Showing posts with label Rembau. Show all posts
Showing posts with label Rembau. Show all posts

Monday, 7 April 2025

Jeram Rekreasi Sungai Talan Di Kampung Bintongan - Rembau

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Di Daerah Rembau ini kalau mai bercuti especially dengan family with small kids memang seronok. Selain popular dengan masakan negori yang asli dan podes. Rembau juga kaya dengan landskap bumi yang menghijau dari pergunungan, bukit sehinggalah ke kawasan perkampungan.

Sebelum masuk lebih dalam ke Sungai Talan kita akan jumpa
Masjid Kariah Kampung Batu, 71300 Rembau di persimpangan.
Oleh itu destinasi Rembau ini sangat sesuai dijadikan aktivti outdoor seperti berkelah, perkhemahan, trekking, hiking dan juga bermandi mandi di air terjun, sungai dan jeram yang banyak terdapat di sekitar Rembau.

Dan dengan tidak sengaja kami telah terjumpa sebuah kawasan bermandi manda di Pusat Rekreasi Jeram Sungai Talan di Kampung Bintongan, Rembau. Yang pada mulanya hanya mahu mengikut jalan dalam selepas memandu keluar dari Pusat Latihan Memanah & Berkuda di Cape Cavallo Equestrian Club.

Suasana parking kereta di tempat rekreasi yang penuh dengan pengunjung.
Dapat juga parking berdekatan dengan tandas dan surau.
Pihak yang bertanggungjawap dah boleh mula bina tulisan yang baru.
Untuk ke Jeram Rekreasi Sungai Talan ini anda boleh exit dari Tol Pedas/Linggi yang mengambil masa sekitar 20 minit dan dari Tol Simpang Empat mengambil masa sekitar 30 minit. Dibuka setiap hari dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 untuk sebuah kereta dan RM15.00 untuk berkhemah. 

Tempat pendaftaran tapak perkhemahan di Jeram Rekreasi Sungai Talan.
Kemudahan yang disediakan antaranya tandas, bilik mandi, tapak perkhemahan berpagar, surau, gazebo, parking kereta, kedai jualan dan internet 4G. Namun dari bacaan di internet bayaran hanya dikenakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum sahaja.

Selain dari 3 hari ini tiada bayaran dikenakan dan bilik air serta tempat mandi akan ditutup. Dan aku sekeluarga datang pada hari Ahad. Maka tak tahu sejauh mana info berkenaan adalah tepat atau tidak. Pada yang tahu boleh comment di bawah yer.

Jeram Rekreasi Sungai Talan ini mempunyai beberapa Lubuk yang bermula dengan Lubuk Sungai di hadapan tapak perkhemahan. Lubuk Gangsa kemudian Lubuk Asah, Lubuk Talan, Lubuk Kuali, Lubuk Panjang dan akhir sekali Lubuk Seratus. Jika terus menyusuri Sungai Talan pengunjung akan sampai ke Jeram Gunung Pasir di Kuala Pilah.

Pada pandangan aku keadaan sungai di sini sangatlah sesuai untuk anak-anak kecil bermandi manda. Memang terdapat banyak spot yang sesuai dan tidak merbahayakan bagi mereka. Namun perlu juga menjaga mereka ketika mandi di sungai. Air di sini sangatlah bersih, jernih dan sejuk. Air turun dari bukit kan memang best.

Lepas habis bermandi, macam biasa perut pun berirama meminta makanan.
Kita singgah di kedai makan ini. Apa nama tak tahu lupa nak amik gambar luar.
Lepas makan boleh bagi review pada owner kedai makan.
Alhamdulillah sedap. Cuma agak mahal harga yang di charge 😅
Dan ketika hari Ahad keadaan agak penuh dengan pengunjung yang datang dari kawasan sekitar dan juga dari luar kawasan. Tapak perkhemahan juga kelihatan penuh. Insyallah nak cuba berkhemah di sini jika diberi kesempatan di masa akan datang.

Pada yang ingin datang make sure tolong bersama-sama menjaga kebersihan. Apa jua sampah yang kita bawa pastikan kita bawa keluar semula. Atau buang di tong sampah yang disediakan. Kalau nasi atau makanan tak habis tu janganlah buang ke dalam sungai dengan harapan akan ada ikan yang akan makan. Jagalah Sungai Kita. :D