Alhamdulillah syukur sekali lagi dapat update blog walau keadaan kesihatan yang tidak begitu baik. Semenjak dua menjak ini sakit bahagian bahu hingga ke lengan makin menjadi-jadi. Dan yang penting setakat ini tidak ada kene mengena dengan jantung sebab baru lepas buat medical checkup. Alhamdulillah semua nya okay baik-baik saja. Doakan please.. :D
Kali ini just nak kongsi berkenaan Himpunan 10k Solidariti Palestin yang telah diadakan pada hari Sabtu - 28 Oktober 2023. Mula berhimpun di perkarangan Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat zohor dan kemudian semua peserta berarak ke arah Kedutaan Amerika. Menggunakan jejantas berhampiran Petron (berdekatan Menara Tabung Haji) bagi menyeberang Jalan Tun Razak. Orang ramai pada mulanya melintas jalan dihadapan bangunan PNB dan simpang empat Ampang Park.
![]() |
| Tak jauh mana tapi sebab orang terlalu ramai dan bergerak perlahan, take time sikit la nak sampai. |
![]() |
| "Is not about nation or religion - Is about humanity" |
Apa yang paling best pada kali ini ialah penganjur perhimpunan target crowd seramai 10 ribu orang tapi yang hadir adalah lebih 45 ribu orang. Bayangkan kepala perarakan telah sampai di Kedutaan Amerika tapi ekor perarakan masih lagi di Masjid KLCC. Dan orang ramai masih lagi berbondong-bondong hadir especially dari Station LRT KLCC. Even after the event dah habis just before waktu Asar.
Dan pada perhimpunan kali ini laungan takbir bergema sepanjang masa dan thanks to Caprice for the biggest banner mengutuk PM IsraHell Zionis yang jahat tu. Himpunan kali ini seriously jauh beribu lebih baik daripada himpunan di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Axiata Arena. Bayangkan ada sesetengah penganjur sebelum ini tidak membenarkan lafaz takbir dilaungkan. Giler apa!!
![]() |
| Di perkarangan Masjid As-Syakirin KLCC masih beribu orang yang berhimpun. Walaupun kemuncak perhimpunan sedang berlangsung di Kedutaan Amerika. |
Kalau berhimpun atau berdemontrasi ini memanglah untuk "Tunjuk Perasaan" bukan "Pendam Perasaan" kalau buat demo itu tak boleh, ini tak boleh, baik berdemo dalam rumah sendiri jer. kan? Bagi aku paling teruk masa berhimpunan di Dataran Merdeka tempoh hari sebab tak dibenarkan bertakbir. Itulah kadang-kadang orang yang tak reti nak berdemo pi anjurkan demontrasi. Memanglah haru biru jadinya :P
Jika nak dibandingkan iman kita dengan iman rakyat Palestin terlalu jauh. Redha mereka jauh lebih tinggi dari kita. Boleh dikatakan setiap keluarga Palestin ada di kalangan ahli keluarga mereka yang dibunuh atau dipenjarakan oleh zionis IsraHell. Bayangkan ada video seorang ayah membawa jenazah anaknya ke hospital yang sudah hancur dalam beg plastik akibat di bom Zionis. Dan video seorang ayah kehilangan kedua-dua anaknya serta isterinya apabila rumah mereka di bom out of no where without any reason.
![]() |
| So korang masih lagi ke makan McDonald or minum Starbucks..?? Hurmm tak haram pun.. Kalau tak ada rasa apa-apa.. Carry on la.. |
Kelak di akhirat jika ditanya kepada kita, Apakah yang kita lakukan apabila umat islam di Palestine dibunuh sepanjang 75 tahun penumbuhan negara haram IsraHell. Apa yang rasa-rasa kita boleh jawap depan Allah? At least untuk sekarang apa yang kita boleh buat adalah cuba sedaya upaya memboikot kesemua barangan samada dari Israhell atau dari syarikat yang membantu perjuangan atau kelangsungan ekonomi negara haram IsraHell.
![]() |
| Lebih 3,000 kanak-kanak di Gaza telah terbunuh akibat kekejaman Zionis IsraHell. |
Seriously ada beberapa malam yang aku tak boleh tidur disebabkan ternampak di instagram gambar-gambar dan video especially kanak-kanak cedera dan mati akibat dibunuh seperti haiwan yang tiada nilai oleh Zionis. Setiap kali nampak perkara macam ni teruskan aku akan cium kepala anak-anak. Bayangkan nama anak-anak di Palestin ditulis di kaki dan tangan agar mudah dikenali jika mereka terbunuh especially jika jenazah mereka tidak sempurna.
Cuba korang try tulis nama anak korang di tangan dan kaki mereka.. Seriously aku menangis bila tulis sambil terbayangkan macam mana perasaan Palestinian parents yang tulis nama tu dan bila baca balik time tu anak mereka dah mati dibunuh.
Semoga Allah mempercepatkan kemenangan rakyat Palestine #TaufanAl-Aqsa Allahuakhbar..!!








