Tuesday, 9 December 2025

Pertandingan Pakaian Tema Kampung People - Athira Menang Tempat Pertama

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kalam kabut dibuatnya jumaat minggu lepas sebab ada tema pakaian kampung people untuk sekolah rendah athira. Maka me as parent sumbat dan pakaikan sahaja apa yang ada dirumah nak bagi dia happy dengan tema tersebut.

Tapi yang lebih mengejutkan bila ambil dia balik sekolah petang tu. Tiba-tiba dia bagitau "Ayah.. Adik menang dapat nombor satu..!" Terus aku amik dan baca eh menang pulak si kecik ni. Masa bagi dia pakai tu tak la harap apa pun.

Athira menang tempat pertama untuk keseluruhan darjah dua. Bila aku tanya macam mana athira boleh menang. Dia jawap sebab bawa bakul kat belakang ni la. Mana ada orang pernah bawa hahahaa.. Dia kata cikgu siap ajuk lagi tanya mana ikan dalam tu. 😅😅

Pagi tu di sekolah agama athira ada jamuan akhir tahun. Tak sempat juga nak prepare sebab terlewat bangun 6.40 pagi. Plan asal nak masak bihun pagi tu memang terbantut. Maka nya ke pasar beli donut gula 20 biji bagi athira bawa ke sekolah. 

Tunggu juga Ustazah kelas athira update gambar dalam group whatsapp. If makanan tak banyak kita nak la tambah order pakai grab. Sebab kalau jamuan sesi sekolah pagi memang struggle sikit kalau nak prepare makanan. Memang banyak membeli jer la. 

Cuba teka di manakah Athira dalam gambar ni ☺️
At this moment masih lagi terlalu sibuk dengan kerja hakiki. Nak sambung cerita pengembaraan di Maldives pun tak sempat lagi. Tapi insyallah minggu ini berharap sanagat akan update Maldives Part 7 sekiranya diizinkan Allah Taala. Entry ni kita update guna handphone sahaja buat-buat lepas rindu pada blog sendiri :D

Insyallah dah setel kerja aku akan membalas kunjungan ke semua blog sahabat handai. Tapi itulah bila nak setel kerja tu pun tak tahu. Most probably masuk Januari baru free la kot. Aduh.. tak sempat la nak habiskan cerita Maldives tahun ini. 

14 comments:

  1. kalau saya juri pun sekali pandang memang dah terpikat,100% ikut tema ni...
    tahniah Athira,ada kenangan manis untuk diingat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang last minute ikatkan bubu buluh tu belakang dia. Ntah mana datang idea tu hahahaa.. Alhamdulillah suka dia menang sbb mula-mula tu dia macam malu sikit hahaha bawa bakul kat belakang hahahahaa...

      Delete
  2. Setuju dengan Komen Afzan. Lengkap pakaian orang kampung tu, dengan ikan kepala dan siap bawa bubu pulak tu. Mesti idea ayahnya ni. Bagus pulak Athira, sporting, tak malu bawa bubu tu kat belakang, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya nak ikat kain kat kepala tu macam orang nismilan turun benda tapi try ikat banyak kali tak jadi... last2 ikat mcm serban jer la hahahaa.. Yes bubu tu mmg idea di bapak dia la.. mula2 malu juga tpi dah menang hilang la malu tu :D

      Delete
  3. yeszza.. memang akan menang, sebab ada aksesori tambahan.. ada pula "bakul"tu dekat rumah.. memang g menahan ikan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected sungguh dia boleh menang sebab semua tu tak fikir pun just nak pergi sekolah baru siapkan dia hahaha.. alhamdulillah menang bakul tu byk membantu :D

      Delete
  4. Tahniah Athira 👏🏽
    Memang layak menang.
    Bubu tu jadi hiasan kat rumah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubu tu beli dah dekat 10 tahun.. asalnya nak buat lampu la.. pastu masa camping guna juga untuk tangkap ikan kecik.. saje la beli sekadar "ada" hihii :D

      Delete
  5. Alhamdulillah..Tahniah..Yg digendong blkg tu yg mahal tu..Extra point =D..Ehhhh..Dh mcm judges cosplay competition la plk ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pakaikan tu mmg tak terfikir apa tapi bila dah memang baru perasan mesti dia seorang jer yg gendong bubu buluh tu belakang badan hahahaa..

      Delete
  6. Alhamdulilah tahniah adik
    Rezeki tak pernah salah alamat.
    Cantik attire dia, siap ad props hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur la dia menang walau tak disangka pun.. ☺️

      Delete
  7. Jimat kos apa yang ada kat rumah je tapi rezeki menang pulak tu. Tahniah!

    ReplyDelete
  8. Comel! Tahniah Athira, memang layak menang 👍🏻

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...