Tahun 2025 baru sahaja menutup tirai dan jika ditanya apa yang boleh dibanggakan dalam dunia blog ini. Bagi aku mungkin kejayaan update 120 entry sepanjang tahun 2025 dan aku sendiri tak tahu dari mana datangnya kerajinan itu.
Ketika 2024 menutup tirai aku berjaya dengan 91 entry dan itu telah cukup menceriakan aku kerana tak pernah post lebih 40-60 entry dalam setahun. Dan tak disangka tahun 2025 mencecah lebih dari 100 entry dan menjadi rekod terbanyak.
![]() |
Dan di tahun 2025 juga adalah dengan tidak sengaja telah review 18 tempat makan yang menarik antaranya Cafe 7 Baris by Nana Mahazan, Chef Kecik Boulangerie @ Lalapot dan Bru & Mase Cafe Bistro At The Campus Mall.
Sebanyak 53 entry berkenaan travel di luar negara dan 18 entry berkenaan jalan-jalan di dalam Malaysia berjaya aku tulis. Dan 37 entry yang ditulis berkenaan travel di luar negara hanya untuk Kazakhstan, Kyrgystan dan Uzbekistan sahaja. Habis masa setahun nak habiskan cerita pengembaraan di negara Central Asia. Harap u all sudi la membacanya.
Setakat ini aku hanya berjaya tulis kisah perjalanan di 29 buah negara sahaja di dalam blog ini. Itu pun ada beberapa buah negara yang masih tak habis lagi kisah yang diceritakan dan masih berbaki kisah perjalanan di 22 buah negara untuk ditulis. If ditanya memang aku tak tahu macam mana nak habiskan tulisan untuk semua kisah pengembaraan itu.
Somehow yang datang ke sini membaca dan memberikan comment memang sangat membantu untuk aku bersemangat dalam menulis kisah pengembaraan backpackers aku di beberapa buah negara di dunia ini.
![]() |
| Teringin nak amik gambar macam ni tapi tunggu kurus dulu hahahaha.. |
Tiba-tiba aku terfikir pada yang suka baca kisah travel aku di blog ini. What if kalau ikut aku travel sekali? Travel cara aku yang pasti murah dari flight ticket dan ground budget, lebih explore sebab aku sukakan sejarah dan mencari sesuatu yang menarik berkenaan sesebuah bandar atau negara itu. Dan aku suka bergaul dengan orang tempatan.
Ada yang nak ke?
Di tahun 2026 yang baru sahaja membuka tirai ini aku berharap dapatlah tulis dan khatamkan at least kisah di 4 atau 5 negara lagi. Dan di 2026 ni aku tak plan nak travel ke mana sangat. Lebih kepada nak berehat dan kukuhkan semula institusi kewangan hahaha. But tengok la if ada tiket flight yang murah tak masuk akal mungkin boleh mengugat hati.


Tahniah.. banyak juga 120 entri, ambil masa untuk menulis.
ReplyDeleteitulah nak tulis kisah travel bukan senang.. but syukur dapat juga tulis walau tak byk
DeleteWow, masih banyak cerita negara belum ditulis ya, 22 buah. Boleh buat rumusan kot, untuk sesuatu negara itu, dalam bentuk point yang penting. Cadangan saya saja. Sebab kalau nak tulis detail sangat, bila nak habis tu. Hehe... Apa pun, tahniah ya Encik, atas pencapaian blog lebih 100 entri pada tahun 2025. 👏👏
ReplyDeleteItulah tak tahu berjaya atau tidak nak tulis semua kisah pengembaraan tu. Rumusan tu menarik juga kalau dibuat awal kan.. Itulah tulis details makan masa setahun utk berapa buah negara jer. apa pun terima kasih baca dan comment di sini.
DeleteTahniah dapat menulis 120 entri. Menulis entri travelling memang mencabar.
ReplyDeleteBetul sangat.. nak tulis kisah travel tak mudah makan masa berhari-hari utk siapkan satu entry :D
DeleteTahniah berjaya..nak tulis kisah travelling sekali dengan info² yang bagus..memang susah...bagi Linda lah...hihi..teringin nak ikut travelling..tapi, duit memang takde.. hahaha..jadi, kita baca kisah travelling orang je lah..
ReplyDeleteTerima kasih.. Nak selitkan info tu yg menyebabkan satu entry memakan masa berhari-hari nak disiapkan huhuu.. Saya pun tak byk duit maka traval dgn bajet poket sendiri.. janji kita sampai di sesuatu tempat itu.. :D
DeleteAlang2 daftar la kompeni tour agent... baru masyuukkkk
ReplyDeleteAlaaa... Gambar tu.... sekarang bukan gemuk pun....
Kita nak travel suka suka jer.. kalau ada yg nak ikut kita ok.. Company ni dah jadi satu commitment pulak nanti huhuu..
DeleteWah ada 22 negara yang tidak ditulis lagi! Banyak itu tempat sudah pergi.
