Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Bila tak ada plan nak travel antara perkara yang selalu akan aku buat adalah naik gunung. Alhamdulillah syukur dapat menawan satu lagi puncak iaitu Gunung Irau di Brinchang, Cameroon Highlands. Ianya sama seperti keinginan menggembara ke setiap negara yang ada di dunia ini.
Misi menawan Puncak Gunung Irau 2110 meter - Berjaya. |
Setelah selesai conquer satu negara kita akan tanam azam untuk conquer atau jelajah negara baru. Sama juga dengan menawan puncak gunung. Habis satu puncak gunung kita akan tanam azam untuk menawan puncak gunung yang lain. Walaupun di pertengah pendakian kita akan rasa 'Kenapalah aku tak duduk rumah tengok tv jer.. kan bagus.." hahahaa..
Bangun Subuh dan bersarapan dan bersiap-siap menaiki 4x4 beramai-ramai. |
Yang duduk belakang 4x4 ni dan macam naik unta berlari hahaha.. Alhamdulillah selamat sampai di Entrance Trek Gunung Irau. |
Pewai - Perkara yang wajib berlaku iaitu selepas dah melepasi tahap exhausted yang teramat sangat. Tapi Alhamdulillah setiap kali juga walau dah pewai tahap ke-10 masih lagi mampu menamatkan misi menawan puncak sesebuah gunung untuk setakat ini la. Moga-moga tak ada la kejadian yang tak diingini berlaku di pertengah pendakian Insyallah.
Walau Gunung Irau (2110meter) ini adalah gunung tertinggi di Cameroon Highlands. Tapi aku rasa tak susah sangat sebab starting point pun dah potong beratus meter dari kaki gunung. Dan trek perjalanan/pendakian sejauh 2.35km sahaja. Yang memakan masa antara 2jam 30minit sehingga 3jam 30minit. Insyallah good for beginner macam aku :D
Baru mula dia dah belanja view nie.. Sejuk mata memandang :D |
Starting trek santai-santai jer. Naik turun tangga kayu sahaja. |
Dia belanja lagi view. Memang healing sangat-sangat :D |
Time ni semua masih bersenyuman bergelak tawa lagi.. Suasana riuh sangat. |
Habis trek kayu.. trek semula jadi pun bermula :D |
One thing aku perasan time ni tak la penat sangat sebab keadaan sejuk dan Mossy Forest dia memang menerujakan. Layan view memang best. |
Pokok Periuk Kera, Lumu-lumut yang tebal dan pelagai tumbuhan lain. |
Waktu subuh kami bangun, solat dan bersiap-siap dan kemudian bersarapan secara persendirian (tak termasuk pakej) dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum menaiki Toyota Hilux single cab ke entrance trek pendakian Gunung Irau. Masa ni kalau tak silap ada dalam 15 orang naik Hilux ni dan perjalanan mengambil masa 10-15 minit.
Mossy Forest. Kasut memang basah time ni sebab keadaan tanah yamg lembab. |
Outbound Adventure Crew (OAC) - Aku kalau nak amik pakej dari mana-mana group hiking memang aku cerewet sket sebab yang betul-betul apply permit masuk hutan, sediakan sweeper hiking, yang boleh sediakan team untuk first aider respond team. Atau yang ambil berat kepada setiap peserta mereka.. Seriously tak ramai dan tak banya group.
Tapi dengan OAC ni aku very confident sebab aku pernah lihat sendiri macam mana diorang handle peserta yang wounded dan juga yang hilang ketika pendakian. Dan setiap kali sebelum pendakian diorang akan tunjuk permit yang dah diluluskan pada peserta.
