Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup
Hari ketiga kami di Johor sempena cuti sekolah ini aku decide nak masuk second national park yang ada di daerah sini. Dan aku rasa satu-satunya daerah dalam Malaysia yang mempunyai dua taman negara hanyalah di Pontian ini. Sound sangat interesting kan? Alang-alang dah sampai moh ler kita explore Taman Negara Pulau Kukup ini.
 |
| Alhamdulillah safely arrived by boat to Taman Negara Johor Pulau Kukup. |
Untuk maklumat mengenai parking kereta, pembelian tiket, harga tiket masuk dan cara untuk ke Pulau Kukup boleh refer di entry yang lepas. Asalnya memang nak buat satu entry sahaja tapi terlalu panjang maka kita potong kepada dua entry. Boleh ruju sini 👉🏻
Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup |
| Bulatan merah itu adalah kawasan yang dilarang atas faktor keselamatan. |
Selesai perjalanan dengan bot lebih kurang 5-7 minit kita akan diturunkan di jeti Pulau Kukup yang diselenggara sepenuhnya oleh kakitangan Taman Negara Johor. Dan di pulau ini tiada penempatan atau sebarang aktiviti komersial melainkan semata-mata pengunjung Taman Negara sahaja. Memang dijaga dan dikawal dengan baik.
 |
| Akar Pokok Bakau Jangkang Tertinggi di Pulau Kukup. |
 |
| Air Pasang yang tinggi ketika ini menenggelamkan plot plot ini. |
 |
| Pulau Kukup Mangrove Nursery - Untuk memelihara population pokok bakau. |
Apa yang menarik kami telah diberikan briefing terlebih dahulu setelah mendarat di jeti. Tidak seperti di Taman Negara Tanjung Piai yang mana pergerakan adalah sendiri tanpa briefing oleh kakitangan. Terdapat dua laluan di sini dan satu tandas dengan air bersih dibina berhampiran dengan Menara Tinjau yang juga diberi nama sebagai Menara Javanicus.
 |
| Satu-satunya tandas yang ada di sini - Lokasi tak jauh dari Menara Tinjau |
 |
Keadaan tandas yang bersih dan sumber air juga disediakan. Tapi masa nak guna tandas ni takut juga kot ada ular kat atas bumbung hahaa.. |
Dan laluan kedua tentulah ke Mercu Tanda Pulau Kukup. Namun ketika ini terdapat beberapa bahagian laluan masih lagi ditutup kepada pengunjung oleh kerana faktor keselamatan dari segi binaan yang telah rosak atau usang.
Oleh itu jika mahu ke mercu tanda yang terletak di hujung laluan. Maka kita kena berjalan semula ke entrance dengan mengikuti laluan yang kita guna semasa datang ke mercu tanda. Walau ia hanya bersebelahan dengan jeti utama. Dan kerana ini hanya beberapa orang sahaja yang sanggup berjalan ke Mercu Tanda Pulau Kukup dan kamilah di antaranya.
 |
| Check Point L Wakaf Xylocarpus. Ruangan untuk berehat. |
 |
| Kalau di Taman Negara Tanjung Piai hanya disediakan pondok biasa sahaja. |
Selesai briefing kami dibenarkan memulakan perjalanan menyusuri hutan paya bakau di sini. Berjalan di atas titi atau walking trail yang telah dibina khas untuk pengunjung. Dan walau ketika ini air sedang pasang besar, titi ini masih lagi tinggi dari permukaan air. Dan insyallah selamat walau kita bawa anak kecil base from my own experience.
 |
| Dari Tandas hanya beberapa puluh meter sahaja untuk ke Menara Tinjau. |
 |
| Hanya the kids sahaja yang naik sampai ke atas. Kita rehat kat bawahlah hahaa.. |
Bagi aku pemandangan di sini lebih cantik dan bersih berbanding Taman Negara Tanjung Piai. Dan sturktur binaan di sini kelihatan baru sebab baru dibuka semula kepada orang ramai pada 17 Mei 2024 selepas kerja-kerja baik pulih selesai.
 |
| Alhamdulillah sampai di check point E - Pavillion Brahminy Kite. |
 |
| Moh ler kita gambar bersama semua buat kenangan di masa hadapan. |
Info: Taman Negara Pulau Kukup (Johor) ditubuhkan pada tahun 1997 bagi melindungi salah satu pulau paya bakau terbesar di dunia. Pulau unik ini yang merangkumi keluasan 647 hektar adalah kawasan perlindungan yang penting bagi tumbuhan dan haiwan yang berkaitan dengan bakau dan beberapa spesies yang dianggap jarang ditemui atau terancam.
 |
| Affan adalah orang yang paling excited dan paling banyak bertanya soalan. |
 |
| Ternampak perkampungan ketam di sini. Boleh Nampak ke? hahaha.. |
Laman pejalan kaki yang selesa, platform pemerhati dan papan tanda bermaklumat yang banyak di sini, menjadikannya tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian dan pendedahan kehidupan alam liar Hutan Paya Bakau yang unik ini.