ReplyDeleteHehe penat juga mengembara ini.
Memang penat exhausted bagai tapi puas dan happy feeling hati hahahaa.. :D
DeleteMoga-moga adalah kekuatan nak menulis semua journey di sini :D
W’salam TT..
ReplyDeleteSalute to you.. Blog TT jadi persinggahan LZ mengenali negara luar secara live.. Keep on sharing okay..
Thanks sentiasa datang dan memberikan comment di sini. it help me alot untuk bgi semangat menulis kisah pengembaraan.. Insyallah akan terus menulis selagi mampu :D
DeleteFuh…ada lagi 22 buah negara nak ditulis 💪🏼
ReplyDeleteKalau akak pun memang ambil masa nak menulis entri travel sebab nak cari mood dan kerajinan.
Teruskan menulis tau, jangan biarkan pengalaman Afif lenyap tanpa dikongsikan.
At this moment tak tahu mcm mana habis menulis semua perjalanan itu.. tapi kita tulis jer la sikit sikit kan.. Moga2 suatu hari nanti habis jua ditulis di dalam blog ini.. betul juga.. mood dgn kerajinan kena ada sekali.. 😅
DeleteInshallah akan terus menulis selagi ada kerajinan, kekuatan dan mood hihii.. 😉👍🏻
Tahniah encik travel
ReplyDeleteTerima kasih banyak sudi ke sini selalu memberi comment.. 😉👍🏻
DeleteWell done 👍🏻
ReplyDeleteThanks... 😉👍🏻
DeleteRespek kpd blogger yg maintain aktif menulis dan dapat berjalan ke blog org lain.
ReplyDelete👍
Nak kata aktif tu tak la sangat but just keep everything on track..
DeletePost juga something bila dah lama sgt tak update huhuu..
Tahniah juga dapat mengembara ke pelusuk dunia. Salute💪💪
ReplyDeleteTerima kasih.. inshallah akan terus berkongsi kisah dan pengalaman mengembara di pelusuk dunia di blog ini.. 😉👍🏻
DeleteAkak punya blog pun break rekod tahun ni sampai 167 n3. Tahun sebelum ni tak pernah cecah 100 lebih n3. Takpe slow n slowly janji selesai update 22 negara tu. Bukan mudah ni untuk travel banyak negara.
ReplyDeleteFuhhh 167 tu dah kira post setiap dua hari.. tersangatlah aktif.. kita seminggu dapat dua pun kira jadilah hahaha.. Moga dpt la tulis semua perjalanan mengembara di blog ini.. ☺️👍🏻
DeleteWah!! Terbaik.. Semoga terus bersemangat menaip entry travel..
ReplyDeleteSeronok baca kisah travel blogger ini.. Setiap satu nya memberikan memori yang menarik.. Nak pergi belum tentu, jadi kita baca catatan mereka yang berjalan..
Insyallah moga moga begitulah sentiasa bersemangat berkongsi cerita di blog ini.. terima kasih banyak sudi baca travel journey di sini.. ☺️👍🏻
Deletekalau ada plan nak ke filipina atau ke pulau2 diorang, belanjalah sy! ehh PM laa sy... mn laa tau kot2 dpt penuhi wishlist ASEAN hahaha... Timor Leste, masih mengharap USD turun dan turun lg baru syok nak jd T20 kat sana hahahahhahaha
ReplyDeletePhilippines setakat ni tak ada dalam list lagi hahaha.. sebab pernah ke Cebu dulu.. tunggu la kalau dah rindu nak repeat huhu.. Timor Leste tu mmg teringin sangat nak pergi.. moga2 tiket murah la.. ☺️👍🏻
Deletetak apa walaupun sikit janji ada benda utk ditulis...
ReplyDeleteItulah biar sikit tapi update kalau biar lama tak ada nanti dtg penyakit M huhuu
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteteringin nak travel ala2 diy gitu tp tu laaa...saya biasanya akan travel dgn my boys /lil family...cuma ari tu plan nak gi jakarta dgn carneyz dan ezna utk visit fanny, cuma tak tau bila..tahun ni lah plan nyaaa
ReplyDeleteTau pasal nak ke jakarta tu.. nanti sy ajak uncle gedek sekali ikut hahaa.. ada jer tiket murah ke jakarta.. moga tercapai la tahun ni beramai2 ke Jakarta.. ☺️🤲🏻
Deleteana sgt salute sbb TTA (timetravelafif) share banyaaakk kisah ttg travel ke serata pelosok negara luar.. ana blm ada peluang nak keluar negara (sbb mnjaga mak ayah) jd ana tumpang baca & ikut prjlanan secara maya kat sini je sbg healing hehehe.. teruskan share kisah dgn kami pembaca setia singgah ke sini hehe
ReplyDeletealhamdulillah tahniah berkongsi n3 travel 2025 menarik jauh perjalanannya
ReplyDelete