Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Baru-baru ini berperluang bersama seisi keluarga ke Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur atas urusan kerja selama tiga hari dua malam. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam dari KL. Punya lama tak ke Kuala Lipis sampai tak tahu dah ada highway baru. Jalan cantik dan boleh terus sampai Bandar Raub ikut Mempaga tanpa melalui Bentong (Exit 809 for E8 toward Bentong/Raub/Lipis).
Bertolak selepas subuh sebelum pukul 7.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 9.45 pagi, kami terus mencari kedai makan ala kampung untuk breakfast dan bila hampir sampai di Kuala Lipis, seorang demi seorang anak bangun. Semua terjaga sebab kelaparan. Kalau ikut mak ayah pi kerja begini lah nasib mereka :D
Lukisan dinding di hadapan Stesen Kereta Api Lama. |
Disebabkan Kuala Lipis ni sangat dikenali sebagai bandar bersejarah maka kita carilah makanan di bandar lama berdekatan Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Kuala Lipis kerana di sini hampir kesemua bangunan kedai lama telah berusia 100 tahun termasuk stesen kereta api yang dibina pada tahun 1924. Maka ternampak la Kedai Kopi Stesen di suatu sudut.
Pemandangan Bandar Lama Kuala Lipis. |
Rata-rata bangunan di sini berumur hampir 100 tahun. |
Kuala Lipis pernah menjadi Ibu Negeri kepada Pentadbiran Kerajaan Pahang dari tahun 1898 sehingga 1955 sebelum ia beralih ke Kuantan sehingga ke hari ini. Dan juga Kuala Lipis adalah kawasan atau pusat perlombongan emas semenanjung sebelum era kedatangan penjajah British pada tahun 1887. Menarik kan?
Gerabak kereta api lama yang telah diawetkan. |
Pintu masuk utama stesen kereta api lama ke Bandar Kuala Lipis. |
The Old School Style - Kedai Kopi Stesen
Menu simple tapi variety sangat, plus sedap dan menyelerakan dan paling penting amat sesuai datang bersama anak kecil. Menu Nasi Lemak Ayam, Bubur Nasi Berlauk, Roti Bakar, Roti Kukus, Roti Jantan, Telur Separuh Masak, Char Kuey Teow dan Nasi Goreng. Hidangan air panas seperti kopi dan teh turut didatangi dengan sekeping roti keras atau orang putih sebut "Rusk".
Hampir semua yang ada di dalam menu kami order :P |
Teh Tarik dan Roti Bakar. |
Dibuka setiap hari kecuali Rabu. Dari jam 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Beralamat No 100, Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis. Owner asal adalah berbangsa cina tapi setelah ditutup ketika musim PKP dan sekarang telah dimiliki oleh "Bumiputra" dan semua pekerja adalah Melayu. Sumber ni aku pun tak tahu sohih ke tidak :P
Jom breakfast. Ini baru first round tau hahaha.. |
Suasana sama seperti di kedai kopitiam milik orang-orang Hainan. |
Masjid Negeri Lama Kuala Lipis - Masjid Negeri Pahang Yang Pertama
Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar berketurunan Yemen yang bernama Habib Hasan di mana beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Madrasatul Firdaus dan masjid ini adalah bangunan tertua di Kuala Lipis.
Masih mengekalkan senibina asal walau sudah 135 tahun ia dibina. |
Ruang solat utama sama seperti sejak ia dibina. |
Hurmm ada terfikir tak siapa Habib Hasan ini? Ini yang aku dapat dari carian di Google. Nama penuh beliau Saiyid Hasan Bin Ahmad Bin Zain Al-Attas dan pendapat kedua Saiyid Hasan Bin Ahmad Bin Hasan Al-Attas. Lahir pada tahun 1832 di Kampung Maulana dan bernasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. Datuk beliau telah berpindah dari negera asal iaitu Yemen ke Singapore sebelum ke Pahang.
Terdapat satu tangga untuk naik ke menara bagi muazzin melaungkan azan pada masa dahulu. |
Seorang Tokoh Kemasyarakatan, Seorang Ulama dan Seorang Saudagar yang berjaya. Pernah membantu Tokoh Ulama Pahang Tuan Guru Haji Utsman bin Senik dalam membina pusat pengajian yang diberi nama Madrasatul Arabiah Al-Attas di Kampung Ketapang, Pekan. Dan telah membina Madrasah Al Attas di Johor pada tahun 1913. Meninggal dunia ketika berumur 100 tahun pada tahun 1932 di Kampung Wadi Hasan, Johor Bharu.
