Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Wednesday, 8 November 2023

Hiking Bersama Anak Di Bukit Kembara Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Okay kita stop sekejap cerita backpackers di negara Iran. Dah masuk Part 6 tapi tak habis lagi kisah Iran tu. Kalau yang dah baca dari first part tu aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau yang baca tu sila mengaku di komen dibawah hahaha. Ok kali ini nak kongsi pengalaman hiking bersama my two litlle daughter. Kisah hiking ini berlaku sebelum aku kene sakit frozen shoulder.

Puncak Bukit Kembara 244 meter dari paras laut.
Terbaca satu iklan Hiking Bersama Anak Muda di Bukit Kembara, Ampang anjuran DACS di dalam group whatsapp perumahan. Then aku pun search la apa dan siapa DACS ni. Departments of Arts, Cultures and Sport (DACS) merupakan sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Okla without any fee or charges, plus dapat free beg dan goodies and for first 40 earliest register dapat t-shirt free. So why not kan. Somehow bagi aku PAS sekarang dah releven.

With the kids tak sampai setengah jam dah boleh sampai puncak.
Trek pada mula mendaki agak memberi tekanan sedikit.
Okay aku wife and my two daughter Afiya 8 tahun dengan Atiyya 6 tahun kami sign up tapi dah terlambat tak dapat free t-shist special edition tu hahaha. Okla tak apa la janji dapat hiking with the kids. Lepas study dengan pakcik google, tak tinggi mana pun puncak is around 244 meter sahaja but entrance pun dah half way dari kawasan perumahan di Bukit Indah. Mengambil masa kurang 30 minit untuk sampai ke puncak bukit.

Turun jer dari puncak bukit akan nampak dam ini. Dan terus ke sebuah pondok ini.
Bila anak pun perempuan maka sesi menghabiskan masa bergambar pun bermula :D
And most interesting part is puncak Bukit Kembara bukanlah satu-satunya interesting point dia. Actually there is another 2 point yang kita mesti tawan selain puncak bukit. Pertama terdapat sebuah Dam atau Empangan yang dibina ketika Era Pemerintahan British sebelum merdeka pada tahun 1888 di kawasan atas bukit. Ia di bina bagi menampung sebahagian penduduk di sekitar Kuala Lumpur. Dan ia adalah "First Water Supply Reservoir" in Kuala Lumpur.

Area air terjun. Kalau malam sebelum hiking hujan lagi cantik air terjun ni :D
Pokok tumbang ni katanya dah bertahun so jaga-jaga la nak bergambar atas tu takut dah reput :P
Kedua ialah terdapat satu air terjun bertingkat dan ia mengalir terus ke dam. Agak teruja disebabkan di tengah-tengah kawasan bandar Kuala Lumpur ini ada kawasan terpelihara seperti ini. Actually kawasan ini sesuai untuk camping sebab sumber air ada dan kawasan lapang untuk berkhemah ada di beberapa tempat sekitar dam ini. Dan dari dam ini juga boleh nampak beberapa rumah di kawasan Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR).

Overall trek hiking  tak susah mana aku bagi. Plus dapat bonus ada pacat lagi :P
Bagi aku insyallah tak susah mana nak tawan Bukit Kembara ni. Kami spend tak sampai 3 jam in total bagi kesemua point di sini. Cuma part yang paling susah adalah ketika perjalanan pulang dari Dam ke Puncak Bukit Kembara. Trek yang agak memacak jugak la, kira level lutut di perut jugak la hahaa. Tapi pendek jer part susah ni. Good Luck !!

Friday, 4 August 2023

Misi Menawan Gunung Irau - Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Bila tak ada plan nak travel antara perkara yang selalu akan aku buat adalah naik gunung. Alhamdulillah syukur dapat menawan satu lagi puncak iaitu Gunung Irau di Brinchang, Cameroon Highlands. Ianya sama seperti keinginan menggembara ke setiap negara yang ada di dunia ini. 

Misi menawan Puncak Gunung Irau 2110 meter - Berjaya.
Setelah selesai conquer satu negara kita akan tanam azam untuk conquer atau jelajah negara baru. Sama juga dengan menawan puncak gunung. Habis satu puncak gunung kita akan tanam azam untuk menawan puncak gunung yang lain. Walaupun di pertengah pendakian kita akan rasa 'Kenapalah aku tak duduk rumah tengok tv jer.. kan bagus.." hahahaa..