Taman ini merupakan tempat persinggahan penting bagi burung air yang bermigrasi melakukan perjalanan serta menempuh pelbagai rintangan di sepanjang Laluan Asia-Australasia (EAAF). Tanah berlumpur seluas 807 hektar yang mengelilingi taman ini merupakan tempat mendapatkan sumber makan yang produktif bagi burung semasa air surut.
 |
Laluan titi ini hanyalah pilihan jika mahu berjalan di sini. Agak gerun juga berjalan especially dengan the kids sebab air tengah pasang. |
 |
| Pemandangan yang cantik di Pavillion Brahminy Kite. |
Taman ini juga penting bagi penduduk tempatan yang tinggal di tanah besar Kukup dimana paya bakau adalah tapak pembiakan ikan yang dapat menyokong industri perikanan tempatan dan lumpurnya kaya dengan hidupan kerang yang menyediakan sumber makanan dan pendapatan.
 |
Check point D Plantar Propagul - Ruangan yang luas selepas Pavillion Brahminy Kite. Kami duduk rehat dan makan sedikit bekalan di sini. Boleh tahan juga jauh nak ke sini. |
 |
| Tak leh rehat lama-lama nanti mengantuk, dah la angin bertiup macam kipas masa ni. |
Kisah Mitos: Menceritakan tentang ular gergasi yang melindungi pulau ini dan kadang-kadang dilihat berenang melintasi selat ke Pulau Karimun di Indonesia. Dan kisah salah seorang puteri alam kayangan yang jatuh cinta dengan seorang pemuda pelaut dan menerima akibat yang buruk di pulau ini.
 |
| Check Point C - Terowong Masa Pulau Kukup. |
 |
| Terdapat banyak Ketam Batu ini di sekitar terowong masa ini. |
Sejarah: Pada zaman dahulu, Pulau Kukup terkenal sebagai markas lanun. Menurut satu sumber (tidak dapat disahkan), nama pulau itu berasal dari kata Melayu ‘gugup’ kerana ianya merupakan apa yang para pelaut rasa pada masa terdahulu ketika mereka berlayar melintasi pulau ini dalam perjalanan ke Selat Melaka.
 |
| Finally kami sampai di main attraction Mercu Tanda Taman Negara Pulau Kukup. |
Untuk berjalan ke semua check point kami mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Tidaklah begitu jauh dan kita berjalan pun di bawah teduhan pokok yang menutup sinaran matahari. The kids really enjoy dan tak tunjuk rasa penat kecuali kerap kali minta air sebab haus. Selain itu burung, ikan dan ketam juga menemani kami di sepanjang perjalanan.
 |
| Berjalan semula ke jeti adalah part paling mencabar sebab masing-masing dah penat. |
 |
| And alhamdulillah we manage untuk sampai semula ke Jeti Taman Negara Pulau Kukup. |
Perjalanan ke jeti semula terasa sedikit kepenatan sebab the kids masing-masing dan mula buat perangai dengan si afnan dan affan mula minta untuk didukung. Maka kami pun bergilir-gilir dukung dan suruh berjalan sedikit. Athira dengan Atiyya dah mula dia tak bercakap hahahaa. Dah tak excited macam masa datang tadi.
Tapi once sampai di jeti masing-masing bertenaga semula. Hai la anak-anak hahaha.. Dan di jeti kami berehat seketika dan aku cuba bertanya dengan kakitangan taman negara kot la mereka ada jual teh o ais ke. Sebab dahaga sangat dengan air manis. Air mineral pun dah larat dan tak lalu nak minum. Namun aku diberitahu tiada apa yang dijual di sini.
 |
| Muka semua dah kepenatan tapi gegurl kan kalau bergambar mesti no 1 hahaha. |
 |
| Selepas selesai kita kena laporkan diri di kaunter taman negara ini. |
Once kita selesai kita kena laporkan diri di kaunter kakitangan taman negara dan mereka akan menelefon boatman untuk arrange kan mengambilan kita dari Pulau Kukup. Pada kebiasaannya mereka akan tunggu dengan angka yang ramai untuk membawa kita pulang. Makanya kalau kita hanya berdua sahaja tunggu la sampai yang lain sampai.
Dan pada ketika ini kami tak nampak pun yang ramai-ramai datang bersama tadi ada di sini. Makna kata mereka hanya ke laluan Menara Tinjau sahaja dan tidak ke laluan kedua iaitu ke Mercu Tanda Taman Negara. Rasa macam rugi kalau tak bergambar di main attraction tu. Tapi itulah masing-masing punya kemampuan. Kalau korang pula macam mana?
Kalau Linda..dah sampai, kena cover semua lah..tapi, ank² mungkin eksaited masa perjalanan pergi..bila balik tu, laluan sama..tu yang tak eksaited..tambah penat sama..hihi..
ReplyDeleteActually agak interesting trip ke Pulau Kukup ni and the kids enjoy and excited.. Dpt prgi semua point mmg dah puas hati dgn thr kids.. Balik tu mmg reward the kids la.. ☺️👍🏻
DeleteSeronok nmpknya..Tp kalau kami berompek je mcm takut plk..Nmpk mcm sunyi je =)
ReplyDeleteActually tak la sunyi ..Mmg ada ramai je org cuma kami mmg pilih waktu tak ada org utk bergambar..masa dtg penuh bot dekat 20 org..
Delete