Terdapat satu lukisan dinding di hadapan masjid mengambarkan keadaan Sg Lipis di masa dahulu |
Tapi kan.. Kerajaan Negeri Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1770 dan hanya pada tahun 1888 masjid pertama telah dibina. Itu pun dibina oleh orang luar bukan kerajaan Negeri Pahang. Tak kan la selama 118 tahun pemerintahan tiada satu pun masjid telah dibina? tak rasa pelik ke? Macam mana umat islam ketika itu menunaikan solat jumaat? Siapa ada jawapan boleh berikan komen di bawah yer.
Star-Well Hotel - Bilik Mewah Tapi Breakfast Yang Mendukacitakan
Kami check in di sebuah hotel yang agak baru iaitu Star-Well Hotel. Disebabkan kebanyakan hotel lain di sini dah fully book especially untuk bilik family. Harga bermula RM120.00 untuk standart room sehingga RM250.00 untuk family suite, semua harga termasuk breakfast. Bilik memang selesa berbaloi dengan harga.
Suite Family - 2 Queen Bed dan Sofa - Bilik besar dan selesa. |
Peralatan dalam Suite Family ini serba serbi lengkap - Hair dryer, Sejadah, Iron baju. |
Ruang breakfast yang disediakan oleh Star-Well Hotel |
Facilities kat sini serba lengkap ada dewan untuk pelbagai kegunaan dan acara. Parking free dalam compound. Belakang hotel ni ada paya kalau kaki pancing make sure bawa joran jangan jadi macam aku menyesal sunggah tak bawa huhuu.. Last thing about this hotel breakfast dia memang out aku bagi 4/10 sahaja. Makanan habis memang dia tak akan tambah. Nasi goreng dengan bihun goreng pun memang masak kosong bodoh jer :P
Bersambung Kuala Lipis Part 2 : Taman Awan Kuala Lipis - Muzium Warisan Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari
saya memang lalu kuala lipis setiap kali drive balik kelantan...tp tu lah..tak pernah lah staycation kat situ hehheh bekas abg ipar memang org lipis dan zmn2 bujang dulu, selalu singgah bermlm kat rumah mak abang ipar tu (now ex bil)
ReplyDeleteAah nak pergi kelantan ikut gua musang memang akan lalu kuala lipis. Skrg Lipis dan banyak perubahan.. Dulu depan Hotel Plaza lipis hutan skrg dah naik kedai2..
DeleteEmmm..sedapnya aneka sarapan...bikin selera langsung meningkat..fasilitas hotel lumayan lengkap...bersih dan nyaman adalah wajib hukumnya😀
ReplyDeleteHotel kalau harga nya sudah mahal mesti bagus jika tidak org pasti tidak akan dtg lagi.. sarapan harus sedap hukumnya wajib :D
Deletekeretapi di awetkan? Keh keh keh....
ReplyDeletePandai pilih perkataan!
Ni semua belajar dari uncle la ni hahahaa :P
DeleteJeles jelessssss ya sbb kami org Pahang pun tak sampai lagi Lipis lagi ni. Thanks for sharing semua hhmm nak kena pergi ni.
ReplyDeleteMacam mana ni org pahang pun tak samnpak lipis lagi hihihii.. Blm habis sharing ada 3 part insyallah.. :D
DeleteVarian breakfastnyaaaa 😍😍😍😍. Semua kliatann sedaaap 🤤. Itulah yg saya suka dari kedai kopi di sana. Kopi mantap, tapi menu makanan pun tak main2. Apalagi roti bakarnya 😍. Saya confirm pasti pesan itu. Kalo suami nampaknya lebih suka telur setengah matang.
ReplyDeleteMenarik sejarah kotanya. Bangunan tua tapi klihatan sangat terawat 👍. Saya jadi ingin kesana kalo nanti ke Malaysia . Belum pernah sampai Kuala lipis .
Mmg sedap pun semua menu di Kedai Kopi Stesen.. Anak2 saya suka makan telur setengah matang di sini murah RM2.50 sahaja.. Mmg ambil seorang satu :D
DeleteBoleh naik kereta api dari KL ke Kuala Lipis.. moga dipermudahkan utk sampai ke sana.. :D
Pnh dgr kuala lipis tempat bersejarah tp tak fikir nak gi sana. mcm best ko citer ni dik. sarapan tu mmg kg style sungguh
ReplyDeleteMmg best sila lah ke sana.. Mendalami sejarah ibu kota pahang suatu masa dahulu..
DeleteSemalam kami lalu Lipis, singgah isi minyak dan solat. Perjalanan masih jauh, tak dapat nak santai singgah sana sini.
ReplyDeleteMadrasah Al-Attas JB…sekolah kakak saya. Kalau tak silap info, sekarang dah diambil alih pengurusan dan ditukar namanya.
Pernah dapat hotel gini, kata ada sarapan. Tapi bila turun takde. Rupanya dah habis tak ditambah. Boleh pulak gitu. Kecewa la kita ni ingat turun boleh terus makan.