Bangun Subuh dan bersarapan dan bersiap-siap menaiki 4x4 beramai-ramai.
Yang duduk belakang 4x4 ni dan macam naik unta berlari hahaha..
Alhamdulillah selamat sampai di Entrance Trek Gunung Irau.
Pewai - Perkara yang wajib berlaku iaitu selepas dah melepasi tahap exhausted yang teramat sangat. Tapi Alhamdulillah setiap kali juga walau dah pewai tahap ke-10 masih lagi mampu menamatkan misi menawan puncak sesebuah gunung untuk setakat ini la. Moga-moga tak ada la kejadian yang tak diingini berlaku di pertengah pendakian Insyallah.

Walau Gunung Irau (2110meter) ini adalah gunung tertinggi di Cameroon Highlands. Tapi aku rasa tak susah sangat sebab starting point pun dah potong beratus meter dari kaki gunung. Dan trek perjalanan/pendakian sejauh 2.35km sahaja. Yang memakan masa antara 2jam 30minit sehingga 3jam 30minit. Insyallah good for beginner macam aku :D

Baru mula dia dah belanja view nie.. Sejuk mata memandang :D
Starting trek santai-santai jer. Naik turun tangga kayu sahaja.

Dia belanja lagi view. Memang healing sangat-sangat :D
Time ni semua masih bersenyuman bergelak tawa lagi.. Suasana riuh sangat.
Dan paling best Gunung Irau ini adalah terkenal dengan kecantikan Mossy Forest nya. Sama macam kita tengak Lord of The Ring tu. So kami dalam satu group besar hampir 50 orang keseluruhan mostly dari Selangor dan Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah secara carpool seramai 4 orang dan sampai di Nova Highlands Resort di Brinchang, Cameroon Highlands jam 3.00 pagi. Tidur dalam kereta sehingga subuh.

Habis trek kayu.. trek semula jadi pun bermula :D
One thing aku perasan time ni tak la penat sangat sebab keadaan sejuk dan
Mossy Forest dia memang menerujakan. Layan view memang best.
Pokok Periuk Kera, Lumu-lumut yang tebal dan pelagai tumbuhan lain.
Waktu subuh kami bangun, solat dan bersiap-siap dan kemudian bersarapan secara persendirian (tak termasuk pakej) dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum menaiki Toyota Hilux single cab ke entrance trek pendakian Gunung Irau. Masa ni kalau tak silap ada dalam 15 orang naik Hilux ni dan perjalanan mengambil masa 10-15 minit.

Trek insyallah tak susah mana. Best layan view sahaja :D
Lagi tinggi nak sampai puncak lagi cantik view.
Mossy Forest. Kasut memang basah time ni sebab keadaan tanah yamg lembab.
Outbound Adventure Crew (OAC) - Aku kalau nak amik pakej dari mana-mana group hiking memang aku cerewet sket sebab yang betul-betul apply permit masuk hutan, sediakan sweeper hiking, yang boleh sediakan team untuk first aider respond team. Atau yang ambil berat kepada setiap peserta mereka.. Seriously tak ramai dan tak banya group.

Tapi dengan OAC ni aku very confident sebab aku pernah lihat sendiri macam mana diorang handle peserta yang wounded dan juga yang hilang ketika pendakian. Dan setiap kali sebelum pendakian diorang akan tunjuk permit yang dah diluluskan pada peserta.

Nama pun tuan tanah kene lah posing lebih hahaha.. :D
Sampai di Mini Irau kami berehat seketika.
Yang rambut panjang tu Abang Lockman Presiden OAC
Terdapat 10 Checkpoint kesemuanya termasuklah satu dipanggil Mini Irau atau Irau Kecil. Kalau bergambar kat sini pun dah macam bergembar kat puncak hahahaa.. Ok yang tak bestnya kat sini aku dah mula rasa lutut kanan aku macam ada rasa pelik sket. Nak kata krem macam bukan. So aku bagitau Abang Lockman aku nak gerak dulu tak leh lama rehat di Mini Irau ni.

