Showing posts with label Second Update - Officially Unlock New 3 Country. Show all posts
Showing posts with label Second Update - Officially Unlock New 3 Country. Show all posts

Friday, 19 September 2025

Second Update - Officially Unlock New 3 Country

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Hari ke-5 travel.. Apa perasaan? Memang Excited dan seronok.. Alhamdulillah Enjoy walau Exhausted yang teramat.

Especially dapat unlock beberapa negara baru.. Yang ke-47, 48 & 49 (Alhamdulillah ☺️)

Tapi.. 

Muka memang dah barai hahaaa..

Walau cuaca sejuk tapi muka still sun burn especially bila masuk waktu tengah hari.

Suhu terus naik dari bawah 10 degree di waktu pagi ke lebih 20 degree di tengah hari. Dan turun semula di malam hari.

Kaki dua dua belah macam nak tercabut.. Bila tengok app dalam hp baru tahu kenapa..

5 hari travel sehingga setakat saat ini kaki dah melangkah lebih 81 ribu langkah. ๐Ÿ˜…

Mushroom tiram macam di Malaysia tapi menarik sebab warna oren.
Pure strawberry ๐Ÿ“ jam. 
Sekotak campura buah 4.00 ringgit duit depa.
Rondini & Delicata - First time tengok ๐Ÿ˜…
Mushroom ๐Ÿ„ yang ini selalu tengok dalam kartun.
Terung yang segar dan yang belang tu cantik pula ☺️๐Ÿคค
Pagi ni kita berjalan ke pasar pagi yang tidak terlalu jauh untuk membeli bahan-bahan nak masak di apartment. Geram bila tengok semua sayur-sayuran yang segar. 

Insyallah plan nak masak nasi dan lauk tengah hari ini dan spaghetti alio aglio untuk menu makan malam nanti. Ration yang dibawa mostly dah habis dimakan. Maka kita kena mula start memasak. 

Alhamdulillah ditemukan dengan ramai orang orang yang baik diperjalanan kali ini. Sangat-sangat bersyukur sebab menjadi asbab kepada perjalanan yang lebih baik dan smooth. Brother security di area bus station ni (gambar atas) bagi kami air panas sebanyak mana yang kami mahukan dari office beliau. ☺️๐Ÿ‘๐Ÿป