Kalau KL ke Kelantan lalu lipis mmg tak singgah la sbb ia berada di tgh2 perjalanan.. Singgah solat makan pun tepi jalan je huhuu.. Aah pengurusan madrasah al attas telah di ambil alih oleh kerajaan negeri.. Sekolah kakak..mengajar ke kat sana?
DeleteKan.. Mengecewakan lgi2 bila kita bawa anak2 kecik nk pi brakfast sbb senang tapi bila breakfast dah habis sebelum waktu mmg cari pasal la huhuu..
menarik...old school style breakfast...old town charm..
ReplyDeleteKannn.. Menikmati hidangan sambil menikmati suasana :D
DeleteRasa macam tidak ditelan zaman. Bolehlah bayang keadaan Kuala Lipis pada masa lampau.
ReplyDeletePatut sediakan makanan mencukupi. Kasihan yang tidak dapat makan.
tapi sayang sejarah berkenaan lipis ni susah nak dpt.. buat posting ni pun berhari2 mencari info di google.. walau ia pernah menjadi ibu kota pahang suatu ketika dahulu ..
Deletekalau datang Lipis lain kali cuba cari sarapan pulut lemak dengan opor kerbau...
ReplyDeleteTerima kasih atas info yg diberi.. mungkin lepas ni kene travel sebulan sekali ke Lipis aas faktor kerja .. apa nama tmpt yg jual opor kerbau tu? :P
DeleteBila la nak jejak kaki ke Kuala Lipis ni. Menu Kedai Kopi Stesen tu buat orang terliur je hehe
ReplyDeleteNaik train je boleh smpai di tgh2 Bandar Kuala Lipis.. Yeap kita yg buat posting ni pun terliur hahaha..
DeleteEncik memang kena selalu merantau ya? Seronoknya dapat travel :D
ReplyDeleteKita memang suka merantau.. Kerja biasa2 jer.. :D Alhamdulillah..
DeleteSenang baca postingan traveling Malaysia
ReplyDeleteYeap.. kita kene tulis especially berkenaan negara kita.. :D
Deletehi menarik betul semua perkongsian. Saya family duduk di kuantan pun tak sempat merantau lg seluruh pahang.
ReplyDeleteItulah kita kerja banyak travel ke pahang pun tak habis explore lagi..
DeleteSy nak gi Kuala Lipis naik keretapi dari Tanah Merah...Cuma nak jalan2 di sana tu kena sewa kereta la pulak...
ReplyDeleteBest kalau naik kereta dari tanah merah ke Kuala lipis tu :D
DeleteHurm kene sewa teksi atau guna teksi untuk ke tempat luar bandar..
Best2!
ReplyDeleteMemang best.. Lagi2 explore negara sendiri..
DeleteCantik-cantik la gambar kat sini.
ReplyDeleteKuala Lipis memang cantik :D
DeleteTengok write up ni terus rasa kena cari tarikh untuk berjalan- jalan ke Kuala Lipis ni. Nice sharing.
ReplyDeleteSila sila naik kereta api ke Lipis pun best jugak :D
DeleteBestnya jalan kat Lipis.. tak terfikir pun nk ke sana walaupun kita nie org Bentong.. haha
ReplyDeleteOh okay Bentong dekat dgn Selangor kene teroka ke dalam jerantut lipis temerloh huhuu..
Deletekalau laa kuala lipis ni dinaikkan taraf tak mustahil boleh jadi tapak warisan unesco mcm melaka dgn georgetown kan?
ReplyDeleteBetul tu.. Kalau dinaik taraf boleh jadi mcm Melaka. Banyak tempat bersejarah di Kuala Lipis.
DeleteTry pulut rendang jamil..lambat hahis..
ReplyDeleteok baik terima kasih atas info nanti kita search Pulut Rendang Jamil jika ke sana lagi :D
DeleteAssalamualaikum, firstly tahniah and thank you. jarang sgt org tulis ttg pekan kecil bersejarah. Coverage yg ringkas & padat. Semua info penting ada.
ReplyDeleteBoleh share tak no contact kedai kopi stesen tu?
Waalaikumsalam.. alhamdulillah terima kasih juga sudi dtg dan memberikan komen di sini.. actually susah juga nak tulis sbb dlm google search tak byk maklumat ada pasal Kuala Lipis...
DeleteAssalamualaikum, firstly tahniah and thank you. jarang sgt org tulis ttg pekan kecil bersejarah. Coverage yg ringkas & padat. Semua info penting ada.
ReplyDeleteBoleh share tak no contact kedai kopi stesen tu?
Saya pun tak ada no contact kedai makan kopi stesyen ini.. rasa nya boleh dapat dari Facebook atau google.. :D
Delete