Kalau nak jadi apa-apa pun biarlah sampai puncak kan, kita datang jauh ni. Lepas aku sambung pendakian kesakitan di lutut mula hilang. Time ni ada banyak group yang hiking so just follow jer yang ramai-ramai ni pergi mana. Dan sebab lutut dah sakit tadi aku pun dah kurang amik gambar memang aim nak sampai puncak jer.

Kabus agak tebal waktu ni. Yang penting kene ada team bersama jangan jalan seorang
Menuju ke Checkpoint (CP) Bonzai 2
Bunga liar yang tumbuh di sepanjang trek hiking.
Sampai CP Bonzai 2 kami berehat take five sekejap. Lutut dah rasa pelik macam nak sakit.
Lepas kumpul tenaga dan nafas pun dah okay. Kami teruskan lagi pendakian terus ke puncak masa ni memang memacak trek sebab nak sampai ke puncak. Kat sini jer yang aku rasa mencabar sebab angkat lutut dah ke paras dada makna kata lain dah mula kene panjat-panjat sikit.

Dan sebelum sampai puncak kita akan lalu satu kawasan yang begitu cantik tempat ni boleh kalau nak buat cover poster movie seram hahaha.. Dan pada masa ini hanya tinggal 5 orang yang mana 2 orang adalah dari group lain. Yang belakang tinggal jauh. Yang depan tinggalkan kami. Begitulah bila hiking.

Dekat sini wajib amik gambar. Ada macam dalam Lord of The Ring tak?
Sampai je puncak aku dengan yang lain bergambar dulu sebab tahu hari ni ramai yang hiking Gunung  Irau. Sebelum orang penuh kat sini baik kita bergambar dulu hahahaa.. Lepas bergambar semua mula keluarkan makanan tengah hari diorang. Siap ada yang masak maggi buat teh kopi bagai. Aku pulak time ni lutut dah mula nak meragam.

Dah boleh agak kalau aku duduk ni confirm tak boleh bangun semula sama kene macam kat Mini Irau tadi. Tapi sebab lama nak tunggu semua satu group sampai akhirnya aku duduk jugak keluarkan bihun goreng yang dibungkus subuh tadi. Time makan abang Lockman pun sampai as dia sweeper paling belakang.

Mana yang sempat sampai time ni kita bergambar.
Sebab aku sorang jer yang gagah bawa DSLR maka jadilah cameraman
Bila orang dah ramai kene amik turn la nak bergambar dengan signboard puncak.
Time ni aku inform Abang Lockman yang baru sampai dalam 15 minit yang aku nak turun dulu sebab lutut aku dah makin sakit dan sebelum jadi parah baik aku turun dulu at least kalau jadi apa-apa aku dah tak jauh dari entrance. Lutut sakit lain macam ni - gerak sakit, tak gerak sakit, bengkokkan sakit luruskan kaki pun sakit.

Aku antara yang gerak turun awal dari puncak tapi aku sampai antara paling lewat. Berpuluh kali stop sebab sakit yang teramat. Rasa nak give up tapi tak ada point sebab dalam hutan. Macam-macam cara diorang buat ikat kain kat lutut, spray panas, lotion panas, but then Alhamdulillah aku manage sampai ke bawah. Tapi bila sampai ke Pekan Brinchang kaki terus tak leh gerak. Dalam carpool aku memang tak mampu nak buka mata sampai la depan pintu rumah sendiri.

Wednesday, 26 March 2014

Misi Menawan Gunung Datuk - Rembau, Negeri Sembilan

Sambungan Dari Misi Menawan Gunung Ledang - 15 Febuari 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Alhamdulillah.. Syukur sangat dengan kejayaan baru-baru ni.. Dapat menawan Gunung Datuk di Negeri Sembilan.. Dengan ketinggian gunung setinggi 885 meter.. Track yang mudah untuk menuju ke puncak gunung.. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak dan mengambil masa 1jam 10 minit untuk turun semula ke kaki gunung.. Lambat sebab kene keep company dengan beberapa orang di belakang..

