu.. kalau nak melepasi sempadan atau pemeriksaan di airport. Berdoa sahaja lah tak kena random check oleh pegawai bertugas.. Mmg harus jujur aja jawap segala soalan.. biar tenang dan yakin.. itulah kalau jwpn berubah rubah mmg akan jadi sangsi.. 😅

      Delete
    2. Betul juga tu.. bila kelihatan passport yg blm pernah dilihat atau juga yg jarang amat dilihat.. pasti akan ditahan utk ditanya beberapa soalan.. syukur dilepaskan immigration.. jgn udah ditahan lama dan dihantar pulang.. aduh moga dijauhkan..

      Delete
  18. Seram betul kena tahan di imigresen ni. Kita tak buat apa salah pun boleh jadi kecut perut. Nanti nampak macam bersalah pulak kan. Syukurlah semuanya lancar. Memang legalah kalau dah berjaya melepasi border.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bila kena tahan.. walau tak buat salah mmg kecut perut dibuatnya .. apa pun syukur alhamdulillah dilepaskan dan bas tak tinggalkan kami di pertengah perjalanan yg ntah di mana huhuu..

      Delete
  19. 30 minit yang mendebarkan! Risau betul bila pasport dah dipegang pihak lain ni.
    Alhamdulillah dapat lepas dan bas masih menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila passport kita dipegang oleh seseorang ketika dalam pengembaraan.. mmg itulah benda yg paling mendebarkan.. nasib la tunggu lama tapi lepas.. syukur sgt huhuu... 😅🤲🏻

      Delete
  20. Aduhhh...paling x suka kena tahan Imigresen kat airport..SA pernah kena sekali kat Guangzhou

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Pengalaman yg tak best sebab mendebarkan huhuu.. 😔

      Delete
  21. Luar biasa nih perjalanannya Mas.

    Itu sampai ditanyakan segala tentang agama, berpuasa? Shalat 5 waktu dan mengucapkan syahadat...
    Pastinya ini pengalama pertama di border ditanya hal seperti diatas.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali juga ditanya sedemikian sehingga solat, puasa dah syahadah. Jika seorang mungkin tidak begitu berdebar tapi bila travel bersama keluarga dan anak kecil terasa debarnya..

      Delete
  22. Paling mendebarkan kalau mau masuk ke negara baru yang dikunjungi ya di keimigrasian. Alhamdulillah lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali travel tentunya tempat paling mendebarkan adalah di immigration huhu.. apa pun byk kan berdoa insyallah niat baik pasti dilepaskan

      Delete
  23. Mendebarkan sungguh... What if kena tinggal bas? Than macam mana?
    Bkn semua org boleh travel backpack. Mmg yg tahan lasak je blh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If kena tinggal humm mmg tak tahu macam mana.. sebab tak ada pengalaman sebegitu lagi.. tp syukur bas tu tunggu smpi selesai..

      Delete
  24. Berdebor baca entri ni. Alhamdulillah, dia lepas setelah setengah jam. Baik orang bas tu, dia tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa lepas immigration tu mmg kita bagitau awak jalan the kids saya nak lari bgtau bas suh tunggu sbb kita dah keluar.. alhamdulillah syukur sgt bas tunggu kitrg..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...