Nama pun tuan tanah kene lah posing lebih hahaha.. :D |
Sampai di Mini Irau kami berehat seketika. Yang rambut panjang tu Abang Lockman Presiden OAC |
Terdapat 10 Checkpoint kesemuanya termasuklah satu dipanggil Mini Irau atau Irau Kecil. Kalau bergambar kat sini pun dah macam bergembar kat puncak hahahaa.. Ok yang tak bestnya kat sini aku dah mula rasa lutut kanan aku macam ada rasa pelik sket. Nak kata krem macam bukan. So aku bagitau Abang Lockman aku nak gerak dulu tak leh lama rehat di Mini Irau ni.
Kalau nak jadi apa-apa pun biarlah sampai puncak kan, kita datang jauh ni. Lepas aku sambung pendakian kesakitan di lutut mula hilang. Time ni ada banyak group yang hiking so just follow jer yang ramai-ramai ni pergi mana. Dan sebab lutut dah sakit tadi aku pun dah kurang amik gambar memang aim nak sampai puncak jer.
Kabus agak tebal waktu ni. Yang penting kene ada team bersama jangan jalan seorang |
Menuju ke Checkpoint (CP) Bonzai 2 |
Bunga liar yang tumbuh di sepanjang trek hiking. |
Sampai CP Bonzai 2 kami berehat take five sekejap. Lutut dah rasa pelik macam nak sakit. |
Lepas kumpul tenaga dan nafas pun dah okay. Kami teruskan lagi pendakian terus ke puncak masa ni memang memacak trek sebab nak sampai ke puncak. Kat sini jer yang aku rasa mencabar sebab angkat lutut dah ke paras dada makna kata lain dah mula kene panjat-panjat sikit.
Dan sebelum sampai puncak kita akan lalu satu kawasan yang begitu cantik tempat ni boleh kalau nak buat cover poster movie seram hahaha.. Dan pada masa ini hanya tinggal 5 orang yang mana 2 orang adalah dari group lain. Yang belakang tinggal jauh. Yang depan tinggalkan kami. Begitulah bila hiking.
Dekat sini wajib amik gambar. Ada macam dalam Lord of The Ring tak? |
Sampai je puncak aku dengan yang lain bergambar dulu sebab tahu hari ni ramai yang hiking Gunung Irau. Sebelum orang penuh kat sini baik kita bergambar dulu hahahaa.. Lepas bergambar semua mula keluarkan makanan tengah hari diorang. Siap ada yang masak maggi buat teh kopi bagai. Aku pulak time ni lutut dah mula nak meragam.
Dah boleh agak kalau aku duduk ni confirm tak boleh bangun semula sama kene macam kat Mini Irau tadi. Tapi sebab lama nak tunggu semua satu group sampai akhirnya aku duduk jugak keluarkan bihun goreng yang dibungkus subuh tadi. Time makan abang Lockman pun sampai as dia sweeper paling belakang.
Mana yang sempat sampai time ni kita bergambar. Sebab aku sorang jer yang gagah bawa DSLR maka jadilah cameraman |
Bila orang dah ramai kene amik turn la nak bergambar dengan signboard puncak. |
Time ni aku inform Abang Lockman yang baru sampai dalam 15 minit yang aku nak turun dulu sebab lutut aku dah makin sakit dan sebelum jadi parah baik aku turun dulu at least kalau jadi apa-apa aku dah tak jauh dari entrance. Lutut sakit lain macam ni - gerak sakit, tak gerak sakit, bengkokkan sakit luruskan kaki pun sakit.
Aku antara yang gerak turun awal dari puncak tapi aku sampai antara paling lewat. Berpuluh kali stop sebab sakit yang teramat. Rasa nak give up tapi tak ada point sebab dalam hutan. Macam-macam cara diorang buat ikat kain kat lutut, spray panas, lotion panas, but then Alhamdulillah aku manage sampai ke bawah. Tapi bila sampai ke Pekan Brinchang kaki terus tak leh gerak. Dalam carpool aku memang tak mampu nak buka mata sampai la depan pintu rumah sendiri.
Subhanallah! Cantik view dalam Mossy Forest ni. Memang betul2 mcm dlm citer LOTR. Bestnya rasa macam nak pegi hiking sekali hehe.