Apa pun nak minta maaf dengan Abang Lockman dari OAC sebab tak boleh join ikut naik Gunung Yong Belar sebab keadaan mak yang kurang sihat.. Gunung Datuk ni pun last minit and day trip sebab itu gagah boleh ikut lari sekejap.. insyallah next time saya akan ikut trip Abang Lockman.. Mood: Sedih giler tak dapat ikut pi Yong Belar..


Mungkin Gunung Datuk ni bukan permainan bagi mereka yang hebat..
Tapi aku tetap berbangga dengan kemampuan sendiri huhuu.. :D

Sekali lagi aku berterima kasih kepada Kak Sharmine dan Abang Yahya.. Kerana sudi mengajak aku untuk mendaki buat kali kedua bersama mereka - Pertama Gunung Ledang la.. Tapi kali ni pun Kak Sahrmine still buat lawak.. Soalan sama aku.. " Kak Min, saya nak bawa apa.. ??".. Kak Min kata tak perlu bawa apa just bawa bekal jer.. Sebab ini day trip dan bukan macam Ledang hari tu..

Maka gagah la aku bangun sebelum subuh.. untuk masak nasi goreng ala kadar bujang.. Letak ikan bilis, ikan masin, kacang panjang, carrot, telur, bawang merah, bawang putih, cili dan apa yang patut.. Pastu rasa macam tak cukup aku buat ikan pari bakar.. Ada la jugak nak makan dengan nasi goreng kosong tu..


Shell di Tol Sungai Besi.. Tempat berkumpul bagi mereka dari Kuala Lumpur..
Lama sangat tunggu.. Layan nasi lemak bungkus dulu.. :D
Berhenti minum seketika sebelum sampai ke destinasi..
Seronok dengan kewujudan abang yahya yang suka berjenaka :D

Seperti yang dijanji pukul 7.15 Abang Yahya dan Kak Min akan datang amik aku kat rumah.. dan terus menuju ke Plaza tol sg besi untuk memulakan konvoi ke Gunung Datuk.. tapi dah nama pun konvoi maka kene la tunggu semua untuk bergerak sekali.. Ada pulak sebuah kereta saga hitam tersesat ntah kemana.. Menyebabkan penantian menjadi satu penantian sambil sempat makan nasi lemak bungkus lagi tu..  Yang lambat tu nama dia Layna hahahaa :p 

Walau keadaan jerebu sedikit memberi tekanan "tak best la nak mendaki kalau jerebu" tapi kata Kak Min dah plan lama apa boleh buat.. projek kene on jugak.. Sambil di angguk tanda setuju oleh Abg Yahya yang sedang kembang gembira setelah berjaya mendapatkan Lesen Diving 2 minggu lepas.. Tapi macam mana pun Faiq yang telah sampai awal di Gunung Datuk memberitahu kat sini cuaca ok.. Insyallah view cantik..

Setiap kali naik gunung mesti akan berjumpa dengan kenalan baru..
Tanda Mercu di Gunung Datuk.. Dan bayaran serendah RM 5.00 seorang..
Ada beberapa gerai makan di kaki Gunung Datuk
Nan senting dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan..
Pokok yang amat lebar dan besar.. Dipercayai bla bla bla hahahaa :P

Dalam perjalanan hujan mula turun dan menjadi lebat.. tapi semua diam jer dalam kereta tak nak komen pape hahahaa.. aku bersuara dalam hati " Biar betul otai2 ni semua nak hiking dalam hujan macam ni.. mati la aku.." huhuu.. Dengan bayaran masuk RM 5.00 seorang.. dan mengisi nama di borang.. setelah selesai semua.. macam biasa akan ada sesi taklimat.. Disampaikan ketua trip kali ini Abang Sani.. Seramai 21 orang kesemuanya.. 


