Friday, 10 July 2026

Istanbul Part 6 : Sultan Ahmet Tomb - Hagia Sophia - Gülhane Park - Sarayburnu Hill

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai solat zohor di Blue Mosque kami berjalan ke arah Hagia Sophia Mosque dan juga partially sebuah muzium. Untuk ruangan solat di tingkat bawah hanya kepada orang islam sahaja yang dibenarkan masuk dan ia adalah percuma. Untuk sebahagian besar ruang di Hagia Sophia ini adalah muzium dan dikenakan bayaran €25.00 atau ₺1,300.00 per person.

Hagia Sophia Grand Mosque juga disebut Ayasofya oleh orang tempatan.
Kanak-kanak dibawah umur 8 tahun masuk adalah percuma dengan syarat mesti hadir bersama seorang penjaga dewasa. Dan mestilah menunjukan bukti sama ada passport atau ID card. Jika membeli package ticket entrance untuk beberapa attraction di sini maka ia lebih murah dari membeli single entry ticket. Kebiasaanya ia boleh didapati secara online.

Kak D dan Ust Syakirin nak makan jagung panas dan chestnut.
Aku pun dibelanja sekali hihi.. Katanya terim kasih jadi tour guide 😅.
Terdapat ramai warga tempatan yang berniaga Chestnut dan Jagung Bakar di sekitar area Blue Mosque dan Hagia Sophia. Kalau tanya aku maka cuba lah at least sekali Chestnut Bakar tu especially jika datang di waktu sejuk. Dua kali jejakan kaki ke Istanbul mesti layan Chetsnut dan Jagung Bakar di sini. Mungkin suasana berbeza maka rasa pun berbeza.

Sultan Ahmet Tomb dengan Blue Mosque berada di dalam satu kawasan yang sama.
Ni penjual aiskrim yang tipu Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu.
Terdapat juga beberapa buah kedai-kedai yang menjual souvenir di sini dan macam biasa bila ia berada di tengah-tengah kawasan tarikan pelancong maka harganya pun tidaklah begitu marhain hihii. Tapi kalau terdesak contoh kita datang on transit by Turkish Airlines hanya beberapa jam maka boleh la grab souvenir di sini.

The Tomb of Sultan Ahmet I dibina pada 1619M setahun lebih selepas Blue Mosque.
Beberapa ahli keluarga Sultan atau Khalifah Ottomaniyah juga berada di sini.
Dan di sini juga terletaknya maqam beberapa Khalifah Ottomaniyah yang terutamanya Sultan Ahmet I dan isteri beliau Kosem Sultan - Died from assassination in 1651. Sultan Osman II (1618-1622) & Sultan Murad IV (1623-1640). Prince Beyazıt putera kedua kepada Sultan Ahmet yang dibunuh oleh darah daging beliau sendiri ketika berumur 22 tahun.

Kosem Sultan iaitu isteri kepada Sultan Ahmet I juga berada di sini.
Putera Beyazıt anak Sultan Ahmet yang meninggal ketika berumur 22 tahun.
Selain itu terdapat beberapa lagi ahli keluarga Kesultanan Ottomaniyah yang dikebumikan di sini. Kepada yang beragama islam silalah masuk dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada para Khalifah yang dikebumikan di sini. Janganlah terasa malas hanya disebabkan nak masuk ke The Tomb of Sultan Ahmet I ini kena buka kasut.

Sultan Osman II (1618-1622) & Sultan Murad IV (1623-1640) juga berada di sini.
Walau dibina pada 450 tahun yang dahulu. Kecantikanya masih kekal sehingga hari ini.
Sultan Ahmet I mangkat pada usia 27 tahun ketika Blue Mosque baru sahaja siap dibina. Oleh itu pembinaan maqam beliau diteruskan bersebelahan masjid dan siap pada 1619M. Sebab itu nama lain bagi Blue Mosque adalah Sultanahmet Camii.

Pandangan dari sisi bangunan The Tomb of Sultan Ahmet I.
Hagia Sophia terletak bertentangan dengan Blue Mosque dan ia dibina jauh lebih awal iaitu pada 537M ketika pemerintahan Byzantine menjadikan ia The Largest Cathedral in the world for more then 1,000 years. Sehinggalah ditawan oleh Ottomaniyah dan ditukar menjadi sebuah masjid pada 1453M. Dan menjadi muzium dari tahun 1935-2020.

Zaman dahulu ini adalah tempat mandi bagi golongan atasan.
Peninggalan tapak Anceint Town yang telah berumur ribuan tahun.
Apa yang menarik pastilah sejarah dan architecture bangunan itu sendiri yang masih berdiri kukuh setelah lebih 1,500 tahun dibina walau pernah beberapa kali menempuh peperangan dan gempa bumi. Sangatlah menakjubkan bagi setiap mata yang melihat, if ada yang masuk tapi tak terpukau dan tak rasa apa-apa, orang itu pasti bermasalah 😅.