ReplyDeletep/s: Kena start ambik supplement utk joint health lepas ni. Byk lagi gunung nak panjat kan? 😅
Yes memang cantik sangat mossy forest di Gunung Irau ni.. kannn mcm LOTR kan hihii.. Jom hiking jangan buang masa weekend di rumah hahahah :D
DeleteDulu injured jugak tapi ini paling teruk kene.. Dah set meeting dgn doktor sudah.
Allahu...semoga cepat sembuh..take care, nampaknya tak boleh buat aktiviti hiking, tapi view mossy forest tu cantik...mcm di alam lain, dgn kabus lg..
ReplyDeleteInsyallah boleh hiking lagi cuma kene rehatkan kaki dulu.. Sbb tu kata mcm dlm LOTR mossy forest nie :D
DeleteAlhamdulillah sampai ke puncak.
ReplyDeleteMacam jari-jari runcing ada seram sedikit.
Nasib baik boleh turun semula. Harap lutut ok.
Yeap yg penting sampai puncak kan.. Nak repeat fikir dua tiga kali jugak hahaha.. Dlm gmbr nmpk seram tapi realiti cantik tau.. Alhamdulillah gagah nk menangis turun semula tapi smpai juga..
DeleteWahh.. cantik betul mossy forest. Adik ipar dah pernah hiking situ, memang mengagumkan gambar² kat mossy forest. Kalau pi betul² mesti lagi syok kan.
ReplyDeleteTengok gambar pun cantik apatah lagi tgk live dgn mata sendiri.. :D
DeleteUish... uncle angkat tangan awal2 lagi... lutut longgar!
ReplyDeleteSamalah kita.. Lutut mmg dah kekurangan grease ni hahahaa.. :P
DeleteMossy forest tu memang menarik. Sakit apa lutut tu.. jem ke.. kene letak minyak greece tu hihii
ReplyDeleteKemungkinan tisu lutut koyak.. Ntah la tgk la cane nanti.. Kalau boleh sapu grease mmg dah sapu huhuu...
Deletetahniah sbb berjaya sampai ke puncak. 25 thun lps abe kie berjaya mendaki Gunung Kinabalu...skrg ni umur dah 50..meme x mampu doh nak mendaki. cukup lah jalan2 kat bawah ni je..
ReplyDeleteWaaa hebatnya dapat tawan Gunung Kinabalu... Hebat hebat... Samalah kita ni pun dah selalu injured mcm tak boleh naik gunung dah huhuu..
DeleteALLAHUAKBAR. cantiknya ciptaaan ALLAH. cantik2 gambar.
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg cantik bila tengok mata sendiri ciptaan Nya.. :D
DeleteSaya bukan sejenis suka buat aktiviti pergunungan ni tapi memang cantik la pemandangan sini ala ala dalam movie fairy tale je.
ReplyDeleteRamai je yg bukan kaki hiking tapi sbb nk tgk mossy forest ni diorang hiking jugak hahaha.. Betul macam fairy tale :D
Deletenice pics! cuma bg i, rasa seram jer tgk gmbr2 mossy forest tu...mcm dlm movie seram plak hahahahha
ReplyDeleteTgk gmbr dlm ni mmg nmpk mcm seram kan hahaha.. Tapi sebenarnya tidak.. Tapi kalau hiking waktu malam seram kot hahaha.. :D
DeleteUish kalau Cuya, tak cukup nafas nak hiking.
ReplyDeleteStamina tak kuat...Kalau ajak shopping kuat lak staminanya! ahahha
Sama je pusing2 dlm shopping mall tu 10 kali.. Macam naik gunung hahaha .. :D
DeleteDulu² suka juga mendaki, sekarang sudah kurang ada masa.
ReplyDeleteKann especially bila ada anak2 kecik nk gerak susah..tak apa la simpan bila dah free nanti.. :D
DeleteTahniah.. berjaya sampai di puncak.. next boleh cuba yang lebih tinggi lagi..
