Showing posts with label Hiking Bersama Anak Di Bukit Kembara Ampang. Show all posts
Showing posts with label Hiking Bersama Anak Di Bukit Kembara Ampang. Show all posts

Wednesday, 8 November 2023

Hiking Bersama Anak Di Bukit Kembara Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Okay kita stop sekejap cerita backpackers di negara Iran. Dah masuk Part 6 tapi tak habis lagi kisah Iran tu. Kalau yang dah baca dari first part tu aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau yang baca tu sila mengaku di komen dibawah hahaha. Ok kali ini nak kongsi pengalaman hiking bersama my two litlle daughter. Kisah hiking ini berlaku sebelum aku kene sakit frozen shoulder.

Puncak Bukit Kembara 244 meter dari paras laut.
Terbaca satu iklan Hiking Bersama Anak Muda di Bukit Kembara, Ampang anjuran DACS di dalam group whatsapp perumahan. Then aku pun search la apa dan siapa DACS ni. Departments of Arts, Cultures and Sport (DACS) merupakan sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Okla without any fee or charges, plus dapat free beg dan goodies and for first 40 earliest register dapat t-shirt free. So why not kan. Somehow bagi aku PAS sekarang dah releven.

With the kids tak sampai setengah jam dah boleh sampai puncak.
Trek pada mula mendaki agak memberi tekanan sedikit.
Okay aku wife and my two daughter Afiya 8 tahun dengan Atiyya 6 tahun kami sign up tapi dah terlambat tak dapat free t-shist special edition tu hahaha. Okla tak apa la janji dapat hiking with the kids. Lepas study dengan pakcik google, tak tinggi mana pun puncak is around 244 meter sahaja but entrance pun dah half way dari kawasan perumahan di Bukit Indah. Mengambil masa kurang 30 minit untuk sampai ke puncak bukit.

Turun jer dari puncak bukit akan nampak dam ini. Dan terus ke sebuah pondok ini.
Bila anak pun perempuan maka sesi menghabiskan masa bergambar pun bermula :D
And most interesting part is puncak Bukit Kembara bukanlah satu-satunya interesting point dia. Actually there is another 2 point yang kita mesti tawan selain puncak bukit. Pertama terdapat sebuah Dam atau Empangan yang dibina ketika Era Pemerintahan British sebelum merdeka pada tahun 1888 di kawasan atas bukit. Ia di bina bagi menampung sebahagian penduduk di sekitar Kuala Lumpur. Dan ia adalah "First Water Supply Reservoir" in Kuala Lumpur.

Area air terjun. Kalau malam sebelum hiking hujan lagi cantik air terjun ni :D
Pokok tumbang ni katanya dah bertahun so jaga-jaga la nak bergambar atas tu takut dah reput :P
Kedua ialah terdapat satu air terjun bertingkat dan ia mengalir terus ke dam. Agak teruja disebabkan di tengah-tengah kawasan bandar Kuala Lumpur ini ada kawasan terpelihara seperti ini. Actually kawasan ini sesuai untuk camping sebab sumber air ada dan kawasan lapang untuk berkhemah ada di beberapa tempat sekitar dam ini. Dan dari dam ini juga boleh nampak beberapa rumah di kawasan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR).

Overall trek hiking  tak susah mana aku bagi. Plus dapat bonus ada pacat lagi :P
Bagi aku insyallah tak susah mana nak tawan Bukit Kembara ni. Kami spend tak sampai 3 jam in total bagi kesemua point di sini. Cuma part yang paling susah adalah ketika perjalanan pulang dari Dam ke Puncak Bukit Kembara. Trek yang agak memacak jugak la, kira level lutut di perut jugak la hahaa. Tapi pendek jer part susah ni. Good Luck !!