Saturday, 3 January 2026

Maldives Part 9 : Fishing With Local - Vilimale Local Market & Public Beach

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Kami berjalan ke salah satu pantai yang kurang 100 meter dari Masjid Al-Ikhlaas. Dan di sini juga kita boleh menyewa peralatan snorkeling jika mahu. Dan terdapat juga dive center sekiranya berminat nak buat aktiviti diving dan boleh memilih lokasi yang dekat atau yang jauh dari Pulau Villingili dan harganya lebih murah berbanding di Maafushi.

One Love Beach terletak 100 meter dari Masjid Al-Ikhlaas.
Selesai bermain air di pantai kami berjalan-jalan di beberapa kawasan yang pak imam tadi bawa aku dengan Ust Anas. Dan terserempak dengan beberapa orang yang sama memancing pagi tadi. Sekali lagi kami diajak untuk bermancing bersama. Dan boleh tengok senyuman setiap dari kami yang mendapat ikan di mata kail.

Vilimale Bridge View yang terletak bersebelahan dengan Masjid As-Salaam.
Jambatan yang akan menghubungkan antara Male dan Villingili dan pulau lain.
Kemudian kami berjalan ke arah selatan pulau menuju ke Aroxel Base Park sehingga ke Masjid As-Salaam iaitu masjid ketiga yang ada di Pulau Villingili ini. Dan kami bertemu dengan orang tempatan yang sedang memancing. Dan sekali lagi kami diajak bermancing bersama.

Seronok mancing di tepi pantai dan ikan ditarik seekor demi seekor. Umpan yang kami gunakan adalah udang putih kecil yang telah mati tapi masih segar. Sehinggalah habis semua umpan yang ada dan ikan telah memenuhi kotak polystyrene.

Suasana pantai yang indah dan tenang di pagi hari.
Walau ia berdekatan dengan kawasan perumahan tapi sangatlah bersih.
Mula-mula mengata orang, last-last diorang yang sakan tak nak berhenti mancing.
Hasil selepas selesai sesi memancing. Memang puas hati ☺️
Baru sahaja kami sampai petang semalam di sini tapi boleh dikatakan masyarakat di sini yang juga ahli jemaah masjid telah mengenali kami. Baik pemilik kedai runcit atau yang bekerja di dive center sehinggalah kepada pekerja pembersihan yang menyapu sampah di tepi jalan. Sampai ada yang berikan kami makanan.

Dan yang paling seronok orang-orang tempatan di sini cukup ramah dan sangatlah baik. Hadir ke sini dua hari satu malam memang tak cukup. Insyallah kalau diizinkan di masa hadapan pasti aku akan datang ke sini lagi. Tempat bersih dan tidaklah dipenuhi pelancong seperti di Maafushi dan makanan juga murah.

Boleh sewa peralatan snorkeling dan surfing board.
Harga dive trip Moodhu Bulhaa Dive Centre lebih murah dari Maafushi.
Kami pulang ke apartment sebelum masuk waktu zohor mengemas dan bersiap untuk check out. Kunci apartment kami serahkan kepada salah seorang pekerja owner apartment ini. Dan ketika ini pak imam tak ada pada waktu zohor di masjid sebab mengajar di Male dan kerana itulah dia nak belanja sarapan pagi tadi.

Kedai OUD AL GHAAR yang dimilik oleh Imam Masjid Al-Ikhlaas
Selain menjadi imam beliau juga membuka kedai wangian yang bernama OUD AL GHAAR yang terletak 20 meter sahaja dari masjid Al-Ikhlaas. Oh ya nama Imam Masjid Al-Ikhlaas yang banyak membantu kami adalah Imam Ahmed Riyaz. Wajah beliau nampak garang tapi peramah dan suka berborak. Kami menggunakan bahasa urdu dan arab untuk berkomunikasi.

Suasana di perumahan di Pulau Villingili yang bersih, teratur dan cantik.
Selepas kelaur dari apartment kami mengambil jalan berlainan ke terminal feri melalui kawasan tepi laut. Sambil melihat keindahan suasana kawasan perumahan yang ada di sini. Cukup berlainan dari kawasan perumahan di Maafushi, Male dan Hulhumale. Di sini lebih tenang dan hanya ada motor elektirk dan bus awam yang juga elektrik.

Dan sempat kami singgah ke salah satu supermarket yang ada di sini untuk melihat apa yang dijual. Apa yang menarik perhatian aku adalah ikan tuna salai yang telah dikeringkan. Ianya boleh disimpan hingga berbulan-bulan lamanya. Nak guna untuk masak kari pun boleh dan nak dijadikan inti dalam samosa pun boleh.

Ikan Tuna yang telah disalai dan dikeringkan. Memang wangi bau ikan salai ni.
Roti, cookies dan kek juga dijual secara per piece. Boleh la beli satu dua buat rasa.
Dan kami berjalan sehinggalah ke terminal feri. Kalau ikutkan tak la jauh mana pun nak berjalan. Dari hujung ke hujung pulau tak sampai pun 20 minit berjalan kaki. Terasa susah nak berjalan sebab ketika ini cuaca panas tapi pemandangan yang indah sedikit sebanyak melupakan kepanasan yang sedang kami rasai hihi. 

Air laut yang bersih, jernih dan biru. Ikan pun banyak bermain di tepi tebing.
Dan sebab nak bergambar punya pasal sanggup la layan panas sekejap di mana sahaja ada sport yang cantik hihii. Dan sampai sahaja terminal feri kami nampak bas awam elektirk yang comel. Terus aku ajak semua naik bas round pulau ni sebab nak duduk dalam aircond punya pasal hahaha. Harga tiket bas cuma MVR5.00 seorang.