ReplyDeleteAda jer yg lebih tinggi sampai kene 3 hari perjalanan pergi balik.. :D
DeleteHebat..selalu je org ajak g hiking..tapi tak berani ler..sebab x fit, stamina mmg ke laut dalam...hahaha
ReplyDeletePergi je kalau org ajak at least kita tau limit kita takat mana hihihii :D
DeleteDasyat, bukan kaleng2!
ReplyDeleteGunung Irau insyallah tak la susah sangat.. hahaha.. :D
DeleteSubhanaAllah.. Cantik sangat.. Mampu merenung gambar-gambar sahaja.. Kalau suruh, memang taklah.. Tahniah sebab da berjaya sampai puncak walau berat dugaan turun tu..
ReplyDeleteBoleh je cuba2 dpt sampai Mini Irau pn cukup la hahaa.. Mossy Forest mmg cantik.. Dlm nak capai kejayaan ke puncak byk cerita sedih..
DeleteMasyaAllah cantik bunga, periuk kera…eh semuanyalah!
ReplyDeleteMemang sangat risau pasal lutut tu. Kalau sebab cramp, boleh terus telan/minum ORS. Apa pun Alhamdulillah selamat kembali.
Dalam hutan sebenarnya byk je bunga2 yg cantik2.. Insyallah harap2 lutut ni tak ada apa2 la.. Amin
DeleteOh ya, Tahniah juga atas kejayaan pendakian 💪🏼
ReplyDeleteTerima kasih... Bulan naik gunung lain pulak insyallah :D
DeleteSaya paham perasaan seorang pndaki gunung, dia akan selalu mencari gunung baru untuk ditaklukkan 😄. Salah satu boyfriend saya pendaki pro soalnya, dia pernah menaklukkan Seven Summit, termasuk Everest. Buat dia, gunung itu ada untuk dinaiki 😅
ReplyDeleteKalo saya skiplah.. walonsaya sukaaa liat view dari atas sana, foto2 Abang di atas juga cantiiik sangat, tapi saya tahu ini bukan bidang saya. Daripada nekad naik dan malah menyusahkan, lebih bagus memang tak naik 🤣
Haha.. Betul juga itu lebih baik takn naik takut sudahkan orang lain .. :P
DeleteWaa boyfriend bukan calang2 org nya.. Kene ikut hiking juga itu..
Cantik banget Mossy Forest. KSarie tumpang tengok gambar-gambar ni pun dah cukup happy. Naik tangga dari tingkat 12 ke 13 pun udah terpleot. Memang idok dapat la hendak hiking huhuhu
ReplyDeleteHahaha jgn la macam tu blm cuba belum tahu kan mcm mana rasanya hiking.. Pemandangan cantik sampai lupa penat tu :D
DeleteAlhamdulillah baru je naik hari malaysia 16hb lps mmg superb irau nie kami Ber5 + MGP srg shj,, kami paling last turun sampai enterance huhuhu
ReplyDeleteTahniah... kan kan mmg superb irau nie.. tenang jer tak streets pun naik.. santai santai tapi padu hahahhaa.. okla sampai last pun asalkan selamat :D
Deletecantikkkkk kawasannya...terasa sangat redupppp je. kalau ada geng mendaki ni memang syok ajak ke sini...
ReplyDeleteMmg seronok sejuk jer sepanjang pendakian.. Make sure bateri hp penuh sbb nak amik byk gmbr.. :D
Deletememanjat irau sgt2 best biarpun kaki dimamah selut hahahaha ... mmg ralit dgn pemandangan mossy forestnya... subhanallah
ReplyDeletekannn kaki kena mamah selut tu tak layan sgt sampai la balik rumah nak basuh hahaah :P
DeleteAntara gunung yg wajib dinaiki oleh pendaki di Malaysia.