Alhamdulillah Syukur masih diberi keizinan dari Tuhan Yang Maha Esa untuk kita terus bernafas dan menghirup udara menyambung kehidupan menuju masuknya tahun 2025. Kepada semua yang membaca blog ini aku doakan agar diberi kesihatan dan kecerian sepanjang tahun 2025 nanti Insyallah.
Since memulakan penulisan di blog ini pada tahun 2012 sehinggalah tahun ini. Tahun 2024 adalah tahun penulisan paling berjaya dalam hidup aku adalah dengan 91 entry yang berjaya aku post. Walaupun agak sibuk dengan mengembara secara backpack ke beberapa buah negara pada tahun ini.
![]() |
| Sofia City - Capital of Bulgaria - September 2024 |
Dengan 64 entry mengenai kisah mengembara di luar negara dan 8 entry mengembara di dalam Malaysia. Dan 11 entry mengenai keluarga dan aktiviti. Selebihnya adalah entry merapu termasuklah entry luahan hati hahaha.
Paling banyak aku pernah post dalam setahun adalah pada tahun 2013 dengan 58 entry diikuti 41 entry pada tahun 2023 dan 38 entry pada tahun 2014. Dari tahun 2017 sampai 2022 langsung tak hidup blog ni huhu.
![]() |
| Brasov City - 6th Largest City in Romania - September 2024 |
Dan somehow 2024 juga adalah tahun yang mana aku kembali aktif semula menjadi backpakcers dan syukur berjaya menjejakan kaki ke 8 buah negara dan 10 bandar baru di dalam list traveling aku. Untuk tahun 2025? Masih tiada lagi perancangan nak travel ke mana.
![]() |
| Kok Tobe Hill Park - Almaty, Kazakhstan - April 2024. |
Mungkin juga akan repeat rancangan yang sama iaitu mengembara secara backpack bersama anak-anak ketika Hari Raya Aidilfitri sama seperti ketika Raya Aidilftiri 2024. Because that the only time yang semuanya free tak perlu nak ponteng sekolah atau diganggu soal kerja. Sejarah telah membuktikan kejayaannya hahahaa :D
Moga-moga insyallah tahun 2025 akan dipenuhi dengan kerajinan dan kejayaan dalam dunia blog dan travel. Kisah pengembaraan yang tertunggak makin berkurang dengan hanya 17 negara lagi yang perlu di update di dalam blog ini. Insyallah next update kisah pengembaraan will be Central Asia :D
![]() |
| Insyallah Next Update - Kisah Backpack ke Almaty - Bishkek - Tashkent - April 2024. |
Almost 13 days trip to Central Asia. Touch down in Almaty, Kazakhstan with Airasia in the month of Ramadhan 1445 Hijrah (This year April 2024). Alhamdulillah dapatlah berpuasa 3 hari di Almaty, Kazakhstan and Bishkek, Kyrgyzstan. Solat Raya Aidilfitri di Bishkek dan menyambut raya di Tashkent, Uzbekistan. Well banyak kisah menarik yang aku nak kongsikan nanti. Stay tune tau :D
Ada dua posting aku buat semasa berada di sana. Salam Perantauan Aidilfitri Untuk Semua Dari Kyrgyzstan dan Sambutan Aidilfitri Dari Central Asia Pulang Ke Malaysia. Mungkin korang boleh have a look first sebab ada few gambar-gambar yang aku dah share dan serba sedikit intro. Sebab nanti bila aku dah start menulis nak skip intro dah hahahaa :D