Public Bus Electric yang comel - Made in China. Tiket MVR5.00 sahaja.
Sebelum naik feri kami sempat singgah ke Vilimale Local Market. Saja melihat apa yang ada di sini dan kami telah mencuba sejenis kuih traditional Maldives yang berintikan kelapa dan isi ikan tuna (sedikit pedas). Agak sedap dan harga pun agak murah. Oh ya, harga buah-buahan di Maldives tak murah, mungkin kebanyakan di import dari luar.

Visit Vilimale Local Market bersebelah dengan Terminal Ferry.
Pisang Abu kalau kat Malaysia kita buat goreng pisang tapi di sini dimakan raw.
Tembikai di sini kecil tapi sangatlah manis. Sama juga Buah Kelapa kecil dan mahal.
Terdapat juga beberapa barangan hasil kraft tangan masyarakat tempatan yang dijual di sini termasuklah keychain dan fridge magnet. Selain itu kita juga boleh makan dan minum di sini sementara menunggu feri sampai. Cumanya pada waktu kami datang ke sini tak ramai peniaga yang membuka gerai jualan mereka.

Masjid Al-Birri telah dirasmikan pada tahun 2019 oleh Presiden Ibrahim Mohamed Solih.
Masjid Al-Birri ini boleh memuatkan 1,000 jemaah dalam satu masa.
Disebabkan kami belum lagi solat zohor dan asar maka kami singgah di Masjid Al-Birri untuk menunaikan solat jama'. Masjid terletak betul-betul di hadapan seberang jalan dengan Vilimale Local Market. Alhamdulillah kami berpeluang untuk menziarahi kesemua tiga buah masjid yang ada di pulau ini iaitu Masjid As-Salaam, Masjid Al-Ikhlaas dan Masjid Al-Birri.

Hotel Vinorva antara salah satu hotel yang ada di Pulau Villingili ini.
Vilimale Public Beach. Kelihatan jambatan dari Male sedang giat dibina.
Dan di sebelah Vilimale Local Market ini terletak Vilimale Public Beach yang menjadi tumpuan bagi orang-orang Male yang hadir ke sini. Hotel Vinorva adalah satu satunya hotel yang proper dengan bangunan sendiri bukan seperti hotel lain yang menggunakan bangunan kedai. Friendly Muslim dan harga tak sampai RM190.00 semalam untuk standart room.

Kalau datang ke Maldives boleh la singgah ke Pulau Villingili dan tidur di Hotel Vinorva dan enjoy the environment yang indah, bersih dengan masyarakat setempat yang cukup ramah dan baik hati. Kalau nak datang balik hari pun tak jadi masalah sebab kecil sangat pulau ini. Ini dari perkongsian pengalaman aku sendiri.

Bersambung Maldives Part 10 : (Under Construction)

19 comments:

  1. menarik betul ur maldives trip ni sbb mingle around dgn locals. ikan tuna salai tu unik sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok duduk dengan org local yg baik hati dan peramah. Somehow mereka juga islam mmg lagi seronok kami dibuatnya..Yes ikan tuna salai tu kami makan masa breakfast dgn roti canai :D

      Delete
  2. bestnya sampai penuh sebekas tu hasil pancingan. diorang bagi sikit tak ikan tu kat encik? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang diorang nak bagi tapi nak buat apa hahaha.. bukan boleh masak pun.. bgi semua semula kepada org2 yg mancing tu :D

      Delete
  3. Sebab hasil lumayan tu yg sakan memancing tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa.. ajak stop kita boleh kena sound hahahaaa.. baru tau nikmat mancing hahaha :D

      Delete
  4. Ehhh meracun kita. Hubby kalau tengok ni mau angkut dive gear ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pulau ada tempat dive tersendiri dan mmg cantik cantik tmpt dive tu hihii :D

      Delete
  5. Ikan tuna salai tu mulanya bila tengok gambar je terasa macam eh kenapa ikan tu warnanya begitu....bila baca ohhh ikan salai rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebut salai la senang nak faham tapi kat sana mereka sebut smookey hihihii.. Btw kalau ke sana kena try.. pagi tu kami makan dgn roti canai.. Mmg sedap.. 🤤

      Delete
  6. Replies
    1. Tu yg seronok tak nak stop mancing hahahaa.. 😅

      Delete
  7. Lawa betul lautnya. Seronok dapat pengalaman memancing di negara orang. Banyak pula dapat ikan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai di kawasan bandar pun bersih dan biru air nya.. memang cantik di seluruh kepulauan di Maldives.. Seronok memancing bersama warga tempatan.. 😉👍🏻😎

      Delete
  8. Pengalaman menarik ni Afif, memancing bersama orang lokal. Untung pandai berbahasa Urdu dan Arab, jadi mudah mesra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la ckp urdu arab tu sikit2 kan hihihii.. As long faham dan boleh mmbalas ucapan tu kira okla 😅.. Bab memancing tu mmg seronok.. 😎👍🏻

      Delete
  9. Afif ni sure orangnya ramah tamah ye sebab sekejapan aje boleh mesra dengan penduduk tempatan. Seronoknya kalau locals welcoming kan. Rasa macam nak duduk lagi lama. KSarie nak share post yang ini kepada sahabat yang kaki memancing. Sure dia geram he nanti baca asal letak pancing dapat ikan😅Ada beli ikan tuna salai bawa balik? Itu kalau buat masak lemak cili api atau sambal tumis sure ngam tuh kan😋

    ReplyDelete
  10. tudiaaa...kalau x stop mau penuh kotak tu dengan ikan erk...

    ReplyDelete
  11. banyaknya ikan. haha . lontar pancing terus dapat hasil ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...