Thursday, 11 December 2025

Berkelah Dan Mancing Di Tasik UPM Untuk Kali Kedua

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Semalam petang habis kerja awal dan wife pun work from home. Pagi hari tu si kakak dua orang tak nak ke sekolah dengan bermacam-macam alasan. Dah tak belajar la.. Cikgu pun jarang masuk kelas bagai.. Terus aku kata " Tak nak pergi sekolah tanya ibu, jangan tanya ayah..". Dan bila ditanya ibu, ibu pun jawap benda yang sama "Pergi tanya ayah..". 😂

Dalam pukul 10.00 pagi kami sekeluarga ke Pasaraya Matahari sebab wife kata nak beli apa yang patut. Nak dijadikan cerita masing-masing terlupa bawa beg duit. Terpaksa bayar guna QR selepas mengurangkan beberapa barang dalam troli. 

Balik dari pasaraya aku terus keluarkan bahan-bahan nak masak. Dan bagitau wife siap-siap la kita pergi berkelah kat UPM. "Dah alang-alang semua tak sekolah, baik buat benda yang bermanfaat".

Dalam pukul 3.00 petang kami sampai di Kolam 2 atau Kolam Lampam di UPM. Terus bentang tikar siapkan makanan sebab semua dah kelaparan yang teramat. Menu kali ini aku masak ayam goreng kicap berlada, sayur campur goreng, telur goreng scramble dengan ikan bilis goreng bersama bawang dengan cili.

Lepas makan kami mulakan dengan aktiviti memancing. Ini percubaan kali kedua memancing di sini sebab yang lepas datang tak ada hasil langsung. Boleh baca di sini 👉🏻 Picnic Di UPM & Makan Malam Di Heritage Walk Sungai Besi. Tapi masa tu si ibu tak ikut hanya aku bersama the kids sahaja. 

Kali ini ikan target semestinya Ikan Lampam. Untuk 5-6 ekor pertama yang naik adalah Ikan Talapia sahaja. Dan kemudian diselang seli dengan Ikan Lampam. Dan kemudian hanya Ikan Lampam sahaja yang makan umpan. Paling best the kids excited tarik ikan bawa naik seekor demi seekor. Si ibu pun tak nak kalah menarik seekor demi seekor ikan.

Inilah Ikan Lampam Jawa. Kalau Lampam Sungai tak ada warna merah.
Dari pengalaman yang lepas kita perbaiki beberapa teknik memancing dan alhamdulillah ianya berhasil. Dan kali ni bila si ayah dengan sengaja kata "Dah jom balik.." semua kata eh sabar.. nanti la dulu, tengah sedap mancing tarik ikan ini. Terus aku senyum sambil dalam hati berkata baru korang tahu kenapa ayah korang suka mancing. 😅

Sampai rumah ais pun dah cair. Alhamdulillah ikan semua masih segar.
Yang besar-besar kita susun untuk bergambar sebelum habis acara.
Alhamdulillah hasil yang sangat dibanggakan oleh the kids dengan si ibu sekali. Okla next time boleh repeat lagi dengan beberapa penambahbaikan lagi. Actually aku dah bawa badminton dengan net sekali sebab takut boring berdasarkan pengalaman lepas yang tak dapat ikan. Sudahnya tak ada siapa yang sentuh badminton. 

Kami sampai rumah waktu maghrib dan semua keletihan aku ajak keluar makan pun tak nak. Ikan tak larat nak siang aku tambah lagi ais. Insyallah pagi Khamis ni cuti, baru nak siang ikan dan akan dibuat pekasam 🤤 kesemuanya. Ramadhan pun dah tak lama boleh buat stok ☺️.

12 comments:

  1. wow kalah pertandingan memancing ni. Mestilah seronok kalau dapat ikan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok la mcm pertandingan huhuhuu.. ni lebih main main dgn anak2 memancing..
      Seronok the kids dapat ikan.. pagi ni dah tanya nak pergi lagi mancing hahaa..

      Delete
  2. Aktiviti yg sangatttt bermanfaat ni. Tahniah 👍🏻
    Tasik tu sesiapa boleh datang piknik @ memancing ke? Lama dah tak piknik hehe...
    Sedapnya ikan pekasam

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ada tertulis tak dibenarkan memancing tapi sebenarnya boleh sbb nak mancing kena bayar sebatang RM20.00. Insyallah nanti siap pekasam kita update di blog ini..

      Delete
  3. wowww lumayan sgt hasilnya tu!! sedapnya mkn ikan fresh gini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak la lumayan di situ utk trip kali ini Alhamdulillah 😁.. Insyallah ikan pekasam on the way.. nanti update hihii.. 🐟🐟

      Delete
  4. seronoknya dapat susun-susun ikan..husband saya mancing asyik kumpau je,tak pernah susun-susun ikan,teringin juga ni..bagi tips sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa kita pun bukan selalu boleh susun susun ikan macam ni.. ada je kumpau hahaha.. tips dia wife kena support suami jgn halang kalau suami nk gi mancing hahahaha.. 😁😅

      Delete
  5. Wahhhh seronoknya dapat hasil banyak, ikan fresh pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur kali kedua mencuba di tasik upm ni berhasil
      Kali pertama hari tu kumpau juga.. 😅

      Delete
  6. Huiiii...masak lomak cili api letak daun kunyit sodap ni ikan lampam tu...tapi ikan kecik2 biasanya banyak tulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang besar sedap nak goreng pun seekor tu jer.. yg lain kecik sikit dari tapak tangan.. ini semua plan nak buat pekasam jer.. 🤤🤤

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...