Inilah satu2 nyer R&R yang ada di Gunung Datuk..
Pasangan manis Along dan Cik Puan Sri Lanang..  :D
Berkumpul di R&R sebelum meneruskan perjalanan..
Bila dalam group kenelah amik berat satu sama lain :D

Pendakian bermula tepat pukul 11:40 pagi.. Kamilah kumpulan terakhir naik dan yang turun.. Kak Min kata bagus juga naik lewat sebab kalau awal pagi mesti ramai orang.. lebih kurang 13:15 - 20 kami sampai di puncak.. Basically keseluruhan track tak susah cuma starting agak memenatkan sebab agak memacak.. dan hanya ada satu tempat "R&R" dan paling susah ialah untuk naik 15 meter terakhir.. yang mana kene menggunakan tangga yang bergoyang2 untuk sampai keatas..  Time tu aku dah jatuh semangat tengok tangga tu :p  

Hampir 45 minit kami berada di atas puncak sambil semua orang berpicnic mengeluarkan makanan masing2.. Aku layan nasi lemak lauk kerang yang dibeli dipertengahan jalan tadi - Abg Yahya belanja :D .. Makan kat puncak memang best.. Setelah semua habis makan dan penat bergambar.. Semua membuka langkah untuk turun.. Dan yang tak best nyer aku orang kedua terakhir turun dari puncak dan hujan lebat mula membasahi bumi..


Bersama Faiq.. Sahabat yang sama naik Gunung Ledang bulan lepas..
Tak kenal tapi dah naik sekali jadi member semua huhuuu :D
Ingat tak babak dalam Lion King tu - Akunamatata hahahaa :P
Bakal Pengantin Baru.. Aminnn.. :D

Mungkin sebab hujan dan akar pokok yang lincin aku terjatuh sekali dan terguling jugak la.. Agak memalukan sebab konon nak keep company dengan Ladies hahaha.. sekali sendiri jatuh tapi takpe la kene control macho bak kata Abg Yahya hahaha.. tak banyak gambar yang aku amik sebab keadaan hujan dan track yang licin.. takut nak bawa kuar camera huhuuu..


Penemuan dari mata lense aku hahahaa  :D
3 ketegori - Abang, Adik dan Pakcik hahahaaa :D

Alhamdulillah selamat sampai di kaki gunung setelah 1jam10 minit.. time ni agak terasa sket sebab semua orang pi mandi sebab ada bawa baju extra untuk salin lepas hiking.. aku mana ada bawa pape tapi bila borak ngan Abg Yahya.. dia pun kata takde baju nk tukar.. aku senyum je la sebab ada geng hahaha :p.. So kalau korang mai sini bawa la baju salin sebab ada sungai dan air terjun yang boleh anda bermandi - manda..

Suasana Kami Di Atas Puncak Gunung Datuk


Tahniah.. 18 survivor terakhir yang berjaya :D
Part paling tak best di Puncak Gunung Datuk huhuuu.. :P
Respect lak dik..  Kecik tapi stamina mengalahkan orang dewasa.. 

Antara penghuni di Puncak Gunung Datuk.. Comey Tomey :D

Balik tu kami sempat singgah makan di Restoran Anak Ghambau tak jauh dari Hutan Lipur Gunung Datuk di Kampung Chengkau.. Makanan sedap.. Aku amik Chendol Pulut & Kacang Merah dan makan ala rojak ntah apa ntah.. tapi memang sedap sebab dia letak Cucur Udang, Tempe dan Tauhu Goreng, tauge dan timun.. dengan kuah sambal yang menyelerakan.. Yang lain ada amik Mee Rebus, Nasi Ayam etc.. memang semua sedap la..


Restoran yang bersih, pemandangan yang indah dan makanan yang sedap..

Tapi bagi yang amik nasi ayam tu.. meh aku nak bagitau sket.. bila order nasi ayam harga yang tertera ADALAH TANPA TELUR GORENG.. tapi masa dapat Nasi Ayam tu akan ada Telur Goreng yang mana berharga RM 1.00.. Bila bayar dia akan kata ada telur goreng kan?? itu tambah RM 1.00.. Nasib bukan aku yang order.. if not.. hahahaaa.. pape pun nasi ayam dia memang sedap di mulut :D

Perjalanan pulang penuh dengan keletihan.. Nasib baik Abg Yahya yang drive kereta.. sebab kalau orang lain memang dah penat dan mengantuk huhuu.. Kami berhenti di R&R untuk menunaikan solat jama' magrib dan isya.. dan alhamdulillah kami selamat sampai ampang pada pukul 8.45 - 9.00 malam.. Sekian.. :D