Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dalam kawasan masjid di kariah rumah ada banyak pokok-pokok buah. Bila buah Sukun dan Cempedak banyak di pokok, kami gotong royong dari petik sehingga masak untuk dijadikan juadah sarapan selepas kuliah subuh hari sabtu dan ahad.
Buah-buah lain seperti pisang memang terus digantung atau dibiarkan di atas meja untuk sesiapa sahaja yang nak makan bila datang ke masjid. Dan kali ini turn Buah Mangga pulak berbuah dengan lebat.
Tadi pagi lepas kuliah subuh Wak Reno dengan Haji Nik ajak geng petugas yang menyediakan juadah sarapan, kait buah Mangga yang dah kuning keemasan di atas pokok. Alhamdulillah lebih 80 biji yang berjaya di kait namun buah seperti tidak lekang di atas pokok. Lepas kait terus packing dan diberi kepada yang hadir solat zohor.
![]() |
| Hanya Wak Reno yang larat nak kait buah berkali-kali. |
![]() |
| Antara sebahagian hasil yang memenuhi raga motor. |
![]() |
| Mangga berwarna Kuning Keemasan. Alhamdulillah tak masam dan ada yang manis. |
![]() |




Sarapan memang dimasak sendiri secara rutin setiap Sabtu dan Ahad? Tak ada hari yang order?
ReplyDeleteKena modify raga besar lagi tu.....
ReplyDelete