Cantik kereta peronda polis Turkiye ni. Bukan biasa-biasa huhuu..
Kami melalui Almeder Caddesi Street menuju ke Gulhane Park. 
Kalau tak nak jalan kaki boleh naik tram dari Sultanahmet ke Gulhane Park.
Salah satu bangunan kerajaan yang telah dijadikan muzium.
Dari Hagia Sophia kami berjalan menurun bukit menuju ke Topkapı Sarayı Müzesi atau Topkapi Palace Museum melalui Almeder Caddesi Main Street sejauh 350 meter. Sebenarnya masa ni aku tersalah jalan sebab hanya perlu berjalan ke arah belakang Hagia Sophia untuk ke Topkapi. Tapi bagus juga sebab berjalan di sini ada banyak attraction lain 😂.

Pintu masuk ke entrance Gulhane Park - Tiada bayaran dikenakan.
Gulhane Park termasuk sebahagian dari Topkapi Palace Museum.
Kebesaran komples bersejarah Topkapi Palace seluas 70 hektar.
Gülhane Park juga adalah sebahagian dari Topkapi Palace. Sewaktu zaman dulu di sini menjadi kawasan Khalifah bersiar-siar di waktu petang dengan pelbagai haiwan peliharaan liar seperti pelbagai jenis Rusa, Unta, Kuda, Zirafah dan Gajah. 

Kebanyakan haiwan liar ketika itu adalah pemberian dari para pemerintah dari seluruh dunia. Termasuklah haiwan dari jenis pemangsa seperti Jaguar, Singa, Harimau Belang & Kumbang, Serigala dan Beruang. Dan ia juga menjadi simbolik kekuasaan, hubungan diplomatik dan pengaruh Empire Ottomaniyah dari seluruh dunia pada ketika itu.


Topkapi Palace telah didiami lebih dari 30 Khalifah Ottomaniyah dari 1459M sehingglah 1856M yang diakhiri oleh Sultan Abdulmejid I. Dan kemudian Istana Khalifah yang baru berpindah di waterfront yang diberi nama Dolmabahçe Palace.

Pemerintahan paling lama ialah Sultan Süleyman The Magnificent 1520M-1566M yang terkenal dengan kekayaan dan kekuasaan ketenteraan darat dan laut yang kuat dan hebat sehingga menawan banyak kota besar di Eropah seperti Vienna, Budapest, Belgrade dan Malta. Grand Admiral Barbarossa juga berkhidmat di bawah pemerintahan beliau.

Kawasan yang sangatlah luas, beberapa kali berhenti ambil nafas kata Kak D.
Monument Gulhane Park.
Kami berjalan lebih dari 1km di Gülhane Park sehingga ke hujung dan semasa di tengah perjalanan aku bertanya dengan Kak D dengan Abg N nak pergi ke Topkapi Palace ke? Mereka terus kata tak nak sebab dah tak larat nak jalan huhu. 

Baru aku perasan.. Eh kenapa bawa diorang jalan jauh-jauh. Kak D beberapa kali minta duduk rehat amik nafas katanya. Mulalah aku rasa bersalah tapi Abg N kata "Tak apa lah.. bila lagi nak ada peluang datang sini". Aku pun kata nanti sampai depan tu amik teksi balik hotel. Nasib la cuaca pun sejuk berangin.. Tak la penat dan nak kena hadap panas.

Keluar dari park kami tiba di Sarayburnu Hill dengan keadaan seperti menuruni bukit dan laut terbentang luas di hadapan kami. Dan kelihatan area Taksim di sebalik air laut yang membelah daratan. Terus aku kata kita duduk rehat sini sekejap lepas tu terus balik hotel. Abg N kata pemandangan terlalu indah sampai boleh lupa penat berjalan tadi.

Bersambung Istanbul Part 7 : Galata Tower Free Entrance On Tourism Week Celebration (Under Construction)

3 comments:

  1. Sedap juga tu pekena jagung bakar kat negara orang.

    ReplyDelete
  2. Teringin juga ke Turki lagi. Time pergi dulu tak enjoy sangat sebab suami patah sebelah tangan. Kalau makan jagung panas2 time cuaca sejuk memang best la.

    ReplyDelete
  3. Sentiasa kagum dengan seni binaan mereka serta betapa kukuhnya binaan zaman dahulu. Kena spend banyak masa baru puas meneroka Istanbul ni.

    ReplyDelete